You are on page 1of 10

PERBEZAAN KELEBIHAN PKSR DAN PBS

PEPERIKSAAN KENDALIAN
SEKOLAH RENDAH (PKSR)
Mengesan perkembangan dan
penguasaan murid secara
menyeluruh
Berasaskan ujian rujukan kriteria
Berbentuk formatif -
mengutamakan kemajuan setiap
murid dalam setiap peringkat
Menggunakan pelbagai kaedah
Memudahkan guru untuk
membuat tindakan susulan
Memberi peluang kepada guru
untuk membetulkan kesilapan
dan memperbaiki kelemahan
murid
Guru dapat mengenal pasti
kelemahan dan
memperkembangkan lagi
kekuatan serta potensi murid
PENTAKSIRAN BERAASKAN
SEKOLAH (PBS)
Mendidik guru berintegriti.
Mudah merujuk pencapaian murid.
Memberi makna kepada gred pelajar
Menunjukkan pertumbuhan murid
dalam pnp.
Taburan markah / gred tidak
ditetapkan.
Tidak membanding bezakan murid
dengan gred
Tiada had peratusan murid untuk
mencapai standard.
Ia dilaksanakan sepanjang tahun
sewaktu pnp dijalankan
Pentaksiran menyeluruh jasmani,
emosi, rohani dan intelek.











KELEBIHAN PBS

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk
menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.

KELEMAHAN PBS







PERBEZAAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Jenis /
Perbezaan


Pengujian



Pentaksiran


Pengertian

Proses menentukan perubahan
tingkah laku
Proses membuat analisi dengan
mentafsir hasil pengukuran

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar
dalam sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat tentang
penncapaian pelajar,objektif pelajaran,
kaedah mengajar dan kurikulum

Kegunaan

Untuk menempatkan pelajar dalam
kumpulan yang sesuai
Untuk membaiki rancangan
mengaar,kurikulum, pengesan punca
kelemahan dan membuat ramalan

Bentuk

Pemerhatian,ujian, lisan dan bertulis Jadual / gred berdasarkan teknik
perangkaan

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa
pelajaran
Sebelum, semasa dan selepas satu
atau beberapa pelajaran

Proses
Perlaksanaan

Persediaan ujian
Pentadbiran
Pemeriksaan
Proses pengukuran
Proses penganalisaan
Proses interpretasi
Melapor tindakan


KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS )

1. Pentaksiran Rujukan Standard
Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian
Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi
untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat
melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan
dalam dokumen kurikulum.

2. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama
Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan
saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.


3. Mendidik guru berintegriti
Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti.
Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran,
ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral
bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan
kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,
dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh
ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan
sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam
melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut.
Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan
Negara kita.

4. Mudah merujuk pencapaian murid
Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupun
sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua
data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan
pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka data-data tersebut
dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan
dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain
itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ,
guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan
meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

5, Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran
Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah
ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan
menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia,
tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah
merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti
atau mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula
mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang menjadi maju
atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah
proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya
berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid
akan bertambah pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih
banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka.
Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk menerokai ataupun
menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.


Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

1. Membebankan guru
Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang sama
juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran
berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat
kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod
band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka
hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja
memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang ditanggung
lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah
dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping
itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang
kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka,
jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

2. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS
Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu
ada jalur lebar atau dalam kata lain broadband untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian
yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang
guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk
melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau
perlu bermula dari awal dan menekan butang next sehinggalah sampai rekod yang terakhir.
Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur
lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan
akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang
lebih cepat dan maju.

3. Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak
Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari band 1
hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan
seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat
mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang
kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya
persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran
berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke
pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan
sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan
anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu
bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh
ibu bapa kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku
iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma
yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan
supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan
mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran
sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-
berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.
Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan
dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.
Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan
bangsa dan negara.









PENUTUP
Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid
bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang
harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini
memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu,
ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana
pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang
akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk
menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat
Rasional Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, (1989). Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

3. Mohd Najib Ghafar (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. UTM, Skudai.

4. Ng See Ngean,(1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti

5. Pusat Perkembangan Kurikulum (1996). Buku Panduan Penilaian Kendalian Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur

Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case
study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.
Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.
Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers perception
of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher,
Vol 38, pp. 13 29.
Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth
(ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional
theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.
Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5
Novermber 2012 ms3.
Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran
Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja
Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah
Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap
Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia.
Dalamhttp://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15
November 2012.
Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu
Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang. Journal of
Science and Mathematics Education, 6, 26-38.
Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers Readiness towards School Based Assessment
Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21 March,
2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html
Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan
Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota
Tinggi, Johor.UTM, skudai
Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam
Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Lamanweb rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diakses daripada
http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=353:pentaks
iran
berasaskan-sekolah&catid=19
Sumber diakses daripada http://smkvaldor.blogspot.com/2013/03/apa-itu-pentaksiran
berasaskan-sekolah.html

You might also like