You are on page 1of 10

PROPOSAL

TUGASAN :

BERKUMPULAN TAJUK :

ISU LGBT DALAM

KALANGAN MAHASISWA

KOD KURSUS & NAMA : UQI 10102 PENGAJIAN

ISLAM SEMESTER & SESI : 1 2023/2024

SEKSYEN : 23

PENSYARAH : USTAZ DR. NIK KAMAL BIN WAN


MUHAMMED

NAMA NO MATRIK

AHMAD AFIQ BIN AHMAD AZMIR CE230137

MUHAMMAD LUQMAN BIN BAHRIN AI230278

MUHAMMAD AKIF ZAKWAN BIN ROMZI CE230121

MUHAMMAD ZHOFRI BIN ISMAIL CE230149

MUHAMMAD SHAHIR BIN MASNOR CE230146

AIMAN DANISH BIN ABDUL RAZAK CF230253

RUANGAN MARKAH
0
PROPOSAL : LGBT

Tema : Isu Sosial

Tajuk Artikel : 'LGBT isu akidah, akhlak... Kita kena tolak'


trigger Harian Metro, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil (Mac 18, 2023)

Tajuk : Isu LGBT dalam kalangan pelajar UTHM


Pengenalan Isu : Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan
Semasa agama. Malaysia juga mempunyai banyak persatuan yang melibatkan sesetengah
masyarakat di negara ini persatuan lesbian, persatuan gay, persatuan biseksual
dan persatuan transgender atau persatuan-persatuan ini lebih dikenali sebagai
LGBT. Pada zaman ini, persatuan ini amat aktif dalam kalangan remaja di negara
kita. Keadaan ini akan kekal di negara kita sekiranya tiada pihak mengambil
langkah yang lebih tegas kepada golongan LGBT ini bagi mengelakkan perkara
ini berterusan. Hal ini perlulah dititikberatkan oleh semua kaum dan agama.
Persefahaman antara satu sama lain antara kaum amat penting bagi mengekalkan
keharmonian dan keamanan negara serta dapat menjadi contoh kepada negara-
negara jiran bagi mengelakkan gejala LGBT ini berleluasa. Perpaduan dan
integrasi nasional antara kaum adalah penting bagi menjamin rakyat hidup dalam
suasana aman damai.

LGBT telah memulakan kegiatan mereka sejak tahun 1960-an di hampir seluruh
daratan Eropah untuk menuntut hak kesamarataan dan kesahan tanpa mengira
orientasi seksual mereka. Pada tahun 1960-an “Sodomites” dan “Homosex”
secara rasmi menukar nama mereka menjadi LGBT, pada tahun 1988 Amerika
menghalalkan LGBT, dan pada tahun 1990-an, LGBT secara rasmi dibenarkan di
beberapa negara di Eropah. Denmark adalah negara pertama yang menghalalkan
perkahwinan sesama sejenis, pada tahun 1988 dan diikiuti oleh negara Nepal pada
tahun 2008.

Latar Belakang : Golongan LGBT adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti.
Kebanyakan golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap dalam
fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. Keyakinan
tersebut mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad melakukan
pembedahan menukar jantina akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk
menerima jantina sendiri. LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit
psikitari atas faktor kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak
terhad kepada gender semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain
seperti warna kulit, usia dan lain-lain.

Di Malaysia, isu transeksual dianggap sebagai fenomena yang kompleks kerana


melibatkan pelbagai faktor termasuk isu biologi, psikologi, persekitaran dan
sosial mereka yang terlibat.

Secara umumnya, gambaran masyarakat terhadap kelompok transeksual ini


menjurus kepada lelaki yang bersifat keperempuanan atau perempuan yang
bersifat kelelakian dan sering dikaitkan dengan homoseksualiti (lesbian / gay).
Kajian ke atas kelompok golongan LGBT mendapati 65% daripada transgender
menjadikan aktiviti pelacuran sebagai salah satu mata pencarian. 25% daripada
mereka terlibat dengan kelab malam dan lainlain manakala sekitar 10% sahaja
yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti seumpamanya (sektor perniagaan dan
lain-lain).

Golongan yang terlibat dengan LGBT terbahagi kepada dua kelompok


utama iaitu pesakit yang memerlukan rawatan daripada pakar psikatari
dan golongan yang berjuang menuntut hak asasi manusia untuk
membela golongan tersebut.

Justeru, golongan ini dilabel sebagai menyimpang dari norma


masyarakat dan sering dipinggirkan. Atas faktor tersebut mereka
berjuang menuntut supaya masyarakat menerima dan mengiktiraf
kehadiran mereka seterusnya

Persoalan Kajian : 1. Adakah anda pernah berinteraksi dengan pelajar yang mengalami
masalah LGBT?
2 Adakah anda bersetuju bahawa pelajar LGBT perlu diberikan
perlindungan undang-undang yang sama seperti mahasiswa lain?
3. Adakah anda bersetuju bahawa pelajar LGBT perlu diberikan sokongan
psikologi dan emosi yang lebih daripada mahasiswa yang lain?
4. Adakah anda bersetuju bahawa isu LGBT ini berpunca daripada kurang
didikan moral mahupun didikan keluarga?
5. Adakah anda bersetuju bahawa isu LGBT ini masih boleh ditangani?
Sila berikan sebab.
Objektif Kajian : 1. Mengenalpasti faktor-faktor tercetusnya budaya LGBT dalam kalangan
mahasiswa.
2. Membincangkan tentang isu kajian lepas.
3.Mengenalpasti isu dan masalah berkaitan LGBT dalam kalangan mahasiswa
4.Mengkaji kesan LGBT kepada mahasiswa.
5.Mencadangkan kaedah dan langkah-lankah penyelesaian bagi mengatasi masalah
LGBT.
6. Mengkaji tentang sudut pandangan mahasiswa terhadap isu LGBT.
7.Untuk mengekang penguasaan budaya Barat yang mendatangkan impak negatif
terhadap mahasiswa.
8.Untuk membentuk kesedaran mahasiswa tentang berdasarkan ajaran islam
tentang malapetaka akibat gejala ini.
Kepentingan Kajian : Kajian terhadap isu LGBT dalam kalangan mahasiswa adalah penting kerana
beberapa sebab:

Pertama, kajian ini dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang isu
LGBT dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat umum,ini penting kerana
kurangnya pemahaman seringkali menjadi punca kepada stigma dan diskriminasi.

Kedua, dengan meningkatkan pemahaman, kita dapat mengurangkan diskriminasi


dan stigma terhadap komuniti LGBT,diskriminasi ini boleh membawa kepada
tekanan emosi dan mental, yang boleh mempengaruhi prestasi akademik dan
kesejahteraan mahasiswa.

Ketiga, hasil kajian boleh digunakan untuk membentuk dasar universiti dan program
sokongan yang lebih inklusif dan berkesan untuk mahasiswa LGBT.

Keempat, dengan memahami cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa LGBT,


universiti dan masyarakat dapat mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan
kesejahteraan dan pengalaman pendidikan mereka.

Dalil-dalil yang menyokong kepentingan kajian ini termasuklah peningkatan kes


kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan mahasiswa
LGBT berbanding dengan rakan-rakan mereka yang bukan LGBT,selain itu,
terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa mahasiswa LGBT sering mengalami
diskriminasi dan masalah sosial di kampus. Oleh itu, adalah penting untuk
menjalankan kajian ini untuk memahami dan mengatasi isu-isu ini.
Cadangan Sub Topik : 1. Bagaimana pengaruh LGBT tersebar di Malaysia
2. Bagaimana lingkungan universiti yang pelbagai dapat menyebarkan pengaruh
LGBT
3. Kesan LGBT terhadap umat Islam di Malaysia
4. Bagaimana penerimaan isu LGBT terhadap kalangan pelajar
5. Kajian tentang kesan isu LGBT terhadap kesihatan mental mahasiswa
6. Mengkaji tahap penerimaan dan sokongan terhadap mahasiswa LGBT dalam
komuniti universiti
7. Kajian tentang tahap pemahaman dan kesedaran mahasiswa tentang isu LGBT.

Metodologi : Metodologi yang digunakan untuk membuat kajian ini adalah dengan
menggunakan metodologi penyelidikan tindakan yang dilakukan oleh peserta
untuk memperbaiki amalan atau situasi dalam konteks praktikal

You might also like