You are on page 1of 4

1.

0 Sistem munakahat dalam islam

Perkahwinan merupakan permulaan kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan
tunjang sesebuah masyarakat. Secara tradisinya setiap pasangan individu yang ingin
memulakan dan membina sebuah keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.
Perkahwinan didefinisikan sebagai suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara
seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta
kewajipan antara kedua-dua mereka. Manakala dalam pengertiannya yang lebih luas
perkahwinan adalah satu ikatan di antara dua orang, lelaki dan perempuan untuk hidup
bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat untuk meneruskan
kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang
telah ditetapkan oleh syarak.

Hukum berkahwin berubah-ubah berdasarkan faktor niat dan kemampuan seseorang


yang ingin berkahwin. Sebahagian ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum.
Harus pada Syara' iaitu tidak mendatangkan dosa mahupun pahala jika seseorang itu tidak
berkahwin. Ini adalah asal hukum nikah kahwin. Begitu juga harus berkahwin bagi mereka
yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang
mendorongnya untuk berkahwin.

Terdapat banyak nas-nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah S.A.W yang menerangkan
tentang galakan dan suruhan Islam berhubung perkahwinan terhadap umatnya dengan
menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam menegakkan konsep perkahwinan Islam
secara syumul, universal dan berhikmah. Antaranya, Firman Allah S.W.T:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba
sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka
dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha
Mengetahui.’Surah an-Nur (24): 32

Ayat di atas jelas menerangkan galakan berkahwin ke atas umat Islam. Ia menjelaskan juga
bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berkahwin kerana keperluan kepada
pasangan hidup adalah perlu selama mana keadaan jasmani seseorang itu berkemampuan.
1.1 Keistimewaan sistem munakahat islam

Perkahwinan adalah bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang berkekalan


mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Islam menekankan faktor penerusan zuriat
yang halal sebagai tujuan utama perkahwinan. perkahwinan menurut perspektif Islam
mempunyai tujuan yang suci dan kesucian itulah yang menjadikannya sebagai satu institusi
keagamaan, terutamanya Islam yang menekankan aspek rasional, logik akal serta merupakan
agama fitrah. Rasionalnya dan secara fitrahnya manusia tidak akan berkahwin dan membuat
undang-undang perkahwinan seandainya ia tidak membawa manfaat dan faedah yang besar
kepada kepentingan manusia sendiri. Di situlah letaknya keistimewaan undang-undang Islam
dalam mengatur tata cara perkahwinan di mana ia tidak diatur atau dirangka oleh manusia
tetapi datangnya dari sumber Ilahi yang tidak dapat dipertikaikan lagi kebenarannya.

Disamping itu, perkahwinan merupakan Sunnah para nabi dan rasul. Firman Allah
yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya kami (Allah) telah mengutus rasul sebelum kamu dan kami
jadikan untuk mereka isteri- isteri dan juga keturunan”. (Al-Ra’ad:38).

Allah mengutus para nabi dan rasul sebagai pemimpin umat manusia ke jalan kebenaran.
Mereka adalah model yang mesti diikuti demi keamanan ,kebahagian dan kedamaian dalam
kehidupan. Dengan mencontohi Sunnah rasul yakni membina keluarga melalui perkahwinan,
kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan yang berpanjangan bukan shaja didunia,
malah akan berlanjutan di akhirat. Rasulullah amat menggalakkan umatnya berkahwin.
Daripada Aisyah r.a berkata, nabi bersabda:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut


sunnahku maka dia bukanlah dari golongan umatku”. (riwayat Ibn Majah).
Selain itu, melalui perkahwinan, seseorang akan berasa bahagia, aman dan tenteram dengan
adanya ikatan kasih dan sayang antara suami isteri. Allah berfirman bermaksud:

“Dan tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan


untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan
cinta kasih sayang.”(Ar-Rum: 21)

Disamping itu, melalui perkahwinan, seseorang dapat memelihara iman dan


mengelakkan diri daripada maksiat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

“Barang siapa yang mampu, hendaklah dia berkahwin kerana dengan demikian dapat
menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barangsiapa
yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat
menghalang keinginan nafsunya.”(riwayat Ibn Mas’ud)

Hadith ini menyarankan kepada kaum pemuda yang berkemampuan dari segi zahir dan batin
supaya berkahwin. Bagi mereka yang tidak berkemampuan pula digalakkan supaya berpuasa
kerana puasa akan dapat menjadi pendinding atau perisai bagi mengelakkan individu tersebut
daripada melakukan perbuatan maksiat, apalagi perbuatan zina yang dilaknat Allah S.W.T.

Dengan berkahwin, seseorang akan dapat mengikis kebimbangan tentang keupayaan untuk
memikul tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak disebabkan kemiskinan. Perkara ini
kebiasaannya berlaku kepada golongan yang hidup miskin, ada kalanya berasa takut untuk
menrmpuh perkahwinan. Sesungguhnya Allah yang menjamin rezeki setiap hambanya.
Sabda rasulullah saw:

“Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin maka dia bukanlah
daripada golonganku.” (Riwayat Abu Daud)

Rezeki adalah dalam kekuasaan allah. Oleh itu, manusia hanya perlu berusaha dan yakin
bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik kepada hambanya.

Rasulullah saw amat berbangga dengan umatnya yang ramai diakhirat nanti. Justeru,
menerusi, menerusi perkahwinan akan lahirlah zuriat umat islam yang beriman dan bertakwa
yang akan memakmurkan bumi. Daripada Ma’qal bin yasar, rasulullah bersabda:

“Berkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga
dengan jumlah kamu yang ramai.” (riwayat Abu Daud)
Melalui perkahwinan, akan wujud kehidupan yang teratur dan berdisiplin dalam kehidupan
berumah tangga. Akan berlaku rasa tanggungjawab dan pengagihan tugas antara suami dan
isteri, ibu bapa dan anak-anak, abang dan kakak dengan adik-adik. Perkahwinan akan
mewujudkan asas cara hidup yang tersusun dan teratur seterusnya membawa kepada
kehidupan masyarakat yang harmoni.

You might also like