You are on page 1of 2

[BMM3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH]

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN


1.0 Pengenalan
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran
dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia
pendidikan, penilaian yang sistematik adalah dengan mengambil kira semua faktor yang
boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pentaksiran,
pengujian dan penilaian adalah salah satu konsep penting dalam pendidikan. Secara
khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya
mempunyai perbezaan. Namun pentaksiran, pengujian dan penilaian berkait rapat di antara
satu sama lain dalam pendidikan.
2.0 Pentaksiran
Pentaksiran ialah proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu sistem pendidikan. Proses merupakan langkah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Manakala maklumat ialah evidens
tentang prestasi calon dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman pula ialah proses
pertimbangan tentang pencapaian pendidikan calon. Produk pula adalah pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperolehi calon setelah melalui proses pendidikan. Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghuraikan, mengumpulkan, merekodkan, memberikan skor dan
menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu
tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu mata pelajaran atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti

pentaksiran

dijalankan

secara

berterusan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran seseorang pelajar. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat


merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat merancang serta melaksanakan tindakan
susulan yang sesuai dan berkesan. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam
menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Pentaksiran boleh
juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang
murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan
sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran
sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu.

2.1 Kepentingan atau tujuan pentaksiran


Perlaksanaan proses pentaksiran amatlah penting dan sebagai seorang guru,
pengetahuan tentang pentaksiran amatlah diperlukan. Melalui pentaksiran, guru dapat
PPG KUMPULAN PEMULIHAN

[BMM3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH]

mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar. Justeru itu, guru boleh
merancang aktiviti pengayaan dan juga pemulihan kepada murid. Selain daripada itu,
pentaksiran juga dapat membantu guru dalam memberi dan menetapkan penggredan
kepada seseorang pelajar. Prestasi murid harus dipantau dari masa ke semasa. Maka
dengan membuat pentaksiran guru dapat memantau kemajuan murid. Ibu bapa juga perlu
tahu tahap kemajuan murid. Pentaksiran juga digunakan untuk menentukan keberkesanan
pengajaran. Jika ramai daripada pelajar dapat menguasai pengajaran, ini bermakna
pengajaran guru adalah berkesan tetapi jika sebaliknya, guru perlu membuat refleksi di
mana daerah kelemahan pengajarannya. Selain daripada itu, pentaksiran juga boleh
mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan. Secara tidak
langsung, pentaksiran dapat menilai keberkesanan sisitem pendidikan yang wujud.
Masyarakat boleh menilai sendiri sistem pendidikan kita dengan mengetahui keputusankeputusan pentaksiran yang dijalankan oleh guru. Pentaksiran juga penting untuk menilai
guru-guru. Kejayaan pelajar dalam pentaksiran yang dibuat mencerminkan keberkesanan
pengajaran guru di sekolah. Hasrat pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan boleh dinilai melalui pentaksiran. Justeru
itu, objektif pentaksiran merangkumi aspek yang sangat luas sama adsa kepada pelajar,
guru mahu pun sisitem pendidikan Negara kita.
Menurut Klein (2000), tujuan pentaksiran boleh dibahagikan kepada tiga kategori.
Kategori-kategori tersebut adalah pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran
kepada pembelajaran (assessment for learning). Pentaksiran untuk pembelajaran adalah
untuk para pendidik yang bertujuan untuk memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Manakala pentaksiran sebagai pembelajaran pula adalah
lebih kepada murid tersebut di mana memberi fokus terhadap peranan mereka sebagai
penghubung di antara pentaksiran dan pembelajaran. Pentaksiran kepada pembelajaran
pula adalah berbentuk sumatif dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan
apa yang boleh dilakukan oleh murid.
Menurut Pierangelo, R & Giuliani.G (2006) pula, tujuan pentaksiran adalah sebagai
pemeriksaan dan pengenalpastian (screening and identification). Selain itu, mereka juga
menyatakan bahawa tujuan pentaksiran adalah untuk kelayakan dan diagnosis (eligibility
and diagnosis), penempatan dan perkembangan RPI (IEP Development and placement),
serta dalam perancangan pengajaran (Instructional planning) dan juga penilaian (evaluation)

PPG KUMPULAN PEMULIHAN

You might also like