You are on page 1of 6

ISLAM DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI: SATU PERKEMBANGAN

DI NEGERI KELANTAN

‫اْد ُع ِإَلى َس ِبيِل َر ِّب َك ِباْلِح ْك َمِة َو اْلَم ْو ِع َظ ِة اْلَح َس َن ِة َو َج ِد ْلُهْم ِباَّلِتي ِهَي َأْح َس ُن ِإَّن َر َّب َك ُه َو َأْع َلُم ِبَم ْن‬
‫َض َّل َع ْن َس ِبيِلِه َو ُه َو َأْع َلُم ِباْلُمْه َت ِديَن‬
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan
bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan
orang yang mendapat petunjuk

(Surah An-Nahl, 16:125 )

Mengenali Masyarakat Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi yang mendiami kepulauan


semenanjung Malaysia. Mengikut sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh
manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu.
Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan
mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari
Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia,
pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-
Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil
daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah
seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto
(Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

Di Kelantan, terdapat 3 kaum Orang Asli yang mendiami negeri ini yang kebanyakannya
terdapat di daerah Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Kaum – Kaum tersebut adalah Kaum
Temiar yang merupakan salah satu rumpun bangsa Senoi di mana ia merupakan kaum
terbanyak di Kelantan yang mendiami daerah Gua Musang dan Jeli dan Kaum Jahai dan
Bateq yang merupakan salah satu rumpun bangsa Negrito yang kebanyakannya mendiami
daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. Kebanyakan masyarakat Orang Asli di Kelantan
tinggal di pedalaman di mana ia mengambil masa yang lama dan penuh mencabar untuk
sampai di sesebuah kampong.

Perkembangan Islam
Perkembangan Islam dalam masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 1980an apabila
gerakan dakwah mula di giatkan ke kawasan pedalaman. Kebanyakan mereka yang
memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang tadak pernah letih dan
jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwah – pendakwah ini adalah terdiri dari
pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) ,
Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.

Di Kelantan situasi perkembangan Islam juga bermula di era tahun 80an di mana pihak yang
memulakan kegiatan ini adalah pendakwah dari badan bukan kerajaan iaitu ABIM
( Angkatan Belia Islam Malaysia ) melalui unit Islamic Outreach ABIM ( IOA ), Majlis Agama
Islam Kelantan ( MAIK ) , Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Kelantan ( JAHEIK ) dan JAKIM.
Penyebaran Islam di kalangan masyarakat ini amat mencabar pada ketika itu di mana ketika
era tersebut, kedudukan sesebuah pos atau kampong amat pedalaman sekali di mana
perjalanan sebagai contoh bermula dari Bandar Gua Musang ke sesebuah pos atau
kampong mengambil masa satu hari perjalanan kerana terpaksa meredah hutan dan melalui
jalan – jalan balak. Tambahan pula, pada ketika itu masyarakat orang asli kebanyakannya
berpindah randah dan ini amatlah menyukarkan.

Walaubagaimanapun kesukaran tersebut, Islam tetap Berjaya di sebarkan di kalangan


masyarakat pribumi ini. Kebanyakan pendakwah samaada dari ABIM, MAIK ataupun JAKIM,
mereka mengambil pendekatan memasuki kawasan pedalam sebulan sebanyak dua atau
tiga kali. Dengan kekerapan tersebut sekarang hampir 70 peratus Islam telah tersebar di
dalam masyarakat ini.

Method Dalam Dakwah Orang Asli

Jika dilihat, Dakwah adalah satu cabang ilmu yang dominan sifatnya. Keberkesanan dan
kejayaannya bergantung kepada persembahannya yang mantap dan teruji. Oleh itu method
serta pendekatannya haruslah praktikal. Aspek-aspek penting yang menyentuh persoalan
pokok mengenai kehidupan, pemikiran, citarasa dan lain-lain unsur yang terangkum dalam
alam budaya satu-satu etnik semestinya di fahami sebelum seseorang itu menampilkan diri
di tengah-tengah kumpulan sasaran sebagai misi dakwah. Jika tidak sukar baginya untuk
melaksanakan misi tersebut. Dalam kontek dakwah kepada kaum Asli, teknik dan
pendekatan yang digunakan berbeza kerana suasana kehidupan, cara berfikir, persekitaran
dan alam budaya mereka berbeza.

Mengikut buku Method Dakwah yang di keluarkan oleh MAIK, Terdapat 5 tahap pendekatan
yang digunakan·

Tahap pertama : Mewujudkan suasana kemesraan yang erat dengan penduduk Asli.
Sebagai contoh, Komunikasi menerusi pergaulan, Lawatan rumah ke rumah, Buat majlis
jamuan dan sebagainya.Pada tahap ini soal agama tidak di sentuh.·

Tahap kedua :

- Pendakwah membuat intipan ke dalam hati kumpulan sasaran (Orang Asli) secara individu
untuk mengenali samaada mereka punyai perasaan agama atau tidak.

- Dilakukan dalam perbualan tidak langsung dan semasa mereka kelihatan relaks.

- Contoh, Perbualan intipan:


1. Apa pandangan kamu jika dunia tidak ada Matahari?
2. Boleh jadi suatu masa seluruh tanaman di dunia ini mogok tidak mahu mengeluarkan
buah. Waktu itu apa akan jadi pada manusia dan kepada siapa mengharapkan pertolongan?

- Soalan ini akan mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan mereka dan ingin dapatkan
jawapan sebenar.·

Tahap Ketiga :

- Mula menarik perbualan kepada isu agama dengan memperkenalkan apa sebenarnya
agama Islam.

- Membuat perbandingan antara agama islam & agama-agama lain.

- Perlu menegaskan agama Islam adalah untuk semua bangsa.

- Nyatakan Islam itu mudah & tidak berlawanan dengan fitrah kemanusiaan yang sedia ada
dlm diri mereka.

- nyatakan amalan-amalan/pelaksanaan terhadap amalan-amalan wajib (sembahyang,


puasa dan lain - lain)

- Bagi yang baru memeluk Islam mereka belajar sedikit demi sedikit bermula dari bawah.·

Tahap Keempat :

- Setelah tahap 3 disempurnakan, pendakwah harus beri masa kpd kumpulan sasaran untuk
berfikir & membuat analisa sendiri tentang agama (tempoh 3 hari atau seminggu bergantung
pada keadaan & minat seseorang)

- Pada pertemuan berikutnya, pendakwah meninjau pandangan & komen mereka terhadap
apa yang dibincangkan.

- Sekiranya jawapan positif, menunjukkan bahawa pintu utk memujuk mereka kpd agama
Islam mula terbuka.

- Pendakwah harus lebih kerap mendampingi individu berkenaan utk memikat mereka kepad
agama Islam.·

Tahap Kelima : Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan spt Majlis Agama Islam untuk
membuat lawatan dan penerangan khas kepada kumpulan sasaran yang mempunyai minat
untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan berkecenderungan utk memeluk Islam.

Selain itu juga, di Kelantan, semua badan dakwah yang terlibat sepenuhnya dalam dakwah
kepada masyarakat Orang asli akan bergabung tenaga dan sentiasa membuat mesyuarat
penyelarasan bagi memantapkan lagi aktiviti– aktiviti dakwah ini

Program Susulan.

Setelah mereka di'islam'kan, menjadi tanggungjawab bersama untuk mendidik, membimbing


& menerapkan asas-asas penting ajaran Islam tahap demi tahap. Kebiasaannya, mereka
yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam akan di bawa keluar dan akan
mengikuti kursus asas secara formal. Di Kelantan terdapat Pusat Latihan dan Dakwah
Orang Asli (PULDOA ) di bawah kelolaan ABIM melalui unit Islamic Outreach ABIM
Kelantan yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang Islam kepada Orang Asli
khususnya. Antara Program yang di laksanakan di laksanakan adalah seperti Kursus Asas
Kefahaman Islam, Kursus Pengajian Islam dan Kursus Perguruan Fardhu Ain.

Kebanyakan kursus ini berbentuk jangka panjang dan semua pengajian dibiayai penuh oleh
pihak PULDOA di mana dana pembiayaan adalah merupakan hasil bantuan orang ramai.
Kebanyakan lepasan kursus ini akan menyambung pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah
Perkim dengan harapan semoga mereka dapat menjadi pendakwah untuk masyarakat
mereka. Situasi ini merupakan permulaan bagi menggalakkan anak – anak orang asli
memilih aliran pendidikan agama sebagai pilihan di sekolah menengah.

Selain itu juga, pihak MAIK juga memainkan peranan yang besar dalam menganjurkan
kursus – kursus kefahaman Islam terhadap Orang asli. Selain daripada kursus terdapat juga
program – program sususlan yang lain.

Antara program yang boleh diadakan :

Ø Adakan Program Amal


Ø Libatkan Mereka Dengan Tanggungjawab Sosial
Ø Adakan Majlis Penerangan Umum
Ø Adakan Pertemuan Individu
Ø Mengadakan Kursus Agama
Ø Memberi layanan baik
Ø Membimbing ke arah memahami & menghayati Islam
Ø Memberi pertolongan kebendaan
Ø Jemput ke majlis kenduri
Ø Ziarah
Ø Baktisiswa pelajar bersama masyarakat Orang Asli.

Cabaran dalam perkembangan Islam dalam Masyarakat Orang Asli.

Cabaran memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi asam garam dalam
perjuangan dakwah dalam masyarakat orang asli. Antara cabaran yang di lalui adalah
seperti jarak jauh dan cabaran meredah hutan belantara untuk ke sesebuah pos atau
kampong orang asli, cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti
kepada agama islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan
Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Namun semua
itu dapat di atasi dengan bantuan Allah SWT.

Kesimpulan

Perkembangan positif dan penerimaan masyarakat orang asli terhadap agama Islam adalah
begitu memberansangkan. Ini adalah hasil perjuangan yang tidak pernah jemu dan
kombinasi antara semua badan dakwah dalam menyampaikan risalah Ilahi serta bantuan
dari Allah SWT. Pihak kerajaan juga tidak kira pusat atau negeri sekarang telah mengambil
berat tentang dakwah kepada orang asli. Semoga suasana ini dapat lagi di tingkatkan dan
Islam terus berkembang subur dalam Masyarakat Orang asli. Semoga Allah s.w.t.
memberikan kekuatan kepada kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara berkesan.

Rujukan :

- Kertas kerja seminar : Pendekatan Dakwah dan memahami psikologi Masyarakat orang
asli, Dr Fariza Md Sham, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan
Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM

- Kertas kerja seminar : Pengalaman dan cabaran berdakwah kepada Orang asli, Dato’ Dr
Hj. Abd. Razak b. Kechik, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat
Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM

- Buku Method Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan- Tesis : Ilham b. Haji Daud(2006-
2007) Praktikal Pengajaran Solat terhadap saudara baru Orang Asli : Satu kajian di Islamic
Outreach ABIM Kelantan, Latihan Ilmiah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

PENDEKATAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI

Gerak kerja dalam berdakwah kepada Masyarakat Orang Asli ini mempunyai kaedah yang berbagai-
bagai. Antaranya yang tetap dan antaranya juga ada yang berubah. Dakwah adalah satu cabang ilmu
yang dominan sifatnya. Keberkesanan dan kejayaannya bergantung kepada persembahannya yang
mantap dan teruji. Oleh itu metod serta pendekatannya haruslah praktikal. Aspek-aspek penting
yang menyentuh persoalan pokok mengenai kehidupan, pemikiran, citarasa dan lain-lain unsur yang
terangkum dalam alam budaya satu-satu etnik semestinya di fahami sebelum seseorang itu
menampilkan diri di tengah-tengah kumpulan sasaran sebagai misi dakwah. Jika tidak sukar baginya
untuk melaksanakan misi tersebut. Dalam konteks dakwah kepada kaum Asli, teknik dan pendekatan
yang digunakan berbeza kerana suasana kehidupan, cara berfikir, persekitaran dan alam budaya
mereka berbeza. Terdapat 5 tahap pendekatan yang digunakan:

i)Tahap pertama : Mewujudkan suasana kemesraan yang erat dengan penduduk Asli. Sebagai
contoh, komunikasi menerusi pergaulan, pembahagian keluarga angkat, lawatan rumah ke rumah,
mengadakan majlis jamuan dan sebagainya. Pada tahap ini soal agama masih tidak di sentuh.

ii) Tahap kedua : Membuat intipan ke dalam hati kumpulan sasaran (Orang Asli) secara individu
untuk mengenali samaada mereka mempunyai pegangan agama atau tidak dan bertanyakan
pendapat mereka tentang agama Islam, disamping mengkaji emosi dan reaksi mereka apabila
ditanya tentang Islam. Kaedah ini dilakukan dalam perbualan tidak langsung dan semasa mereka
kelihatan tenang.

iii) Tahap Ketiga : Mula menarik perhatian mereka kepada isu agama dengan memperkenalkan apa
sebenarnya agama Islam dan membuat perbandingan antara agama Islam dan agama-agama lain,
namun tidaklah bertujuan untuk memaksa mereka menerima Islam. Bagi yang telah Islam, amalan-
amalan dan pelaksanaan terhadap amalan-amalan wajib (sembahyang, puasa dan lain -lain)
diterangkan serba sedikit kepada mereka dalam cara yang paling mudah untuk difahami.

iv) Tahap Keempat : Memberi masa kepada kumpulan sasaran untuk berfikir dan membuat analisa
sendiri tentang agama. Pada pertemuan berikutnya, meninjau pandangan dan komen mereka
terhadap apa yang dibincangkan. Sekiranya jawapan positif, menunjukkan bahawa pintu untuk
memujuk mereka kepada agama Islam mula terbuka dan haruslah dibawa ke arah yang lebih serius.

v) Tahap Kelima : Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan seperti Majlis Agama Islam untuk
membuat lawatan dan penerangan khas kepada kumpulan sasaran yang mempunyai minat untuk
mengenali Islam dengan lebih mendalam dan berkecenderungan untuk memeluk Islam.

You might also like