You are on page 1of 6

1.

0 Pendahuluan
Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan
membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti
pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Dengan itu, pentaksiran yang tepat dan berkesan perlu dijalankan oleh guru di
dalam bilik darjah untuk membantu guru sendiri dalam mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam mengesan
kelemahan murid seterusnya memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan strategi
pengajaran guru agar sesuai dengan tahap dan kemampuan murid.
Manakala, ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk
memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung
dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).
Bagi mengupas tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, saya telah mengumpulkan
sedikit sebanyak maklumat mengenai pentaksiran dalam Pendidikan Khas agar dapat
memahami tajuk soalan kerja kursus dengan lebih baik dan bakal menghuraikannya
dengan
lebih
berkesan.
1.0 Konsep Pentaksiran
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000; Pentaksiran adalah merupakan satu
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu. Semua maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran akan dirujuk
untuk memperbaiki kelemahan murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid
tersebut.
Pentaksiran juga merupakan proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan
tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.
Menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau
piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses
yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau

perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran.


Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam
sesuatu aspek yang dinilai.
Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut tahap kebolehan dan standard
perkembangan seseorang murid. Bukti dan data pencapaian murid perlu dikumpulkan
dalam satu tempoh tertentu untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman mereka.
Bukti dan data ini boleh direkodkan dalam pelbagai bentuk. Contohnya lembaran kerja,
portfolio, jurnal, dan ujian seperti ujian diagnostik di mana akan menggambarkan tahap
kebolehan, kekurangan dan kelebihan seseorang murid.
1.1 Tujuan Pentaksiran
Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006), tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan
dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan
kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam pengajaran dan penilaian.
Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu,guru dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi murid, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi
pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan
masing-masing.
Manakala tujuan keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam
pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang
terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya.

1.2 Proses Pentaksiran


Pengumpulan
Analisis
Penilaian
Penentuan
Cadangan

Proses Pentaksiran
Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam proses pentaksiran iaitu
pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan.
Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat
dari pelbagai sumber latar belakang seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan
sebagainya. Proses analisis pula melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai
corak sejarah pendidikan, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan serta emosi
murid. Manakala proses penilaian pula meliputi aspek akademik, emosi, persepsi,
bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap
kekuatan dan kelemahan individu murid. Seterusnya ialah proses penentuan. Tindakan
yang perlu diambil ialah menentukan ciri-ciri kebolehan dan ketidakbolehan murid serta
pengetahuan tentang kriteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Pada
akhirnya, proses cadangan melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu
dijalankan
oleh
guru
sekolah
dan
guru
kepada
ibu
bapa.
1.1 Jenis-jenis Pentaksiran
~pentaksiran kemahiran pembelajaran asas
~pentaksiran kemahiran bahasa (membaca, menulis dan lisan)
~pentaksiran kemahiran matematik
~pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku
Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah lain tidak semestinya
menggunakan pensel dan kertas. Contohnya ujian kecergasan, pemerhatian, temu
bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis
maklumat yang diperlukan. Umpamanya, kemahiran bermain bola tampar boleh diukur
melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Dalam
mentaksir kemahiran juga, guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak,
temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid
tersebut. Jadi, kaedah dan alat ukur yang sesuai perlu digunakan agar pentaksiran
yang dibuat benar-benar berkualiti.
1.0 ISU UJIAN PENTAKSIRAN:
PENTADBIRAN UJIAN PENILAIAN SUMATIF (PERTENGAHAN PENGGAL DAN
UJIAN AKHIR TAHUN) TIDAK DIJALANKAN
Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir
sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu
dalam meningkatkan pencapaian tetapi untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif

sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran
pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian,
peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.
Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan
adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan
antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut
tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru bolehmembuat
kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya
kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif
seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan
sebagainya.
1.1 Kesan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan Penggal dan Ujian Akhir
Tahun) tidak dijalankan
Kesan utama yang dapat dilihat apabila tiada pelaksanaan ujian am
dilakukan ialah penempatan murid-murid yang tidak sekata. Contohnya di dalam kelas
A, terdiri daripada dua aras murid yang iaitu murid aras tinggi dan murid aras rendah.
Jurang perbezaan pembelajaran sangat berbeza di antara mereka yang mana murid
aras tinggi dapat menangkap pengajaran dan pembelajaran dengan baik sekali
selayaknya diinklusifkan manakala murid aras lemah masih memerlukan bimbingan
daripada guru. Manakala dalam kelas B pula masih berlaku situasi yang sama iaitu
terdapat murid yang dapat memahami pengajaran dengan lebih cepat malah
menyiapkan aktiviti dengan pantas sekali. Pada pendapat saya, murid aras tinggi di
dalam kedua-dua kelas ini boleh digabungkan agar mereka dapat belajar secara
berkesan dan bermakna, seterusnya sesuai dengan tahap dan aras kemampuan
mereka.
Kesan kedua ialah berlaku pembaziran masa kepada murid aras tinggi kerana
perlu menunggu murid lemah pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Mungkin alasan pengayaan diberikan tetapi adakah ianya benar-benar
dilaksanakan kepada murid?
Kesan daripada persekitaran juga tidak dapat dinafikan. Apabila berlaku
perbezaan aras yang ketara di antara murid, akan berlaku persaingan yang tinggi untuk
murid-murid aras rendah agar mereka dapat menyaingi murid aras tinggi dalam
pembelajaran. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ilmu
pada hari tersebut seperti kawan-kawan mereka yang lain. Berbeza pula dengan aras
tinggi, mereka akan sentiasa diminta untuk menunggu rakan yang lemah dan nilai sabar
diterapkan. Benar, tetapi sekiranya ianya terlalu kerap dilakukan akan menyebabkan
mereka kurang persaingan dan sentiasa berada dalam kedudukan selesa, releks dan
bersenang hati. Malah, ada yang memandang rendah terhadap kemampuan rakan
kerana lambat untuk memahami pembelajaran pada hari itu. Apa yang paling

menakutkan saya ialah ada murid yang sanggup menolak latihan pengayaan yang
diberi dengan alasan kenapa dia perlu membuat kerja lebih sedangkan rakan yang lain
belum pun sempat menyiapkan kerja tersebut. Mereka lebih senang untuk memilih
keadaan yang tidak membebankan mereka.
Akhir sekali, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak sesuai
dengan aras dan tahap kemampuan murid. Guru perlu menyediakan dua tajuk atau dua
kemahiran pada satu-satu masa agar murid dapat belajar dengan bermakna. Jika tidak,
guru akan mengajar suatu ilmu yang telah diketahui oleh murid aras tinggi dan suatu
ilmu yang terlalu tinggi untuk dicapai oleh murid dari aras rendah. Jadi, masa tersebut
merupakan satu kerugian kepada murid-murid untuk mendapat ilmu secara bermakna
untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
1.1 Cadangan Penambahbaikan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan
Penggal dan Ujian Akhir Tahun) tidak dijalankan
Salah satu cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pihak
pentadbiran perlu melaksanakan ujian penilaian sumatif seperti ujian pertengahan
penggal dan ujian akhir tahun bagi menentukan pencapaian murid sebagai satu
kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang
telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf
kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang
diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Apabila guru dapat
mengenalpasti tahap pencapaian murid, guru dapat membahagikan murid ke dalam
kumpulan-kumpulan tertentu yang lebih kurang sama arasnya. Dengan sedemikian,
guru-guru kelas dapat menjalankan ujian diagnosis yang lebih berkesan kerana setiap
daerah kelemahan individu murid dapat dikesan dengan lebih terperinci dan guru dapat
menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu murid mencapai potensi yang
maksimum.
Selain itu juga, guru boleh meluangkan masa untuk murid dengan mengadakan
kelas tambahan bagi mereka yang akan diinklusifkan. Ini bertujuan untuk murid
mendapat persediaan awal dengan kemahiran-kemahiran asas untuk mengikuti
pembelajaran secara perdana iaitu di dalam kelas yang ramai muridnya dan guru
perdana tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada semua murid-muridnya.
Tambahan juga, kelas tambahan yang diadakan akan dapat membantu murid untuk
memahami sesuatu ilmu dengan lebih baik kerana murid pendidikan khas memerlukan
masa yang lebih lama untuk memahami suatu perkara. Oleh itu, guru pendidikan khas
yang bertanggungjawab dapat menggunakan strategi yang lebih berkesan dan sesuai
dalam membantu murid khas memahami ilmu yang dipelajari dalam kelas aliran arus
perdana.
Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa menghadiri kursus-kursus untuk
meningkatkan keprofesionalisme. Dengan itu, diharap guru terus bersemangat untuk
meneruskan tugas dan peranan sebagai pendidik yang lebih berkualiti dan bertindak
sebagai pemangkin satu transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan kita akan
dapat memenuhi keperluan dan permintaan abad ini selaras dengan kemajuan dan
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang di dunia.

1.0 Penutup
Kesimpulannya. pengetahuan tentang pentaksiran semata-mata adalah satu
pembaziran sekiranya tidak diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid.

You might also like