You are on page 1of 10

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang

diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang
menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi
murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh
membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju
supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program
Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah
Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki
UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam
bentuk PBS.

APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran
yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan
di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

v Pentaksiran Sekolah

v Pentaksiran Pusat

v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

v Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah
di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,
kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK
Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain
sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum.

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:

mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf
antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?


Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama
untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir
tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang
hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan
lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan
kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard
diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan
pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah
seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND

STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Tahu dan Faham

Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum
balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal
angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah
serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24
lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.
Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah,
tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek
tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak
dengan mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid
yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli
oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan
ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh
membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga
RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan
harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi
membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid.
PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan
atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan
murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah
diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak
dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum
menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan
baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk
perkembangan individu.
7

ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak
manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru
tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan
Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi
merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai
laporan apabila diperlukan.

BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan
kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang
menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

a. Pementoran

b. Penyelarasan

c. Pemantauan

d. Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan
PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal
dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang
disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.
Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan
Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran
yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru
Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat
dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab
menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan
utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah
yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang
diajar.

10

PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi
memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan
seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini
memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia
diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya
dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga
merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak
yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Bibliogra

Abu Bakar Nordin. (1994).

Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020

. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Akhbar

Sunday Times.

Kuala Lumpur, Malaysia: January 3, 2010.Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan dalam

Siri Fajar Bakti

. Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184.Awang Had Salleh. (1980).

Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah

. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.http//www.mohe.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur,


Malaysia: 19 Februari 2010].http://pmr.penerangan.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19
Februari 2010].Ibrahim Saad. (1986).

Pendidikan dan Politik di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakadan Kementerian Pelajaran Malaysia.INTAN [Institut
Tadbiran Awam Negara] Malaysia. (1994).

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia

.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan INTAN Malaysia.Jan-Erik Lane.
(2000).

The Public Sector: Concept, Models, and Approaches.

London: SAGE Publisher,third edition.Jeong Chun Hai @ Ibrahim & Nor Fazlina Nawi. (2007).

Principle of Public Administration: An Introduction.

Kuala Lumpur: Pelanduk Publication.Kenyataan Mukriz Mahathir dalam

Utusan Online

di http://www.utusan.com.my [dilayari diKuala Lumpur, Malaysia: 2 Disember 2008].KPM


[Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a).
Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran, danPelaksanaan

. Putra Jaya: KPM.

SOSIOHUMANIKA,

4(1) 2011

47

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010b).

Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster di Malaysia:Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan

. Putra Jaya: KPM.Mahzan Arshad. (2010). Sejarah Prinsip Asas dalam Pendidikan Bahasa Melayu:
Satu Penilaian.

Kertas kerja

dibentangkan pada Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya] di Kuala Lumpur,Malaysia.Mansor


Mohd Noor & Morshidi Sirat. (2005).

Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam

.Kuala Lumpur: Penerbit IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara].Marcus Shapie.
(2010). Isu-isu Pendidikan di Malaysia.

Kertas kerja

dibentangkan dalamPersidangan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Antarabangsa, Lembah


Pantai KualaLumpur, Malaysia.Mok Soon Sang. (2000).

Pendidikan di Malaysia.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,edisi ketujuh.Robiah Sidin. (1994).

Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan.

Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd.Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999).

Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shahril @ Charil Marzuki

et al.

(1995).

Pendidikan di Malaysia

. Kuala Lumpur: Penerbit UM[Universiti Malaya].Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat


Malaysia yang Membangun.

Monograf Tidak Diterbitkan

. Bangi, Selangor Darul Ehsan: UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].Simon Fisher


et al.

(2000).

Mengelola Kon

ik: Ketrampilan & Strategi untuk Bertindak

. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Terjemahan.Sufean Hussin. (2002).

Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Othman Alhabhi & Hasnan Hakim. (2010). Dasar
dan Pelaksanaan Sistem PendidikanKebangsaan.

Kertas kerja

dibentang dalam Persidangan di Fakulti Pendidikan UM [UniversitiMalaya], Kuala Lumpur,


Malaysia.UNESCO [United Nations for Education, Scienti

c and Cultural Organization]. (1975).

Educationon the Move: A Companion Volume to Learning to Be.

Toronto, Canada: The Ontario Institute forStudies in Education and the UNESCO Press.Utusan
Online dalam http://www.utusan.com.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 2November
2009].Wan Abdul Halim Othman. (2008).

Asas Hubungan Etnik

. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan DasarUSM [Universiti Sains Malaysia].

You might also like