You are on page 1of 18

1.

Pengenalan

1.1. Definisi Lesbian

Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik
terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870. Perkataan lesbian daripada
kata sifat merujuk Pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubungkait
dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada
menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain. Hubungan lesbian juga
menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek.

Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: “Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka,
remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan.” Ahli seni lama Greek
Lucian menggunakan ‘lesbian’ sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual
tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita
berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain.

1.2. Definisi Gay

Sebutan gay seringkali digunakan untuk menyebut lelaki yang memiliki kecenderungan
mencintai sesame jenis. Menurut Duffy dan Arwater (2005), definisi gay yakini lelaki yang
mempunyai orientasi seksual terhadap sesama lelaki. Gay bermaksud komuniti lelaki yang
meminati lelaki dan tidak mempunyai perasaan terhadap golongan wanita walaupun wanita
tersebut cantik dan bergaya.

Lelaki gay ini lebih menjurus kepada sifat lelaki berwatak keperempuanan, berdasarkan pola
perlakuan yang dilabel sebagai “pondan”, “bapuk” dan “mak nyah”. Perkataan “pondan”
memerihalkan perlakuan lelaki berlagak perempuan dalam pelbagai cara. Dalam dialek Kedah,
lelaki bersifat keperempuanan ini dipanggil “Darai”. Manakala “bapuk”, “mak nyah” pula
merupakan perkataan yang lebih kontemporari sifatnya. Perkataan “mak nyah” dipercayai mula
digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura. Kini perkataan “mak nyah” lebih
kerap digunakan sebagai alternatif pada perkataan “pondan” yang diterima pakai secara bebas
dalam kosa kata perbendaharaan bahasa Melayu moden di Malaysia.
1.3. Definisi Biseksual

Menurut Krafft-Ebing, salah seorang seksologis Jerman mengistilahkan biseksual sebagai


psychosexual hermaphroditism iaitu kewujudan dua keinginan seks yang berbeza dalam satu
jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanita dalam satu tubuh (Bowie dalam Storr,
1999).

Menurut Ellis (dalam Storr, 1999) dalam pengertian umumnya, biseksual adalah orientasi
seksual yang mempunyai ciri-ciri berupa tarikan dari segi seksual, cinta mahupun keinginan
hawa nafsu terhadap lelaki dan perempuan. Menurut Masters (1992), biseksual adalah istilah
untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan.

Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi,
emosional dan seksual kepada lelaki dan perempuan (Robin & Hammer, 2000 dalam Matlin,
2004). Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa biseksual adalah istilah bagi
seseorang yang mempunyai orientasi seksual yang memiliki ketertarikan terhadap kedua-dua
jantina baik dari segi, psikologi, emosional dan seksual.

1.4. Apa itu Transgender?

Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderung mengenalpasti diri
mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka, dan biasanya mereka
akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya
menyerupai jantina berlawanan.

Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual mengalami kecelaruan gender iaitu


merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan untuk
memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan kepada mereka sejak lahir (Ismail Tambi,
2007; Hamdan Abd. Kadir, 2007; Teh, 2001; Benjamin, 1999; Ekins dan King,1997; Wan Azmi
Ramli, 1991). Kecelaruan gender yang dialami oleh mereka, terutama di kalangan lelaki, menjadi
isu yang sering diperkatakan dalam perbincangan umum dan kajian akademik di Malaysia
lantaran kewujudan mereka yang semakin menonjol pada hari ini (lihat umpamanya tulisan
Hafizahril Hamid 2010; Hamdan Abdul Kadir et al., 2007; Zulhizzam, 2005; Teh, 2002, 2001).
2. Latar Belakang Kajian

Masalah kekeliruan gender semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika
ini. Jika di luar negara, isu ini sudah menjadi kebiasaan dan golongan ini telah diangkat ke tahap
yang perlu dihormati sehingga perkahwinan sesama jenis dibenarkan di negara tersebut. Berbeza
dengan masyarakat di Malaysia, kerana di sini kita masih mempunyai agama dan adat resmi
yang perlu dipatuhi oleh setiap kaum di Malaysia.

Di Malaysia juga, golongan ini diselar, dipandang serong dan mendapat tentangan sepenuhnya
oleh masyarakat sehingga pihak atasan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi golongan ini
tidak mempedulikan dengan sebarang fatwa dan teguran yang telah dikeluarkan, malah mereka
mempertahankan diri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial.

Apakah motif mereka jadi begitu? Mungkin mereka ingin mendapat perhatian orang ramai
dengan sikap mereka atau mungkin juga mereka ingin memperlihatkan diri mereka mempunyai
hak yang sama seperti orang sekeliling mereka. Pelbagai gelaran diberikan kepada golongan
manusia yang mempunyai kekeliruan gender ini dan golongan seperti ini dinamakan Lesbian
Gay Biseksual Transgender (LGBT).

Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara
dalam kelompok masyarakat di negara ini. Hal ini sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota
masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud
sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri
mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini.

Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah,
mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. Namun bagi
masyarakat Malaysia yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan
mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, kebanyakannya
menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama,
dan menyalahi aturan fitrah dan tabi’i.
3. Pernyataan Masalah Kajian

Salah faham yang wujud ekoran daripada isu kekeliruan gender yang dipelopori oleh aktivis
LGBT kian parah di negara bermasyarakat majmuk ini. Hal ini demikian kerana penyuaraan rasa
tidak puas hati yang bernaung dibawah badan bukan kerajaan seperti SUARAM, Malaysian Bar,
KRYSS dan sebagainya. Mengeruhkan lagi keadaan apabila wujudnya aktivis yang
berkempentingan seperti Sisters in Islam serta beberapa organisasi lain yang turut masuk campur
di dalam isu ini.

Selain itu, golongan ini diselar, dipandang serong dan mendapat tentangan sepenuhnya oleh
masyarakat sehingga pihak atasan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi golongan ini tidak
mempedulikan dengan sebarang fatwa dan teguran yang telah dikeluarkan, malah mereka
mempertahankan diri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial.

Seterusnya, dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang
membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak.
Namun bagi masyarakat Malaysia yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi
kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan,
kebanyakannya menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang
ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabi’i.
4. Objektif Kajian

Beberapa objektif telah diputuskan bagi memudahkan kajian ini dilakukan seperti:

A. Meghuraikan definasi dan fakta mengenai LGBT yang semakin menular di negara ini.
Tujuannya adalah untuk memahami sejarah, konteks dari segi Bahasa dan juga saintifik.
Tambahan pula, pembaca dapat mengenalpasti ciri-ciri individu yang bernaung di bawah
gerakan LGBT.
B. Mengupas satu persatu masalah yang ditumbulkan oleh aktivis serta organisasi yang
dinaugi oleh golongan LGBT.
C. Mencari cadangan mahupun solusi pada permasalahan LGBT dari aspek kerohanian
(agama) dan juga tindakan undang-undang. Objektif ini pula membincangkan peranan
agensi agama, mahupun agensi-agensi sosial di Malaysia dalam menanggani masalah ini.
Perbentangan cadangan dan solusi terhadap golongan LGBT di negara akan dibincang
lebih mendalam.
D. Menyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada penularan gerakan aktivis LGBT
kepada masyarakat majmuk di Malaysia dari konteks kebudayaan, keagamaan mahupun
sosial ekonomi di negara ini.
5. Metodologi Kajian

5.1 Reka Bentuk Kajian

Antara kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian adalah dengan


menggunakan pendekatan kuantitif yang berbentuk pendekatan kajian dan kaedah
pengumpulan data melalui kaedah penyelidikan (research) dari sumber yang variasi.
Tujuan kaedah ini dijalankan adalah untuk menyelidik, mengkaji dan memahami dengan
mendalam tentang masalah, punca dan kesan yang mendorong kepada masalah LGBT
ini. Kaedah penyelidikan ini juga mampu untuk menerang dan merungkai secara khusus
tentang isu LGBT yang menjadi semakin serius di Malaysia pada hari ini.

5.2 Instrumen Kajian

Ketika menjalankan kajian ini, terdapat beberapa sumber yang dikenalpasti sesuai
dalam perlaksanaan dan perbincangan mengenai topik LGBT ini. Sumber-sumber
penyelidikan ini adalah seperti artikal, jurnal dan media cetak yang mampu dicapai
melalui rujukan internet atau e-rujukan. Setiap sumber yang dirujuk ini akan diteliti dan
difahami sepenuhnya bagi tujuan perlaksanaan proses pengumpulan data. Sumber-
sumber ini juga akan akan diteliti melalui kaedah perbandingan (comparison) dengan
sumber yang lain bagi memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat dan data yang
dirujuk.
6 Dapatan Kajian

6.1 Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT

a. Biologi

Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang


itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan
oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih
lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang
ini.

Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual
atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu
seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang
pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu
mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak.

Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan
bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih
besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi
oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak
angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi apabila mereka
semakin besar.

b. Dorongan individu

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat
teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki.
Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi
permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-kanak
perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia yang seorang
lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan mengalami
kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam tubuh seorang
lelaki
c. Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak

Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong mereka
tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah mangsa
pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes
rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010
berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes
rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.

Dalam hal ini kami berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan
sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-kanak
perempuan mampu menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau saudara
mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka dengan penuh
kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka. Rasa ketidakpercayaan ini,
boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian. Pendapat
kami ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Jabatan
Pendidikan Perubatan HUKM bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga boleh
menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.

Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana terlalu sibuk
bekerja, anak-anak lelaki ini akan bersama ibu dalam tempoh masa yang panjang berbanding
dengan bapa. Hal ini mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa kurang percaya pada potensi
seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi
keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh
diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-
balas erotik yang pasif.
d. Peluang dan ruang

Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam
gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan
Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kelab malam
(termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan hingga ke awal
pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan remaja dan belia
terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini.

e. Pendidikan Seks Yang Salah

Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi
sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada anggota penyelidik sendiri. Ibubapa
perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah
seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah
sebaliknya terhadap anak perempuan.

Dalam waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi
sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita
(heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak
dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang
melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks
yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja
disandarkan kepada proses pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru,
pensyarah, penceramah, peranan masjid dan masyarakat.
f. Salah Faham Terhadap Takdir

Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual
yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke atas
diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir.
Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah SWT pada ukuran
manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i. Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan.
Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari
takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah
kemiskinan.
ii. Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti
kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada
dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil
agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir yang selari
dengan tuntutan agama.
g. Media Electronic dan ICT

Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer,
modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat.
Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang
menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produk-produk
teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit kebanyakannya kini
dilengkapi dengan capaian Internet.

Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai 16,902,600
pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna daripada populasi
masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya, peratusan peningkatan
pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya adalah 356.8%. Berdasarkan data
daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja telahpun
mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh sumber yang sama,
pengguna Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki dan 48.1% wanita.
Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun adalah sebanyak 75.3%
manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55% pengguna adalah belum berkahwin
manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna telah bekerja (51.5%)

Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia. Perkataan
‘seks’ adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari untuk dilayari di
Internet. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman web dalam Internet
adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25% daripada jumlah tersebut
adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia.Ternyata walaupun dari segi
peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari segi hakikatnya, ia adalah jumlah yang agak
membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas, daripada 31% golongan yang melayari laman web
berunsurkan lucah, 5.5% menunjukkan ciri-ciri ketagihan manakala 17% adalah berisiko untuk
menjadi ketagih.

Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia
(2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah 29.6%. Angka ini
perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet, khususnya seks siber,
dalam kalangan pengguna.
6.2 Isu LGBT Dari Perspektif Islam

Dalil Al-Quran Tentang Pengharaman Amalan LGBT

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman
seks bebas (zina), gay dan lesbian:

 Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32:

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

 Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:

Yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-
tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan
belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

 Dalil Hadith Rasulullah SAW Tentang Pengharaman Amalan LGBT

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

(‫هريرة أبى عن الحاكم رواه( رأسه من القميص اإلنسان يخلع كما اإليمان منه هللا نزع الخمر شرب أو زنى من‬

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman
sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

 Manakala hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada
Ibnu Abbas RA:

‫عنهما هللا رضي عباس ابن عن‬، ‫ قال وسلم عليه هللا صلى هللا رسول أن‬: «‫الفاعل فاقتلوا لوط قوم عمل يعمل وجدتموه من‬
‫»به والمفعول‬

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka
bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
6.3 Kesan dan Impak LGBT.

Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut:

a) Penyakit HIV AIDS

Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan
lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi
bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay
paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah
dijangkiti.

Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun
kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui
tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi
tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual.

b) Penyakit Siflis

Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit jangkitan
seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang
paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit
jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease).
Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan
kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Walau bagaimanapun
bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.
c) Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga

Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan
sesama sejenis. Terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita
yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi
lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur
untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk
mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan
dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan.

Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam
menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikuti
sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal, mengembangkan
zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan perkahwinan sesama
sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan bertengangan dengan fitrah manusia
itu sendiri.
6.4 Kaedah Penyelesaian Secara Islam

Berikut adalah beberapa cadangan oleh kami untuk mengatasi masalah LGBT menurut
perspektif Islam:

a) Kesedaran dari dalam hati untuk berubah

Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang
terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal jalan.
Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi kami sangat percaya jauh
disudut hati mereka, mereka sedar tindakan yang mereka lakukan adalah tidak normal dan
bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan LGBT yang mahu berubah, setiap
perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah.

Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan niat, lafaz dan perbuatan.
Insya Allah, kami yakin golongan LGBT ini boleh dipulihkan pemikiran mereka untuk kembali
menjadi normal. Kemudian, barulah diubah penampilan mereka seperti cara berpakaian, cara
percakapan dan perlakuan mereka kepada normal.

b) Mendirikan Solat

Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula mampu menghalang umat Islam daripada berbuat
dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu yang
mendorong untuk berbuat maksiat. Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman Allah
SWT:

Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.

Jika diperhatikan sungguh-sungguh kita dapati bahawa manusia cukup suka melakukan perkara-
perkara yang negatif yang menyeronokkan, meskipun perkara yang dilakukan itu
memudharatkan dirinya. Untuk mengaitkan kelebihan ini dengan tajuk kertas kerja ini, maka
difahami bahawa mereka yang mendirikan solat, maka Allah SWT akan membuka mata hati
mereka sehingga mampu menilai sesuatu perbuatan itu apa kategorinya. Apakah ianya baik di
sisi agama, di mata orang atau ianya keji pada hukum agama dan mata masyarakat? Jadi,
manusia yang dianugerahi Allah akan kelebihan ini akan terpandu perjalanan hidupnya agar
tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti LGBT ini.

Allah SWT telah memerintah supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan solat
kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang
haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-duanya
menghasilkan dosa.

c) Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat

Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu
golongan LGBT supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal dan
kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana pejabat
agama di seluruh negara. Masyarakat di Malaysia seharusnya memberi sokongan penuh usaha
pihak kerajaan yang telah menubuhkan pusat perlindungan “Ilaj Home” untuk golongan LGBT
untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling kaedah Islam.

d) Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat

Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak dengan
masalah LGBT ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak tidak
mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh budaya keluarga
yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang menunggu mampu
mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan yang kukuh (foundation)
kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang
baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling
menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan
manusia kepada pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, kami menyeru ibubapa
agar membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau bimbingan hati.
e) Peranan Masjid

Pihak kerajaan dan anggota masyarakat hendakalah terus memperkasakan institusi masjid di
seluruh negara. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah bahkan berperanan sebagai
pusat pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid adalah digesa
untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina, anti-Valentines
days dan program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) melalui
kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid sepanjang tahun.

7. Kesimpulan

Hasil dapatan kajian ini sangat memuaskan dimana kami sebagai para pengkaji telah mencapai
kesemua objektif kajian. Di akhir pengkajian kami dapat memahami dengan lebih jelas tentang
maksud LGBT, ciri-ciri dan identiti mereka serta motif perjuangan aktivis mereka. Selain itu,
kami turut memperincikan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan golongan LGBT.
Disamping itu, kami turut menyakatan kesan-kesan yang wujud hasil daripada penularan gerakan
aktivis LGBT kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Tambahan pula, beberapada cadangan dan solusi terhadap permasalahan LGBT ini dari pelbagai
konteks telah dikemukakan supaya isu ini mampu diselsaikan dengan aman dan harmoni. Akhir
kata, sebagai muslim, kami sangat membantah penularan hubungan seks sejenis (homoseksual),
penukaran jantina mahupun perkahwinan sejenis yang diperjuangkan oleh LGBT akan tetapi
dalam masa yang sama, kami turut bersimpati terhadap individu yang memiliki dua jantina
secara tabi’i tetapi disalah erti oleh segelintir masyarakat steriotaip yang mengherdik golongan
kunsa ini.
8. Rujukan

i. Laporan Projek / Thesis / Jurnal.


 Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman, Rosni Wazir, 2006. Metodologi
Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wpcontent/uploads/2017/02/9II05.pdf
 Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Wan
Azreena, J., Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S, 2015. Faktor dan Cara Gaya
Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan Lesbian.
(http://journalarticle.ukm.my/9323/1/001-015_Ahmad_et_al._Gaya_Hidup_Lesbian.pdf)
 DG Roziekah Ussin, Nur Fatin Mohamad Farid, Nursyafiqah Khiruddin, Ooi Wan Mei,
Sharannya A/P Sundaramoorthy, 2014. Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual (LGBT),
Pandangan dari segi Sosial dan Perundangan.

ii. Media Cetak / Elektronik / Laman Sesawang / E-Rujukan


 Utusan Online, 2 Januari 2018. Menangani LGBT
(http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menangani-lgbt-1.583131)
 Utusan Online, 22 Januari 2018. Bahaya iktiraf hak LGBT.
(http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahaya-iktiraf-hak-lgbt-1.594629)
 Utusan Online, 09 Disember 2017. LGBT semakin diterima?.
(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lgbt-semakin-diterima-1.569368)
 Berita Harian Online, 25 Disember 2016. Golongan LGBT Boleh Diubah.
(https://www.bharian.com.my/node/227009)
 Berita Nasional, 3 April 2017. Jangan Sebar Agenda LGBT.
(https://www.bharian.com.my/node/267547)
 https://www.scribd.com/doc/105473266/Pengenalan-LGBT
 http://akmalmenulis.blogspot.my/2016/02/kesan-lgbt-dalam-masyarakat.html
 http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/64-surat-pembaca/1551-kesan-gejala-
lesbian-gay-biseksual-dan-transeksual
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120510/re_04/LGBT-budaya-songsang-
merosakkan-sistem-sosial-keluarga

You might also like