You are on page 1of 30

Asal Usul Bahasa Melayu

Secara umumnya,tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Penggunaan istilah Melayu boleh dikatakan sangat baharu dan timbul buat kali pertama dalam tulisan orang China antara tahun 644 dan 645 Masihi. Terdapat tanda-tanda sejarah yang cuba membuktikan kehadiran perkataan Melayu. Antaranya ialah catatan orang China yang menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo -le-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada kerajaan China sekitar tahun 644645 Masihi. Dikatakan orang Mo -le-yeu mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China. Walaubagaimanapun,letaknya Mo -le-yeu tidak dapat dipastikan. Ada yanag menyatakan kerajaan ini terletak di Semenanjung Ta nah Melayu dan ada yang mengatakan kerajaan ini terletak di Jambi,Sumatera.Ada juga yang mempercayai bahawa kerajaan Mo -le-yeu berpusat di daerah Jambi,Sumatera iaitu daripada sebatang singai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu.Satu lagi catatan orang Cina ialah catatan rahib Buddha bernama ITsing yang menggunakan perkataan Mo -lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 657 Masihi.Dalam bahasa Jawa kuno,perkataan mlayu bermaksud berlari atau mengembara.Hal ini boleh dikaitkan denga n orang-orang Indo-Melayu(Austronesia)yang bergerak dari Yunan.

Bangsa yang terawal menduduki negara ini merupakan bangsa yang melahirkan orang asli di Semenanjung, papua New Guie nea dan Australia. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu -Proto. Mereka datang pada tahun 2500 sebelum Masihi(SM) dan mengembara ke daerahdaerah di Asia Tenggara. Golongan ini juga dikenali sebagai Indo -Melayu. Golongan ini menggunakan Gua Cha (Kelantan) dan Gua Niah (Sarawak).

Pada tahun 1500 SM, golongan kedua dari Yunan pula datang dengan kebudayaan yang lebih tinggi serta menduduki daerah -daerah subur di persisiran pantai dan kuala sungai. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro. Kumpulan ini membawa tamadun yang lebih m aju daripada kumpulan Melayu Proto. Golongan ini mahir dalam bidang pelayaran dan kedatangan mereka ke serata Asia Tenggara dikaitkan dengan teori Gelombang. Mereka datang ke Asia Tenggara pada zaman logam. Ini menyebabkan golongan Melayu -Proto lari ke kawasankawasan lain seperti ke hutan belantara, lembah dan kawasan gunung. Golongan Melayu Deutro ini juga mahir dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh kepulauan melayu dan membuka penempatan yang menyebabkan perkembangan bangsa Indonesia dan
2

bangsa Melayu hingga kini. Lama -kelaamaan bangsa ini semakin maju dan kehidupan bermasyarakat mereka semakin berkembang. Kumpulan Melayu-Proto dan Melayu Deutro dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab, kawasan yang didatangi luas da n terpisah-pisah maka berkembang pelbagai bahasa di daerah masing -masing.

Rumpuan bahasa Austronesia dapat digambarkan dalam rajah di bawah.

Bahasa_bahasa Austronesia tersebar luas meliputi kepulauan Lautan Teduh dari Pulau Easter di sebelah timur dan kepulauan Asia Tenggara di sebelah barat. Bahasa Melayu merupakan subkeluarga daripada keluarga Indonesia.

Cabang-cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 3000 bahasa yang tersebar di Kepulauan Melayu dan boleh dibahagikan kepada 16 golongan bahasa seperti;

a) Golongan Filipina : antaranya Tagalog, Bikol dan Bisaya b) Golngan Sumatera : Antaranya Acheh, Gayo , Lampung c) Golongan Jawa : Sunda, Jawa dan Madura. d) Golongan Kalimantan e) Golongan Tomini f) Golongan Toraja

g) Golongan Gorontalo h) i) j) k) l) Golongan Bali-Sasak Golongan Loinang Golongan Muna-Butung Golongan Sulawesi Golongan Bungku-Laki

m) Golongan Bima-Sumba n) Golongan Ambon Timor

o) Golongan Sula-Bacon p) Golongan Halmera Selatan Irian Jaya ,contohnya bahasa Hilhamera Selatan,Nufur dan Kowiai Ada pula yang menyata kan rumpun bahasa Austronesia kepada dua keluarga utama,iaitu keluarga Taiwanik dan keluarga Melayu Polinesia.Keluarga bahasa Melayu -Polinesia dibahagikan kepada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat,Melayu -Polinesia Tengah dan Melayu-Polinesia Timur.Subkeluarga bagi kedua-dua cabang ini adalah seperti yang berikut: (a)Taiwanik

y y y y y

Bahasa Atayalik Bahasa Tsouik Bahasa Taiwanik Bahasa Taiwanik Barat Bahasa Taiwanik pengaruh bahasa Cina (b)Melayu-Polinesia

i.
y y y y y y y y

Bahasa Melayu-Polinesia Barat Bahasa Borneo Bahasa Filipina Utara Bahasa Filipina Tengah Bahasa Filipina Selatan Bahasa Mindanao Selatan Bahasa Sama-Bajau Bahasa Sulawesi Bahasa Sundi Bahasa Melayu-Polinesia Tengah
y y y y

ii.

Bahasa Bima-Samba Bahasa Maluku Tengah Bahasa Maluku Tenggara Bahasa Timor-Flores Bahasa Melayu-Polinesia Timur

iii.
y y

Bahasa Halhamera Selatan -Papua Barat Laut Bahasa Oceania

Rumpun Austronesia

Keluarga Taiwanik

Keluarga Melayu Polinesia

Melayu Polonesia Barat

Melayu-Polinesia Tengah

Melayu-Polinesia Timur

Rajah rumpun Bahasa Austronesia Berdasarkan klasifikasi di atas,salah satu cabang penting ialah bahasa Sundik yang mempunyai subkeluarga yang selanjutnya,iaitu bahasa-bahasa Jawa,Melayu,Indonesia,Sunda,Acheh,Batak dan Madura.Secara umumnya,jumlah penutur teramai iala h bahasa Melayu dan Indonesia,Tagalog,Sunda,Madura,Acheh,Batak,Bali dan

Malagasi.Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi bagi lima buah Negara iaitu Malaysia,Singapura,Brunei,Indonesia dan Timor Leste. KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA Ada ahli bahasa yang Austronesia mengatakan bahawa bahasa

berasal daripada rumpun bahasa yang sama dengan

bahasa Austroasia dan kedua-duanya menjadi keluarga kepada rumpun bahasa yang lebih besar,iaitu rumpun Austris.kumpulan ini berpendapat bahawa semua bahasa yang terdapat di selatan China berkeluarga dengan bahasa Austronesia,Austroasia,Hmong -Mien dan Tai-

Kadai.Kelaurga bahasa ini digambarkan dalam rajah di bawah:

Rumpun Austris

Rumpun Austronesia

Rumpun Austroasia

Rumpun HmongMien

Rumpun TaiKadai

Para penutur keempat-empat rumpun bahasa ini dikatakan tersebar di wilayah yang sekarang dinamakan Republik Rakyat China di bahagian selatan antara tahun 2000 -1000 tahun sebelum masihi.Pada
6

masa itu,suku bangsa Han yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu ke wilayah selatan.Hal ini membawa kepada implikasi penyebaran bahasa Austris ke kawasan-kawasan lain.Hal inilah yang dijadikan alas an sebab penutur bahasa Austronesia terpaksa berhijrah ke Taiwan,Kepulauan Asia Ten ggara,Kepulauan Pasifik dan penempatan yang lain.

Bahasa Melayu Kuno menjadi salah satu daripada bahasa Austronesia telah mengalami banyak perubahan. Fenomena ini biasa berlaku dalam proses perkembangan sesuatu bahasa. Bahasa Melayu kuno telah melahirkan banyak bahasa baru yang tinggal dalam satu kawasan tertentu. Maka timbullah batas georgafi yang bersifat linguistik. Penduduk di kawasan geografis linguistik ini bertutur dalam beberapa variasi bahasa yang disebut dialek. Dialek -dialek ini berkembang dan digunakan dalam pertuturan sekelompok masyarakat. Kelompok

masyarakat lain akan mengalami kesukaran untuk memahami dialek kerana perubahan bunyi dan pembentukan perkataan baru.

Fenomena ini boleh dilihat daripada rajah di bawah.

Dialek-dialek dan sub Dialek Bahasa Melayu

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu.Rekod awal yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu Kuno adalah pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.Atas alas an inilah,terdapat cendikiawan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal dari Sumatera selatan.
Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa M elayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Mela yu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah ber banding dengan bahasa Jawa.

Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahas a Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri -ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu -batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melay u telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-LoYue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Mel ayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh den gan - dngan atau dangan) d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas) e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat) f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
10

(Contoh: sukhatshitta) g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua -samuha, saya: sahaya)
PENGARUH BAHASA SANSKRIT

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu beragama Hindu dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa golongan bangsawan serta mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu,sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima.Hal ini terbukti daripad a: a) Pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang berasal dari India b) Kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit c) Fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam si stem bahasa Melayu Kuno Salah satu bukti yang memperlihatkankan kewujudan bahasa Melayu di alam Melayu ialah batu bersurat.Beberapa buah batyu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu Kuno pada abad ke -17.Tulisan yang digunakan pada batu bersurat tersebut ialah aksara Pala va,iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India.Berikut ialah batu -batu bersurat yang telah ditemui oleh sejarawan: a) Batu Bersurat di Kedukan Bukit,Palembang(683 Masihi) b) Batu Bersurat di Talang Tuwo,Palembang(684 Masihi) c) Batu Bersurat di Kota Bampu r,Pulau Bangka(686 Masihi) d) Batu Bersurat di Karang Brahi,Meringin,daerah Hulu Jambi(686 Masihi) e) Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli,Jawa Tengah(832 Masihi) ditulis dalam huruf Nagiri

11

CONTOH BAHASA SANSKRIT DALAM BAHASA MELAYU;

BAHASA SANSKRIT

BAHASA MELAYU

Dukka Deva Sansara Dosa

Duka Dewa Sengsara Dosa

Bahasa Melayu kuno mempunyai ciri-ciri yang khusus dan diantaranya adalah seperti berikut: a) Banyak terdapat kata pinjaman bahasa Sanskrit b) Bunyi (b) ialah (v) dalam bahasa Melayu kuno, c) Tiada bunyi (e) pepet dalam bahasa Melayu kuno d) Awalan ber- ialah mer- dalam bahasa Melayu kuno e) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno f) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh,h g) Terdapat perkataan dalam bahasa Melayu moden yang tidak menggunakan huruf h tetapi dalam bahasa Melayu kuno huruf ini wujud dalam perkataan tersebut

TULISAN PALAVA

Tulisan palava berasal daripada tulisan Hindu ya ng disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu.Tulisan Palava digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu kuno.Bukti Penggunaan tulisan Palava terdapat pada yupa(tiang batu persembahan) atau prasasti di daerah Muara Kaman,iaitu pertemuan antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala,sekitar 125km atau dua jam perjalanan dengan menaiki bot laju ke hulu Tenggarong,ibu kota Kabupaten Kurtai
12

Kartanegara.yupa tersebut menggunakan aksara Palava dalam bahasa Sanskrit yang dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879.Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta. yupa ini menceritakan pencapaian Raja Mularwarman,cucu Kudungga. Yupa tersebut yang berasal dari tahun 400 sebelum Masihi merupakan tinggalan pemerintahan Hindu pada zaman itu.

TULISAN RENCONG

Tulisan rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan(Bangkahulu dan Palembang) dan Minangkabau.Huruf ini kekal hingga abad ke-18,iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.Huruf yang digunakan oleh orang -orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua menyerupai bentuk huruf -huruf Rencong atau Rencang,Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf huruf tersebut ada kaitan dengan huruf orang -orang Kemboja pada zaman purba.Dengan menggunakan huruf-huruf kawi,Palava dan rencong,orang-orang Melayu menulisnya di atas-atas kulit kayu,daun13

daun l ntar,

ingan -kepingan l gam dan pada atu ersurat. ulisan di sebatang tiang batu di Kota

kuno ini telah dijumpai pada tahun Kapur,iaitu Bangka Barat.

TULIS

WI

Tulisan kawi merupakan tulisan awa kuno ang wujud pada abad ke 8.huruf-huruf kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari oromandel. uruf ini lenyap pada tahun sebelum masihi.

14

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan baha sa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) - ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke -7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) - masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata -kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303 -1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke -14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Abad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralih an di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangann ya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

15

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedag ang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah : a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu -Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang -orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

16

b. Jan Hugen Van Linschotten, seoran g bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa -bahasa negeri timur. c. Pada awal abad ke -18, Francios Valentijn , seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat -menyurat antara pentadbir dan raja -rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) (Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sa rjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfolo gi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan


17

sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agam a dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh -tokoh di Acheh antaranya ialah : a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin) b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin) c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab) d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al -Falambani dengan kitab Hikayat Al-Salakin.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit -belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. 2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb. 3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata p angkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. 5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat 6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

PENGARUH BAHASA JA A

Terdapat dua faktor utama penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu,iaitu tersebarnya cerita panji-panji di alam Melayu dan keinginan masyarakat Untuk bersosialisasi dengan negara luar.Petempatan awal orang sudah dapat dikesan pada zaman itu,iaitu di Kampung Jawa dan Parit Jawa.Walau bagaimanapun,migrasi orang Jawa ke Tanah Me layu yang ketara berlaku pada awal abad ke -19.Peertembungan bahasa
18

antara penduduk tempatan dengan bahasa Jawa telah menyababkan unsur-unsur daripada bahasa Jawa meresap dalam bahasa Melayu.Antara perkataan Jawa yang digunakan adalah seperti berikut: PERKATAAN JAWA andong batok berangasan wedana adipati MAKSUD kereta kuda tempurung mudah naik marah ketua daerah raja

AKSARA JA A

Aksara yang digunakan Untuk menulis bahasa Jawa pada zaman Melayu klasik ini dinamakan Hanacaraka atau Carakan.Aksara ini mengambil cirri-ciri aksara Palava.Apabila diucapkan,susunan aksara tersebut dapat membentuk kalimat:
y y y y

Hana caraka-bermaksud terdapat pengawal Data sawala-bermaksud berbeza pendapat Padha jayanya-bermaksud sama hebatnya Maga bathanga-bermaksud keduanya mati

HURUF PEGON

Huruf pegon ialah huruf arab yang telah diubahsuai Untuk bahasa Jawa.Perkataan pegon kononnya berasal daripada bahasa Jawa,pgo yang bererti menyimpang,iaitu bahasa Jawa yang ditulis dalam huruf Arab dianggap sesuatu yang tidak lazim.Huruf ini juga biasanya hanya digunakan Untuk menulis ulasan pada al -Quran tetapi kemudiannya banyak pula naskhah dan manuskrip ceri ta yang ditulis menggunakan huruf-huruf Pegon.Berbeza dengan tulisan Jawi yang biasanya ditulis

19

gundul,sebaliknya kerap dibubuh tanda vokal.Bahasa Jawa mempunyai kosa kata vocal yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vocal perlu ditulis Untuk mengelakkan kekeliruan.

20

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke -19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa penganta r di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengan tar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa -apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang -undang Parlimen. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, t empatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjad i alat utama perpaduan antara kaum.

21

Alat-alat artikulasi

ALAT-ALAT ARTIKULASI Dalam mengeluarkan bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat. Alat -alat ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:1. Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan, yakni yang berkaitan dengan sistem udara yang keluar dan masuk ke dalam paru -paru; dan2. Alat yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran bunyi bahasa, misalnya bahagian-bahagian lidah. ALAT PERNAFASAN Badan kita mempunyai sistem pernafasan ya ng bertujuan untuk menedut oksigen bagi proses pembersihan darah. Di samping tugas hakiki ini, sistem pernafasan juga berfungsi sebagai alat mengeluarkan bunyi
22

bahasa.Dalam sistem pernafasan, alat -alat penting yang terlibat dengan penghasilan bunyi bahasa ialah:1. Paru-paru2. Rongga rengkung3. Rongga tekak4. Rongga hidung5. Rongga mulut

PARU-PARU Udara yang masuk ke paru-paru ditahan keluar oleh paru -paru apabila dinding paru-paru dikecutkan. Sewaktu udara sedang keluar dari paru paru ini berlaku proses pe nghasilan bunyi, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara ini. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal a dan i serta bnyi-bunyi konsonan p, t, dan g.

23

JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat . Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
24

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i ), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

25

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

26

REFLEKSI

NAMA: AMRI BIN ALI OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Tugasan ini telah diberikan pada awal bulan Ogos dan diarahkan untuk menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan.Ahli kumpulan saya ialah Mohd Saiful b. Bohari dan, Mohd Ikram Hafifi bin Abdul Hadi. Kami telah berusaha dalam pencarian sejarah perkembangan bahasa melayu dan alat-alat artikulasi untuk menyempurnakan tugasan ini. Dalam tugasan ini juga terdapat perselisihan faham antara ahli kumpulan. Walaubagaimanapun segala permasalahan dapat diatasi dengan baik. Antara kekuatan yang terserlah setelah meyi apkan tugasan ini yang saya alami adalah sifat kepimpinan dalam menyiapkan tugasan ini serta dapat memupuk kerjasama antara ahli kumpulan, manakala kelemahan yang kami hadapi ialah kekurangan sumber rujukan.Walaubagaimanapun,berkat doa dan semangat kami,ka mi berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hasbi b. Harun atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami dalam proses menyiapkan tu dasan ini. Disamping itu, terima kasih saya ucapkan kepda rakan guru pelatih yang lain kerana sudi memberi idea -idea yang boleh kami olah untuk menjadi idea yang lebih baik. Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan ini dapat menjadi rujukan kepada guru pelatih yang lain di masa hadapan.

27

REFLEKSI

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini.Kumpulan kami terdiri daripada Mohammad Saiful bin Bohari,Amri bin Ali,Ikram Hafifi Bin Abdul Hadi.Walaupun pada mulanya,saya dan ahli kumpulan mempunyai banyak masalah untuk menyiapkan kerja kursus ini,tetapi dengan izin Allah saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan banyak -banyak terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu,iaitu En Mohd Hasbi bin Harun yang banyak membantu saya dan ahli kumpulan saya dalam usaha dalam menyiapkan kerja kursus ini.Dengan idea -idea yang diberikan saya dan ahli kumpulan dapat menambah baik kerja kursus ini.Tanpa bantuan daripada pensyarah,saya dan ahli kumpulan yang lain mungkin tidak dapat mengenal pasti kekurangan yang ada dalam kerja kursus ini.

Dalam usaha menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu ini,saya dan ahli kumpulan kami telah banyak mendapat bantuan daripada rakan rakan guru pelatih yang lain.Saya dan ahli kumpulan juga mengadakan perbincangan di luar waktu kuliah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam kerja kursus Bahasa Melayu ini.

Walaupun masa untuk menyempurnakan tugasan agak terhad,namun kami dapat juga menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini.Sekian,assala mualaikum.

MOHAMMAD SAIFUL BIN BOHARI


28

REFLEKSI

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan bimbingan En Mohd Hasby.Setelah memahami dan menyiapkan kerja kursus ini saya telah mendapat beberapa ilmu baru yang belum didedahkan kepada saya dan selama saya berada di alam persekolahan Walaupun saya telah belajar semasa berada di tingkatan enam, namun Bahasa Melayu pada peringkat IPG lebih mendalam dan lebih meluas seandainya kita mengkaji satu-persatu.

Seterusnya,dalam menyiapkan kerja kursus ini saya dan rakan -rakan walaupun tidak mempunyai masa yang secukupnya tetapi kami saling berkerja sama dan bertolak ansur antara satu sama lain walaupun bercanggah idea. Mem ang wujud percanggahan idea semasa membuat tugasan ini. Ditambah pula dengan tugasan-tugasan kerja kursus yang lain yang menyebabkan wujud tekanan dalam diri ini. Ini membuatkan saya terpaksa membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan.

Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat dinilai dan disemak dengan baik dan mendapat markah yang sepatutnya kami dapat. Sesuai dengan usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini. MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI

29

BIBLIOGRAFI Siti Hajar Abdul Aziz,2008. Siri Pendidikan Guru,Bahasa Melayu 1,Petaling jaya:Oxford Fajar. Abdullah Hassan,1980 .Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia,Petaling Jaya:Fajar Bakti. ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava ummuhaq.qulhaq.com/?tag=jenis-tulisan mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/bm -kuno1 www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option

30

You might also like