You are on page 1of 9

IPG KAMPUS BATU LINTANG

93200 KUCHING SARAWAK

PIMK3043
PENGAJIAN AQIDAH
TUGASAN 1
PENULISAN ESEI

Nama : A’RIF MIZAUDIN BIN SALAUDIN

No. K/P : 021016-13-1279

Angka Giliran : 2021042340032

Kumpulan : PISMP PIM1

Ambilan : JUN 2021

Jabatan : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Nama Pensyarah : DR. SHARIFAH FATIMAH BINTI WAN JAMEL

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISU PENYELEWENGAN AKIDAH 1

2.1 KHURAFAT 1

2.2 AJARAN SESAT DI MALAYSIA 3

3.0 CARA MENANGANI ISU PENYELEWENGAN AKIDAH 4

4.0 PENUTUP 5

RUJUKAN 6
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2004), Islam ialah agama yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang di dalamnya terdapat iman
dan amal, berteraskan lima rukun yang wajib diamalkan dan sebagainya.
Agama Islam merupakan agama Allah s.w.t yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w dan para nabi a.s sebelumnya dan merupakan satu-satunya
agama yang diredhai oleh Allah S.w.t. Hal ini dapat kita lihat di dalam firman
Allah s.w.t di dalam surah Al Imran, ayat ke-19 yang berbunyi;
‫إ‬
"‫ٱۡل إسلَـٰم‬
ِ ِ‫ٱَّلل‬
َّ ‫ند‬َ ‫ين ِع‬ ِ ِ
َ ‫"إ َّن ٱلد‬
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam. Selain itu, Iman dan amal atau akidah dan syariat kedua-duanya saling
berhubungkait antara satu sama lain ibarat kuku dengan isi atas perkara seperti
sebab dengan kesan atau natijahnya di dalam agama. Akidah pula merupakan
sebuah aspek yang amat dititiikberatkan di dalam Islam dimana Mohd Fauzi
Hamat dalam kajiannya menyatakan bahawa ia merupakan tunjang dalam
membentuk insan yang sempurna, masyarakat yang harmoni dan negara yang
aman dan sejahtera malah mampu mengukuhkan keyakinan dan keimanan
seseorang. Namun persoalannya disini ialah apakah isu-isu penyelewengan
akidah yang berlaku dan bagaimanakah cara menangani isu-isu
penyelewengan akidah yang berlaku ini?

2.0 ISU PENYELEWENGAN DALAM AKIDAH UMAT MANUSIA

2.1 KHURAFAT

Khurafat ialah salah satu daripada perbuatan yang bertentangan dan


terseleweng daripada kehendak dan ajaran Islam yang sebenar. Definisi
khurafat menurut Pejabat Mufti Negeri Sabah (2017) ialah semua jenis cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Dalam erti kata lain, khurafat boleh dirangkumkan sebagai cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut serta dusta. Perlakuan khurafat ini
bukan baru sahaja bermula pada masa kini namun telah bermula sejak dahulu

1
lagi. Siti Sobah Sulaiman. (2003) dalam kajiannya persis menyatakan bahawa
sejak aliran ilmu kalam mula menapak dalam perhatian Ulama dan Cerdik
pandai Islam, telah bermula pengubahsuaian dan penambahan secara meluas
seperti aspek bidaah dan khurafat dan sebagainya meresap dalam pemikiran
Umat Islam dan kepercayaan terhadap perkara khurafat itu masih menebal. Hal
ini dapat kita lihat bahawa isu khurafat di dalam masyarakat Islam masih tebal
dan banyak dilakukan. Perkara-perkara khurafat ini sememangnya sebati
dalam masyarakat kita. Hal ini dimana masyarakat di Malaysia terutamanya
masyarakat Melayu kaya dan penuh dengan warisan budaya dan adat istiadat
yang sering diamalkan namun tanpa kita sedari ianya memiliki ciri-ciri khurafat.

Menelusuri tembok pemikiran yang seterusnya, antara ciri khurafat yang


boleh disenaraikan menurut Pejabat Mufti Wilayah Sabah (2017) di dalam buku
Panduan Mengenali Khurafat dan Azimat pada mukasurat ketiga dan keempat
ialah cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut, cerita-
cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama serta adat yang
bertentangan dengan Islam, perlakuan seperti pemujaan dan permohonan
kepada makhluk halus atas niat yang memudharatkan dan tersimpang jauh
daripada ajaran Islam, menggunakan sesuatu objek yang spesifik bagi
mendapatkan sesuatu atau atas niat yang tertentu, memiliki unsur dan impak
yang negatif pada akidah serta syariah Islam sebagainya.

Seterusnya, antara bentuk khurafat yang kebiasaannya berlaku dalam


kelompok umat Islam ialah kepercayaan terhadap keramat seperti telaga
keramat, rumah usang, busut, pokok kara dan sebagainya, kepercayaan
kepada perkara sial seperti adat membuang sial, mandi bunga, mandi safar
,kepercayaan kepada pertolongan jin dimana berlakunya perkara seperti adat
tepung tawar, adat memuja semangat pantai dan sebagainya. Jelas kita dapat
lihat disini perkara-perkara khurafat ini adalah perkara yang berbentuk seperti
kepercayaan karut, kepercayaan kepada jin dan pengharapan yang sia-sia
terhadap makhluk.

2
Rajah 1: Salah satu bentuk khurafat (Adat Tepung Tawar)

2.2 AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Menurut Mohd Murtadza Ahmad (2019), ajaran sesat boleh ditakrifkan


sebagai setiap ajaran, keyakinan atau amalan dan perbuatan yang dipegang
atau dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ianya
berdasarkan ajaran Islam atau tidak bertentangan dengan ajaran Islam,
sedangkan ianya adalah berlawanan, sebahagian atau seluruhnya dengan
ajaran Islam.

Antara contoh ajaran sesat yang berlaku di Malaysia ialah ajaran


Qadiani yang berasal dari India dan diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin
Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad. Nama Qadiani diambil bersempena
dengan nama tempat kelahiran Mirza iaitu di Qadiani suatu perkampungan di
India. Awalnya ajaran ini hanya tersebar di India pada tahun 1889 dengan
hanya 75 orang kemudian berkembang ke seluruh dunia sekitar tahun 1930-an
dan sehingga kini, pengikut ajaran Qadiani terdiri daripada 200 juta orang di
seluruh dunia. Dalam pada itu, kitab utama yang diguna pakai oleh pengikut
ajaran ini ialah kitab Baharin Ahmadiyah dimana mereka juga turut dikenali
sebagai gerakan Ahmadiyah sempena Namanya iaitu Ahmad.

Ciri-ciri yang terdapat pada ajaran ini jelas menunjukkan bahawa ajaran
Qadiani adalah sesat apabila pengikutnya beriktikad bahawa Ghulam Ahmad
sebagai Imam Mahdi, Nabi, dan Jelmaan Tuhan Krishna. Mirza sendiri
membuat pengakuan pada tahun 1901 dengan mengatakan nama Ahmad
yang disebut dalam Al-Quran ialah merujuk kepada dirinya bukan Nabi
Muhammad. Kedua, pengikutnya juga beriktikad bahawa Mirza diturunkan

3
kitab suci bernama At-Tazkirah dan mendakwa malaikat sebagai pancaindera
Tuhan serta beriktikad bahawa Mirza mempunyai mukjizat. Selain itu, mereka
juga mendakwa Nabi Isa a.s telah meninggal dunia dan dimakamkan di
Srinagar, India. Seterusnya, Mirza mengisytiharkan Qadian sebagai tempat
menunaikan haji dan ia juga menghapuskan jihad. Hal ini jelas menunjukkan
gerakan Qadiani adalah sesat kerana sangat bertentangan dengan Al-Quran
dan As-Sunnah. Akhir sekali, ciri yang terdapat dalam ajaran ini ialah mereka
mengkafirkan orang yang tidak perpegang kepada ajaran Qadiani walhal ianya
amat bertentangan dengan ajaran Islam dimana seperti sabda Rasullulah yang
mafhumnya berbunyi “Mana-mana orang yang mengatakan kepada
saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah kekafiran itu kepada salah seorang
daripadanya”.

Rajah 2: Potret Pengasas Ajaran Qadiani (Mirza Ghulam Ahmad Qadiani)

3.0 CARA MENANGANI ISU PENYELEWENGAN AKIDAH

Antara cara yang dapat dilaksanakan bagi menangani dan


menyelesaikan masalah penyelewengan akidah ini ialah setiap inidividu
Muslim semestinya harus sentiasa kembali dan sentiasa merujuk ajaran Islam
yang sebenar iaitu berteraskan Al Quran dan Sunnah. Hal ini demikian kerana
Al Quran dan Sunnah merupakan dua sumber rujukan utama milik umat Islam
yang penuh dengan panduan, amalan, kisah teladan dan perintah serta
larangan yang ditetapkan kepada umat Islam. Hal ini dimana kita sebagai umat
Islam perlulah sentiasa berusaha dalam melaksanakan segala perintah dan
4
meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah dimana ianya
akan meningkatkan keyakinan dan keimanan kita yang menjadi asas kepada
kekukuhan akidah Islamiah.

Selain itu, umat Islam perlulah meningkatkan pengetahuan serta


kefahaman di sdalam agama. Hal ini bertujuan untuk membidas dan
menjauhkan diri kita daripada anasir-anasir buruk seperti ajaran sesat dan isu
berkaitan akidah. Hal ini demikian kerana dengan penguasaan dan kefahaman
yang dimiliki, umat Islam dapat mematahkan dan menafikan sebarang ideologi
yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya seiring dengan
pemantapan keyakinan terhadap kebenaran dan akidah Islam. Contohnya,
sentiasa menyelidik dan memeriksa setiap sumber yang diragui dengan
merujuk kepada Al Quran, Assunnah dan para Ulama. Maka di sini jelaslah
bahawa kekukuhan akidah dapat dijaga dengan meningkatkan pengetahuan
dalam ilmu agama.

4.0 PENUTUP

Intihanya, Allah s.w.t mementingkan persoalan akidah para hambanya.


Hal ini dimana Al-Qur‟an diturunkan sebagai panduan bagi umat manusia
membina akidahnya kerana akidah yang sahih merupakan asas pembinaan
ummah dan ketamadunan manusia yang unggul. Penjagaan akidah dan tauhid
merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh umat Islam dalam
kehidupan. Maka kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa memerangi dan
menjauhi isu-isu penyelewengan akidah ini supaya sejahtera di dunia dan
akhirat.

5
RUJUKAN

Al Quran AL Karim.

Azharudin Mohamed Dali. (2010). Gerakan Ahmadiah (Qadiani) di MalaysiaL satu


sorotan sejarah. Jurnal Al-Tamaddun. Bil. 5, 33-35.
http://commonrepo.um.edu.my/12603/3/Page%2033-55.pdf
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Intan Nor Syahadah Mansor. (2017). Amalan khurafat dan Islam: amalan-amalan
masyarakat Sabah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.
https://www.muftiwp.gov.my/images/Artikel_Labuan/AMALAN_KHURAFAT_D
AN_ISLAM_AMALAN-AMALAN_MASYARAKAT_SABAH.pdf

Mohd Fauzi Hamat. (2002). Peranan akidah dalam perancangan pembangunan


ummah: satu analisis dalam konteks masyarakat kini. Jurnal Usuluddin. Bil
16. 13-24. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4048

Pejabat Mufti Negeri Sabah. (2019). Panduan Mengenali Khurafat dan Azimat.
Jabatan Cetak Kerajaan Sabah. https://mufti.sabah.gov.my/images/laman-
utama/penerbitan/fail-
pdf/pdf2020/Panduan_Mengenali_Khurafat_dan_Azimat_16-0344.pdf

Siti Zubaidah Ismail. (2010). Menangani ajaran sesat di kalangan umat Islam:
perspektif undang-undang dan pentadbiran. Jurnal Syariah. Jilid 18, Bil. 12,
247-276. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22663

6
7

You might also like