You are on page 1of 1

CYBERGOGY

Apakah cybergogy ?

1. A descriptive label for the Strategy is for the creating engaged learning online
Strategi untuk membuat pembelajaran secara di atas talian / alam cyber
(Wang & Kang,2006)

2. Creating learner-centred ,autonomous and collaborative virtual learning environment


Mewujudkan persekitaran pembelajaran maya secara autonomi dan kolaboratif yang
berpusatkan pelajar.

3. Learner’s thinking ,behaviour ,and emotions are deeply connected to the culture of
computers technology and the Internet
Pemikiran ,Tingkah laku dan emosi pelajar sangat berkaitan dengan budaya
komputer,teknologi dan internet.
(Wang & Kang ,2006)

4 elemen penting dalam cybergogy iaitu :

1. Guru sebagai pemudah cara (Faciliting)


2. Penggunaan teknologi
3. Pembelajaran kendiri dan kolaborasi
4. Berpusatkan pelajar

Semua ini berlaku di alam maya dan di alam cyber.

Bagaimana memastikan pelajar belajar di alam maya?

3 faktor utama yang perlu guru perlu pastikan iaitu :

1. Faktor kognitif
- Guru perlu tahu pembelajaran pelajar yang terdahulu supaya tidak terpisah apabila
belajar dengan cara yang baru.
- Perlu tahu pencapaian matlamat supaya pelajar tahu kemana dia akan pergi dan hendak
capai
- Aktiviti pembelajaran yang menarik akan menyebabkan pelajar suka.
- Perlu mengambil kira Learning style iaitu gaya pembelajaran pelajar.

2. Faktor sosial
- Mengambil kira Keperibadian pelajar yang berbeza
- Latar belakang Masyarakat yang berbeza
- Konteks pembelajaran
- Cara berkomunikasi dengan mereka menggunakan laras bahasa yang mudah difahami

3. Faktor emosi
- Beri mereka rasa autonomi untuk belajar
- Rasa ada kawan-kawan disekeliling seperti berasa ada di dalam kelas atau dewan belajar
- Rasa ada di alam belajar walaupun mereka berada dalam bilik tidur
Mereka rasa ada proses pembelajaran berlaku

You might also like