You are on page 1of 16

DWI33303

KAJIAN PERBANDINGAN DIALOG PERADABAN DAN


PERTEMBUNGAN PERADABAN

LAPORAN BERTULIS

NAMA PENSYARAH : DR. HANIF MD LATEH @ JUNID


TARIKH HANTARAN : 8/6/2023
TAJUK : PENULARAN LGBTQ+ DALAM
KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

NAMA NOMBOR MATRIK

KANIMURASU A/L BALASEKARAN BHFL21068718

TRUBEN A/L KANISAN BHFL21066934

FATHINAH INSYIRAH BINTI MOHD BHFL21067086


ZUBAIDI

NURSYAMIMI IZZATI BINTI BHFL21066658


SUHAIMI
PENGENALAN

LGBTQ+ merupakan nama daripada singkatan Lesbian1, Gay2, Biseksual3, Transgender4,


Queer5 dan sebagainya, juga merupakan antara hak asasi manusia yang disuarakan dan
dipertahankan hampir di seluruh dunia. Gerakan menyokong agenda LGBT ini melalui
banyak perkembangan dari masa ke masa walaupun gerakan ini masih tidak menggunakan
nama LGBT secara spesifik kerana nama LGBT ditubuhkan pada tahun sekitan 1990-an. 6
Pada mulanya, masyarakat di Eropah menganggap hubungan homoseksual sebagai satu
kesalahan jenayah serius dan perbuatan tidak bermoral. Sebagai contoh, terdapat undang-
undang yang menghukum perlakuan homoseksual di England seperti undang-undang
Buggery Act 1533 yang memperuntukkan kesalahan homoseksual dihukum bunuh ketika
zaman pemerintahan King Henry VIII tetapi perundangan ini telah berubah mengikut zaman.
Maka, perundangan tersebut telah diubah sebagai Offences Against The Person Act 1861
yang memperuntukkan kesalahan homoseksual dipenjara seumur hidup. Kemudian,
perundangan ini telah diubah menjadi Section 11 Criminal Law Amendment Act 1885 yang
memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan lelaki yang
melakukan kelucahan melampau ataupun dipanggil gross indecency. Akhir sekali,
perundangan tersebut telah dimansuhkan bagi kesalahan jenayah homoseksual antara lelaki
yang telah mencapai umur 21 tahun dengan undang undang Sexual Offences Act 1967.7

Walau bagaimanapun, secara perlahan masyarakat di Barat mula menerima perbuatan


homoseksual dan LGBT sebahagian daripada hak asasi manusia. Sebagai contoh, antara hak
yang dipertahankan dan disuarakan oleh komuniti LGBT ialah hak Pengiktirafan
Perkahwinan Sejenis. Pada masa kini, pelbagai negara mulai mengiktiraf perkahwinan sejenis
terutama negara-negara Barat. Contohnya, Belanda merupakan negara pertama yang
mengiktiraf perkahwinan sejenis pada tahun 2001 dan negara-negara lain seperti Sweden,
Belgium, Kanada, Norway, Perancis, beberapa negeri di Amerika Syarikat dan sebagainya. 8
Manakala, tiada peruntukan perundangan yang spesifik terhadap gerakan LGBT dan
perbuatan homoseksual di Malaysia. Meskipun begitu, perbuatan homoseksual dan seksual di
luar tabii merupakan satu kesalahan menurut undang-undang di Malaysia. Berdasarkan
undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa
‘sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela akan dihukum penjara
1 Lesbian ialah perempuan yang tertarik secara fizikal, emosional dan seksual terhadap sesama perempuan.
Kevin. L and Billingsley. A, 2022. What Does the Full LGBTQIA+ Acronym Stand For?
https://www.goodrx.com/health-topic/lgbtq/meaning-of-lgbtqia [19 Oktober].
2 Gay ialah lelaki yang tertarik secara fizikal, emosional dan seksual terhadap sesama lelaki. Kevin. L and
Billingsley. A, ibid.
3 Biseksual ialah seseorang yang tertarik secara fizikal, emosional dan seksual terhadap lelaki dan perempuan.
Kevin. L and Billingsley. A, ibid.
4 Transgender ialah jantina seseorang berbeza dengan jantina ketika lahir seperti lelaki yang bertukar menjadi
perempuan dan begitu juga sebaliknya. Kevin. L and Billingsley. A, ibid.
5 Queer ialah seseorang yang merasakan diri mereka tidak spesifik terhadap mana-mana jantina dan seksual
orientasi mereka juga tidak spesifik sama ada lesbian, gay dan sebagainya. Kevin. L and Billingsley.A, ibid.
6 Mitchell. B, 2017. How has the LGBT+ acronym evolved? https://www.thepinknews.com/2017/11/06/how-
has-the-lgbt-acronym-evolved/ [6 November].
7 Zainul Rijal, 2021. “Kedudukan LGBT di Malaysia,” disiarkan dalam laman akhbar Sinar Harian [7 Mac].
8 Zainul Rijal, ibid.
2
maksimum 20 tahun termasuk sebatan.’9 Seterusnya, Akta Kesalahan Jenayah Syariah negeri-
negeri seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang
memperuntukkan kesalahan-kesalahan berkaitan perlakuan LGBT seperti perbuatan liwat
iaitu seks anal atau perbuatan yang melakukan hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki,
musahaqah iaitu perbuatan yang melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan
perempuan dan perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak
seperti perempuan di tempat awam atas tujuan tidak bermoral bagi masyarakat beragama
Islam.10

Antara contoh gerakan LGBT di Malaysia adalah terdapat sebuah perarakan sempena
hari wanita yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita tetapi pada masa yang sama
perarakan tersebut juga menyebarkan agenda LGBT dan mengibarkan bendera pelangi yang
menjadi simbol LGBT pada Mac 2023. 11 Seterusnya, terdapat sebuah kejadian mengenai
seorang pengetua pusat tahfiz yang telah ditangkap diatas kesalahan melakukan jenayah
seksual di luar tabii kepada sembilan orang pelajar pusat tahfiz tersebut pada tahun 2018. 12
Selain itu, agenda LGBT telah dilaporkan semakin menular dalam kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi. Perbuatan seks luar tabii dan songsang merupakan antara gejala yang
semakin berleluasa dalam kalangan pelajar universiti. Akhir sekali, terdapat beberapa
penganjuran program yang berunsurkan LGBT telah dirancang di universiti di Malaysia.13

PUNCA-PUNCA ISU

1) Orientasi Peranan Seksualiti

Orientasi peranan seksualiti semasa kecil mempengaruhi seseorang individu terlibat dalam
LGBT. Berdasarkan kajian satu kajian telah didapati, golongan yang terjebak dengan gejala
ini mengakui salah satu punca mereka terjebak dengan LGBT adalah kerana peranan
seksualiti sewaktu zaman kanak-kanak dan persekitaran yang mempengaruhi gaya hidup
yang berbeza daripada jantina asal mereka telah menyebabkan mereka mengalami kecelaruan
identiti gender sehingga terjebak dalam LGBT. 14Ini selari dengan Teori Pembelajaran Sosial
oleh Albert Bandura di mana tingkah laku seseorang individu adalah terhasil daripada
pengaruh dan hasil pembelajaran dari persekitaran individu dibesarkan. 15 Contohnya, seorang
lelaki sejak kecil rapat dengan adik beradik perempuan dan sering main bersama dengan

9 Zainul Rijal, ibid.


10 Laman Web e-Syariah, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
11 Suara Merdeka, 2023: “Perarakan Hari Wanita berjaya berlangsung dengan aman di Kuala Lumpur.” [13
Mac]
12 Mohd Azrin Wahid, 2018. “LGBT cemar institusi tahfiz,” disiarkan dalam laman akhbar Utusan Malaysia
[14 Oktober].
13 Mohd Ali Muhammad Don, 2018. “Waspada LGBT pelajar universiti,” disiarkan dalam laman akhbar
Utusan Malaysia [9 Oktober].
14 Fadzillah Binti Abdullah et al., 2019, Faktor Pengaruhi Mahasiswa Terlibat Dalam LGBT di Institusi
Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang.
15 Kuswana, W. S. 2014. Biopsikologi, Pembelajaran Perilaku. Bandung: Alfabeta.
3
peralatan dan permainan perempuan seperti solekan dan anak patung sehingga dia merasakan
dia juga adalah perempuan.

Dalam Teori Pembelajaran Sosial16, Albert Bandura menyatakan tingkah laku


individu adalah terhasil daripada pembelajaran dan pengalaman dari persekitaran yang dilihat
dan dipelajari. Merujuk kepada kajian ini, apa sahaja pengalaman dan pembelajaran yang
dilihat dan dialami oleh seseorang individu sewaktu zaman kanak-kanaknya difahami sebagai
input (pengetahuan dan nilai) yang kemudiannya diterjemahkan menjadi output iaitu pola
tingkah laku yang ditampilkan. Perkara ini dapat dilihat apabila seseorang individu
dibesarkan dengan pergaulan bersama jantina lawan jenis , permainan dan pemakaian yang
berlawanan dengan jantianya sehingga timbul keinginan dalam jiwanya untuk menjadi
jantiana yang bercanggah dengan orientasi seks sebenar yang dimiliki. Kesannya berlaku
kekeliruan gender disebabkan ketidakserasian antara kelamin biologi dengan identiti gender
akibat pengaruh daripada persekitaran.17

Daripada perspektif Teori Psikoanalisis18 berdasarkan Sigmund Freud menjelaskan


bahawa faktor LGBT adalah disebabkan oleh perkembangan jantina yang diproses secara
tidak sedar yang terhasil daripada interaksi perbezaan biologi dan proses identifikasi yang
dialami oleh lelaki mahupun perempuan. Freud turut menjelaskan bahawa faktor biologi dan
persekitaran (bagaimana ibu bapa melayani anakanak) adalah turut berperanan dalam
menentukan perkembangan jantina seseorang kanak-kanak.19 Misalnya, seorang ibu sering
memakaikan anak lelakinya pakaian dan aksesori perempuan serta menyimpan rambut
seperti perempuan sejak kecil telah menyebabkan berlakunya kekeliruan terhadap kanak-
kanak tersebut. Perspektif psikologikal juga menghubungi kaitkan sesuatu tingkah laku
dengan cara seseorang dididik dan diasuh semenjak bayi hingga remaja dan dewasa. Segala
tingkah laku yang diajar dalam sesebuah keluarga akan memberi kesan kepada
perkembangan kanak- kanak tersebut. Ini kerana cara ibu bapa mendidik dan membentuk
peribadi boleh mempengaruhi identiti, peranan dan orientasi gender anak-anak mereka.20

2) Sokongan Material

Keadaan ekonomi kini yang semakin menghimpit masyarakat mulai menjadi salah satu asbab
gejala sosial yang semakin menular. Hal ini dapat dilihat apabila masyarakat sanggup
melakukan apa sahaja untuk hidup selesa meskipun perkara tersebut bercanggah dengan
norma dan nilai mulia. Kesan ekonomi ini dapat dilihat jelas terutamanya dalam kalangan
pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak bekerja namun perlu berdikari untuk
menampung sara hidup. Hal ini mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala LGBT bagi

16 Kuswana, W. S., ibid.


17 Neh Mah Batri et al., 2016. Homoseksual: Antara Hukum dan Kemajuan Sains. Sains Humanika, 8(4), 45-
54.
18 Jas laile Suzana Jaafar,2002. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
19 Jas laile Suzana Jaafar, ibid.
20 Mohd Tajudin. 2003. Transeksualisme Dan Hubungan Dengan Kecelaruan Gender Dari Pespektif Psikologi.
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Transeksualiti. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

4
mendapatkan sokongan material. Sokongan material merujuk kepada sokongan yang
diberikan dalam bentuk bantuan kewangan atau fizikal seperti wang tunai, makanan, pakaian
dan sebagainya.21 Sokongan ini bertujuan untuk membantu seseorang dalam memenuhi
keperluan asas mereka.

Malah, sokongan material berbentuk wang dan kehidupan mewah dan selesa yang
diterima menyebabkan pelajar ini lebih teruja dan cenderung untuk kekal menjadi LGBT. Ini
dilakukan bagi menampung kehidupan dan pengajian informan di IPTA. Berdasarkan suatu
kajian yang dilakukan terhadap pelajar IPT yang terjebak dengan LGBT, rata-rata mengakui
setelah mereka menjadi Transgender, mereka tidak lagi hidup susah dan tidak perlu
memikirkan tentang wang kerana mereka telah ditaja individu-individu berpangkat tinggi
dengan kewangan yang kukuh dan juga orang asing yang memberikan kewangan. 22 Jadi tidak
hairanlah kehidupan mereka mewah dan segala keinginan material dapat dipenuhi dan
seterusnya menjadikan mereka selesa dengan cara kehidupan menjadi ‘anak ikan’ walaupun
ia bercanggah dengan norma masyarakat. Ini selari dengan Teori Psikoanalitik 23 di mana
menurut Sigmund Freud, struktur personaliti iaitu, ego dan superego menentukan tindakan
seseorang individu. Refleks kepada kajian ini, individu terdesak untuk mendapatkan
kemewahan, manakala ego mengawal minda bawah sedar dan superego membenarkan
mereka melakukan perkara tersebut bagi memenuhi kehendak id walaupun bercanggah
dengan nilai dan norma masyarakat. Jelaslah, sokongan material telah mengaburi masyarakat
terutamanya yang masih setahun jagung sehingga menjadi punca penularan LGBTQ+.

3) Kesan Pengalaman Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

Gangguan atau penderaan seksual merupakan jenayah yang semakin meningkat saban tahun.
Menurut Utusan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak
11,914 kes gangguan seksual sejak tahun 2018 hingga Ogos 2021. 24 Gangguan seksual bukan
sahaja salah satu bentuk jenayah namun ia juga menjadi satu trauma kepada mangsa yang
diganggu atau didera. Daripada trauma ini, mangsa akan menghasilkan respons tertentu
termasuk ketagihan terhadap pengalaman tersebut. Menurut Albert Kardiner,individu yang
mengalami trauma akan menghasilkan respons yang simptomatik sebagai adaptasi untuk
mengurangkan kesakitan dan perubahan yang menyebabkan kegelisahan disebabkan oleh
trauma tersebut.25

Kesan pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual adalah salah satu faktor kepada
penglibatan mangsa sebagai LGBT. Pengalaman mengalami gangguan seksual terutamanya
ketika di bangku persekolahan merupakan titik permulaan kepada penglibatan mangsa dalam
LGBT. Mangsa yang takut untuk berkongsi pengalaman yang dilalui sehingga akhirnya
menerima perlakuan tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupannya. Hal ini selari
21 Kamus Dewan Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka.
22 Fadzillah Binti Abdullah et al.,ibid.
23 Jas laile Suzana Jaafar, ibid.
24 Halim, M. H. D. N. H. A.,2021. 11,914 kes gangguan seksual dalam tempoh 4 tahun. Utusan Malaysia.
25 Van Der Kolk, B. A.,2000. Posttraumatic stress disorder and the nature of trauma. Dialogues in Clinical
Neuroscience, 2(1), 7–22.

5
dengan pengalaman mengalami deraan dan gangguan seksual semasa kanak-kanak terutama
sekiranya ia adalah pengalaman seksual pertama merupakan penyebab yang kuat terhadap
tingkah laku homoseksual apabila individu tersebut menjadi dewasa. 26 Ia melibatkan proses
pertumbuhan dan perkembangan kognitif yang bercelaru sehingga individu tersebut lebih
cenderung kepada kaum sejenisnya. Oleh itu, jelas kesan pengalaman mengalami gangguan
seksual turut mempengaruhi informan dalam tingkah laku LGBT.

4) Pengaruh Rakan Sejenis

Pengaruh rakan juga dilihat menjadi punca berlaku penularan LGBTQ+ ini. Pengaruh rakan
terutamanya daripada rakan yang sama jantina dan lingkungan usia yang sama
mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang terutamanya dalam kalangan remaja. Hal
ini disokong oleh Steinberg dan Monahan yang mengatakan remaja yang terpengaruh dengan
rakan sebaya dan sejenis akan cenderung memilih keputusan yang berisiko berbanding tanpa
pengaruh rakan.27 Oleh itu, pengaruh rakan sejenis dapat mempengaruhi seseorang untuk
terlibat dengan LGBT. Ramai rakan sejenis yang terlibat dengan aktiviti LGBT sering
bercerita mengenai ‘keseronokan’ aktiviti LGBT sehingga seseorang terpengaruh untuk
terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Selain itu, rakan sejenis juga akan menawarkan pil-pil
hormon dan memperkenalkan mereka kepada golongan kaya yang memerlukan khidmat
LGBT. Tambahan pula, pengaruh rakan sejenis adalah pengaruh yang diperoleh dari rakan-
rakan yang mempunyai personaliti yang sama dengan mereka bahan rakan jenis ini amat
memahami apa yang mereka inginkan.

Shaffer turut menyatakan kecelaruan gender berlaku apabila pihak yang signifikan
seperti rakan gagal membantu individu untuk mengekalkan jantina yang sebenar. 28 Malah
Teori Pembelajaran Sosial 29turut menjelaskan rakan turut memainkan peranan dalam
menentukan perkembangan peranan jantina seseorang di mana akan berlaku proses
pertumbuhan kognitif yang tidak sihat iaitu perbuatan yang ditimbulkan sama ada baik atau
sebaliknya adalah hasil dari pengaruh dan paksaan rakan-rakan anpa seseorang itu menyedari
impak disebalik perbuatan mereka itu. Tambahan pula, Byrd dan Stony dalam kajian yang
dijalankan turut bersetuju dengan mengatakan bahawa homoseksual atau LGBT berlaku
adalah dipengaruhi oleh rakan.30

5) Kurang Kefahaman dalam Ilmu Agama dan Akhlak Mulia

Seterusnya, kurang kefahaman ilmu agama dan akhlak Islamiah adalah punca kepada
penglibatan seseoarang dalam LGBT. Agama merupakan panduan dalam hidup. Peminggiran
terhadap pendidikan agama menyebabkan informan hilang panduan dalam kehidupan.
Apabila kurang didikan agamanya, maka mereka akan terdorong untuk melakukan sesuatu

26 Neh Mah Batri et al., ibid.


27 Steinberg, L., & Monahan, K. C.,2007. Age differences in resistance to peer influence. Developmental
Psychology, 43, 1531–1543.
28 Shaffer, D. R., 2002. Social and Personality Development. United Stated of America: Wadsworth.
29 Kuswana, W. S., ibid.
30 Byrd, A. D. & Stony, O., 2001. Homosexuality: Innate and Immutable. HeinOnline.14 Regent.U.L.Rev.
383-422

6
yang bertentangan dengan ajaran agama seperti hubungan songsang ini walaupun mereka
sedar apa yang dilakukan itu salah dari segi agama. Tanpa kekuatan rohani, jasmani mereka
tidak dapat menolak nafsu yang membuak-buak dan akhirnya membiarkan diri terjerumus ke
dalam kebinasaan. Islam melarang perbuatan menyerupai jantina berlawanan dan perbuatan
songsang seperti lelaki berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita dan wanita
berkelakuan dan berpakaian menyerupai lelaki. Allah melaknat perbuatan yang menyalahi
fitrah dengan jelas disebut di dalam AlQuran, Surah Al-a’raf ayat 80-81 yang bermaksud
“Dan Nabi Luth ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan
keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini? Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah
kaum yang melampaui batas” (Al-Quran. Al-A‘raf: 80-81). Selain itu, terdapat juga
hadithyang jelas melarang dan mengeji perlakuan LGBT seperti hadith berikut: Hadis Ibnu
Abbas: “Allah SWT melaknat sesiapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda
mengulanginya tiga kali)” (Hadis. AlNasa’i).

Ia berlaku disebabkan oleh individu tidak mempunyai pegangan yang kukuh terhadap
larangan yang dinyatakan oleh agama masing-masing.31 Malah wujud persepsi bahawa ia
merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan 32 sebaliknya meneruskan perbuatan
terlarang tersebut tanpa ada usaha untuk melawan atau mengubah persepsi tersebut. Bahkan
LGBT jika dilihat dari sudut psikologi adalah sesuatu kejadian yang melibatkan keinginan
manusia yang berpunca dari faktor diri sendiri dan tidak mampu dibantu tanpa ada kesedaran
dari individu tersebut sepertimana yang ditegasakan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran yang
bermaksud:” Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki
untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya
itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya” (al Quran. Al-Ra‘d: 11).

Manakala dalam ajaran agama Hindu, kenikmatan seksual merupakan salah satu
tujuan hidup Puruhartahas33 (Drama, Arta, Kama, Moksa) iaitu Kama yang mengetengahkan
nilai psikologi, cinta dan kemahuan.Oleh itu, kenikmatan seksual mestilah dilakukan dengan
baik dan melalui ikatan yang sah. Ajaran Brahmackarya iaitu tahap kebolehan seseorang
untuk mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang tidak dibolehkan juga telah diterapkan
seawal usia kecil. Walaupun LGBT tidak dibincangkan atau tidak dilarang secara khusus
dalam agama Hindu, namun bagi agama yang mempercayai sistem reinkarnasi ini percaya
bahaya golongan yang mengamalkan LGBT telah menyimpang daripada ajaran ini dan akan

31 Londicho, L. C., Aliwalas, G. M. R., Bueneverta, M. J. B. & Rodriguez, M. L. 2014. Religiosity and
attitudes towards homosexsual among adolescents. Asia Pacific Journal of Multidisciplinary Research, 2(3),
153-160.
32 Bergin, H. & Smith, S. (Eds), 2002. Spirituality in Aotearoa New Zealand: Catholic Voices. Auckland:
Accent Publications.
33Apollo, A.,2022. Apa Itu Purusartha? Halaman 1 - Kompasiana.com. KOMPASIANA.

7
mendapat karma kerana hal tersebut adalah di luar hal norma masyarakat yang tidak dapat
diterima.

Amalan keagamaan yang rendah merupakan salah satu faktor yang mendorong
kepada penglibatan dalam tingkah laku LGBT. Kurang pegangan terhadap agama
menyebabkan mereka akan terbabas daripada batas norma kehidupan seorang manusia. Hal
ini jelas menunjukkan kurang kefahaman ilmu agama dan akhlak Islamiah telah
menyumbang kepada penglibatan informan dalam gejala LGBT.

KESAN ISU

1) Kesan kepada individu dan keluarga individu tersebut

Meningkatkan masalah mental


Pada era globalisasi ini, penularan kes-kes LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender)
yang melibatkan generasi muda semakin berleluasa dan amat membimbangkan. Kewujudan
budaya LGBT ini semakin hari semakin ramai yang dapat menerima tingkah laku mereka
kerana mudah terpengaruh dengan agenda budaya barat dimana sifat ingin tahu seseorang
remaja itu yang membuatkan mereka turut melakukan tindakan yang sama. Budaya LGBT ini
tidak seharusnya ada pada masyarakat Malaysia kerana norma masyarakat Malaysia yang
amat menitik beratkan soal agama dan budaya. Hal ini demikian kerana dengan budaya
LGBT ini, ianya akan mendorong tingkah laku songsang dalam masyarakat di Malaysia dan
boleh menyebabkan masalah sosial menjadi lebih serius. Jadi, impaknya kepada sesebuah
komuniti akan menjadi negatif sekaligus gaya hidup turut terkesan.

Kajian dari pengkaji yang terdahulu telah mendapati bahawa antara kesan budaya
LGBT ini pada masyarakat Malaysia adalah remaja yang terlibat cenderung untuk
mempunyai masalah kesihatan mental berbanding dengan remaja normal (Ahmad et. al.
2015). Secara tidak langsung, masalah ini menyebabkan mereka akan dipinggirkan oleh
individu terdekat dan masyarakat sekeliling sehingga menghalang kefungsian psikologikal
mereka. Selain itu, Baker et. al. (2012) di dalam kajiannya menyatakan bahawa dalam
kebanyakan kumpulan LGBT, kumpulan biseksual merupakan komuniti yang paling tinggi
mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, merosakkan diri,
dan percubaan bunuh diri. Purata masalah kesihatan mental dalam kalangan individu
biseksual adalah tinggi jika dibandingkan dengan individu berorientasikan lesbian, gay dan
heteroseksual.Colledge et al. (2015) mendapati masalah mental dalam kalangan individu
bukan heteroseksual adalah lebih teruk dibandingkan dengan individu heteroseksual.
Tinjauan meta analisis pada tahun 2008 mendapati bahawa lebih 13 000 risalah yang
mempamerkan kes bunuh diri adalah dua kali ganda bersamaan dengan kes kemurungan,
kecelaruan kebimbangan dan alkohol yang datangnya daripada 50% dalam kalangan
golongan biseksual, lesbian dan gay. Justeru itu, kajian yang dilakukan oleh Guasp & Taylor
(2014) mendapati kebanyakan daripada bangsa asia dalam kalangan lesbian, gay dan
biseksual cenderung terlibat dalam masalah kesihatan mental seperti merosakkan diri sendiri

8
(self-harm), cubaan membunuh diri, dan pengambilan dadah secara drastik tidak kira dalam
kalangan lelaki atau perempuan. Seandainya kesihatan mental tidak diambil kira, hal ini akan
lebih memudaratkan kehidupan dan diri individu biseksual ini kerana mereka lebih cenderung
didiskriminasi dari segi mental dan bukannya fizikal. Ini kerana diskriminasi dari aspek
mental adalah lebih berbahaya berbanding aspek fizikal.

Meningkatkan Masalah Kesihatan (HIV)

Memang tidak dinafikan lagi bahawa perlakuan LGBT ini telah membawa masalah
yang besar terhadap tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat dalam negara kita ini.
Penyebaran pelbagai penyakit yang berjangkit ini contohnya HIV dan AIDS terjadi
disebabkan aktiviti yang dilakukan oleh golongan LGBT. Perkara ini boleh dibuktikan
berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS
Malaysia yang menyatakan bahawa peningkatan kadar jangkitan HIV di negara ini telah
disumbang oleh beberapa golongan. Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis
AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia, memperlihatkan bahawa jangkitan HIV secara
majoritinya telah disumbangkan oleh golongan heterosexual iaitu dengan sebanyak 42
peratus. Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa golongan homosexual dan bisexual
adalah penyumbang kedua terbesar kepada jangkitan HIV iaitu sebanyak 36 peratus (Majlis
AIDS & Yayasan AIDS,2016: 8). Masyarakat harus peka terhadap bahayanya jangkitan HIV
dan AIDS yang boleh merosakkan serta memudaratkan organ dalaman. Penyakit HIV dan
AIDS ini terjadi disebabkan oleh hubungan seks sejenis. Hubungan seks sejenis ini juga akan
memudaratkan diri sendiri sekaligus pertambahan populasi manusia akan terbantut kerana ia
merupakan faktor berlakunya keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Selain itu, terdapat
juga kajian yang menyatakan bahawa pertambahan yang mendadak dalam kalangan
masyarakat yang terlibat dengan perlakuan LGBT. Hal ini demikian kerana JAKIM telah
mendedahkan bahawa populasi komuniti gay pada tahun 2018 telah merekodkan seramai 310
000 individu yang terlibat dalam LGBT ini. Dilihat peningkatan hampir 100%, berbanding
dengan tahun 2013 iaitu seramai 173,000 individu. Malahan pula, bagi golongan transgender
pada tahun 2018 merekodkan peningkatan seramai 30,000 individu berbanding pada
tahun1998 iaitu seramai 10,000 individu (Mohd Ali. 2018). Akibat daripada peningkatan
tersebut, peningkatan dalam kes HIV dalam kalangan komuniti iaitu kadar kes HIV
melibatkan golongan LGBT telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun sebanyak
1697 kes pada tahun 2017 berbanding hanya 63 kes pada tahun 2,000 (Mohamad Afandi Md
Ismail, et al 2020). Jika golongan LGBT semakin meluas di Malaysia, tidak mustahil kes ini
akan meningkat dari tahun ke tahun sekaligus akan merisaukan tahap kesihatan masyarakat di
Malaysia.

Golongan LGBT merupakan antara penyumbang yang paling tinggi dalam penyakit
HIV walaupun mereka adalah hanya minoriti. Malahan, golongan lelaki yang menukar
jantina mereka kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan juga antara punca
yang menyebabkan penularan penyakit HIV dan AIDS semakin meningkat akibat daripada
perlakuan seks songsang ini (Nek Mah Batre al.,2016). Di Malaysia, 65% daripada jangkitan
HIV adalah kini dari golongan homoseksual dan biseksual itu yang telah dibuktikan oleh

9
Penolong Pengarah bahagian kawalan HIV dan penyakit bawaan seks (STI) cawangan Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Kadar jangkitan HIV di Malaysia sememangnya sudah diketahui
tinggi dalam kalangan golongan gay dan transgender iaitu lebih 5%. Namun dalam kalangan
mereka yang mempertahankan orientasi seks songsang ini seringkali meggunakan hujah
peratusan di kalangan pembawa penyakit HIV yang mana sudah tentu peratusan bagi
heteroseksual adalah tinggi ketika itu kerana heteroseksual adalah majoriti. Oleh itu,
kelakuan segelintir masyarakat yang memperjuangkan hak golongan LGBT dalam perilaku
seks songsang perlu dihalang dan dicegah kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan hukum
syarak, bahkan demi kesejahteraan ummah yang boleh dijangkiti wabak berbahaya
berkenaan. Kita juga boleh mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada kaum Nabi Luth a.s
yang musnah binasa akibat dilaknat oleh Allah SWT kerana mengamalkan hubungan
homoseksual.

Melemahkan Institusi Kekeluargaan

Umum mengetahui bahawa institusi kekeluargaan merupakan satu elemen penting dalam
melahirkan modal insan terbilang dan membentuk masyarakat yang harmoni. Menurut
Wikipedia (2011), institusi kekeluargaan dapat didefinisikan sebagai sebuah badan atau
organisasi utama dalam keluarga yang mempunyai pertalian darah antara satu sama lain.
Namun begitu, bagaimanakah isu “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender” (LGBT) ini
dikatakan mampu melemahkan sesebuah institusi keluarga? Jika dikupas dengan lebih
mendalam, isu LGBT ini dilihat mampu melemahkan sesebuah institusi kekeluargaan apabila
kadar perceraian di kalangan LGBT dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Hal ini
terbukti apabila menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (2016), pada tahun 2012 sehingga
tahun 2014, seramai 92,678 pasangan telah mendaftarkan perceraian mereka dan antara
faktor yang dikenal pasti membawa kepada perceraian tersebut adalah masalah seksual yang
menyentuh isu LGBT seperti khunsa, lesbian, homoseksual atau gay, seks luar tabii dan
mengubah suai alat kelamin. Isu LGBT ini dilihat mampu membawa kepada penceraian
kerana umum mengetahui, Islam merupakan agama rasmi di Malaysia yang mana
berdasarkan kepada bancian tahun 2020 sebanyak 63.5 peratus daripada 32.4 juta populasi
rakyat Malaysia adalah beragama Islam (Wikipedia, 2020). Oleh yang demikian, menurut
agama Islam, sekiranya sesebuah perkahwinan itu terdiri daripada golongan LGBT maka
akan terbatal sesebuah perkahwinan tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan perkahwinan
tersebut telah melanggar syarat sah nikah yang mana mereka perlu memastikan bahawa
kelakian dan kewanitaan setiap pasangan itu sah dan tidak melawan lumrah manusia yang
mana akan mendatangkan masalah di kemudian hari, Perkara ini telah terbukti apabila
menurut Kosmo (2022), sebanyak 40 kes perceraian telah dicatatkan pada tiga bulan pertama
tahun 2022 kerana si isteri tidak lagi sanggup untuk bersuamikan lelaki yang mempunyai
hubungan sejenis (gay).

2) Kesan kepada masyarakat

Keruntuhan Generasi

10
Seterusnya, isu LGBT ini juga dilihat mampu melemahkan institusi kekeluargaan dari aspek
berlakunya keruntuhan generasi sekiranya perkara ini berterusan. Hal ini demikian kerana,
dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat, kehadiran cahaya mata atau zuriat
memainkan peranan yang sangat besar memandangkan mereka merupakan penyambung
generasi yang akan menjadi khalifah dan pemimpin negara pada masa akan datang. Oleh
yang demikian, hubungan LGBT terutamanya dari golongan sejenis iaitu Lesbian dan Gay
sudah pasti tidak mampu menyambung sesebuah keturunan. Perkara ini juga turut
dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang bertegas
bahawa isu dan amalan LGBT ini tidak akan pernah diterima di negara Malaysia. Menurut
beliau, perkahwinan sesama jenis tidak akan mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan
di antara lelaki dan perempuan. Tambahan itu, beliau juga berpendapat bahawa konsep
kekeluargaan ini akan terus kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin serta
mempunyai anak termasuk anak angkat (Astro Awani, 2019). Perkara ini dilihat mampu
memberi kesan buruk kepada masyarakat kerana khuwatir akan berlakunya isu kekurangan
populasi. Hal ini demikian kerana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, negara kita
dijangka akan mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 dimana 15.3 peratus
daripada keseluruhan jumlah penduduk bakal tergolong dalam lingkungan usia 60 tahun
keatas (Harian Metro, 2021). Maka, sekiranya isu atau amalan LGBT ini tidak dibendung,
ianya akan meningkatkan lagi kekurangan pelapis-pelapis muda yang akan memimpin negara
Malaysia di kemudian hari.Di samping itu, keruntuhan generasi akibat daripada amalan
LGBT ini juga dilihat mampu memberi impak negatif kepada masyarakat Malaysia apabila
berlakunya keadaan di mana golongan LGBT ini mengambil anak angkat dan tinggal sebagai
satu keluarga. Hal ini demikian kerana, perbuatan ini mampu melahirkan lebih ramai lagi
individu yang mempunyai fahaman liberalisme dan menyokong kuat kepada golongan LGBT
ini. Hal ini disebabkan oleh cara didikan yang telah diterapkan dalam diri anak tersebut.
Seperti yang umum sedia maklum, anak kecil diibaratkan seperti sehelai kain putih yang
dicorakkan oleh ibu bapanya dan ibu bapa juga akan dianggap sebagai model insan dalam
kehidupan. Justeru itu, anak tersebut jika dibesarkan dengan persekitaran yang salah serta
pemahaman dan pemikiran yang terlalu bebas, maka perkara ini secara tidak langsung akan
memudahkan anak tersebut untuk menerima dan menyokong kuat pemahaman yang salah
atas sebab kebebasan hak asasi manusia yang dianggap tiada hadnya. Bukan itu sahaja, malah
yang paling merisaukan, anak tersebut juga berpotensi untuk turut mengamalkan cara hidup
yang sama seperti keluarga angkat mereka yang terdiri daripada golongan LGBT tersebut.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana anak-anak merupakan bakal berdiri memimpin
negara. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa isu LGBT ini perlu dititkberatkan bagi
memastikan institusi kekeluargaan kekal kukuh untuk kesejahteraan masyarakat dan negara
Malaysia.

3) Kesan kepada negara

Antara kesan gejala LGBT kepada negara Malaysia ialah imej negara kita akan terjejas dalam
kalangan negara yang mempunyai agama yang menentang gejala LGBT sebagai agama yang
rasmi. Antara negara yang menentang gejala LGBT ialah Iraq, Iran, Honduras, Uganda,
Russia, Mesir, Nigeria dan Brunei. Malaysia ialah negara yang mempunyai agama Islam

11
sebagai agama rasmi. Agama tersebut secara terus terang menentang gejala LGBT maka,
Malaysia pastinya dipandang rendah oleh negara yang mempunyai agama Islam sebagai
agama rasmi. Antara sebab adalah, negara-negara Islam mungkin berpandangan ajaran agama
Islam dalam kalangan masyarakat tidak berkesan dan efektif. Bukan itu sahaja, mereka
mungkin juga berpandangan masyarakat di Malaysia tidak sangat menerima ajaran agama
Islam. Keadaan ini secara keseluruhannya boleh menyebabkan negara kita dipandang rendah.
Secara tidak langsung, hubungan politik dan ekonomi antara kedua-dua negara boleh terjejas.

CADANGAN MENGATASI PENULARAN GEJALA LGBT

Peranan individu

Walaupun status dan kedudukan LGBT sama ada merupakan salah satu penyakit mental
mahupun bukan masih dibincangkan, gejala LGBTQ+ masih dilihat sebagai suatu yang di
luar norma masyarakat sehingga golongan ini sentiasa ditindas, tidak mendapat hak yang
seharusnya dan dipinggirkan masyarakat di Malaysia yang jelas menolak gejala ini. Justeru,
golongan ini seharusnya mengambil inisiatif untuk kembali kepada fitrah manusia yang
hanya ada dua jenis; lelaki dan perempuan. Hal ini termasuk menyertai program pemulihan
yang diadakan oleh kerajaan untuk membendung gejala ini. Sebagai contoh, peranan
Bahagian Pemulihan Al-riqab, Majlis Agama Islam Selangor 34 sebagai badan yang
mengadakan dan menyelia program-program pemulihan, kaunseling dan bimbingan kepada
golongan LGBT di Selangor merupakan satu inisiatif yang berkesan dalam membimbing dan
memulihkan golongan LGBT. Melalui program ini, golongan LGBT yang membuka peluang
dan ruang akan diberi bimbingan dan ajaran agama yang sepatutnya dibuat oleh MAIS.
Program pemulihan dan dakwah kepada golongan LGBT ini telah mula dilaksanakan pada
tahun 2012 dan mulai diberi pengukuhan dan penambahbaikan pada tahun 2015.35

Dalam konteks komunikasi kesihatan, golongan transgender dan lelaki homoseksual


(LGBT)merupakan kumpulan sasar yang penting dalam program penyebaran maklumat
kesihatan.Hal ini kerana, perbuatan seks di luar tabi’i atau hubungan songsang meningkatkan
risiko seseorang untuk dijangkiti HIV dan penyakit kelamin (STI). Menerusi statistik
Kementerian Kesihatan Sektor HIV/Penyakit Jangkitan Kelamin (STI), Bahagian Kawalan
Penyakit pada 2017 menunjukkan 1,697 individu yang mengamalkan seks songsang seperti
homoseksual dan biseksual ialah penghidap HIV baharu. 36 Maklumat kesihatan berguna
kepada seseorang dalam mempertingkatkan kesedaran dan amalan dalam pencegahan serta
penjagaan kesihatan. Oleh itu golongan ini sepatutnya mengambil inisiatif untuk membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala.

34 Ab Rahman, et al.,2019. PROGRAM PEMULIHAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN


TRANSGENDER (LGBT): BAHAGIAN PEMULIHAN RIQAB, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
(MAIS). Perdana: International Journal of Academic Research (Social Sciences & Humanities), Vol. 6. No. 2
Special Edition (SKESA) 2019, ISSN: 2600-9463.
35 Ab Rahman, et al.,ibid.
36 Sani, H., Sani, H., & Sani, H.,2022. Majoriti penghidap HIV amal seks songsang. The Merdeka Times.

12
Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber
pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak
pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan 37. Faktor
persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuk elemen-elemen kemanusiaan, seperti
pengaruh ibubapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat,
atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media yang
diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka. Oleh itu, untuk
mengelakkan diri daripada terjebak dan terpengaruh dengan gejala ini, seseorang itu mestilah
berada dalam persekitaran sosial yang sihat untuk membentuk personaliti yang stabil dan
normal.

Peranan Masyarakat

Mengenai isu penularan LGBTQ+ dalam kalangan rakyat Malaysia, terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk lebih memahami dan menangani isu ini.
Menurut Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata "Pemimpin masyarakat dan
pendidik juga diharap dapat memainkan peranan secara bersepadu untuk menangani isu
LGBT ini di lapangan masing-masing"(Berita Harian Online). 38 Berikut adalah beberapa
langkah yang boleh diambil. Antaranya masyarakat perlu memberikan pendidikan dan
kesedaran tentang isu ini. Di mana orang ramai perlu meningkatkan pemahaman mereka
tentang orientasi seksual dan identiti jantina yang pelbagai. Pendidikan seksual yang inklusif
dan komprehensif boleh membantu mengurangkan diskriminasi dan meningkatkan toleransi
dalam masyarakat. Selain itu, masyarakat mesti membina ruang dialog yang terbuka dan
selamat untuk membincangkan isu LGBTQ+. Perbincangan yang santai dan penuh hormat
boleh membantu mengatasi sebarang prasangka dan stereotaip yang mungkin wujud.
Komuniti juga mungkin memberikan sokongan emosi kepada individu LGBTQ+. Ini
melibatkan mendengar pengalaman mereka, menunjukkan empati, dan tidak menghakimi.
Organisasi dan kumpulan komuniti yang menyokong hak LGBTQ+ juga boleh memberikan
bantuan dan sumber yang diperlukan. Masyarakat mesti memerangi diskriminasi dalam isu
ini. Masyarakat mesti menentang diskriminasi dan gangguan terhadap individu LGBTQ+. Ini
termasuk melaporkan tindakan diskriminasi kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan
memberikan hak asasi terhadap individu LGBTQ+. Di samping itu, masyarakat perlu
bekerjasama untuk membina solidariti dengan individu dan kumpulan badan bukan kerajaan
agar nasib mereka terbela walaupun masyarakat tidak membela apa yang diperjuangkan oleh
golongan ini. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti sosial, acara kesedaran dan kempen yang
menyokong hak sama rata. Akhir sekali, masyarakat mungkin melibatkan ketua masyarakat
dan ketua agama di mana mereka menjemput ketua masyarakat dan ketua agama untuk
terlibat dalam dialog dan pendekatan yang menggalakkan persefahaman dan toleransi akan
memainkan peranan penting dalam mengatasi stigma dan diskriminasi terhadap LGBTQ+.

37 Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak
Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Bangi: UKM.

38 Mahani Ishak, July 12, 2020.Cegah LGBT dengan undang-undang, tarbiah. Berita Harian Online
13
Peranan Kerajaan

Antara langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan
mengaktifkan semula Operasi Banteras Aktiviti Haram (OP BAH) yang pernah dilaksanakan
oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini ke seluruh negara. Operasi ini berfungsi
dengan mengadakan serbuan dan menyita kelab – kelab malam yang diketahui aktif
menjalankan aktiviti-aktiviti songsang. Hal ini demikian kerana, tidak dinafikan lagi, kelab
malam merupakan tarikan utama bagi golongan LGBT ini kerana, kelab malam merupakan
satu-satunya tempat dimana golongan ini dapat mengekspresikan diri mereka yang sebenar
tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dalam masa itu, pihak berkuasa juga boleh
menangkap dan memenjarakan mereka yang terbabit dengan aktiviti negatif ini. Tindakan ini
harus dilakukan supaya masyarakat terselamat daripada pengaruh mereka sekaligus dapat
mewujudkan negara yang bebas dari gejala LGBT. Sememangnya, melalui tindakan undang-
undang sahaja gejala songsang ini tidak dapat dibasmi seratus peratus. Oleh yang demikian,
proses mendidik atau tarbiah yang berkesan perlulah disertai. Menurut ahli politik Nik Omar
Nik Abdul Aziz, beliau menjelaskan, isu LGBT di Malaysia harus ditangani tanpa kekerasan
sebaliknya menggunakan pendekatan seperti dialog atau berdakwah kepada mereka (Sinar
Harian, 2018). Oleh hal yang demikian, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) sewajarnya melakukan pendekatan terhadap golongan-golongan ini
dengan memberikan pendidikan atau tarbiyah agar dapat menarik mereka semula ke jalan
yang benar. Justeru itu, pihak berkaitan juga boleh menubuhkan pusat kebajikan bagi
golongan- golongan ini. Dengan adanya pusat kebajikan ini, golongan LGBT dapat diberikan
perhatian yang lebih, dalam usaha menjalankan khidmat – khidmat dakwah dan nasihat
kerana kumpulan ini perlu didekati untuk memahami masalah yang mereka hadapi dan cara
untuk membantu mereka agar dapat kembali kepada fitrah yang dijadikan oleh Allah s.w.t
antara lelaki dan perempuan. Kesannya, bilangan kelompok LGBT yang membanjiri
masyarakat Malaysia dapat dikurangkan.

KESIMPULAN

Penularan LGBTQ+ perlu dibendung kerana penularan ini dapat merebak dengan mudah dan
mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Dengan penggunaan media sosial dan era
globalisasi ini, masyarakat terpengaruh dengan mudah dengan isu-isu yang disiarkan tanpa
memikirkan akibatnya. Hal ini membawa kepada kesan negatif yang dapat merosakkan
masyarakat sekali gus negara. Pelbagai langkah yang dicadangkan boleh diadakan bagi
mengatasi dan mengurangi penularan LGBT ini bagi memastikan keharmonian dan kemajuan
sesuatu masyarakat dan negara. Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja disandarkan kepada
kemajuan teknologi, malahan dialog sesuatu masyarakat bagi mengatasi permasalahan juga
menjadi salah satu ketetapan.

14
RUJUKAN
Ab Rahman, A., Ab Ghani, N. A., Zakaria, M. A., & Mohd Faisal Yeap, M. J. (2019).
PROGRAM PEMULIHAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER
(LGBT): BAHAGIAN PEMULIHAN RIQAB, MAJLIS AGAMA ISLAM
SELANGOR (MAIS). Perdana: International Journal of Academic Research (Social
Sciences & Humanities), Vol. 6. No. 2 Special Edition (SKESA) 2019, ISSN: 2600-
9463.
Apollo, A. (2022, July 17). Apa Itu Purusartha? Halaman 1 - Kompasiana.com.
KOMPASIANA.
https://www.kompasiana.com/balawadayu/62d3bfb1ce96e5234f2e4302/apa-itu-
purusartha.
Byrd, A. D. & Stony, O. 2001. Homosexuality: Innate and Immutable. HeinOnline.14
Regent.U.L.Rev. 383-422
Cegah LGBT dengan undang-undang, tarbiah | Berita Harian. (n.d.). Www.bharian.com.my.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/07/709994/cegah-lgbt-
dengan-undang-undang-tarbiah
Halim, M. H. D. N. H. A. (2021). 11,914 kes gangguan seksual dalam tempoh 4 tahun.
Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2021/10/11914-kes-gangguan-
seksual-dalam-tempoh-4-tahun/
Jas laile Suzana Jaafar,2002, Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kevin. L, Billingsley. A, 2022. What Does the Full LGBTQIA+ Acronym Stand For?
https://www.goodrx.com/health-topic/lgbtq/meaning-of-lgbtqia [19 Oktober]
Kuswana, W. S. 2014. Biopsikologi, Pembelajaran Perilaku. Bandung: AlfabetaKamus
Dewan Edisi Keempat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web e-Syariah, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997.
Londicho, L. C., Aliwalas, G. M. R., Bueneverta, M. J. B. & Rodriguez, M. L. 2014.
Religiosity and attitudes towards homosexsual among adolescents. Asia Pacific
Journal of Multidisciplinary Research, 2(3), 153-160
Mitchell. B, 2017. How has the LGBT+ acronym evolved?
https://www.thepinknews.com/2017/11/06/how-has-the-lgbt-acronym-evolved/ [6
November].
Mohd Ali Muhammad Don, 2018. “Waspada LGBT pelajar universiti,” Utusan Malaysia [9
Oktober], https://www.utusan.com.my/nasional/2018/10/waspada-lgbt-pelajar-
universiti/
Mohd Azrin Wahid, 2018. “LGBT cemar institusi tahfiz,” Utusan Malaysia [14 Oktober],
https://www.utusan.com.my/nasional/2018/10/lgbt-cemar-institusi-tahfiz/

15
Mohd Tajudin. 2003. Transeksualisme Dan Hubungan Dengan Kecelaruan Gender Dari
Pespektif Psikologi. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Transeksualiti.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Najib, Muhammad & Ismail, Mohamad & Nasri, Mohd & Yahaya, Dr & Jamal, Ikmal Hafiz
& wakil, Muhammad. (2020). Isu LGBT Di Malaysia: Satu Tinjauan Terhadap Aspek
Kajian LGBT Issues in Malaysia: A Review Of Research Aspects.
Neh Mah Batri et al., 2016, Homoseksual: Antara Hukum dan Kemajuan Sains. Sains
Humanika, 8(4), 45-54.
Sani, H., Sani, H., & Sani, H. (2022). Majoriti penghidap HIV amal seks songsang. The
Merdeka Times - Berani. Benar. Bebas.
https://themerdekatimes.com/news/2022/09/majoriti-penghidap-hiv-amal-seks-
songsang/
Shaffer, D. R. 2002. Social and Personality Development. United States of America:
Wadsworth.
Steinberg, L., & Monahan, K. C. (2007). Age differences in resistance to peer influence.
Developmental Psychology, 43, 1531–1543.
Suara Merdeka, 2023: “Perarakan Hari Wanita berjaya berlangsung dengan aman di Kuala
Lumpur.” [13 Mac], https://suaramerdeka.com.my/perarakan-hari-wanita-berjaya-
berlangsung-dengan-aman-di-kuala-lumpur/
Van Der Kolk, B. A. (2000). Posttraumatic stress disorder and the nature of trauma.
Dialogues in Clinical Neuroscience, 2(1), 7–22.
https://doi.org/10.31887/dcns.2000.2.1/bvdkolk
Zainul Rijal, 2021. “Kedudukan LGBT di Malaysia,” Sinar Harian [7 Mac],
https://www.sinarharian.com.my/article/127256/kedudukan-lgbt-di-malaysia

16

You might also like