You are on page 1of 9

Pendahuluan

Salah satu cabaran dalam pengembangan agama Islam sejak dahulu ialah
wujudnya pengaruh yang cuba memesongkan akidah penganut agama Islam. Sejak
zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada zaman kini, umat Islam secara amnya
tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu penyelewengan akidah dan
penyebaran ajaran sesat. Penyebaran ajaran sesat mungkin dapat dikekang jika setiap
individu Muslim berwaspada dan meningkatkan pengetahuan agama menerusi cara yang
betul serta mengelak diri daripada dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang
kebanyakannya mempunyai agenda peribadi.

Sejajar dengan perkembangan dakwah Islamiah di negara ini, insiden ajaran sesat
juga tidak sunyi daripada diberi perhatian. Biarpun kerajaan berusaha menyemarakkan
usaha dakwah menerusi pelbagai medium dan perancangan di segenap peringkat, namun
masih ada kelompok yang berjaya menembusi golongan sasaran, terutama menerusi
kaedah dan pendekatan tertentu seperti perbomohan dan rawatan tradisional, tarikat dan
pengajaran tertentu serta pemujaan dan amalan khurafat.

Usaha keras kerajaan dilakukan kerana implikasi ajaran sesat ini, bukan sahaja
terkesan kepada individu terbabit semata-mata, malah turut memberi kesan kepada
anggota masyarakat. Di pihak berkuasa pula, pengwujudan beberapa peruntukan
kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah, pensyaratan tauliah kepada
penceramah agama, pemantauan terhadap pendakwah bebas adalah antara usaha yang
dilakukan bagi mengekang peluang tersebarnya ajaran yang bertentangan dengan Islam.
Definisi

Bahaya: ialah sesuatu yang memberi ancaman atau kemudharatan kepada manusia.
Sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pegangan.

Ajaran Sesat: ialah sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran
Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Malah, bertentangan dengan ajaran Islam.
Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau
dan lain-lain.

Sebahagian besar isu ajaran sesat melibatkan umat Islam. Dan segelintirnya pula
melibatkan golongan bukan Islam. Mereka berjinak-jinak dengan ajaran Islam tetapi
memasukinya secara tersembunyi. Akhirnya, cara hidup mereka menyimpang dari
landasan Islam.

Memandangkan isu ajaran sesat melibatkan maruah Islam dan umatnya maka
memahami, menghindari dan menyusun atur langkah proaktif dalam membendung
penularannya merupakan satu keutamaan. Hal ini penting bagi mempertahankan kesucian
Islam agar terus dipelihara untuk selama-lamanya.
Objektif

Objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut: Untuk mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap ajaran sesat. Seterusnya, untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan pelajar terhadap ajaran sesat di Malaysia. Selain itu, mengetahui usaha
yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar dalam membendung perkembangan ajaran sesat
di Malaysia.

Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat membantu umat
Islam amnya dan pelajar khasnya agar tidak mudah terjerumus ke dalam ajaran sesat.
Melalui kajian yang dijalankan ini, pelajar dapat didedahkan dengan ajaran sesat dan
jenis-jenisnya yang pelbagai bentuk agar mereka dapat menghindarinya dan menyeru
masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh oleh tipu helah kumpulan ajaran sesat.

Selain itu, kajian ini juga penting bagi pelajar sendiri dalam menilai tahap
pengetahuan pelajar tentang ajaran sesat agar lebih berhati-hati tentang isu ini. Demikian
juga halnya bagi pihak yang berwajib dalam membanteras ajaran sesat, kajian ini
diharapkan dapat memberikan gambaran yang nyata mengenai tahap pengetahuan
pelajar universiti tentang ajaran sesat dan seterusnya dapat dijadikan panduan dalam
memperkasakan lagi metode yang digunakan dalam mencegah perkembangan ajaran
sesat di dalam masyarakat Islam Malaysia.
Dalil dan Hadis

Ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran akidah Islam merupakan kategori
kufur yang keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya
sebagaimana yang dinyatakan Al-Quran,

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad
(berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam
keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang
baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-
lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)

Dalam Riwayat Hadis Nasai,Rasulullah SAW bersabda bahwa orang yang


mengerjakan bid'ah juga dikatakan "sesat" (dhalalah) :
ِ ‫ضلَ َل ٍة فِى ال َن‬
‫ار رواه ال ّنسائى‬ َ ‫" َو َش ُّر ْالُم ُْو ِر مُحْ َد َثا ُت َها َو ُك ُّل مُحْ َد َث ٍة ِب ْد َع ٌة َو ُك ُّل بِ ْد َع ٍة‬Sejelek-jeleknya
َ ‫ضلَ َل ٌة َو ُك ُّل‬
ّ
perkara adalah perkara yang baru (dalam agama). Setiap perkara baru adalah bidah.
Setiap bid'ah adalah SESAT dan setiap kesesatan ada di dalam neraka (HR. Nasai). "11

Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa
Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya
hendaklah dipancung lehernya “ (al-Muatta).

Dapat disimpulkan bahawa hukuman terhadap sesiapa yang keluar dari agama Islam
kepada mana-mana agama atau tanpa agama sama ada melalui pengucapan, perbuatan
dan iktikad, atau yang kufur dan syak pada perkara yang menjadi maklum dalam agama,
maka hukumnya adalah murtad dan kafir, dia juga layak dikenakan hukuman bunuh.
Ciri – Ciri

Tanda-tanda kelompok dan golongan yang menyimpang dari ajaran islam. Jika ada
suatu kelompok, yang memiliki salah satu ciri berikut ini maka patut dicurigai sebagai
kelompok sesat. Dan jika memiliki lebih dari satu ciri maka elompok tersebut yang sesat
semakin kuat. Seterusnya, yang paling mudah terjerumus dalam kelompok sesat adalah
mereka yang memiliki semangat tinggi untuk mempelajari agama tetapi memiliki keilmuan
yang lemah sehingga mudah ditipu oleh kelompok sesat. Antara ciri ajaran sesat adalah :

• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah,


mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis.
Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan
memansukhkan semua kitab samawi.

• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan


semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua
agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang


yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian sebagaimana yang
dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19


hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa
kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan


perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi,
wali, dan malaikat.
Huraian Kesan

Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat, seseorang itu akan terdedah dengan
aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Termasuklah melakukan
perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat.
Sekiranya kemunculan kumpulan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi
kesan terhadap diri dan masyarakat. Antara kesan-kesan apabila seseorang itu terjerumus
dengan ajaran sesat ialah :

Individu
• Menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan
kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.
• Akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal
dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali
kepadaajaran Islam.
• Lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan
melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana
yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan
berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.

Masyarakat
• Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran sesat ini. Hal ini
boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri
kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari
pengaruh.

Negara
• Negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang
tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi
ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.

• Negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan
dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi
negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan
untuk
Cara mengatasi

Setiap masyarakat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah untuk


menyelamatkan dirinya daripada pengaruh ilmu-ilmu sesat yang sedang merebak dalam
masyarakat Islam kita, Setiap omasyarkat perlu bertindak untuk dirinya dari terpengaruh
dengan agama yang selain daripada Islam. Antara cara mengatasi masalah ini dalah :

Pertamanya, hendaklah tiap-tiap mukalaf dan umat islam diberi pendidikan Islam
yang memadai dalam bidang-bidang akidah, syariah, dan akhlak, demi membentuk
peribadi Islam yang baik, dan yang akan membolehkannya mengelakkan diri daripada
aqidah dan amalan-amalan yang sesat.

Kedua, sebagai penekanan yang khusus, hendaklah ibu-bapa mengambil berat


tentang pendidikan agama bagi anak–anaknya, baik lelaki dan perempuan, dan juga
hendaklah mereka mengambil berat tentang kawalan yang sewajarnya ke atas gerak-geri
mereka supaya mereka tidak menyeleweng dari segi aqidah dan amalannya.

Ketiga, hendaklah pihak-pihak yang berwajib mengambil langkah-langkah


sepatutnya, termasuk juga pihak berkuasa supaya kesilapan-kesilapan dalam ajaran dan
amalan itu disebarkan supaya difahami oleh masyarakat Islam, dan langkah-langkah yang
berkesan hendaklah diambil oleh semua pihak supaya ilmu-ilmu sesat itu tidak
berkembang dan dielakkan oleh ahli masyarakat.

Keempat, melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh


ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara formal atau tidak formal. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam
hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti
media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

Akhir sekali, ketua ilmu sesat itu perlu dikenakan tindakan yang tegas ke atas
mereka berlandaskan syariat Islam sebenar, termasuklah hukuman-hukuman yang
menahan mereka sehingga mereka bertaubat, ataupun disabit kesalahannya, maka
dikenakan hukuman yang lebih berat lagi daripada itu.
Rumusan

Apa yang dapat disimpulkan ialah usaha yang bukan sedikit diperlukan untuk
menangani ajaran sesat di negara ini. Dalam hal ini kerjasama amat diperlukan dari
semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa agama dan juga agensi persekutuan,
kerajaan negeri dan ahli politik agar dapat sama-sama meletakkan agenda pembasmian
ajaran sesat dalam masyarakat kita sebagai keutamaan pada masa kini.

Hal Ini kerana dalam agama Islam, konsep amar makruf nahi munkar menuntut
sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh. Ia bukan tugas pihak
berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap individu muslim dalam melaksanakan
tanggungjawab hidup bermasyarakat.

Masyarakatlah golongan pertama yang mampu menghidu atau mengetahui sama


ada wujud sebarang aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari Islam atau tidak di
kawasan mereka. Imam-imam masjid, surau, penghulu dan ketua masyarakat perlu
sentiasa peka dengan aduan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh penduduk kariah
masing-masing.

Paling penting ialah kriteria ajaran sesat perlu disebarkan untuk maklumat awam.
Ini kerana golongan yang kurang arif dengan agama akan mudah condong kepada
amalan agama yang pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka. Di pihak
penguatkuasa agama pula, pemahaman kehendak undang-undang berkaitan risikan dan
penyiasatan hendaklah dimantapkan. Pemahaman ini dapat membantu hala tuju aspek
penyiasatan, dan kaedah menangani kes tersebut dengan lebih efisien dan seterusnya
dapat mengelakkan penyelesaian yang perlahan dan lambat terhadap satu-satu kes
ajaran sesat.

Selain itu, kerjasama dengan pihak penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia
dan sebagainya mampu memendekkan tempoh penyiasatan dan penyelesaian sesuatu
kes ajaran sesat.
Rujukan

• Abdul Fatah Haron Ibrahim (2006), “Syariat, Tareqat, Haqiqat dan Ma’rifat: Satu Analisa Kritis”
Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM, Bil.19, 1-30.

• Abdul Fatah @ Haron Ibrahim (1990), “Ajaran Sesat”, (Koleksi Persidangan Penyelidikan Sempena
Ulang Tahun ke 20 UKM, Bangi).
• Abdul Hayei Abd Shukor (2006), “Kasyaf dalam Ajaran Kaum Sufi”, Jurnal Penyelidikan Islam
JAKIM, Bil.19, 31-40.
• Ahmad Hidayat Buang & Khadijah Mohd Khambali@Hambali (2004), “Bentuk dan Statistik Fatwa”
, dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan
Undang- Undang, Universiti Malaya.

• http://www.e-fatwa.gov.my

• http://www.malaysiakini.com

• http://baitul-iman.mais.gov.my

• http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

• http://e-fatwa.intranetportal.my

You might also like