You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Shulman dan Grossman (1987) Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
adalah melalui interaksi antara guru dan murid, isi kandungan serta objektif
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran juga memerlukan guru
mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti sebagai medium bertujuan untuk
memudahkan murid-murid menerima dan memahami isi pelajaran pembelajaran
bermakna yang dapat memberi impak kepada murid yang disampaikan.
Kemenjadian murid boleh dibina melalui pembelajaran bermakna. Dalam erti kata
lain, pembelajaran bermakna boleh memberi impak kepada kemenjadian murid.Di
dalam konsep ini, peperiksaaan bukan lagi menjadi elemen utama sebaliknya pihak
sekolah perlu menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS ialah
perkara penting dalam pelaksanaan kurikulum standard. Justeru itu, modul-modul
yang telah dirancang dalam program TS25, adalah modul-modul yang dapat
menggarap peranan sekolah ke arah kemenjadian murid dengan melihat kandungan
di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) secara terperinci.

2.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies


(NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk
menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang
sama, mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar. Fullan
dan Langworthy menjelaskan bahawa pedagogi baru ini adalah berdasarkan
perkongsian pembelajaran di antara dan di kalangan pelajar dan guru yang
menyebarkan motivasi intrinsik pelajar dan guru. Menururt Ausubel, pembelajaran
bermakna ialah satu proses di mana murid itu sendiri mempunyai kesedaran tentang
tujuannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah
bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal
sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna.

3.0 KEMENJADIAN MURID MELALUI PEMBELAJARAN BERMAKNA

Untuk menilai aspek kemenjadian murid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025 boleh dijadikan rujukan. Intipati PPPM memfokuskan enam ciri
murid yang menjadi aspirasi negara, iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran
berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan
berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional. Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan PPPM, isu kemenjadian murid menjadi tumpuan. Murid dinilai
dalam semua program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan oleh
guru dan pihak sekolah. Persoalannya ialah sejauh manakah perkara 'kemenjadian'
telah diterjemahkan di dalam sistem pendidikan bermakna kepada murid.

Dapat kita lihat pembelajaran bermakna sering dikaitkan melalui kaedah pengajaran
guru, aktiviti pelajar dan model yang digunakan oleh guru dalam proses
pembelajaran. Salah satunya adalah model pembelajaran berasaskan masalah atau
yang sering kita panggil model problem based learning (PBL) . Model ini sesuai
dengan teori pembelajaran bermakna Ausubel. Itu adalah proses pembelajaran
dalam bentuk maklumat baru yang berkaitan dengan struktur pemahaman yang
sudah dimiliki oleh pelajar. Apabila pelajar belajar menggunakan model
pembelajaran berasaskan masalah dengan kaedah eksperimen dan perbincangan,
pelajar dilatih untuk mengenal pasti data, menjalankan eksperimen, mengambil data,
memproses data, dan membuat kesimpulan. Lantaran itu, model ini telah membantu
dalam kemenjadian murid yang memiliki kemahiran berfikir dan berpengetahuan.

Selain itu aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam pembelajaran


bermakna, dimana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan cara
pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan dalam
menstrukturkan kumpulan dan prosedur.Hal ini sudah tentu akan memberi kesan
kepada kemenjadian murid dari aspek murid yang berkemahiran berfikir dan
berpengetahuan.

Melalui amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna juga dapat memupuk sifat
dan nilai seseorang murid dengan lebih baik.Seperti pihak sekolah perlu memainkan
peranan yang penting dalam menonjolkan nilai – nilai murni dengan mewujudkan
suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif. Dalam
menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni,guru
merupakan orang yang penting dalam melaksanakan tugas ini. Guru hendaklah
terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai murni yang hendak diajar dalam
usaha menerapkan pembelajaran bermakna ketika didalam kelas (Zakaria Kasa,
Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996).
Lickona(1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan
nilai murni,iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor.

Selain itu, bagi melahirkan suasana belajar yang seronok dalam usaha menjadikan
ianya sebagai pembelajaran yang bermakna kepada murid dan seterusnya dapat
memastikan kemenjadian murid di dalam kelas. Keseronokan dalam aktiviti
pembelajaran sebahagian besarnya dipengaruhi oleh persepsi murid. Ini akan
menjadikan guru sentiasa menyalakan harapan dan menyuntik motivasi yang tinggi
supaya murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang sukar dilupakan
sepanjang hayat.Maka akan lahirlah pelajar yang berkemahiran berfikir di dalam
kelas.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru-guru perlu melakukan penambahbaikan dalam setiap dimensi


amalan elemen kompetensi guru dalam pembelajaran yang bermakna.Terutamanya
dimensi guru sebagai perancang.Disebabkan pelbagai kebaikkan melalui
pembelajaran yang bermakna kepada kemenjadian murid disekolah oleh itu perlulah
semua pihak mengambil tanggungjawab yang penting untuk kejayaan murid.Untuk
memastikan kemenjadian murid yang dihasratkan berupaya bersaing dengan rakan
sebaya dari Negara lain serta memastikan keseronokan murid semasa belajar dan
menjalankan tugas, guru perlulah menjadi seorang contoh terbaik bagi murid-
muridnya. Guru perlu menuntut ilmu yang banyak serta menggunakan ilmu yang ada
padanya bagi mencapai matlamat ini.

You might also like