You are on page 1of 5

Pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan pelaksaan

ujian (pengujian), penyemakan dan memberi skor (pengukuran) dan menterjemah


maklumat atau jawapan (penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat
konsep ini adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan.

Konsep pentaksiran

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan


guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih
bermakna. Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta
arah kepada pengajaran dan pembelajaran. Keputusan dan hasilan dari pentaksiran
menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan
prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai. Pendidik dan pelajar
mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahamidan
memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.
(Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan mereka.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar
bagi tujuan tertentu. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan
susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi
murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam
kelas. Justeru, kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan
penilaian amat penting.

Konsep Pengukuran

Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen.
Pengukuran juga menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-
sifat tertentu. Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk
angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih
tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Sebagai contoh, Ahmad mendapat markah
80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Ahmad tidak dapat dinyatakan
sama ada baik atau sebaliknya. Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan
nilai.
Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markah yang
diperolehi dengan menggunakan proses tertentu. Antara Ciri-ciri pengukuran adalah
ianya boleh dibuat atau dilaksanakan tanpa menggunakan alat pengujian.
Pengukuran juga menggunakan kaedah atau alat untuk mengukur pencapaian
seseorang. Hasil pengkuran juga tidak bersifat mutlak serta hasil pengukuran juga
diwakilkan dengan sesuatu angka.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan. Penilaian juga boleh dianggap sebagai proses
membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu,
kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa
penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-
nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu
ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan
guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang
berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang
melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-
mata.
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya
sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan
dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif
pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan
nombor-nombor.
Konsep Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus.
Ujian juga adalah suatu alat untuk mengukur. Ujian digunakan bagi mengukur
‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan
dalam bentuk tugasan yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar
untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi. Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran.
Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan
dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Pengujian selalunya
dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
Ianya dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, pelaksanaan (pentadbiran
ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Proses pengujian
membolehkan guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai tahap
kemahiran yang telah dipelajari.
Klafikasi Ujian
1. Ujian Rujukan Norma (Sumatif)

Membandingkan prestasi seorang individu dengan individu yang lain.

2. Ujian Rujukan Kriteria (Formatif)

Menentukan taraf pencapaian seorang individu yang dikehendaki dalam satu bidang
kemahiran.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

1. Ujian Formatif
 Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
 Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan
sebagainya)
 Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari
sesuatu kemahiran)
 Dilaksanakan secara berterusan.
 Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
 Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
 Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
 Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
Contoh : Ujian bulanan

2. Ujian Sumatif
 Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran
kesemua kemahiran)
 Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
 Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari
oleh murid)
 Dijalankan untuk proses pensijilan
Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

You might also like