You are on page 1of 14

AL-MASADIR LI DIRASAT AL-ULUM AL-ISLAMIYYAH

( IDUS 1013 )

TAJUK :
KAJIAN AJARAN SESAT AJARAN TASLIM DAN AJARAN AL-ARQAM

DISEDIAKAN UNTUK :
SITI NURBALQIS BINTI BAHARUDDIN

DISEDIAKAN OLEH :
AHMAD HARIZZUDDIN BIN MOHD PIDRUS
(2113017)

DIPLOMA AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM


IS13 2A

SESI 1 2022/2023

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 MAKSUD AJARAN SESAT DAN SEJARAH AJARAN SESAT 4

3.0 KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

3.1 GERAKKAN AJARAN TASLIM 5-8

3.2 GERAKAN AJARAN AL-ARQAM

9
4.0 KESAN AJARAN SESAT

5.0 PEMBANTRASAN AJARAN SESAT

5.1 PERANAN INDIVIDU


10-12
5.2 PERANAN KELUARGA

5.3 PERANAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB

5.4 PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN

6.0 RUMUSAN 12

7.0 RUJUKAN 13

2
1.0 PENGENALAN

Mengikut sejarah beragama, masyarakat Melayu yang telah menerima Islam


telah dihidangkan dengan beberapa ajaran agama yang dikatakan berasal daripada
Islam tetapi hakikatnya tidak bersendikan ajaran Islam yang sebenar. Hal ini
membawa maksud ajaran seumpama ini akan dinamakan ajaran serpihan Islam
yang bermaksud berasal daripada Islam tetapi telah dimasukkan dengan elemen-
elemen asing. Seiring dengan itu muncullah beberapa individu yang merupakan
tonggak atau pemimpin kepada ajaran-ajaran yang sedemkian rupa dengan
pelbagai yang menyerupai tokoh terpenting dalam Islam seperti nabi dan rasul,
Imam Mahdi ada yang mengaku sebagai Nabi Isa yang dijanjikan. Oleh itu,
keupayaan individu-individu ini mengumpul pengikut sehingga dapat mencetuskan
keresahan dalam kalangan masyarakat Islam lain. (Azmah Abd Manaf, 2000)

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) merupakan pegangan dominan


umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Malaysia di antara negara-negara
Islam yang telah menetapkan bahawa pegangan rasmi masyarakat Islam di negara
ini adalah berdasarkan pada akidah dan fatwa-fatwa ASWJ. Ketentuan ini adalah
berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
dan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 menetapkan sebagaimana berikut (e-
Fatwa 2013): “Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segi akidah, syariah dan
akhlak.”. 1

Akidah ASWJ merupakan ajaran yang betul, lurus, selamat, jelas dan tiada
kekeliruan padanya. Antara ciri-ciri utama pegangan akidah ASWJ adalah pertama,
berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan empat sumber utama

1
.https://www.google.com/url?
sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0CAQQw7AJahcKEwi
w_M-E1476AhUAAAAAHQAAAAAQBg&url=http%3A%2F%2Fdewan.selangor.gov.my
%2Fquestion%2Fajaran-sesat-di-selangor
%2F&psig=AOvVaw3YIoJEjNBQ7DjN8z5iI_3Y&ust=1663052368398827

3
iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak dan qias tanpa mengabaikan peranan atau
kepentingan setiap satu daripadanya. Jadi di dalam kajian ini kita akan melihat dan
mendalami isu-isu yang berkaitan dengan ajaran sesat serta megkaji kumpulan
ajaran sesat di Malaysia yang difatwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam.

2.0 MAKSUD AJARAN SESAT DAN SEJARAH AJARAN SESAT

Ajaran menurut Bahasa ialah segala sesuatu yang diajarkan, nasihat,


petunjuk, teori, mazhab atau hukuman (Kamus Dewan 2007: 20). Sesat menurut
bahasa bermaksud tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan,
terkeliru atau menyimpang dari jalan yang benar (Kamus Dewan 2007: 1478).
Kombinasi perkataan “ajaran sesat” menurut Kamus Dewan bermaksud ajaran yang
terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam (Kamus Dewan 2007). Menurut
Panel Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) (JAKIM 2010: 3), ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang dibawa
oleh orang- orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya
berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan dasar-
dasar ajaran Islam tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah
berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan Al-Qur’an dan As-
Sunnah. Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007: 26), ajaran sesat
bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan
juga orang-orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan
pada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan
dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan
berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar iaitu ASWJ.

Ajaran sesat telah mula dikesan bergerak di Malaysia sebelum tahun 1950-an
lagi. Kebanyakan ajaran sesat bergerak secara senyap-senyap atau tanpa disedari
menyebabkan ia sukar dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa agama dengan
lebih awal. Ajaran sesat dipercayai dibawa masuk oleh penganut- penganut dari
negara-negara asal timbulnya ajaran sesat tersebut atau rakyat tempatan yang
kembali semula ke Malaysia setelah belajar atau menetap di luar negara. Munculnya
ajaran sesat di negara ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya disebabkan wujud
golongan musuh-musuh Islam yang ingin meruntuhkan ajaran Islam dengan
4
mengubah, menyeleweng dan merosakkan ajaran Islam. 2 Musuh-musuh Islam tidak
akan duduk diam dan mereka sentiasa berusaha menghapuskan Islam. Seterusnya,
kita akan terus kepada senarai ajaran sesat yang terdapat di Malaysia dan telah
difatwakan sesat oleh Jabatan agama Islam.

3.1 GERAKAN AJARAN TASLIM (TAHUN 1946)

Ajaran Taslim adalah antara ajaran seumpamanya yang terkenal dan terawal
muncul dalam kalangan masyarakat Melayu. Ajaran ini telah mengumpul pengikut
yang agak ramai dan bertahan dalam jangka waktu yang lama sehingga melibatkan
beberapa generasi pemimpin ajaran berkenaan. Tokoh yang terkenal mengasas dan
menyebarkan ajaran Taslim di Negeri-negeri Melayu dikatakan bernama Syed
Muhammad Syafie bin Syed Sailuddin berasal dari Madura Sumatera, Indonesia.
Beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya dan sepupunya Saad bin
Hussain. Di Tanah Melayu, Syed Muhammad Syafie dan bapanya memilih Pulau
Pinang sebagai tempat penempatan manakala sepupunya dikatakan berkampung di
Perlis. Pada peringkat awal, Syed Muhammad Syafie sempat berguru dengan Abdul
Ghani malah menjadi murid kesayangan Abdul Ghani. Namun akibat tindakannya
yang melanggar peraturan yang melarang membaca beberapa buah kitab yang
dikatakan mengandungi perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh logik akal,
maka beliau diusir daripada perkumpulan Abdul Ghani. Akibat peristiwa itu beliau
membuka penempatan baharu yang tidak berpenghuni di daerah Bayan Lepas yang
kemudiannya dinamakan Kampung Haji Muhammad mengambil sempena nama
3
beliau sebagai peneroka pertama kampung tersebut.

Syed Muhamnmad Syafie mendakwa bahawa beliau adalah keturunan Nabi


Muhammad s.a.w. daripada cucu baginda Saidina Hassan bin Ali. Bukan sekadar
itu, beliau juga mendakwa bahawa beliau adalah cucu kepada Syed Jamaluddin iaitu

2
Abdul Fatah Harun Ibrahim,1987. Ajaran Sesat, Kuala Lumpur, DBP
3
Rahmat Saripan, 1990. Gerakan Agama Taslim di Johor 1946 – 1956. JEBAT, bil. 18. hlmn
205-22.

5
ketua kepada Wali Sembilan (Wali Songo) yang juga dikenali sebagai Sunan Kali
Agong yang juga berasal dari Madura. Pemakaian gelaran pada pangkal namanya
dapat mengukuhkan lagi dakwaan-dakwaan berkenaan. Dakwaan- dakwaan Syed
Muhammad Syafie ini tidak syak lagi adalah untuk mendapatkan pengaruh dan
penghormatan daripada masyarakat sekeliling supaya dapat meletakkan dirinya
pada tahap yang tinggi. Satu perkara lagi yang menarik tentang Syed Muhammad
Syafie ini ialah berkaitan kemampuannya mengawal pergerakan matahari sehingga
beliau mendapat gelaran “Syed Muhammad Matahari”. Diceritakan bahawa beliau
pemah menang dalam pertaruhan pegawai Inggeris dalam menentukan waktu yang
tepat tenggelamnya matahari. Peristiwa berlaku sebanyak dua kali dan disaksikan
oleh ramai orang termasuk pengikut beliau.

Selain itu, ajaran Taslim ini juga telah mentafsir al-Quran mengikut hawa
nafsu. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka telah memanipulasi kandungan al-
Quran untuk meyakinkan pengikut akan kebenaran ajaran ini terserlah apabila
dikatakan bahawa air suci yang diberi minum kepada setiap pengikutnya adalah
campuran daripada gula, sedikit darah dari jari manis dan air hati anjing hitam halal
diminum kerana itulah anjing yang disebut dalam surah al-Kahfi. Air suci ini diberi
untuk mengatasi perasaan cemburu. Ajaran ini juga mempunyai zikir utama yang
diingat di dalam hati iaitu kalimah 'La Ana lla huwa' yang bermaksud tiada aku
melainkan tuhan. Dengan mengingat zikir ini seseorang itu tidak wajib menunaikan
sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain ibadah. Mereka telah mengaggap
sembahyang itu dilakukan adalah kerana adat sahaja.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan ternyata banyak unsur-unsur yang


boleh menarik minat masyarakat Islam Melayu untuk menjadi pengikut ajaran
Taslim. Hal ini kerana kurangnya pengetahuan agama Islam maka mudahlah
seseorang itu diperdaya dengan ajaran-ajaran yang dikatakan Islam itu.
Berdasarkan kepada kebolehan-kebolehan luar biasa yang dikatakan dimiliki oleh
Syed Syafie seperti yang dibincangkan di atas, bolehlah dikatakan bahawa Syed
Muhammad Syafie telah menyediakan satu platform yang baik untuk muncul
sebagai seorang ketua masyarakat dan agama yang boleh diterima ramai.
Masyarakat Melayu yang memang diketahui umum mudah terpengaruh dengan
individu yang mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain begitu cepat
6
terpengaruh dengan Syed Muhammad Syafie (Rahmat Saripan, 1990). Justeru itu,
masyarakat perlulah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar
supaya pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang
sebenar melalui proses pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal.

3.2 GERAKAN AJARAN AL-ARQAM (TAHUN 1968)

Al-Arqam merupakan salah satu ajaran salah yang terawal difatwakan di


Selangor dan ajaran kedua difatwakan selepas Fatwa Ajaran Salah (Haji Kahar)
sebagaimana direkodkan di dalam buku Warta Kerajaan Fatwa Ajaran Sesat terbitan
Jabatan Mufti Negeri Selangor. Al-Arqam juga merupakan antara ajaran yang
berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan. Bahkan kumpulan ini juga amat
berbangga dengan jumlah pengikut setia yang ramai.

Pada tahun 1968 Asaari bin Muhammad bersama beberapa orang


sahabatnya telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan dengan
Kumpulan Rumah Putih di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan
dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam, agar lebih menghayati
makna Islam. Namun beberapa tahun selepas itu, kumpulan ini telah menukar nama
gerakan mereka kepada Darul Arqam. Beberapa tahun selepas itu tersebar khabar
angin tentang amalan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Asaari Muhammad
dan pengikutnya. Hal ini seterusnya mengundang kepada beberapa siri
pengisytiharan keluar dari jemaah tersebut oleh beberapa orang kuat Darul Arqam
dan juga pemecatan beberapa individu yang berpengaruh dalam kumpulan tersebut.

Perkara ini mendapat perhatian pihak media massa kerana reputasi Darul
Arqam ketika itu yang dilihat agak terkehadapan di dalam menjana ekonomi
kumpulan mereka. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memanggil
Asaari Bin Muhammad untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu tersebut dan
beberapa isu berkaitan Aurad Muhammadiah. Berdasarkan pengakuannya beliau
mengaku tidak menyebarkan Aurad Muhammadiah, namun pada masa yang sama
tidak menafikan mengamalkannya. 4

4
https://efazan.wordpress.com/al-arqam-disebalik-ceritanya/

7
Segala polemik yang melanda Asaari Bin Muhammad dan kumpulannya itu
tidak sedikitpun melunturkan semangat Hatijah Aam atau lebih dikenali dengan
Ummu Jah, beliau merupakan isteri kepada Asaari Bin Muhammad. Ummu Jah
dikesan cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah melalui Syarikat
Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) ketika suaminya masih lagi dalam tahanan
ISA. Akhirnya pada November 2013 di dalam satu majlis pengisytiharan taubat,
Ummu jah mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat dan
menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan Tan Sri Abdul Shukur Hussein, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor
Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin. Turut hadir,
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Justeru pada 21 Disember 2006, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor


memutuskan di dalam fatwa bertajuk “USAHA-USAHA MENGHIDUPKAN SEMULA
AL-ARQAM MELALUI SYARIKAT RUFAQA’ CORPORATION SDN. BHD. (SRC)
DAN RANGKAIAN SYARIKAT GABUNGAN”. Syarikat ini dikesan membawa
fahaman yang sama dengan al-Arqam sebagaimana difatwakan pada 11 Ogos
1994. Fatwa Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersetuju untuk memutuskan
bahawa Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam
sekaligus menjawab tuduhan” yang ditulis oleh ustaz Ashaari Muhammad; dan
“Manaqib (Riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi” yang ditulis
oleh Mohamad Taha as-Suhaimi telah diharamkan kerana didapati kedua-dua buku
tersebut mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan
akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat
Islam.5

Kesimupulannya, Meskipun terdapat perinsytiharan taubat daripada kumpulan


ini namun fatwa yang pernah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki baki pengikutnya yang
mengamalkan ajaran yang telah diharamkan ini. Justeru umat Islam di Malaysia
khususnya di Negeri Selangor mestilah sentiasa cakna dan peka serta menjauhkan

5
https://www.researchgate.net/publication/333210004_AL-ARQAM_Ringkasan_Awal

8
diri dari sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas serta
mengelakkan diri dari segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan. Segera
laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada Pihak Berkuasa Agama bagi
membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah serta akhlak
umat Islam.

4.0 KESAN AJARAN SESAT

Antara kesan ajaran sesat terhadap diri adalah rosaknya akidah dan juga
pengamalan syariat seseorang. Selain itu, ajaran sesat akan menyebabkan minda
seseorang tertutup kerana dikuasai oleh pemimpin mereka dan akhirnya akan
menimbulkan sikap fanatik sehingga mendorong pada tindakan yang tidak rasional.
Masa pengikut ajaran sesat juga akan terbuang sia-sia kerana mengamalkan aktiviti
yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan
melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Kesan ajaran sesat terhadap
individu yang paling jelas adalah ia menjerumuskan seseorang itu ke dalam perkara
syirik seterusnya kufur dan akhirnya membawa murtad atau terkeluar seseorang itu
daripada Islam. Sesungguhnya Allah SWT telah mengingatkan manusia bahawa
syirik merupakan perkara yang tidak diampunkanNya.

Seterusnya , bermula dengan mensyirikkan Allah SWT seseorang itu boleh


terjerumus ke lembah kufur dan murtad atau terkeluar daripada agama Islam.
Seseorang boleh menjadi kafir apabila dia ingkar kepada perintah Allah SWT dan
mentaati selainNya. Sesungguhnya teramat rugi orang yang berada dalam cahaya
Islam kemudian pada akhirnya memilih berada di dalam kegelapan dengan
menyembah taghut iaitu sesuatu yang disembah selain daripada Allah SWT.

Kesan ajaran sesat terhadap keluarga adalah keretakan yang membawa pada
runtuhnya institusi kekeluargaan. Ini kerana timbulnya rasa curiga sesama ahli
keluarga disebabkan perbezaan akidah dan juga kepercayaan. Kehidupan juga tidak
akan stabil kerana penglibatan dengan ajaran sesat membawa pada pengabaian
tanggungjawab sebagai seorang pelajar, anak, suami, isteri, ibu, atau bapa .
Antaranya termasuklah, kesan terhadap masyarakat adalah keretakan dan

9
runtuhnya institusi masyarakat. Ini kerana timbulnya rasa curiga sesama individu
dalam sesebuah masyarakat disebabkan perbezaan akidah dan kepercayaan.
Ajaran sesat akan menyebabkan tergugatnya perpaduan umat seperti berlakunya
keganasan kerana kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin. Pengikut ajaran sesat
juga tidak akan menghormati masyarakat sekeliling kerana sikap fanatik mereka
terhadap pemimpin dan menganggap mereka sahaja yang benar.

Lazimnya, kehadiran ajaran sesat mewujudkan perbalahan sesama keluarga


dan masyarakat yang akhirnya membawa pada kehidupan berpuak-puak sehingga
memecahbelahkan keluarga, bangsa dan agama. Ini kerana setiap puak merasakan
bahawa mereka sahajalah di pihak yang benar. Akibatnya, wujudlah perasaan benci
membenci dan kemungkinan membawa pada perbalahan serta akhirnya perpecahan
malah pembunuhan

5.0 PEMBATRASAN AJARAN SESAT

Peranan membasmi ajaran sesat adalah di atas setiap bahu umat Islam sama
ada ia perlu dilaksanakan secara individu atau keluarga juga melalui institusi agama,
institusi pendidikan atau kerajaan. Dalam Islam, setiap penganut agama itu perlu
saling menasihati. Sesungguhnya agama Islam adalah agama nasihat. Diriwayatkan
oleh Muslim daripada Tamim Al-Dari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Baginda SAW
bersabda: Bagi Allah, bagi KitabNya, Bagi RasulNya dan bagi para pemimpin kaum
Muslimin dan orang-orang awam mereka.”

Agama itu nasihat bermaksud bahawa agama berperanan mengawal serta memberi
petunjuk kepada manusia agar menjadi insan yang baik dan sempurna seterusnya
mendapat keredaan Allah SWT. Agama berperanan membimbing manusia agar
menjadi insan yang cemerlang dan bahagia bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat.
Sesungguhnya rujukan dalam membawa manusia untuk cemerlang di dunia dan di
akhirat adalah Al-Qur’an dan As sunnah.

10
5.1 Peranan individu

Peranan utama bagi individu dalam mengenal, mengetahui dan membanteras


ajaran sesat dan menyeleweng adalah bermula dengan proses menuntut ilmu.
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa ilmu adalah cahaya, penyuluh dan
penyelamat. Begitu juga antara bentuk ibadah yang paling utama dan ketaatan yang
paling agung yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan menuntut ilmu terutama
ilmu-ilmu syarak atau ilmu-ilmu berkaitan kepercayaan dan pengamalan Islam. Ilmu
syarak yang dimaksudkan adalah ilmu-ilmu yang membahaskan isi kandungan Al-
Qur’an dan As-Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Sebahagian ulama
ada menyebutkan bahawa keperluan manusia pada pengetahuan ilmu syarak lebih
besar dan utama berbanding keperluan mereka terhadap makanan dan minuman.
Sesungguhnya, orang yang berilmu itu pastinya tidak akan sama berbanding orang
yang tidak berilmu.

5.2 Peranan keluarga

Keluarga merupakan golongan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.


Boleh dikatakan semuanya bermula dari rumah atau keluarga. Sesungguhnya
karakter, perwatakan, peribadi dan pemikiran seseorang itu terbentuk melalui rumah
dan keluarganya. Oleh itu, setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu terutamanya ibu
bapa perlulah memainkan peranan menyuburkan benih pemikiran yang berasaskan
akidah, syariat dan akhlak, Islamiah iaitu berpandukan Al-Qur’an dan As-Sunnah
serta tidak menyeleweng apatah lagi yang sesat dalam kalangan ahli keluarga.

Sekiranya kita melihat dengan lebih halus, peranan ibu bapa amatlah besar
bagi sesebuah keluarga. Ibu bapalah yang bertanggungjawab ke atas masa
hadapan anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab mendidik dan menyemai
akidah, syariat dan akhlak Islam dalam diri setiap anak-anak. Merekalah yang
bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan erti
kehidupan. Merekalah yang bertanggungjawab memandu anak-anak untuk berjaya
dan cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Justeru, peranan ibu
bapa amatlah besar dan signifikan. Ibu bapa adalah pembina utama setiap individu
dalam masyarakat atau dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa adalah sebahagian
pembina utama umat Islam.

11
5.3 Peranan pihak yang bertanggungjwab

Di Malaysia, seluruh negeri mempunyai Jabatan Agama Negeri. Bahkan


institusi agama negeri tersebut dinaungi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Kedudukan dan keistimewaan ini seharusnya dimanfaatkan agar ajaran-ajaran sesat
yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi penyebaran dan perkembangannya
dibanteras sehingga ke akar umbinya.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama


Islam Selangor (JAIS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan. Jawatankuasa ini
ditubuhkan bertujuan memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di
negeri ini. Justeru, segala aduan dan persoalan berkaitan ajaran sesat dan ajaran
yang mengelirukan bolehlah dirujuk kepada jawatankuasa ini dan jawatankuasa
terbabit seperti JAIS.

Kerjasama daripada seluruh masyarakat Islam di Negeri Selangor dan


Malaysia umumnya penting untuk sama-sama membanteras ajaran dan fahaman
yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai menyahut seruan
Allah SWT iaitu tolong menolong dalam membuat perkara kebajikan dan takwa.

5.4 Peranan institusi pendidikkan

Pendidikan mempunyai peranan dan impak yang besar terhadap diri,


keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan berkualiti dapat menjamin peluang
kepada setiap individu untuk memperoleh dan mengekalkan kualiti kehidupan yang
baik. Pendidikan berkualiti menurut Islam bukan sahaja bakal memberikan peluang
hidup berkualiti di dunia seperti kemampuan membanteras kemiskinan,
meningkatkan ekonomi, membina kestabilan hubungan sosial, membentuk
masyarakat serta membangunkan negara maju dan sebagainya. Malah, hasil
pendidikan berkualiti menurut Islam menjamin peluang kualiti hidup yang baik di
dunia serta di akhirat. Kualiti hidup yang terbaik merupakan satu kebahagiaan dan
kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap insan.

12
Sesungguhnya ilmu dalam Islam terbahagi pada dua iaitu ilmu keduniaan dan
ilmu akhirat. Apabila setiap individu masyarakat telah mendapatkan pendidikan
berkaitan ilmu keduniaan dan ilmu akhirat maka pasti dia terbimbing untuk mencapai
kualiti hidup yang terbaik dan kecemerlangan di dunia serta di akhirat.

6.0 RUMUSAN

Masyarakat perlu berpegang teguh kepada Sumber rujukan dalam Islam


sebagaimana yang disepakati ulama ialah empat iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah, ijmak
dan qias. Justeru, sebarang kecelaruan atau perselisihan yang timbul perlu dirujuk
terus melalui empat sumber utama ini. Namun, perlu diingatkan bahawa rujukan
terhadap empat sumber ini mestilah melalui para ulama yang berkelayakan bukan
dapat terus dirujuk kepada sumber-sumber tersebut tanpa sebarang panduan.
Kesalahan dalam memahami dan mentafsirkan nas-nas syarak tanpa pengetahuan
serta kelayakan bakal membawa pada penyelewengan dan kesesatan dalam
beragama.

Islam ialah agama yang diturunkan Allah SWT sebagai panduan hidup
manusia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu akidah (kepercayaan), syariat
(pengamalan) dan akhlak (pengabdian atau sifat kehambaan). Justeru, seseorang
itu hanya akan dianggap sebagai Muslim dan Mukmin sebenar apabila akidahnya
suci daripada faktor-faktor kesesatan, syariatnya benar tanpa ada unsur-unsur
penyelewengan dan akhlaknya terpuji serta jauh daripada kebobrokan.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-
batas kekufurannya.

Islam adalah sebuah cara hidup lengkap yang meliputi segala urusan
kehidupan manusia. Islam adalah agama yang mudah dalam erti kata sesuai
dilaksanakan di semua keadaan, masa dan tempat serta sesuai dengan fitrah
kejadian manusia. Ia juga bermaksud Islam adalah agama yang bersifat sederhana,
mudah, praktikal dan bertoleransi. Kerana itu penganut agama Islam disifatkan
sebagai ummatan wasatan iaitu umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah
dalam hal dunia dan akhirat serta seimbang dalam seluruh aspek kehidupannya.

13
7.0 RUJUKAN

1.https://www.google.com/url?
sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0CAQQw7AJahcK
Ewiw_M-E1476AhUAAAAAHQAAAAAQBg&url=http%3A%2F
%2Fdewan.selangor.gov.my%2Fquestion%2Fajaran-sesat-di-selangor
%2F&psig=AOvVaw3YIoJEjNBQ7DjN8z5iI_3Y&ust=1663052368398827

2. Abdul Fatah Harun Ibrahim,1987. Ajaran Sesat, Kuala Lumpur, DBP

3. Rahmat Saripan, 1990. Gerakan Agama Taslim di Johor 1946 – 1956. JEBAT, bil.
18. hlmn 205-22.

4. https://efazan.wordpress.com/al-arqam-disebalik-ceritanya/

5.https://www.researchgate.net/publication/333210004_AL-
ARQAM_Ringkasan_Awal

14

You might also like