You are on page 1of 21

PENGURUSAN WAKAF DAN

BAITULMAL
BPMS 2083

BAB 1
ASAS FIQH ISLAM BERHUBUNG
WAKAF
DEFINISI WAKAF
Menurut bahasa perkataan wakaf seerti
dengan tahbis ( ( yang bererti
menahan.
Maksudnya menahan harta dari jualbeli
atau digunakan sehingga habis.
Menurut syarak pula ialah menahan
sesuatu harta yang boleh digunakan
tanpa susut fizikalnya dengan cara
menyerahkan hak miliknya kepada
seseorang pengguna yang harus dan
wujud.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
DALAM WAKAF
AL-I TA (Pemberian)
Memasukkan seseorang yang dikehendaki dalam
wakaf seperti pentadbir bebas. Oleh itu, pentadbir
asal dinafikan daripada beroleh ghullah (hasil) pada
masa dimasukkan dalam wakaf itu.

AL-IDKHAL (Pemasukan)
Memasukkan selain penerima wakaf dan
menjadikannya sebagai ahli wakaf supaya ia berhak
selepas itu. Kadang-kadang pentadbir bebas
menyertai syarat ini.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
DALAM WAKAF
AL-IKHRAJ (Pengeluaran)
Menjadikan penerima wakaf bukan dalam kalangan
orang yang bukan ahli wakaf, sama ada untuk
selama-lamanya atau untuk suatu masa yang
tertentu. Oleh itu, selepas masa tertentu, ia akan
menjadi semula seorang ahli wakaf.

AL-ZIYADAH (Penambahan)
Melebihkan hak sebahagian penerima wakaf ke atas
penerima wakaf yang lain, ketika pengagihan hasil.
Dengan kata lain, menjadikan bahagiannya lebih
daripada ahli-ahli yang lain buat selama-lamanya.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
DALAM WAKAF
AL-NUQSAN (Pengurangan)
Memberikan kepada sebahagian penerima wakaf kurang
daripada apa yang diberikan kepada yang lain ketika
agihan dibuat dengan syarat tiada bahagian-bahagian
tertentu dalam pengurangan terhadap haknya.

AL-ISTIBDAL (Penggantian)
Menjualkan segala jenis harta yang diwakafkan dengan
wang tunai. Kemudian dibelinya harta wakaf baru
dengan wang tunai tersebut untuk diwakafkan sebagai
mengambil tempat harta yang telah dijual. Ringkasnya,
ia adalah pembelian suatu harta dengan wang gantian
untuk diwakafkan semula.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
DALAM WAKAF

AL-TAGHYIR (Perubahan)
Ia merupakan syarat yang lebih umum daripada
syarat-syarat yang lain di atas. Ia disebut secara
ringkas selepas syarat terperinci yang lalu. Jika
tidak disebut selainnya, nescaya dimiliki oleh
sesiapa yang disyaratkan bagi tiap-tiap sesuatu
yagn telah disebutkan. Jika taghyir (perubahan)
diertikan dengan tabdil (penggantian), nescaya
fuqaha moden menganggapnya sebagai
menguatkan bagi maknanya, melainkan jika ada
makna lain seperti istibdal.
HUKUM DAN SYARIAT WAKAF
Hukum wakaf adalah sunat berdasarkan al-Quran
dan al-Hadith berikut:
Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan sehingga
kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu yang kamu dermakan sesungguhnya Allah
s.w.t. mengetahuinya. (al-Imran: 92)

Apabila Abu Talhah mendengar ayat ini, beliau teringin


untuk mewakafkan hartanya lalu datang dan meminta
penjelasan dari Rasulullah s.a.w.

Hadith Rasulullah s.a.w. Daripada Abu Hurairah r.a.,


Apabila seorang anak Adam mati segala amalannya akan
terputus kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu
yang boleh dimanfaatkan atau anak soleh yang
mendoakannya. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi)

Imam Syafii berkata, Aku mendapat tahu bahawa 80


orang sahabat di kalangan Ansar yang melakukan wakaf.
RUKUN-RUKUN WAKAF
Rukun-rukun wakaf ada empat
semuanya:
al-Wakif (Pewakaf)
al-Mawquf Alaih (Penerima Wakaf)
al-Mawquf (Harta Yang Diwakafkan)
Hujjah Wakaf (Surat Yang Berkenaan
Wakaf termasuk wasi yang
disebut dalam sighah wakaf)
SYARAT-SYARAT WAKAF
al-Wakif (Pewakaf)
Seorang mukallaf, sudah baligh dan berakal serta
merdeka.
Mempunyai kelayakan untuk bersedekah.
Hendaklah dengan sukarela.

al-Mawquf (Harta Yang Diwakafkan)


Berbentuk objek yang tertentu dan bukannya manfaat
serta wakaf bertempoh.
Milik Pewakaf dan boleh dipindahmilikkan serta
memberi faedah atau manfaat.
Boleh digunakan selama-lamanya iaitu harta yang
berbentuk harta isti mali.
Penggunaan harta wakaf tersebut mestilah diharuskan
oleh syarak bukan perkara maksiat.
SYARAT-SYARAT WAKAF
al-Mawquf Alaih (Penerima Wakaf)
Mereka boleh khusus ataupun tidak khusus
Syarat bagi yang khusus.
Hidup ketika wakaf tersebut diberikan

Tidak boleh kepada selain manusia kerana hanya

manusia yang mempunyai keahlian untuk


menerima
Penerima mestilah layak menerimanya seperti

wakaf al-Quran hanya untuk orang Islam sahaja.


Syarat bagi yang tidak khusus.
Mestilah tidak bertujuan jahat atau berbentuk

maksiat.
SYARAT-SYARAT WAKAF
Hujjah Wakaf (Surat Sighah Wakaf)
Lafaz orang yang boleh bercakap dan tulisan bagi orang
yang bisu yang jelas membawa maksud wakaf.
Hendaklah lafaz tersebut tiada batasan masa.
Dinyatakan siapa penerima wakaf (al-Mawquf Alaih)
tersebut.
Tiada sebarang syarat tambahan. Wakaf telah
menjadikan harta tersebut sebagai harta milik serta
merta, tidak sah mengaitkannya dengan apa-apa syarat.
Tidak terdapat syarat khiyar ke atas harta yang hendak
diwakafkan itu
JENIS WAKAF
Wakaf Khairi
Bererti wakaf kebajikan iaitu mewakafkan harta
sejak permulaan semata-mata untuk tujuan
kebaikan.
Disebut juga wakaf am iaitu mewakafkan sesuatu
harta untuk kepentingan orang ramai.
Wakaf ini banyak dilakukan di mana-mana
sehingga di sesetengah negara Islam dibentuk
satu jawatan khas yang menguruskan wakaf,
bahkan ada kementerian yang dikhususkan
dengan wakaf.

Wakaf Dhurri
Bererti wakaf ahli iaitu harta yang diwakafkan
pada permulaannya untuk keturunan pewakaf
sendiri atau individu tertentu, kemudian untuk
orang-orang fakir miskin.
JENIS WAKAF
Wakaf Khairi
Pada mulanya wakaf dibuat kepada badan kebajikan, pada
suatu tempoh tertentu, kemudian dibuat pula kepada
seseorang tertentu atau kepada beberapa orang tertentu.
Contoh :- mula wakaf tanah kepada sekolah & hospital,
kemudian kepada dirinya dan anak-anaknya.

Wakaf Dhurri
Pada mulanya wakaf dibuat kepada dirinya sendiri atau
kepada seseorang yang tertentu atau kepada beberapa
orang yang tertentu, tetapi akhirnya untuk badan-badan
kebajikan.
Contoh :- mula wakaf tanah kepada dirinya, kemudian
kepada anak-anaknya dan akhirnya kepada badan kebajikan.
Banyak kerajaan telah memansuhkan wakaf ini bagi
membersihkan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.
JENIS HARTA WAKAF
Harta Aqar
Adalah sah bahkan menjadi kelaziman mewakafkan harta
tak alih sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kedai,
perigi atau mata air, selagimana ia boleh mendatangkan
faedah sama ada pada ketika itu atau kemudiannya.

Harta Manqul
Mewakafkan harta alih seperti haiwan, kenderaan,
kelengkapan perang, pakaian, berus, bejana dan buku-
buku yang bermanfaat adalah sah.

Harta Musya
Merupakan harta milik bersama dengan orang lain tanpa
dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Ia boleh diwakafkan sama ada ia berbentuk harta alih
atau harta tak alih. Begitu juga, sama ada seorang sahaja
yang mewakafkan bahagiannya ataupun sekumpulan
yang mewakafkannya. Ia diharuskan oleh syarak.
TERJADINYA WAKAF
Wakaf adalah sah dan berlaku apabila
adanya salah satu dari dua perkara ini:
Perbuatan yang membawa maksud wakaf
Contoh, seorang bina masjid lalu
mengumandangkan
azan untuk solat di dalamnya.
Ucapan sama ada sarih atau kinayah
Ucapan sarih adalah seperti Aku wakafkan benda
ini
Ucapan kinayah adalah seperti Aku sedekahkan

barang ini, tapi dalam hatinya berniat bahawa


yang dimaksudkan adalah wakaf.
PENGAWASAN WAKAF
Pihak yang Layak Mengawasi Harta Wakaf
Orang yang ditetapkan sendiri oleh pewakaf.
Jika pewakaf mensyaratkan pengawasannya sendiri,
maka beliaulah yang paling layak bertanggungjawab
mengawasinya.
Jika beliau mensyaratkan orang lain, seorang atau lebih,
sama ada pada waktu hidup atau wasiatnya jika mati,
maka syarat tersebut perlu dipatuhi kerana ia merupakan
sedekah bagi taqarrub kepada Allah.
Oleh itu syarat beliau mengenai pengawasan wajiblah
dipatuhi termasuklah syarat penggunaannya.
Umar al-Khattab r.a. pernah mengawasi harta wakafnya
sendiri, kemudian diberikan kepada anak perempuannya
Habsah sehingga Habsah meninggal dunia dan
diserahkan selepas itu kepada orang yang bijak pandai di
kalangan keluarganya.
Jika pewakaf tidak mensyaratkan pengawasannya kepada
sesiapa, maka perlulah diserahkan kepada hakim atau
pemerintah kerana beliau adalah orang yang paling layak
mengawasi wakaf tersebut.
Syarat-syarat Pengawas Harta Wakaf
Adildan beristiqamah dengan pegangan agama.
Berkemampuan dari segi kekuatan dan keupayaan
untuk menjalankan tugas-tugas pengawasan.

Jika tidak memenuhi syarat-syarat tersebut,


pemerintah boleh mengambil alih tugas tersebut
atau mewakilkan kepada sesiapa yang
dikehendakinya dan diyakini dapat melakukannya
dengan baik.

Jika kekurangan tersebut dapat diatasi kembali


oleh orang tersebut, maka hukum pengawasannya
perlu diserahkan kembali kepadanya kerana beliau
telah disebut oleh pewakaf sebagai pengawasnya.

Hendaklah dia bertindak seperti penjaga harta


anak-anak yatim dalam sebarang tindakannya
demi kebaikan harta wakaf tersebut.
Tugas Pengawas Harta Wakaf

Menguruskan hal ehwal wakaf tersebut termasuklah


pembangunan, penyewaan, mengutip hasil dan
membahagikan hasilnya kepada yang berhak,
menyimpan sumber dan hasil sebagai simpanan.

Jika dinyatakan oleh pewakaf, beliau hendaklah


mengikut sebagaimana dikatakan kerana beliau
hanyalah seorang wakil dalam menguruskannya.

Jika pewakaf mensyaratkan pengawasan lebih


daripada seorang, mereka tidak boleh
menguruskannya secara berasingan melainkan
diizinkan oleh pewakaf.
Upah Pengawas Harta Wakaf
Jika pewakaf mensyaratkan sebahagian hasil
untuk pengawas, maka harus baginya untuk
mengambil; jika tidak, tiada upah untuknya.
Jika pengawas meminta pemerintah untuk
ditetapkan upahnya, maka harus pemerintah
berbuat demikian.
Menurut Umar al-Khattab, tidak mengapa bagi
orang yang mengawasinya untuk makan
hasilnya dengan sekadar yang perlu.
Pertelingkahan antara Pengawas dan
Penerima Wakaf Berhubung Perbelanjaan
Wakaf
Jika pengawas tersebut mendakwa telah
menyerahkan hasil wakaf kepada mereka yang
berhak tetapi mereka menafikannya, dakwaan
mereka diterima.
Seterusnya mereka berhak meminta dilakukan
audit.
Jika pemerintah meraguinya, pengawas itu
hendaklah diminta bersumpah.
Pemecatan Pengawas
Jika beliau hilang syarat-syarat pengawas.
Beliau juga boleh dipecat oleh pewakaf dan

pewakaf berhak menggantikannya dengan


orang lain.
Kedudukan pengawas wakaf adalah serupa

seperti seorang wakil.


Jika pewakaf telah mensyaratkan sesuatu

mengenai pengawas di dalam akadnya


sewaktu memberi wakaf, keadaan tersebut
hendaklah diikutinya tanpa boleh membuat
sebarang perubahan terhadap akad yang telah
dilafazkannya itu. Oleh itu, dia tidak boleh
memecat sewenang-wenangnya.

You might also like