You are on page 1of 11

METODOLOGI DAKWAH KEPADA GOLONGAN MINORITI DI MALAYSIA

Pengenalan
Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan
keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh
itu untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan
antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak
bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa (Rusimah Sayuti &
Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak, 2010). Namun persoalan kepelbagaian
etnik, budaya dan agama kekal menjadi hangat dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.
Sebagai masyarakat pluralistik yang berlatar belakang kumpulan etnik dengan adat resam, nilai
dan kepercayaan, bahasa dan agama yang berbeza, persoalan berkenaan dengan etnisiti harus
diperbahaskan serta diambil tindakan sewajarnya sebelum Malaysia dapat mencapai perpaduan
yang diidamkan. Persoalannya, apakah isu serta perkara dan bagaimana harus diselesaikan dan
diperbahaskan (Pue Giok Hun & Charanjit Kaur, 2014).

Menurut kajian Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Salma
Ishak dalam Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial,
Universiti Utara Malaysia (2010) menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum (plural society). Ia wujud hasil
impak daripada zaman penjajahan kolonial British yang telah melakukan campurtangan dalam
struktur sosio-politik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu kewujudan masyarakat
majmuk di negara ini adalah berpunca dari faktor migrasi golongan masyarakat khususnya dari
Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk
mengerjakan kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu.
Mengikut pandangan Furnivall, konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang
dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi
ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan
lebih mudah berlaku. Oleh hal demikian, soal perpaduan dan hubungan di antara kaum
merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.

Bagaimanapun para pengkaji masyarakat yang melihat perkembangan masyarakat di


Malaysia pada hari ini lebih cenderung untuk menamakan masyarakat di Malaysia sebagai
masyarakat multietnik. Ini kerana ciri-ciri masyarakat majmuk tidak lagi menebal jika dilihat
dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Semangat perpaduan antara kaum
sukar dipupuk sekiranya ciri-ciri keindividuan terus diamalkan. Kerajaan telah berusaha
menyatupadukan kaum menggunakan pendekatan politik, ekonomi dan sosial untuk
mengurangkan ciri-ciri kemajmukan yang boleh menimbulkan konflik jika tidak ditangani
(Paimah Atoma, 2009).

Oleh itu, persoalan yang ditimbulkan mengenai kepelbagaian etnik, budaya,


kepercayaan dan bangsa yang terdapat di Malaysia ini, mewujudkan satu ruang perbahasan
yang menjadi agenda yang penting, bagi memastikan segala plan pembangunan yang dirancang
mampu untuk dicapai dengan baik. Maka, perbincangan mengenai kumpulan minoroti dan
majoriti secara automatiknya akan menjadi isu yang hangat dan penting bagi sesebuah negara
itu yang mempunyai kepelbagaian etnik dan bangsa. Penetapan yang jelas dalam menentukan
kedudukan minoriti dan majoriti dalam sesebuah negara merupakan satu tindakan yang penting
bagi memastikan segala sikap dan budaya negatif seperti penindasan, diskriminasi dan
pengabaian hak sebagai penduduk tidak berlaku.

Golongan Minoriti Di Malaysia.

Mengikut Pue Giok Hun dan Charanjit Kaur dalam kajian mereka Identiti Etnik Minoriti di
Malaysia: Antara Realiti Sosial Tafsiran Autoriti dan Tafsiran Harian (2014) menjelaskan
bahawa persoalan etnisiti dan identiti etnik kekal hangat dalam kancah kehidupan
bermasyarakat di Malaysia. Walaupun mempunyai kesedaran etnik yang tinggi, tidak ramai
yang mengenali atau mengetahui tentang kumpulan-kumpulan etnik lain, khususnya mengenai
kumpulan-kumpulan etnik minoriti. Menurutnya lagi, wacana mengenai etnisiti di Malaysia
sama ada dalam ruang akademik mahupun media massa hari ini adalah cenderung berkisar
kepada tiga kategori etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pembentukan wacana sebegini
adalah dipengaruhi oleh sejarah Malaysia sebagai negara bekas tanah jajahan British yang
berpusat di Semenanjung. Sistem pengkategorian etnik diperkenalkan di Negeri-negeri Selat
melalui banci bermula secara rasmi daripada 1871. Ia diubahsuai mengikut perkembangan dan
keperluan semasa sehinggalah menjadi seperti bentuk yang ada pada sekarang setelah diwarisi
oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 1957. Sejak lebih daripada setengah abad
sistem pengkategorian sebegini diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia melalui pelbagai
aktiviti urus tadbir, kewujudan kategori-kategori etnik ini dilihat tidak lagi sekadar dalam
bentuk metafizikal. Keadaan ini berlaku pandangan mereka dipengaruhi oleh sudut pandangan
mereka sebagai ahli dalam sesebuah kumpulan etnik. Dengan perkataan lain, kategori etnik
dianggap sebagai seerti dengan kumpulan etnik.
Di samping itu, Menurut Shmasul dalam kajiannya Debating About Identity In
Malaysia: A Discourse Analysis (1996) menjelaskan dalam memerhatikan wacana etnisiti
dalam senario masyarakat di Malaysia, mendapati bahawa wacana mengenai etnisiti dan
identiti etnik di negara ini sering memberi penekanan lebih kepada pendekatan tafsiran autoriti;
manakala pendekatan tafsiran harian disentuh sepintas lalu ataupun langsung diabaikan. Ini
adalah kerana pendekatan tafsiran autoriti dilihat sebagai lebih berautoritatif dan berwibawa
berbanding dengan pendekatan tafsiran harian. Polemik ini adalah jelas dalam konteks identiti
kumpulan etnik minoriti. Kumpulan etnik minoriti didefinisikan sebagai kumpulan-kumpulan
etnik yang mempunyai saiz populasi lebih kecil dan etnisiti yang berbeza daripada golongan
arus perdana dalam kategori etnik yang sama. Golongan arus perdana bagi kategori etnik Cina
dan India misalnya, adalah terdiri daripada mereka yang kedatangannya dikaitkan dengan
gelombang penghijrahan besar-besaran dalam abad ke-19. Sejarah kedatangan golongan inilah
yang lazim disentuh secara sepintas lalu dalam huraian pembentukan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu pada era kolonialisme British.
Secara umumnya penduduk di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa kategori,
iaitu penduduk majoriti yang terdiri daripada orang Melayu, orang Asli dan bumiputera Sabah
dan Sarawak. Manakala kumpulan minority yang terdiri daripada kaum Cina, India dan
sebagainya. Orang Melayu semuanya beragama Islam. Masyarakat Cina kebanyakkannya
beragama Buddha, namun ada juga yang beragama Confusius, Kristian dan Islam. Sementara
itu orang India pula kebanyakkan menganut agama Hindu dan selebihnya ada yang beragama
Islam dan Kristian. Pada umumnya, agama Islam dianuti oleh sebilangan besar penduduk di
Malaysia. Ringkasnya Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik (Katiman Rostam
1984).
Pembentukkan kepelbagaian etnik, bangsa dan budaya yang terdapat di Malaysia pada
hari ini adalah akibat terkesan daripada sejarah yang terdahulu. Kewujudan kepelbagaian etnik
ini, sekaligus mewujudkan kepelbagaian kaum dan pengamalan dalam beragama. Namun
perkara ini sesekali tidak menghalang masyarakat di Malaysia ini untuk hidup secara aman,
harmoni dan bertoleransi.

Cabaran Dakwah Kepada Golongan Minoriti Di Malaysia


Keghairahan para pendakawah di Negara ini dalam melakukan usaha dakwah kepada
masyarakat Islam dalam memberikan kefahaman tentang ajaran Islam yang menepati ajaran
yang benar, sepatutnya untuk lebih giat secara aktif dalam menyebarkan lagi ajaran Islam yang
murni kepada penganut-penganut agama lain. Sekurang-kurangnya pendakwahan yang
dijalankan dapat mengurangkan salah faham mereka terhadap Islam. Mereka perlu disedarkan
bahawa Islam sesekali tidak akan memaksa seseorang itu untuk menganut agamanya. Oleh itu
dalam menjalankan kegiatan dakwah ini, maka Abdullah Muhamad Zin dalam kajiannya
Dakwah Kepada Masyarakat Bukan Muslim Di Malaysia: Konsep Dan Metod (1998)
menggariskan beberapa cabaran dan kelemahan yang berlaku kepada pendakwah itu sendiri.
Antara kelemahannya adalah:

1) Kesamaran Dalam Memahami Konsep Dakwah

Kefahaman masyarakat Islam terhadap beberapa aspek berhubung dengan dakwah, masih ada
yang samar-samar atau tidak jelas, sama ada oleh individu atau kumpulan. Mereka belum
memahami sepenuhnya tugas dakwah individu Muslim kepada bukan Muslim. Terdapat orang
Islam yang menganggap bahawa menjalankan dakwah kepada bukan Muslim adalah satu
pekerjaan yang sampingan sahaja. Oleh itu, aktiviti ini dijalankan bukan kerana dicetuskan
oleh kesedaran untuk berdakwah, tetapi mungkin dalam sesetengah keadaan kerana memberi
sambutan atau reaksi kepada kegiatan mubaligh daripada agama lain.

2) Masalah Salah Faham Dan Prasangka

Masalah salah faham dan prasangka masih tersemat kukuh dalam pemikiran kedua-dua pihak.
Barangkali dalam sesetengah keadaan disebabkan oleh faktor keangkuhan dan kepentingan
diri. Tetapi secara umumnya banyak disebabkan oleh pengalaman pahit. Hari ini Muslim dan
bukan Muslim dimana-mana sahaja terdapat peselisihan dalam bidang politik, ekonomi dan
idealogi. Keadaan ini akan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dakwah di
kalangan non-muslim.

Syed Othman al-Habshi dalam penulisannya Kepentingan Pengurusan Dalam Dakwah


Islamiah menjelaskan dalam masyarakat Islam di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya tiga
golongan. Golongan pertama adalah golongan yang tidak mengetahui tentang fardu ain.
Golongan kedua adalah mereka yang berpengetahuan agama. Golongan ketiga adalah
golongan omasyarakat awam. Bagi ketiga-tiga golongan ini sememangnya memerlukan
pendekatan yang berbeza. Tidak ketinggalan juga adalah masyarakat minoriti dalam
lingkungan kita yang kelainan agama dan budaya. Walaupun sebahagian mereka tinggal
bersama golongan muslim, namun penerimaan masyarakat minoriti terhadap ajaran Islam
masih dalam peratusan yang kecil, bahkan sebahagian mereka turut terpengaruh dengan ajaran
agama-agama yang lain seperti ajaran agama Kristian. Oleh itu beberapa cabaran dan
permasalahan yang digariskan. Antara cabaran utama yang dihadapi adalah:

3) Masalah Pendekatan

Berdasarkan kepada latar belakang dan kepercayaan yang berbeza, seharusnya para pendakwah
turut menggunakan pendakatan yang bersesuaian dengan pemikiran dan kefahaman
masyarakat tersebebut. Kejumudan para pendakwah yang hanya menggunakan metod yang
sama dan penyampaian maklumat dapat menimbulkan ketakutan serta kesalahfahaman
masyarakat non-muslim terhadap ajaran Islam yang sebenar. Di sampaing itu juga, terdapat
beberapa pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah yang kelihatan memaksa
masyarakat yang baru memeluk Islam seperti menghafal ayat-ayat al-Quran untuk menunaikan
solat fardu, memaksa untuk berpuasa serta memaksa untuk memutuskan tali persaudaraan dan
kekeluargaan yang masih lagi tidak menerima ajaran Islam. Bentuk pendekatan sebegini yang
diamalkan oleh para pendakwah sesekali tidak memungkinkan masyarakat bukan Islam untuk
lebih mendalami ilmu-ilmu Islam dengan baik. Tambahan daripada itu, kajian dan penyelidikan
terhadap sesuatu tempat, ajaran agama dan madu yang hendak didekati, menjadikan para
pendakwah tidak bersedia dan mempunyai maklumat yang cukup ketika berhadapan dengan
mereka terutama untuk menajwab persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat atau golongan
minoriti ini.

4) Kelemahan Untuk Mengatur Strategi

Strategi ialah suatu rangka kerja dari segi prioriti yang harus dilaksanakan untuk mencapai
objektif dakwah dengan cara yang berkesan. Antara kelemahan strategi ialah banyak
memberikan tumpuan kepada masyarakat Islam berbanding tumpuan kepada masyarakat
minoriti. Seterusnya adalah memperluaskan tugas dakwah ini kepada golongan lain daripada
ahli agama, khususnya kepada ahli professional dan badan-badan yang berkemampuan supaya
tugas dakwah ini dapat ditanggung bersama-sama. Startegi dan plan dakwah yang lemah
merupakan kunci yang utama kegagalan dakwah Islamiyyah ini tidak diterima dan difahami
oleh golongan-golongan yang lain terumata golongan minoriti. Hal ini bertepatan seperti mana
kata pepatah arab:

Maksudnya: Kebaikkan tanpa perancangan dapat dikalahkan dengan kejahatan yang terdapat
perancangan.

Pendakwahan seharusnya diteliti secara lebih serius dan gigih dengan matlamat yang
jelas. Kegagalan penetapan penyedian plan serta kekaburan matlamat adalah punca di mana
kegagalan pendakwah dalam menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat.

Kaedah Dakwah Kepada Golongan Minoriti Di Malaysia

Dakwah Islamiyyah adalah tugas utama para nabi dan rasul. Mereka memanggil, menyeru dan
mengajak serta mengajar umat manusia ke arah kebaikan. Malaysia adalah sebuah negara yang
penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama. Maka, komposisi
penduduk yang sedemikian, memerlukan dakwah yang berhikmah bagi menjamin
keharmonian dan hubungan antara agama dan masyarakat sentiasa dalam keadaan yang baik.
Secara umumnya dakwah kepada masyarakat minoriti Malaysia agak kurang diberikan
penumpuan, sama ada di peringkat individu atau organisasi (Abdullah Muhammad Zin & Che
Yusoff Che Mamat & Ideris Endot 1998).
Pendekatan dan pengislahan dalam berdakwah kepada non-muslim atau secara
khususnya kepada golongan minoriti di Malaysia ini, memerlukan langkah dan metodologi
yang tersusun supaya segala maklumat yang disampaikan mampu untuk difahami oleh mereka.
Segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku akan mengundang keretakkan nilai toleransi dan
hubungan sesama masyarakat. Hal ini apabila beberapa isu yang bersifat sensitiviti dalam
pengamalan beragama atau budaya tidak difahami oleh para daie iaitu individu atau organisasi
yang melakukan kerja dakwah menyentuh atau berbicara berkenaan dengan perkara sebegini,
sehingga menyinggung pengamalan agama-agama yang lain. Oleh itu, beberapa pendekatan
dan metodologi yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga mampu
mengajak orang bukan Islam untuk menerima ajaran Islam dan hidup dalam keadaan yang
sejahtera bersama masyarakat Islam.

a) Tidak Memaksa Agama Lain Menerima Islam


Perkara yang paling asas apabila membicarakan soal metod dakwah kepada masyarakat
bukan Islam khususnya kepada penduduk minoriti dalam negara ini bahawa Islam adalah
agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya. Bagi menjamin kejayaan dakwah
yang bersih daripada sebarang kekerasan dan paksaan supaya berdakwah dengan baik
sebagaimana firman Allah SWT:



Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama Islam (Surah al-Baqarah 2:256)

Paksaan dan kekerasan dalam pengamalan beragama merupakan jalan yang membawa kepada
perbalahan serta mewujudkan ketegangan. Sebaliknya, perbezaan latar belakang dan
kepercayaan adalah satu ruang yang dapat mempelbagaikan lagi perkongsian serta merupakan
salah satu cara untuk lebih mengenali dan mengambil manfaat.
Allah SWT menyebutkan secara jelas di dalam al-Quran mengenai beberapa kaedah
dalam menyampaikan risalah Islam, khususnya kepada mereka yang mempunyai kepercayaan
dan agama yang lain. Pendekatan ini adalah kunci terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW, yang mampu mengubah persepsi masyarakat yang menyembah berhala kepada ajaran
Islam. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:





Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; (surah al-Nahl 16:125).

Ayat di atas menunjukkan beberapa kaedah atau metodologi yang baik dalam menjalankan
dakwah Islamiyyah:
- Metod al-Hikmah (Menggunakan Kebijaksaan)
- Metod al-Mauizah al-Hasanah (Kata Nasihat Yang Baik)
- Metod Mujadalah Billati Hiya Ahsan (Berbincang dan Berbahas Dengan Baik)
Menurut Abdullah Muhammad Zin dalam kajiannya Dakwah Kepada Masyarakat Bukan
Muslim Di Malaysia: Konsep Dan Metod (1998) menjelaskan bahawa al-hikmah dapat
digunakan terhadap golongan yang cerdik pandai yang cintakan kebenaran, berfikir secara
kritis dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat yang dapat diterima oleh madu dan memerhati
juga kepada masa dan persekitaran. Di samping itu, al-Mauizah al-Hasanah adalah nasihat
yang baik, iaitu menyampaikan nasihat yang dapat menimbulkan kegemaran orang ramai agar
meninggalkan keburukkan, sterusnya menimbulkan keinginan dan minat dalam mengerjakan
kebaikkan. Mujadalah Billati Hiya Ahsan ialah perbincangan dan perbahasan yang bertujuan
untuk menerangkan sesuatu maksud yang tidak jelas dan memberikan ulasan dan pandangan
dengan cara yang terbaik.
Dakwah Islamiyyah juga membawa mesej dan berita gembira untuk kebahagiaan
manusia di dunia dan di akhirat. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang agama
dan budaya, di samping polisi negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara,
maka sewajarnyalah dititikberatkan proses Islamisasi untuk menjamin keamanan dan
kestabilan masyarakat di negara ini. Dalam usaha berdakwah, tidak perlu kepada satu saluran
sahaja, malahan perlu diperluas metodnya mengikut perkembangan semasa, seperti melalui
pendidikan, kebajikan, kebudayaan, social, pemulihan dan media massa. Oleh itu, Ibrahim Haji
Che Noh dalam penulisannya Dakwah Kepada Masyarakat Cina: Satu Pengenalan
menggariskan beberapa metod dalam menjalankan dakwah kepada golongan yang bukan
Muslim. Antara metod yang digariskan adalah:

b) Peranan Media Massa

Peranan media massa seperti akhbar, radio, televisyen, facebook dan sebagainya adalah alat
yang cukup penting sebagai saluran menyebarkan maklumat, khususnya maklumat berkenaan
dengan ajaran Islam. Di samping itu juga, peranan media yang utama dalam mewajahkan
akhlak serta kelakuan yang menurut ajaran Islam yang benar dapat menarik minat orang-orang
bukan Islam terhadap ajaran Islam. Oleh itu, sewajarnya kisah-kisah yang bercirikan nilai yang
murni, kata-kata yang baik dapat dipertontonkan melalui media elektronik. Segala badan yang
terlibat perlu berganding bahu dalam mengisi kekosongan dan mempamirkan budi pekerti yang
sejahtera dan baik. Sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:




Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, (Surah al-Ahzab 33:21).

c) Pusat Dakwah Dan Pendidikan

Keperluan diwujudkan pusat latihan dan dakwah kepada para pendakwah sebagai ruang untuk
menuntut ilmu, kemahiran serta memahami latar belakang masyarakat terlebih dahulu sebelum
turun ke lapangan. Di samping itu juga, pusat ini bertindak kepada madu yang baru memeluk
Islam khususnya, sebagai tempat untuk mendalami ilmu pengetahuan berkenaan dengan ajaran
Islam yang sempurna serta untuk mengenali saudara-saudara yang lain. Perkara ini akan
memberikan dorongan dan semangat kepada mereka yang baru memeluk Islam yang
ditinggalkan oleh keluarga dan dicemuh oleh rakan-rakan.

Kesimpulan

Persoalan kepelbagaian etnik, budaya dan agama kekal menjadi hangat dalam kehidupan
bermasyarakat di Malaysia. Sebagai masyarakat pluralistik yang berlatar belakang kumpulan
etnik dengan adat resam, nilai dan kepercayaan, bahasa dan agama yang berbeza, persoalan
berkenaan dengan etnisiti harus diperbahaskan serta diambil tindakan sewajarnya sebelum
Malaysia dapat mencapai perpaduan yang diidamkan. Secara umumnya penduduk di Malaysia
dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu penduduk majoriti yang terdiri daripada
orang Melayu, orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Manakala kumpulan minority
yang terdiri daripada kaum Cina, India dan sebagainya. Orang Melayu semuanya beragama
Islam. Masyarakat Cina kebanyakkannya beragama Buddha, namun ada juga yang beragama
Confusius, Kristian dan Islam. Sementara itu orang India pula kebanyakkan menganut agama
Hindu dan selebihnya ada yang beragama Islam dan Kristian. Pada umumnya, agama Islam
dianuti oleh sebilangan besar penduduk di Malaysia.
Pendekatan dan pengislahan dalam berdakwah kepada non-muslim atau secara
khususnya kepada golongan minoriti di Malaysia ini, memerlukan langkah dan metodologi
yang tersusun supaya segala maklumat yang disampaikan mampu untuk difahami oleh mereka.
Segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku akan mengundang keretakkan nilai toleransi dan
hubungan sesama masyarakat. Hal ini apabila beberapa isu yang bersifat sensitiviti dalam
pengamalan beragama atau budaya tidak difahami oleh para daie iaitu individu atau organisasi
yang melakukan kerja dakwah menyentuh atau berbicara berkenaan dengan perkara sebegini,
sehingga menyinggung pengamalan agama-agama yang lain. Oleh itu, beberapa pendekatan
dan metodologi yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga mampu
mengajak orang bukan Islam untuk menerima ajaran Islam dan hidup dalam keadaan yang
sejahtera bersama masyarakat Islam.
Keghairahan para pendakawah di Negara ini dalam melakukan usaha dakwah kepada
masyarakat Islam dalam memberikan kefahaman tentang ajaran Islam yang menepati ajaran
yang benar, sepatutnya untuk lebih giat secara aktif dalam menyebarkan lagi ajaran Islam yang
murni kepada penganut-penganut agama lain. Sekurang-kurangnya pendakwahan yang
dijalankan dapat mengurangkan salah faham mereka terhadap Islam. Mereka perlu disedarkan
bahawa Islam sesekali tidak akan memaksa seseorang itu untuk menganut agamanya.
Bibiliografi

Abdullah Muhamamd Zin & Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. 1998. Prinsip Dan
kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ahmad redzuan Mohd Yunus & Badlihisham Mohd Nasir & Berhanudin Abdullah. 2000.
Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fariza Md Sham & Siti Rugayah Hj Tibek & Othman Hj Talib. 2013. Dakwah Dan kaunseling
Di Malaysia. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katiman Rostam. 1984. Penduduk Malaysia Dari Perspektif Geografi. Kuala Lumpur. Nurin
Enterprise.

Majlis Keselamatan Negara, JPM. 1992. Pendekatan-Pendekatan Ke Arah Mengintergrasikan


Masyarakat Orang-Orang Asli Dengan Orang-Orang Melayu Dari Sudut Politik Dan
Keselamatan Negara. Kertas Kerja di I.A.B Genting Highland.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2003. Panduan Berdakwah Kotemporari. Pahang. PTS


Publication.

Muhammad Uthman El-Muhammady & Mohd Nakhaie Ahmad. 2007. Aqidah Koleksi
Dakwah. Kuala Lumpur. Penerbit Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Mustafa Masyhur. 2005. Fiqh Dakwah. Terj. Hamim Thohari. Jakarta. Penerbit Al-Itishom
Cahaya Umat.

Mustafa Msyhur. 1986. Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewengan. Terj. Mohd
Yusof Ismail. Shah Alam. Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa Masyhur. 1985. Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah. Terj. Hj Mohd Tahir Daeng.
Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

Paimah Atoma. 2009. Masyarakat Multietnik Di Malaysia Dan Britain. Johor Bharu. Penerbit
Universiti Teknologi Mara.

Pue Giok Hun & Charanjit Kaur. 2014. Identiti Etnik Minoriti di Malaysia: Antara Realiti
Sosial Tafsiran Autoriti dan Tafsiran Harian. Jurnal Akademika. Jil 84. Hlmn 57-70. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit & Ideris Endot. 2014. Pembangunan Dakwah Semasa.
Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rusimah Sayuti & Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah & Salma Ishak. 2010. Kajian
Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara
Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Universiti Utara Malaysia.
Shamsul, A.B. 1996. Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast
Asian Studies. Jil 34, No. 3. Hlmn 476-499.

Sidi Gazalba & Zainab Ismail. 1993. Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini. Bangi. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman Ibrahim & Othman Hj Talib & Anuar Puteh. 2002. Dakwah Kepada Masyarakat
Muslim Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Pengajian Dakwah Dan
Kepimpinan, Fakulti pengajian Islam.

Zulkiple Abd Ghani. 2006. Cabaran Dan Prospek Pengurusan Dakwah Di Malaysia. Sarawak.
Institut Kemahiran Islam Sawarak.

You might also like