You are on page 1of 6

1

1.0 Pengenalan

LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender, sebuah kumpulan

yang membentuk satu badan bebas (NGO) di luar negeri untuk membantu dan

memperjuangkan kumpulan yang mengalami kecelaruan jantina ini. Menurut Noor

Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman dan Rosni Wazir (2020), Istilah LGBT adalah

merujuk kepada akronim lesbian, gay, bi-seksual dan trans-seksual. Kegiatan mereka

mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk merubah fitrah asal kejadian mereka

kepada personaliti yang bertentangan. Dalam konteks kontemporari, LGBT difahami

sebagai sebuah kumpulan atau gerakan yang aktif membantu dan memperjuangkan hak

mereka dalam kehidupan masyarakat kini (ms.107). Oleh sebab itu, hak asasi manusia

Malaysia perlulah berusaha untuk membawa usul supaya kegiatan haram ini

dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan

seks LGBT yang menjadi tonggak himpunan seksualiti merdeka yang dicadangkan pada

9 November 2011. Oleh itu, islam mengharamkan dan menolak sama sekali penukaran

jantina mahupun lelaki ataupun perempuan maka pihak yang berkuasa menegaskan cara

atau langkah untuk menangani isu LGBT dalam kalangan masyarakat.

2.0 Langkah – Langkah Menangani Isu Lgbt dalam Kalangan Masyarakat di


Malaysia

Terdapat beberapa langkah untuk menangani isu LGBT dalam kalangan masyarakat di

Malaysia. Isu LGBT merupakan salah satu perkara yang hangat di Malaysia dan perlu

dititikberatkan oleh semua masyarakat. Menurut Irsyad Al-Hukmi. (2019)

mendefinisikan golongan LGBT sebagai “golongan yang menghadapi kekeliruan identiti.

Kebanyakan golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap dalam fizikal

jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka” (ms.1). Pelbagai langkah

yang diperolehi untuk menangani isu LGBT ini, iaitu:


2

2.1 Pertubuhan Usrah Fitrah

Langkah menangani isu LGBT yang pertama ialah memperkenalkan Pertubuhan Usrah

Fitrah merupakan sebuah badan (NGO) yang bergerak bebas dengan menumpukan

kepada usaha-usaha amal kebajikan dan mendapat bimbingan dan panduan daripada

Majlis Agama Islam. Pertubuhan ini merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang

memfokuskan dakwah kepada golongan komuniti terpinggir yang terdiri daripada HIV,

Mak Nyah, Gelandangan, Pengguna Dadah, Pekerja Seks dan Lesbian, Gay, Biseksual

dan Transgender. Antara program yang dilakukan oleh Usrah Fitrah adalah mengadakan

usrah dalam kalangan LGBT. Di dalam usrah ini mereka diberi peluang untuk berkongsi

menceritakan tentang kebesaran Allah dan juga sirah nabawiyyah.

Tujuan Usrah ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan agama

golongan komuniti ini secara individu. Ia juga dapat menambahkan pengetahuan agama

dalam setiap perkongsian mereka. Selain itu juga sharing moment juga turut diadakan

antara setiap ahli bagi berkongsi pengalaman yang positif mereka setelah berhijrah

kepada kehidupan fitrah. Program Usrah ini juga terbukti berkesan apabila golongan

komuniti yang berubah ke arah kebaikan di bawah kelolaan Pertubuhan Usrah Fitrah

benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Terdapat juga dari kalangan

mereka yang berusaha membawa kumpulan komuniti yang masih hidup di lorong-lorong

gelap, mengamalkan cara hidup songsang mengikuti program-program yang disediakan

oleh Pertubuhan Usrah Fitrah.

2.2 Pendekatan Berhemah dan Lemah Lembut

Langkah menangani isu LGBT yang kedua ialah pendekatan berhemah dan lemah lembut.

Dengan mengimplimentasikan langkah tersebut, pemberi nasihat mesti memilih kaedah

yang sesuai dan tepat mengikut suasana, keadaan serta keperibadian seseorang. Nasihat

yang diberi mestilah bertujuan memperbaiki kesilapan yang dilakukan kerana Islam
3

melarang perbuatan bermulut manis tetapi mengumpat serta mengutuk. Berdasarkan

Khairul Hamimah Mohammad Jodi dan Noor Hafizah Mohd Haridi (2018), “Bagi

mengajak mereka kembali ke pangkal jalan dan mengamalkan kehidupan lebih baik,

pendekatan lemah lembut diperlukan”. Selain itu, pemberi nasihat itu mestilah memiliki

akhlak lemah lembut, bersopan-santun dan berhemah untuk menyampaikan nasihat

supaya mampu mengindahkan halwa telinga serta pertimbangan akal mereka yang

menerima nasihat.

Disamping itu, Pemberi nasihat juga mestilah banyak bersabar terutama ketika

orang yang dinasihati tidak bersedia menerima nasihatnya. Oleh itu, Usah mudah

berputus asa kerana sifat mukmin itu sentiasa melakukan sesuatu yang baik secara

berterusan. Hal ini demikian, menghormati orang lain sama seperti kita menghormati diri

sendiri, maka hendaklah menghiasi peribadi sebaiknya. Keperibadian kita akan diukur

melalui kasar atau lembutnya pengucapan kerana tutur kata lemah lembut itu lebih

berkesan daripada bahasa kasar dan tidak sopan. Agama sentiasa mengingatkan untuk

berjaga-jaga dan berhati-hati dengan setiap lafaz ucapan supaya tidak mencederakan hati

serta perasaan orang lain. Sebab itu, ia wajar dilakukan dengan penuh tertib. Amalan

pengucapan yang baik tersenarai dalam ciri akhlak yang terpuji.

2.3 Psikospiritual Islam

Langkah menangani isu LGBT yang kedua ialah psikospiritual islam. Psikospiritual

islam menjadi antara disiplin ilmu baharu yang terhasil kesan perkembangan keilmuan

yang bertunjangkan kepada bidang tasawuf atau kerohanian dalam agama. Selain itu,

disiplin itu dibentuk daripada gabungan psikologi dan spiritual serta mula diterima ramai.

Ia unik kerana menghubungkan pembicaraan fizikal, mental, emosi dan spiritual, iaitu

jiwa serta rohani, selain mengukuhkan hubungan antara teori dan praktikal dalam
4

konteks ibadat kepada Allah SWT. Bidang itu memperlihatkan wujudnya hubungan erat

dengan ilmu metafizikal dan psikologikal serta memperkukuhkan kaitannya dengan

proses mental, pengalaman dan sikap manusia.

Disamping itu, ia berteraskan teori dan amalan dalam islam bersumberkan al-

Quran, sunnah, amalan salafussoleh serta ulama tasawuf khususnya. Pada masa yang

sama, ia tidak mengetepikan ilmu pengetahuan semasa yang tidak bercanggah dengan

prinsip dalam syariat islam. Berdasarkan Noor Hafizah Haridi et al., 2016 & Zuraidah

Abdullah et al., 2018 “Pembinaan akhlak baik dalam kalangan masyarakat dapat

dilakukan sebagai langkah dalam berdakwah secara efektif”. Oleh itu, ia turut

membincang dan melatih golongan LGBT untuk kearah yang lebih baik serta mendapat

mengajar kaedah menghadapi masalah kehidupan dan bagaimana cara membentuk

akhlak mulia. Dengan cara sebegini, ia dapat membantu golongan LGBT balik kepada

fitrah asal mereka dan dapat menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini.

2.4 Bimbingan Kaunseling Syarie

Langkah menangani yang keempat ialah bimbingan kaunseling syarie. Bimbingan

kaunseling syarie bermaksud satu proses hubungan yang berlaku secara bersemuka antara

seorang kaunselor yang profesional dengan individu yang memerlukan bantuan sehingga

terjadi hubungan-hubungan keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri seseorang

bagi memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan untuk menerima

kebenaran dan bertanggungjawab kepada diri sendiri ke arah keredaan Allah. Kaunseling

syarie amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses tolong

membantu antara seseorang dengan seseorang yang lain. Fitrah manusia yang bersifat

lemah sememangnya memerlukan pertolongan dan bantuan dari orang lain dalam

berhadapan dengan permasalahan hidup.


5

Di antara matlamat kaunseling syarie adalah dapat melahirkan manusia yang

mampu untuk mengenal potensi diri sebagai khalifah Allah, melahirkan manusia yang

dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berasaskan syariat Islam,

melahirkan manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan

di akhirat, melahirkan manusia yang mampu membina kehidupan yang diredhai Allah

S.W.T. Menurut Mahani Ishak (2020), “Bagi mencegah kemungkaran ini berlaku

kerajaan mestilah komited dan bersungguh-sungguh supaya dapat mengelakkan daripada

tersebar luas dalam kalangan masyarakat sehingga boleh merosakkan keselamatan dan

ketenteraman awam”. Pendekatan agama dapat meningkatkan kesihatan mental,

keberfungsiansosial dan kualiti hidup.

3.0 Perenggan Kesimpulan


Kesimpulannya, kajian berkenaan dengan LGBT di Malaysia sememangnya telah

banyak dilaksanakan oleh para pengkaji dan juga dihebahkan oleh media massa tempatan.

Hal ini membuktikan bahawa isu gejala LGBT di Malaysia tidak pernah dipandang sepi.

Banyak pihak yang sentiasa peka dan sentiasa mengambil berat berhubung dengan

masalah LGBT ini. Cadangan kajian yang telah diberikan diharap dapat dilaksanakan

oleh para pengkaji akan datang bagi memastikan gejala LGBT di Malaysia sentiasa

diambil berat dari setiap aspek. Sebagai masyarakat timur yang kaya dengan budaya dan

berpegang teguh dengan ajaran agama, LGBT bukan perkara yang baik untuk

diperjuangkan dan diamalkan LGBT perlu ditentang dan dirawat dengan segera agar ia

tidak menjadi suatu budaya yang akan diamalkan oleh generasi yang akan datang.

Menurut Mohamad Afandi Md Ismail dan Mohd Sabree Nasri. (2019) “Sebuah negara

yang maju tidak hanya berkisar tentang kemajuan infrastruktur dan prasarana sahaja,

malah yang lebih penting ialah menyentuh tintang sikap, peradaban dan kehidupan social

masyarakat yang menepati lunas kehidupan manusia sejagat” (ms.63)


6

4.0 Rujukan

Mohamad Afandi Md Ismail dan Mohd Sabree Nasri. (2019). Gejala Lgbt di Malaysia:
Isu dan cadangan penyelesaian. Diperoleh dari
https://www.researchgate.net/publication/342588387_GEJALA_LGBT_DI_MA
LAYSIA_ISU_DAN_CADANGAN_PENYELESAIAN

Mahani Ishak. (2020, July 12). Cegah LGBT dengan undang - undang, tarbiah. Berita
Harian Online. Diperoleh dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709994/cegah-lgbt-
dengan-undang-undang-tarbiah

Khairul Hamimah Mohammad Jodi, & Noor Hafizah Mohd Haridi. (2018). Cabaran dan
pendekatan dakwah golongan LGBT: satu kajian dipertubuhan usrah fitrah.
Jurnal Is Hud',18(2), 1-15. Diperoleh dari
https://www.academia.edu/download/57962589/Cabaran_dan_Pendekatan_Dak
wah_Golongan_LGBT_Satu_Kajian_di_Pertubuhan_Usrah_Fitrah.pdf

Irsyad Al- Hukmi. (2019). Isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT). Jabatan
Mufti Negeri Kedah. Diperoleh dari
https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum/ISU-LESBIAN-GAY-
BISEKSUAL--TRANSGENDER-LGBT-dimampatkan.pdf

Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi Abd. Rahman, & Rosni Wazir. (2016). LGBT menurut
pandangan islam. Jurnal Pengajian Islam, 9(2), 103-119. Diperoleh dari
https://www.researchgate.net/publication/340574802_Metodologi_Dakwah_Ter
hadap_Golongan_Lesbian_GAY_Biseksual_Dan_Transgender_LGBT

Zuraidah Abdullah, Che Zarrina Sa’ari, & Lee. (2018). Transgenderisme di malaysia :
Pelan bimbingan kembali kepada fitrah di perspektif psikospiritual islam. Jurnal
Afkar,20(2), 279-322. Diperoleh dari
https://doi.org/10.22452/afkar.vol20no2.9

You might also like