You are on page 1of 5

Fasa

Penerokaa
n
Pensyarah: Puan Rajmah Binti Othman
Disediakan oleh: Irvi Vun Shao Shi
Leong Mung Ting
Teh Yi Cheng
Fasa Penerokaan
Fasa pertama yang berorientasikan pelajar (Interaksi dengan
bahan pembelajaran dan rakan-rakan).
Peranan guru:
i. Guru tidak memainkan peranan utama tetapi mencerap
tingkah laku pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti.
ii. Guru membimbing dalam pemilihan bahan pengajaran serta
cara penggunaannya supaya dapat menyediakan persekitaran
yang sesuai bagi meneroka dan membentuk konsep-konsep.
iii. Guru memberi hala tuju pada pembelajaran kanak-kanak
tetapi tidak memberi tahu secara eksplisit apa yang
sepatutnya mereka pelajari dan mesti menghindarkan diri
daripada menjelaskan konsep yang perlu dibina oleh kanak-
kanak.
Guru perlu:
I. Menjawab soalan-soalan pelajar
II. Bertanya soalan bagi bertujuan membimbing
pencerapan oleh pelajar
III. Memastikan pelajar membabitkan diri dalam kemahiran
proses sains yang betul
IV. Memberi hint atau pembayang supaya aktiviti
penerokaan dapat diteruskan.

Contoh: Pengajaran tubuh badan manusia


Guru boleh menyuruh kanak-kanak melihat persamaan
(jumlah mata, telinga, hidung) dan perbezaan (struktur /
warna rambut, ketinggian, jantina) antara mereka dan
Contoh Pengajaran
Keperluan dan Bahagian Pada Tumbuhan
Konsep yang perlu dibina: Idea / konsep utama bahagian utama
pada tumbuhan adalah (akar, batang dan daun)
Konsep penting memperluaskan kefahaman: Tanah / medium yang
bernutrien, udara, air dan cahaya adalah diperlukan bagi
pertumbuhan

Bahan-bahan yang diperlukan (Fasa penerokaan)


- Beg plastik - cat poster
- Sudu / penggali tanah - kertas melukis
- Kertas mahjung - krayon
- Buku bergambar (tumbuhan) - pen marker
Kemahiran:
Pemerhatian
Mengenal pasti
Membezakan

Langkah pelaksanaan:
1. Murid mengutip sampel tumbuhan tanpa merosakan persekitaran.
2. Kenal pasti spesies tumbuhan yang boleh diambil dan tujukkan
cara menggali tanah.
3. Arahkan murid letak sampel dalam beg plastik.
4. Di bilik darjah, murid diminta pilih satu tumbuhan dan letak atas
kertas mahjung.
5. Murid diminta melukis tumbuhan mereka dan bandingkan dengan
lukisan daripada kumpulan lain.

You might also like