You are on page 1of 15

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
(INDIVIDU)

SEMESTER: 1 TAHUN: 2023

KOD KURSUS : PIMK 1084


NAMA KURSUS : PENGANTAR AQIDAH ISLAMIAH
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR : MOHAMAD SHAHIR BIN MOHD SAFIEE


NO. K/P: 051004010987
PROGRAM: PPISMP
KUMPULAN / UNIT: ANGKA GILIRAN:

PENDIDIKAN ISLAM 2 2023102310074

PENSYARAH:
DR. SHAMSIAH BINTI DAUD
TARIKH HANTAR: 18 OKTOBER 2023
BIL.
KANDUNGAN
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh: 18 OKTOBER
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : MOHAMAD SHAHIR BIN MOHD Angka Giliran Pelajar : 2023102310074


SAFIEE
Kod : PIMK1084 Nama Kursus: PENGANTAR AQIDAH
ISLAMIAH
Pensyarah : DR HAZRAM BIN ISMAIL
Tarikh Hantar : 18 OKTOBER Tarikh Diterima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh :

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 18 OKTOBER 2023


PENGESAHAN

Saya akui adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelas sumbernya.

Tandatangan :
Nama : MOHAMAD SHAHIR BIN MOHD SAFIEE
Tarikh : 18 OKTOBER 2023
BIODATA

NAMA: MOHAMAD SHAHIR BIN MOHD SAFIEE

IC: 051004010987

T.LAHIR: 04 OKTOBER 2005

NO TEL : 01131388180

STATUS PERKAHWINAN BUJANG

NO. 43B, KAMPUNG PAYA BESAR,


ALAMAT KEDIAMAN SEGAMAT JOHOR

ALAMAT EMAIL shahiriman10@gmail.com

NAMA PENJAGA NORFEAH BINTI AHMAD

NO TEL PENJAGA 0197304668

PENSYARAH
PEMBIMBING(MENTOR) FOUZAI BIN YUSOF
‫لَِّح م َٰ مِ ر‬
ِ‫لَّ مِ مي‬ ‫لّ ر‬‫ِمْ محِ م ر م‬

Syukur hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi
kod subjek Pengantar Aqidah Islamiah (PIMK 1084) ini dengan jayanya.

Penyempurnaan tugas ini tidak bermakna jika tiada bantuan daripada pelbagai penjuru
terutamanya pensyarah saya Dr Shamsiah binti Daud yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa
memberi sokongan.

Tidak turut lupa, kawan-kawan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama bagi merealisasikan tugasan ini dengan sempurna. Segala bantuan yang
mereka hulurkan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kerana tanpa bantuan
dan sokongan anda semua berkemungkinan tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Tugasan ini memberikan saya seribu-satu pengalaman bermakna yang tiada penghujungnya.
Saya berharap komitmen yang diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan
memperoleh kejayaan.

Syukur Alhamdulillah.
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
1-2
DEFINISI 2

PEMAHAMAN AJARAN SI HULK 2-3

5 FAKTOR GOLONGAN BELIA TERPENGARUH DENGAN AJARAN SI HULK 3

KEJAHILAN DALAM AGAMA 3-4

GURU TIDAK BERTAULIAH 4

KETERLALUAN DAN MERUMITKAN DALAM PEMBELAJARI ILMU TAUHID DAN 5


PERKARA-PERKARA GHAIB
MENOLAK PENGGUNAAN ILMU MANTIQ DAN MAZHAB 5-6

TERPEDAYA DENGAN GODAAN SYAITAN 6

KESIMPULAN 6

RUJUKAN 7
5 FAKTOR DAN JUSTIFIKASIKAN AJARAN SESAT SI HULK DAPAT
MEMPENGARUHI GOLONGAN BELI DI MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Secara sahnya negara kita mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
(ASWJ) yang berteraskan As-Syairah dan Al-Maturidiyyah.(e-SMAF, 1997).
Mutlaknya, ajaran ini merupakan golongan yang mengikuti jejak langkah Nabi s.w.a
atau menuruti kisah hidup-Nya dan jemaah para sahabat serta berpandukan para
ulama islam yang berpegang dengan prinsipnya. Sudah jelas bahawa ajaran ASWJ
merupakan ajaran yang benar, tegak, tepat dan tidak mempunyai kekeliruan. (MAIS,
2015) Terdapat beberapa ciri khas yang ditetapkan bagi mengenali ASWJ.
Antaranya seperti berikut:

I. Bersikap bersederhana atau tidak terlalu ekstremis.


II. Adil atau seimbang dalam segala perkara.
III. Sentiasa berjalan tegak.

Terdapat pelbagai lagi ciri yang diamalkan oleh ASWJ antaranya tasamuh
atau toleransi. Penggunaan bahasa yang lembut dan menghormati khilaf yang wujud
antara satu sama lain. Akan tetapi kedudukan aqidah dan iman itu tetap berada pada
landasan yang sama.

ٰ‫وً لشهر ر قش خو نً لك يًِّنا لكعشّك ۥه ر َشتشذش كّ رُ َ ش خْ َش خَْ ىش‬


‫فشقر ش‬
(Surah Taha: 44)

Ertinya: "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang


lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Namun, gelombang ajaran sesat di dalam persekitaran umat islam telah


lama wujud sejak zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin lagi terutamanya pada zaman Abu
Bakar yang munculnya pelbagai kelompok seperti Uyainah bin Hasan daripada
kabilah Fazarah. (MAIS, 2015). Dapat dilihat secara jelas bahawa kemunculan puak-
puak ni wujud selepas kewafatan Nabi s.w.a dan terus berpaut pada zaman-zaman
seterusnya. Kemunculan ajaran sesat ini terus menerus mempengaruhi dan

1
mengelirukan umat islam. Sehingga kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
telah mencatatkan lebih daripada 126 kumpulan ajaran sesat berada di tanah
Malaysia. JAKIM ( dalam penulisan Engku Ahmad, 2007).

Pegangan yang tidak erat dalam aqidah dan syariat islam merupakan
penyebab utama akal manusia itu dibayangi oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan.
Kemapanan pendirian dalam membawa fitrah agama membuatkan mereka terus
tergelongsor ke arah kesesatan. Kompetensi minda yang baik perlu ada bagi menilai
dan mengkaji sama ada sesuatu ajaran itu berpaksikan islam atau sebaliknya. Oleh
yang demikian, ilmu yang ada di dada perlu sentiasa dipraktikkan oleh badan dan
lisan agar penyelewengan aqidah itu tidak menyerap ke dalam pemikiran kita.
Perkara ini perlu ditangani dan dipandang serius oleh semua pihak kerana ini
merupakan isu penting yang telah membabitkan aqidah umat islam terancam.

2. DEFINISI AJARAN SESAT

Ajaran menurut Kamus Bahasa Dewan bermaksud diajar, dididik, petunjuk dan
nasihat manakala sesat pula boleh ditafsir tidak mengikut jalan yang betul. Menurut
JAKIM, 1997 pula “ sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang islam atau
bukan islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran
islam atau berdasarkan ajaran islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang
dibawa itu bertentangan daripada ajaran islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-
Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran ASWJ”.

Ulasannya, Ajaran sesat ialah ajaran yang tidak berpandukan syariat agama
islam atau terpesong akidahnya.

3. PEMAHAMAN AJARAN SI HULK

Ajaran sesat yang timbul baru-baru ini iaitu Si Hulk yang memberikan
kegusaran kepada masyarakat serta telah mempengaruhi pelbagai peringkat umur
sehingga ada yang mempercayai bahawa ajaran ini benar. Kebiasaannya ajaran
sesat bergerak secara senyap-senyap dan tidak disedari oleh masyarakat. Akan
tetapi berbeza dengan Si hulk yang menggunakan media massa untuk
mempengaruhi masyarakat setempat. Antara ajaran yang dibawa ialah menyatakan

2
Nabi Muhammad adalah tuhan dan baginda tidak mempunyai jantina. (Asliza Musa,
Julai, 2023) Ajaran yang dibawa ini tidak lain hanya ingin mengubah, merosakkan
dan menyeleweng agama islam. Mereka musuh-musuh islam yang ingin
menjatuhkan agama yang benar ini. Hal ini terang lagikan bersuluh bertentangan
dengan ajaran islam yang sebenar. Huraian ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t
dalam kitab-Nya:

‫َو شَ يِ نَ َش خع يَ شِا تشِشِكَش لشهر خٱل رَُش ىٰ شَْشت ك يِ خْ شَِ شخُ ش‬


‫َ يِِ يِ خٱل رُْخ يًِيَِش‬ ‫ٱلُ ر‬
‫ِ ك‬ ‫شْ شَِ َرَشاقي ي‬
‫ُِا‬
‫ِ ن‬‫ْ شِ ي‬ ‫ُر شو يلّيۦه شِا ت ش شولك ىٰ شُْر خ‬
‫ِ يّيۦه شج شًُك شَ ۖ شْ ش‬
‫َا ا شَ خ‬

(Surah An-Nisa’: 115)

Ertinya: ‘’Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang


nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula
mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami
akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya,
dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.

4. 5 FAKTOR GOLONGAN BELIA TERPENGARUH DENGAN AJARAN SI HULK

Faktor ini boleh di bahagi kepada dua iaitu aspek dalaman dan luaran. Faktor
dalam yang bermaksud masalah itu datang daripada individu itu sendiri, manakala
luaran datang daripada persekitaran seperti kawan, jiran dan masyarakat. Kedua-
dua faktor ini merupakan teras utama dalam mempengaruhi perlakuan dan minda
belia. Antara faktornya seperti berikut:

4.1 KEJAHILAN DALAM AGAMA

Pendidikan agama merupakan perkara penting dalam menjadikan sahsiah


yang baik. Kebanyakan belia kini bermalas-alasan serta berkira dalam beribadah. Ini
merupakan penyebab utama kerana mereka hanya ingin mencari jalan yang senang
dalam beribadah. Mereka tidak memahami sepenuhnya konsep “islam itu mudah”.
Keringanan dalam syariat disalahgunakan untuk memenuhi hawa nafsu dan

3
kepentingan pribadi. (MAIS, 2015) Oleh yang demikian, keutuhan hati mereka tidak
kental serta mudah diperdayakan dengan janji-janji manis daripada sesuatu ajaran
tersebut. Ibadah yang dilakukan hanya memenuhi keperluan dan kewajipan, tetapi
tidak diterapkan dalam hati.

‫لّظ رِ ََ يي حْ مِى مَِٰ حلّ َِ ّ م‬


ِ ‫َو َٰا َّ يُِ مِ مِۦ مٰ حِ مِ حْ مِ ۖ مإِ يَّ ر مُِيوَِ مإ رَ ر‬
‫لّظ رِ ۖ َو مإ رِ ر‬
‫َ حيًئا‬
َ

(Surah An-Nisa: 28)

Ertinya: “Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.


Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal
sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan
sesuatu dari kebenaran (iktiqad)”.

4.2 GURU YANG TIDAK BERTAULIAH

Berguru merupakan elemen penting dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana, jika
hanya berpaksikan kitab tanpa berguru berkemungkinan besar untuk ayat Al-Quran
dan Hadith itu disalah tafsir. Namun, guru yang tidak bertauliah punca ajaran islam
itu disalah tafsir dan mudah disebar luas. Hanya dengan berpakaian jubah dan
serban mereka mudah terpedaya, fanatik dan taksub dengan kata-kata mereka
secara melampau. Langsung tidak memberi peluang dalam memberi pendapat dan
perbincangan. Kemudian, ilmu yang diperdengar tidak dirujuk dengan mana-mana
guru lain dan terus mempercayai membuta tuli. (Mohamad Kamil, 2003) Menjadi
keperluan kepada penuntut untuk mengetahui latar belakang serta susur alur
pendidikan guru mereka agar didikan yang diterima tidak menyimpang pada ajaran
yang sebenar-benar.

4
4.3 KETERLALUAN DAN MERUMITKAN DALAM PEMBELAJARI ILMU TAUHID
DAN PERKARA-PERKARA GHAIB

Mempelajari ilmu tauhid penting bagi menetapkan hati kita kekal beriman
kepada rukun iman dan islam. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka
terlalu memikirkan bentuk dan paras rupa Allah s.w.t, Nabi-nabi dan perkara ghaib
sehingga di laur konteks islam.(Khadher bin Ahmad et al,. 2016). Selain itu, sifat-sifat
Allah yang seharusnya menjadi perkara umum terlalu dikhususkan dan dihimpitkan
sehingga mereka menggambarkan melalui bayangan mereka. Fanatik dalam
beragama akan menimbulkan kegusaran dan kekeliruan kepada masyarakat.
Disamping itu, penguasaan dalam bidang gaya bahasa Arab yang kurang
membuatkan pentafsiran yang dibuat secara melulu dan bukan pada ahlinya turut
memberi impak negatif pada hati, aqidah dan iman mereka. Akhirnya, keterlaluan
yang wujud membuatkan mereka keliru sehingga pegangan aqidah mereka terjejas.

4.4 MENOLAK PENGGUNAAN ILMU MANTIQ DAN MAZHAB

Tidak semua perkara memerlukan penggunaan ilmu akal, tetapi kefahaman


sesuatu dalil memerlukan ilmu mantiq bagi meyakinkan lagi hati ini agar terus kukuh
pada jalan yang benar. Sepertimana golongan literis yang menolak sepenuhnya
fungsi akal dan hanya menggunakan dalil-dalil syarak dengan tafsiran sendiri tanpa
merujuk kepada imam-imam mazhab. (MAIS, 2015) Selain itu, menolak pendekatan
khilaf yang berlaku dan terlalu berpegang kepada mazhab sehingga perkara yang
lain dianggap salah dan sesat. Kemudian mereka membuat andaian dengan
mengharamkan sesuatu perkara atau golongan sehingga mengkafirkan saudara
sesama islam.

َِ‫لّي ۚ َو َٰا يَ حَُي يَوَِ أَيرا‬ َ ‫ِ حلَّْي‬


‫حَ إم رَ ر‬ ‫ِ َو حلأ َ حَ م‬ ‫ُيل رَ يَ حَُْ يِ َِٰ ِمى لّ ر‬
‫ْ َٰ مٰ م َو م‬
َِ‫يي حَُُِيو‬

(Surah An-Naml: 65)

5
Ertinya: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui
perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah
masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

4.5 TERPEDAYA DENGAN GODAAN SYAITAN

Hati yang penuh dengan kemaksiat mudah dipengaruhi oleh godaan syaitan
lalu terjerumus dalam kalangan ahli maksiat. Tidak terkecuali golongan alim yang
akan diuji dengan ilmunya iaitu mempergunakan agama. Bisikan yang sentiasa
memujuk hati agar berpaling daripada ajaran yang sebenar dan mengajak kita terus
melakukan kejahatan. (M. Hanafi, 2021) Bertepatan dengan dalil daripada
Kalimatullah:

َّٰ‫ّ او يَ يإ كً شِا شَ يِ شَ شَ يَّ اٰ ۚ يإ كّ شَ ي‬ ‫اَ نۢ ٌ يَلل س‬


‫َ شَ ش كِ ش‬
‫يٰ ۚ يإ كّ ٱلًك خْ ش‬ ‫شْ شِا ا َرَش ي ُّ ر‬
‫ُ ُش خّْ ا‬
ٌَ ‫وَ كَ يِِ م‬ ٌ ‫شَْر‬
(Surah Yusof: 53)

Ertinya: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu


manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang
yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan
nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."

5. KESIMPULAN

Sebagai rumusan, penjagaan iman, hati, minda dan perbuatan yang baik
dapat menyelamatkan kita daripada termasuk dalam golongan yang syirik, kafir dan
fasik. Mujib & Mudzakir berkata, di antara ketiga-tiga elemen nafsani iaitu akal, nafsu
dan hati, hati bertanggungjawab dalam menolong, mengawal dan mengendali
struktur dan elemen jiwa yang lain (dalam penulisan M. Hilmi et al,. 2016). Ajaran ini
berkemungkinan dalam dicegah dengan meningkatkan ilmu tentang agama.

6
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang
Terpesong. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Majlis Agama Islam Selangor. 2015. Ajaran Sesat Merungkai Kekusutan &
Kecelaruan. Majlis Agama Islam Selangor
Mohamad Kamil Hj Ab Majid. (2003). Fanatik dan Taksub Dalam Islam: Analisis
Pandangan Al-Qaradawi. Jurnal Usulluddin 18. 25-28.
Muhammad Hilmi Jalil, & Zakaria Stapa, & Raudhah Abu Samah. (2016) Konsep
Hati Menurut Al-Ghazali. Jurnal Reflektika 11(11). 60
Asliza Musa. (2023, Julai 23). Fahaman Si Hulk difatwakan sesat, menyeleweng
ajaran islam. Kosmo. http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11851
Hadith Rasul. (2023). Jami’ Huquq Mahfuzdah. https://hadithprophet.com/hadith-
32685.html.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1997. e-Sumber Maklumat Fatwa. Membedung
Pengaruh Syiah di Malaysia. http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11851
Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2017). Ajaran. Dalam Kamus Bahasa dan Pustaka.
Diakses Oktober 10, 2023. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ajaran
Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2017). Sesat. Dalam Kamus Bahasa dan Pustaka.
Diakses Oktober 10, 2023. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sesat
Khadher bin Ahmad, & Mustafffa Abdullah, & Sedek Ariffin & Mohd Yakub (2016).
Fanatik Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia: Analisis
Berdasarkan Pemahaman Fiqh Al-Hadith. International Conference On Islamic
In Malay World VI. 1-6.
https://eprints.um.edu.my/16536/1/Khadher_Fanatik_Beragama_Full_Article.pdf
Muhammad Hanif. (2021, Februari 16). Cara Syaitan Menyesatkan Manusia dan
Cara Mengatasinya. https://ntb.kemenag.go.id/baca/1613439720/cara-syaitan-
menyesatkan-manusia-dan-cara-mengatasinya

You might also like