You are on page 1of 6

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)_ULASAN KARYA

PENGENALAN

Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jatidiri,


berterampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi (Noor
Azreen Abd Aziz, 2010). Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk
berfikir secara kreatif dan kritis, dan berkemahiran dalam menyelesaikan masalah.
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar
baru yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mempunyai
komponen akademik dan bukan akademik. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat
tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. (Mohd Farik, 2008).

Menurut (Noor Azreen Abd Aziz, 2010) definisi pentaksiran lebih berfokus kepada
fungsi pentaksiran itu sendiri. Manakala perbincangan mengenai penilaian sebagai
proses

pengajaran-pembelajaran

pula

menjurus

kepada

peranannya

sebagai

sebahagian daripada proses pengajaran dan juga pembelajaran. Jenis pentaksiran di


dalam bilik darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza juga turut
disentuh. Terdapat penyataan mengenai kepentingan pentaksiran sebagai salah satu
komponen

dalam

pengajaran-pembelajaran.

Perbandingan

antara

pentaksiran

tradisional dengan pentaksiran alternatif mengenai keperluan atau kepentingan untuk


melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara turut dibincangkan.
Seterusnya, wujud beberapa kekangan pentaksiran alternatif kerana kegagalan
pendidik mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah
kekangan masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan
kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Beberapa cadangan turut disertakan bagi
mengatasi kekangan tersebut. Berdasarkan kajian-kajian yang lalu, jelas menunjukkan
bahawa pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten
dan berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan, kemahiran
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri
kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan bagi mempertingkatkan pengetahuan serta
kemahiran. Guru juga perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus,
adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan dari segi
masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan membahagikan tugasan
kerja yang adil antara setiap guru di sekolah. Pihak pentadbir perlu bijak
membahagikan tugasan kerja, bagi guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran,
tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat
dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang alasan.

(Noraini Mat Loddin & Suhaida Abdul Kadir, 2013) membincangkan asas kerangka
kajian bagi penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan
komitmen guru dalam melaksanakan PBS di sekolah dimana komponen pentaksiran
yang dikendalikan oleh pihak sekolah akan dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS juga berfungsi
sebagai penyimpanan maklumat penguasaan murid dan menjana pelaporan apabila
diperlukan kerana keupayaannya yang dibangunkan dengan persekitaran teknologi
web-based. Bagi memastikan penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dengan komitmen guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) berdasarkan hasil dapatan kajian terdahulu, guru perlulah:
1.

Berfikiran positif dalam melakukan perubahan

2.

Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi pengajaran

3.

Membuat perancangan

Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran


sentiasa melangkah ke hadapan, manakala sistem pendidikan tradisional akan tetap
dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan
sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak
wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan
masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa
dan negara
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

(Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek & Siti Fatihah Bt Mohamed Salleh) mengkaji
kesediaan guru di dua buah sekolah menengah di daerah Kota Baharu dalam
melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah. Lima aspek yang
dikaji dalam sistem ini merangkumi:
1. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek taksiran psikometrik atau personaliti
pelajar.
2. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek kegiatan kokurikulum.
3. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan peringkat sekolah.
4. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
5. Mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi
pelajar berasaskan sekolah dari aspek penilaian peperiksaan awam.
Selain itu, kajian juga ingin melihat perbezaan kesediaan di antara jantina namun hasil
dapatan tidak menunjukkan terdapat perbezaan kesediaan di antara guru lelaki dan
perempuan. Bagi tujuan kajian, seramai 60 orang responden dipilih dimana terdiri
daripada guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan iaitu tingkatan tiga dan
lima. Ini kerana mereka mengajar kelas peperiksaan dan dapat memberikan pendapat
mengenai kelima-lima objektif kajian. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif
dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A iaitu maklumat diri responden mempunyai 4 soalan dan
Bahagian B mengandungi 30 soalan berdasarkan objektif kajian. Analisis data pula
adalah menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 16.0
bagi mendapatkan min dan peratusan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10
orang

guru

untuk

menguji

kebolehpercayan

instrumen

kajian

dan

nilai

kebolehpercayaan yang didapati adalah tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya, hasil
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kesediaan dalam
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah. Maka wajarlah


system dilaksanakan di setiap sekolah seluruh negara.

(Yusof Bin Boon & Mohd Musa Bin Shaharuddin, 2011) melalui kajian telah
meninjau Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Antara objektif kajian adalah seperti berikut;
1. Mengenal pasti tahap pemahaman Guru Besar berkaitan dengan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
2. Mengenal pasti tahap sokongan Guru Besar dalam pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
3. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh Guru Besar dalam
pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
4. Mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan tahap pemahaman dan masalah
yang dihadapi oleh Guru Besar mengikut jantina dan lokasi sekolah (bandar dan
luar bandar) dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Seramai 57 responden yang terdiri daripada Guru Besar semua sekolah aliran
kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor telah dipilih bagi tujuan kajian. Data kajian
yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Perisian
SPSS 15.0 for Windows. Kaedah statistik deskriptif dan Ujian T dan Instrumen soal
selidik pada nilai Cronbachs Alpha 0.813 digunakan untuk mengumpul data daripada
responden. Hasil dapatan kajian mendapati Guru Besar telah memahami PBS pada
tahap tinggi, memberi sokongan dalam pelaksanaan PBS pada tahap tinggi dan
menunjukkan tahap permasalahan di peringkat sederhana. Namun, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan dan lokasi
sekolah dari segi tahap pemahaman dan tahap permasalahan. Kajian ini juga telah
mengenal pasti beberapa aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru besar dalam
pelaksanaan PBS yang perlu diatasi supaya pelaksanaan PBS memenuhi hasrat yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta memenuhi aspirasi negara
melalui Dasar Pentasiran Negara secara holistik.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

Kajian (Nurhashimah binti Zaba) memfokus kepada perbandingan pentaksiran


berasaskan sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong dari
sudut pendekatan kaedah pelaksanaan PBS dan transformasi kurikulum sekolah di
setiap

negara.

Secara

keseluruhannya,

Singapura

dan

Hong

Kong

masih

berorientasikan peperiksaan awam di mana PBS menyumbang 15-40% daripada


keseluruhan penilaian. Penambahbaikan atau transformasi Pentaksiran di Malaysia
harus dilaksanakan agar penglibatan pelajar lebih optimum dalam usaha memperbaiki
pencapaian dan mengejar kemajuan negara. Perubahan dalam pentaksiran mampu
menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara luar. Hasil
perbandingan kajian mendapati, perlaksanaan PBS di Malaysia masih di tahap
percubaan manakala di Singapura dan Hong Kong, mereka telah berjaya dalam usaha
menaiktarafkan sistem pentaksiran sekolah. Malah dalam akhbar BBC (British
Broadcasting Corporation), sistem pendidikan di Singapura dan Hong Kong telah di
iktiraf di mata dunia dengan menduduki tangga kelima dan ketiga (Coughlen, 2012).
Walaupun kedua-duanya masih mengamalkan penilaian markah untuk peperiksaan
awam, tetapi dengan menyelitkan pemarkahan untuk PBS, sistem pentaksiran menjadi
lebih tepat dan adil. Kepercayaan dari para guru dan keyakinan pelajar mampu
meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PBS di sekolah dan bakal merubah corak
pendidikan masa depan dan kualiti pembelajaran para pelajar.

KESIMPULAN

Menurut (Noraini Mat Loddin & Suhaida Abdul Kadir, 2013) anjakan paradigma yang
berlaku pada sistem pendidikan negara bertepatan dengan pesanan Saidina Umar AlKhatab

yang menegaskan

supaya

reka

bentuk pendidikan

anak-anak wajib

berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan


Sekolah ini merupakan bentuk pendidikan masa hadapan. Ia juga merupakan perisai
yang dicipta bagi menepis segala kritikan bertalu-talu terhadap sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaaan yang lalu. Kerjasama dan pemahaman yang tinggi
terhadap PBS perlu digembeling bersama bagi memastikan sistem pendidikan negara
mampu bersaing dan tidak ketinggalan jauh dari negara lain seperti Singapura dan
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

BEER 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-UUM-ETIQA

Hong Kong, apatah lagi bila membicarakan sistem pendidikan yang menjadi teras
pembangunan anak bangsa.

RUJUKAN

1. Pentaksiran Alternatif: Menuju Ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran Di


Malaysia, Noor Azreen Bt Abd Aziz, 2010, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

2. Penerimaan Guru Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pbs) Dengan


Komitmen Guru Dalam Melaksanakan Pbs Sekolah Rendah, Noraini Mat
Loddin & Suhaida Abdul Kadir, 2013, Fakulti Pengajian Penddikan, Universiti
Putra Malaysia
3. Kesediaan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam
Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah, Rosni
Zamuddin Shah Bin Sidek & Siti Fatihah Bt Mohamed Salleh, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
4. Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di
Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. Yusof Bin Boon & Mohd
Musa Bin Shaharuddin, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
5. Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di
Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong, Nurhashimah binti Zaba

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ULASAN KARYA

You might also like