You are on page 1of 10

Malaysia merupakan salah sebuah negara unik kerana memiliki

masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum berbilang bangsa,


berbeza agama dan adat resam, pelbagai latar belakang serta dialek percakapan.
Perpaduan sememangnya menjadi teras utama dalam menentukan hala tuju
sesebuah Negara. Faktor-faktor di atas mendorong kepada tercetusnya idea
integrasi untuk memupuk perpaduan sesama kaum. Menurut Ting Chew Peh
(1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang
mudah kerana integrasi ialah suatu proses yang kompleks.
Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holistik pastinya bukan kerja
yang mudah dan memerlukan jangka masa yang panjang. Pelbagai usaha telah
diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di Negara ini
yang pernah menghadapi konflik suatu masa dahulu serta membina masyarakat
yang lebih adil dari segi struktur social dan ekonomi. Antara usaha memurni dan
mengekalkan keharmonian bumi Malaysia yang telah kerajaan laksanakan ialah
penggubalan rukun Negara, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Wawasan 2020,
1Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan program PLKN.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ditubuhkan bertujuan
tidak lain tidak bukan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dan
memantapkan integrasi nasional iaitu merapatkan masyarakat dari semua negeri
di Malaysia khususnya Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.






Kita semua sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian
merupakan elemen yang amat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama
akan hilang dalam sekelip mata. Segala usaha pejuang-pejuang negara seperti
Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Janggut dan ramai lagi akan menjadi sia-sia jika
tidak dipertahankan.
Justeru, integrasi sebagai pendekatan menyemai dan memupuk
semangat perpaduan adalah penting bagi mengelakkan tragedi-tragedi yang
tidak diingini berlaku dan mengelakkan sejarah daripada berulang. Contoh
mudah yang boleh kita refleks semula ialah Peristiwa 13 Mei 1969. Faktor utama
berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 itu sendiri berpunca daripada isu etnik.
Peristiwa bersejarah yang tidak akan mungkin dilupakan itu berpunca daripada
banyak faktor. Antara faktor penyumbang kepada berlakunya peristiwa tersebut
ialah layanan berat sebelah oleh tentera Jepun bila mana kaum Cina dilayan
dengan begitu teruk oleh pihak tentera berbanding dengan kaum Melayu, Dasar
Pecah dan Perintah Penjajah Inggeris yang mewujudkan jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi mahupun terhadap polarisasi kaum, latar belakang
pendidikan yang berbeza, pertelingkahan antara parti politik dan isu Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Oleh itu, para pemimpin negara harus memberi penekanan serius
terhadap isu-isu berkaitan etnik dan perkauman. Perpaduan nasional perlu
dipertingkatkan dan rakyat Malaysia juga perlu sedar akan kepentingan
menghormati dan menjaga hak asasi kaum lain.




Integrasi merupakan suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik (AHMAD ALI SEMAN & WARTI BT KIMI, 2014).
Dengan konsep ini, integrasi ini biasanya akan berlaku kepada sesebuah Negara,
contohnya, Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan tradisi. Integrasi wujud
dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa
merujuk identiti dan asal usul mereka. Fenomena ini juga melibatkan penyatuan
pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan, sama ada majoriti atau minoriti dan
perkara yang penting adalah dengan melenyapkan sikap prasangka dan
kelakuan diskriminasi terhadap satu sama lain dalam masyarakat. Fenomena
integrasi ini telah wujud dan kita dapat mendapati ia dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Contohnya dalam sebuah sekolah, kita boleh mendapati terdapat guru
daripada kaum dan bangsa yang berbeza, Cina, Melayu dan India, malahan
kaum bumiputera yang berkhidmat sebagai guru ataupun warga pentadbiran
sekolah bagi memberikan khidmat kepada anak murid dan masyarakat yang
mereka saling menghormati dan menyayangi.
Terdapat 4 konsep yang menyokong integrasi ini, iaitu konsep akulturasi,
konsep asimilasi, konsep akomodasi dan konsep amalgamasi. Konsep asimilasi
ini merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya
dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Contoh
asimilasi yang berlaku di Malaysia adalah ke atas masyarakat Cina Kelantan,
Baba dan Nyonya. Kesemua minoriti ini mengalami asimilasi dalam konteks
budaya mereka dan bukan dari segi agama atau anutan kepercayaan.
Seterusnya adalah akulturasi, ia merupakan satu proses yang melibatkan
perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat
perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi. Proses ini
amat penting untuk mencapai integrasi. Di Malaysia contohnya, makanan dan
hiburan semua kaum dan bangsa diamalkan oleh semua bangsa tidak kira
asalnya, selagi mereka adalah budaya masyarakat Malaysia, ia akan diakulturasi
ke dalam hidup sama sendiri. Selain itu, juga terdapat konsep akomodasi, satu
proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Di Malaysia, konsep ini diamalkan dengan begitu meluas,
kerana semua kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam
keadaan harmoni. Konsep yang terakhir adalah konsep amalgamasi. Ia adalah
satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menetukan proses amalgamasi
adalah dengan perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Di Malaysia,
kumpulan etnik yang terhasil daripada amalgamasi adalah Baba dan Nyonya,
walaubagaimanapun, mereka masih saling menghormati dan menghayati
budaya dan kepercayaan antara satu sama lain. Kesemua konsep-konsep ini
adalah syarat dan proses yang penting yang perlu diamalkan oleh masyarakat
kumpulan etnik yang berbilang kaum di Malaysia supaya dapat mewujudkan
integrasi sosial di negara ini. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan
berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama, iaitu
warga Malaysia. Integrasi sosial ini merupakan rancangan berpanjangan
kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.
Tambahan pula, dengan integrasi, adalah dengan harapan mencapai
perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan bermaksud satu proses
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta dengan
perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Perpaduan dan integrasi di
Malaysia sangat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
berbilang kaum. Dengan perpaduan dan integrasi ini juga, terdapat pelbagai
faedahnya, contohnya, dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara
dan dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia, dapat membangunkan negara
Malaysia kerana hanya dengan keamanan dan kedamaian, pembangunan
negara akan dapat dijalankan dengan lancar, dan akhir sekali, dengan
perpaduan dan integrasi juga dapat mengelakkan kemunculan perasaan prejudis,
diskriminasi, rasisme dan prasangka dalam kalangan rakyat Malaysia yang akan
menggugat keharmonian dan hubungan perpaduan antara kaum.
Seterusnya kita datang kepada pluralistik alam melayu. Oleh disebabkan
alam melayu telah berinteraksi dengan pelbagai budaya luar seperti Arab pra-
Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam, Portugis, Sepanyol, British dan
Belanda, maka ia menjadikan alam melayu mempunyai kepelbagaian budaya di
Malaysia. Kebanyakan interaksi ini semua adalah melalui penjajah negara asing
kepada alam melayu, juga terdapat perkahwinan campur serta perdagangan
warga asing ke dalam alam melayu yang menjadikan pluralistik masyarakat dan
kepelbagaian budaya di Malaysia. Pluralistik masyarakat yang berlaku di alam
melayu ini adalah penting kepada pembangunan Malaysia pada hari ini,
contohnya dengan penghijrahan etnik Cina dan India ke Tanah Melayu, mereka
telah menggalakkan pembukaan lombong-lombong bijih timah dan emas serta
membangunkan ekonomi Tanah Melayu pada masa dahulu dan mengakibatkan
kemakmuran Malaysia pada hari ini.
British merupakan penjajah tanah melayu yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi, lalu dengan penjajahan British kepada tanah melayu
juga, British telah membawa ilmu sains yang akhirnya diterima dan menjadi ilmu
yang penting dan asasi dalam kehidupan sosial masyarakat tanah melayu.
British juga telah memperkenalkan sistem pentadbiran pengagihan kuasa iaitu
kehakiman, eksekutif dan perundangan yang lalu menjadi undang-undang yang
diamalkan oleh kerajaan Malaysia sekarang.
Selepas kemerdakaan juga, kerajaan Malaysia telah giat berusaha untuk
mengambil pengajaran daripada penjajahan dan pengurusan Birtish tentang
semua aspek tidak kira pendidikan, ekonomi dan sebagai. Kerajaan Malaysia
cuba tidak mengulang kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan British dan
mengutamakan perpaduan dan manfaat rakyat Malaysia. Namun demikian,
kesan daripada ketidakseimbangan kedudukan ekonomi yang telah diaturkan
oleh kerajaan Malaysia akan mencetus konflik antara kaum di Malaysia ini. Oleh
itu, kerajaan Malaysia mesti memahami bahawa keperluan untuk membetulkan
kedudukan ekonomi di negara ini dan kerajaan mestilah menjadikan ia satu asas
kepada pemupukan kerjasama antara kumpulan etnik di negara Malaysia ini.
Kejadian pergaduhan antara kaum yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia ini
mestilah tidak mengulanginya semula, oleh itu, kerajaan mesti sentiasa menjaga
kebaikan dan kebajikan semua warga negara agar negara akan sentiasa
keharmonian dan rakyat dalam perpaduan.
Kesimpulannya, di Malaysia, istilah asimilasi, akulturasi, akomodasi dan
pelbagai istilah lagi merupakan istilah kemasyarakatan Malaysia yang dapat
dilihat dengan jelas oleh semua orang. Oleh itu, kerajaan dan pentadbiran
negara kenalah mengetahui dan memahami ia dan cuba selalu mengamalkan
keadilan kepada semua rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum
agar perpaduan dan kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara dapat
dikecapi. Sejarah yang telah berlalu di tanah melayu ini tidak akan berulang lagi,
dan ia sepatutnya menjadi pengajaran dan memupuk kesedaran masyarakat
Malaysia untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh nenek moyang
kita, kita hendaklah berusaha memupuk keharmonian dalam masyarakat ini agar
negara ini tidak rosak dan tiada unsur-unsur yang akan menjejaskan hubungan
keharmonian, integrasi dan perpaduan antara kaum Malaysia.









Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya terdiri
daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri kaum
Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus,
Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di
Sarawak pula antaranya terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain (Tang
Chee Yee, 2006). Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasioal adalah satu
keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza-
beza. Usaha ke arah perpaduan di Malaysia dapat dilihat melalui penyatuan
Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung (Syed Omar Syed Agil Al-Attas,
2007).
Manakala, konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses
yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi
merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula
menumpukan usaha-usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional
(Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Bagi memantapkan lagi perpaduan dikalangan rakyat pelbagai etnik dan
kaum, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat pada 27 Oktober 1990 dengan tujuan untuk
menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional,
memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat, membangunkan dan
mengintegrasikan masyarakat kaum Asli, memajukan kepentingan dan
penglibatan wanita dalam pembangunan negara serta menyelaraskan program
kependudukan dan pembangunan keluarga (Natra Nadea, 2010). Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melancarkan dan
melaksanakan beberapa program dan dasar-dasar bagi menjamin kepentingan
semua kaum termasuk kaum minoriti tanpa mengira kepentingan kaum majoriti
melalui Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional (PIN)
(Amir Hasan Dewi, 2006).
Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah satu plan atau rancangan yang
dirancang serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya
menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan
masyarakat di Malaysia. Pelan Integriti Nasional dilancarkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April
2004 (Shamsul Addin, 2008).
Matlamat PIN adalah memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai
sektor supaya dapat bekerjasama dalam usaha membina masyarakat yang
bersatu padu, berharmoni, berintergriti, bermoral dan beretika. Selain itu,
meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama dalam pelbagai sektor di
dalam usaha peningkatan integriri supaya integriti menjadi satu budaya bagi
masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Matlamat PIN juga untuk
menggalakkan semangat tanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas dalam menegakkan integriti. Selain itu juga, untuk mengumbang
kepada usaha-usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara serta
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. Pelan Integriti Nasional
(PIN) juga bermatlamat untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan
Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke 21 khususnya cabaran
globalisasi dengan lebih berkesan (Shamsul Addin, 2008).





Contohnya, PIN dilancarkan selaras dengan cabaran ke empat Wawasan
2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian
yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Shamsul Addin, 2008).
Pelan Integriti Nasional dilihat berada pada tahap pencapaian yng
sederhana. Ini kerana segala usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak
kekal dan tidak menyeluruh hasilnya dan sebilangan besar usaha-usaha ini
menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua
sektor (Shamsul Addin, 2008). Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-
halangan serta sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem
penyampaian atau karenah birokrasi serta disiplin dan budaya masyarakat itu
sendiri dalam melaksanakan sesuatu program. Contohnya, PIN dilihat gagal
ekoran sikap individu iaitu golongan yang berkuasa dan kaya mendominasi di
dalam sesuatu sektor di mana pihak bawahan yang berkerja keras sesama
sendiri serta mengembleng kekuatan tersebut untuk membantu dan menaikkan
pihak atasan untuk tujuan meningkatkan integriti. Sementara itu, pihak atasan
pula sebaliknya dengan melakukanrasuah dan tiada integriti di mana
mementingkan pangkat dan wang ringgit hingga menindas pihak bawahan
yang menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati dan penindasan
terhadap golongan bawahan. Kesannya, pihak atasan menjadi semakin kaya
dan pihak bawahan menjadi semakin miskin (Shamsul Addin, 2008).
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara
penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Oleh
yang demikian, semua rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam
meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat
yang berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan
dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju
dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah
negara serta integrasi nasional amat penting bagi membangunkan sesebuah
negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.

Program-program yang telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan
telah dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak
dasar-dasar atau program-program yang dilancarkan bukan sahaja bergantung
kepada peranan kerajaan, tetapi turut bergantung kepada sikap individu atau
rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa, kepentingan dan semangat
perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil.
Segala bentuk dan cara program-program yang telah dilaksanakan dan
dilancarkan oleh kerajaan adalah dengan tujuan dan arah yang sama iaitu untuk
kepentingan negara. Program dan rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan
dilihat banyak memberi kesan kepada negara melalui Program Belia berbanding
Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional. Namun begitu, individu dan
masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program dan
pelaksanaan yang telah dan yang akan dilancarkan oleh pihak kerajaan selagi ia
tidak menjejaskan negara. Ini kerana, jatuh bangun sebuah negara bergantung
kepada semangat perpaduan dan integrasi yang ada di dalam diri masyarakat
tersebut.

You might also like