You are on page 1of 2

KAJIAN LITERATUR

JOURNAL

1. Journal of Law & Governance Volume 2 (No. 1) 2019: 51-65 51 GEJALA LGBT
DI MALAYSIA: ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN Mohamad Afandi
Md Ismail Fakulti Undang-undang, Governan & Hubungan Antarabangsa Kolej
Universiti Islam Melaka afandi@kuim.edu.my Mohd Sabree Nasri Fakulti
Undang-undang, Governan & Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti Islam
Melaka Mohdsabree@kuim.edu.my

Jurnal ini membincangkan tentang masalah berkaitan gejala sosial yang dikatakan merupakan
antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan negara, termasuk Malaysia. Di peringkat
antarabangsa, semakin banyak negara mula menekankan isu ini, dan yang akan melaporkan
amalan ini jika diamalkan secara terbuka. Walau bagaimanapun, undang-undang mengenai
gejala LGBT di Malaysia dianggap agak samar-samar. Hal ini dikatakan demikian kerana,
perbuatan LGBT itu telah dinyatakan dengan jelas sebagai kesalahan umum. Pada masa yang
sama, terdapat banyak pihak yang mula menekankan isu ini agar boleh dijadikan sebagai
langkah yang boleh dilakukan untuk menangani isu LGBT ini. Terdapat pelbagai langkah yang
boleh dilakukan untuk menangani isu ini adalah seperti seminar, kuliah dan program kesedaran.
Walau bagaimanapun, usaha ini untuk mengani isu ini tidak mendatangkan impak positif. Hal
ini dikatakan demikian kerana, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
menjadikan golongan LGBT dan ibu bapa menjadi lebih aktif, dan secara terbuka
mempertahankan LGBT dan mengatakan bahawa ia merupakan kebebasan individu. Perbezaan
antara journal ini dengan tajuk kajian kami adalah journal ini membincangkan masalah gejala
LGBT di Malaysia manakala tajuk kajian kami ini lebih mengkhususkan tentang penularan
gejala LGBT dalam dunia islam masa kini.
2. Salah Laku Lgbt Dalam Perundangan Malaysia: Undang-Undang Sebagai
Mekanisme Pembanterasan dan Kawalan (Misconduct of LGBT in the Malaysian
Law: Law as the Mechanism of Obliteration and Control) Mohd Izzat Amsyar
Mohd Arif1, ∗, Muhammad Syahlan Shafie2, Hisham Hanapi3, Fareed Mohd
Hassan4

Journal ini mengkaji Akta Sivil dan Syariah yang dikuatkuasakan di untuk menangani isu
aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia. Journal ini merupakan
satu penyiasatan undang-undang kualitatif di mana data dikumpul dalam kaedah
perpustakaan dan dinilai dengan pendekatan analisis kandungan. Deklarasi dan Piagam
Antarabangsa, Undang-undang Parlimen, Undang-undang Negeri, surat pekeliling am.
Keputusan Mahkamah adalah keputusan undang-undang yang akan disemak sebagai
mekanisme untuk membasmi dan mengawal gejala LGBT daripada terus menular. Hasil
daripada keputusan itu menunjukkan bahawa perundangan Syariah yang akan menetapkan
undang-undang yang lebih luas, untuk jenayah melibatkan golongan LGBT. Walau
bagaimanapun, ia tertakluk kepada had hukuman yang rendah dan terhad kepada
penjenayah yang beragama Islam sahaja. Penguatkuasa dan pendakwa raya hanya akan
merujuk kepada undang-undang am, oleh kerana tiada undang-undang LGBT yang khusus
untuknya dirujuk oleh badan perundangan. Parlimen akan mengambil tindakan secara
beransur-ansur dalam merangka undang-undang untuk memerangi dan mengawal gejala
LGBT yang mencemarkan nilai agama, adat dan budaya masyarakat Malaysia, dengan
undang-undang yang lebih spesifik dan jelas.Perbezaan antara journal ini dengan tajuk
kajian kami adalah journal ini mengkaji tentang salah laku LGBT dalam perundangan
Malaysia manakala tajuk kajian kami ini membincangkan tentang penularan gejala LGBT
dalam dunia islam masa kini.

You might also like