You are on page 1of 11

Manual Guru Kaunseling Menangani Kes Murid Gangguan

Seksual/Rogol/ Hamil
Hari ini saya mendapat kes berkaitan dengan gangguan seksual dan saya share di sini manual
berkaitan dengan kes ini untuk disebarluaskan kepada murid semula agar mereka sedar mengenai
adakah mereka mangsa atau tanpa sedar mereka yang merupakan orang yang terlibat dalam
gangguan seksual yang difikirkan selama ini bergurau sahaja.

MANUAL MENANGANI
KES GANGGUAN SEKSUAL MURID

1. PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta
Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia
di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-
kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau
perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya.
Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti
memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk
melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal
ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a) Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung
atau melalui media cetak dan elektronik.
b) Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c) Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d) Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e) Mencium kanak-kanak dengan bernafsu.
f) Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g) Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian
tubuh) terhadap kanak-kanak.
h) Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i) Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j) Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k) Melakukan onani terhadap kanak-kanak.
l) Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat
mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat
tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada
pihak sekolah sahaja.
Oleh yang demikian, manual menangani gangguan seksual murid ini akan
menjadi garis panduan kepada semua warga sekolah melaksanakan langkah-
langkah pencegahan dan pemulihan untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku
serta tatacara bertindak.
Manual ini mengandungi penerangan ringkas berhubung perlakuan gangguan
seksual ke atas murid dari aspek:

(a) Akta yang berkaitan ( Akta Pelindungan Kanak-Kanan dan Akta Pendidikan)
(b) Kanun Keseksaan merujuk kepada undang-undang negara di bawah Seksyen 354,
355, 372, 373, 375, 376, 377A, 377B, 377C, 377D, 377E dan 509.
Akta Kanak-kanak (2001)
“ Sesiapa saja melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum dan sekiranya didapati
bersalah boleh dihukum penjara dan/atau disebat dan/atau didenda. Mangsa adalah
pengadu yang dikehendaki memberi keterangan di mahkamah sebagai seorang
saksi. Untuk mengurangkan trauma yang dialami oleh mangsa, adalah perlu untuk
diberi perkhidmatan kaunseling perundangan dan sokongan sebelum, semasa dan
selepas perbicaraan dijalankan. Mangsa perlu mendapat perkhidmatan guaman
untuk melindungi kepentingannya dan bertindak bagi pihaknya ketika perbicaraan”
(dengan berperanan sebagai peguam pemerhati).

(c) Kategori, Perlakuan dan Kesan Gangguan Seksual;

(d) Tindakan Orang Yang Mengalami Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(e) Tindakan murid-murid, ibu bapa, pihak sekolah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
yang Mengendalikan Aduan Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(f) Menangani Kesan Gangguan (Kes Rogol); dan

(g) Program Pencegahan Gangguan Seksual Di Sekolah

1.1 TUJUAN
Manual ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah
terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b) Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c) Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap
murid yang mengalami gangguan seksual.

(d) Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e) Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual
melalui program pencegahan gangguan seksual.

1.2 TAFSIRAN
“Rogol” bermaksud dalam undang-undang jenayah, istilah merujuk kepada serangan seksual yang
mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual
seperti memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk
seksual", juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-
undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada
perogolan yang berlaku antara individu yang ‘dating’ atau berkenalan. Rogol yang disebabkan
penggunaan pukau untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.
“Sumbang Mahram” bermaksud kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat
seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara
tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.
“Cabul” bermaksud sebagai satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan sentuhan pada tubuh
badan mangsa tanpa kerelaan.
“Liwat” bermaksud sebagai memasukkan alat kelamin lelaki atau objek ke dalam
dubur individu yang lain.

Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak


disenangi atau tidak diterima seperti;
a) Perkataan yang digunakan, jenaka, simbol, kartun, simbol, lukisan, gambar atau
poster lucah.
b) Mecabul kehormatan, meraba, memegang dan menggesel tubuh badan dengan
sengaja.
c) Mengemukakan soalan yang berkaitan dengan anggota sulit.
d) Mencadang atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
e) Memalukan seseorang dari segi seksual.
f) Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
g) Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

1.3 OBJEKTIF
a) Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.
b) Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c) Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan
merahsiakannya.
d) Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan
kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e) Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f) Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

1.4 Kategori Gangguan Seksual


Gangguan seksual yang digambarkan boleh di kategori seperti berikut;

a) Cubaan Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual


Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan seksual
termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”. Perbuatan ini
mengambil berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara yang boleh
berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada
pengadu.
b) Meminta Layanan Seksual Daripada Orang Lain
Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalam keadaan
dianggap sebagai ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya
pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada pemangsa.
(c) Gangguan Seksual Yang Mengugut
Keadaan seperti ini boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk
merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi
mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaannya ialah
pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut tidak akan
mendapat faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya pengadu tidak
membenarkan pemangsa tersebut merapatinya secara seksual atau enggan
memberi layanan seksual kepadanya.
Contoh; sekiranya permintaan untuk layanan seksual tersebut ditolak, mangsa
diugut dan sebagainya

1.5 PANDUAN PENCEGAHAN


Peranan Murid
a) Murid perlu mengamalkan tingkah laku dan akhlak yang mulia.
b) Tidak menyalahkan diri sendiri dan meminta bantuan daripada rakan serta guru.
c) Elakkan diri daripada terperangkap dalam situasi yang menggalakkan berlakunya
gangguan seksual contoh: pergaulan bebas, penggunaan laman sosial secara tidak
sihat.
d) Jika murid mengalami gangguan seksual, murid hendaklah melaporkan kepada
orang yang dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga dan guru bimbingan dan kaunseling
supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah tersebut.
e) Membuat panggilan ke talian Nur 15999 untuk mendapatkan pelindungan
f) Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan di
hospital atau ‘One Stop Crisis Center’.

Peranan Ibu Bapa


a) Memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan
mengamalkannya.
b) Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan kenali rakan sebaya mereka.
c) Sentiasa peka kepada perubahan personaliti dan tingkah laku anak-anak dari segi
perubahan fizikal dan emosi yang mendadak seperti kemurungan.
d) Luangkan masa bersama anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa
anak-anak.
e) Dapatkan bantuan daripada agensi lain seperti agensi kerajaan (Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan One Stop Crisis Centre) dan agensi bukan kerajaan (seperti All
Women’s Action Society dan PS The Children) dan yang berkaitan.
f) Memahami tatacara bertindak menangangani gangguan seksual dengan betul.
g) Menangani kes dengan tenang dan rasional.
h) Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Peranan Sekolah
a) Menganjurkan program seperti ceramah, bengkel, seminar dan kempen kesedaran
gangguan seksual dan langkah-langkah pencegahan kepada semua warga sekolah.
b) Memantapkan peraturan sekolah.
c) Meningkatkan persekitaran yang selamat, stabil, diyakini dan selesa dimana pelajar
boleh memberitahu, melapor dan menyuarakan idea, perasaan dan pendapat
mereka.

1.6 Panduan Menghindari Diri Daripada Gangguan Seksual Untuk Murid


a) Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat. (Tiada siapa boleh
menyentuh bahagian sulit kecuali untuk penjagaan kesihatan dan kebersihan).
b) Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, gelap atau dikenali sebagai kawasan
berisiko tinggi (hot spot).
c) Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada
usaha untuk menarik perhatian orang ramai.
d) Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap,
berunding atau berlakon sambil mencari peluang melepaskan diri.
e) Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan.
f) Berjalan secara berkumpulan.
g) Jangan melayani orang yang tidak dikenali.
h) Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu.
i) Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu.

1.8 PANDUAN MENANGANI KES ROGOL SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS.

SEBELUM SEMASA SELEPAS

Langkah-langkah Pencegahan
i. Ceramah i. Mendapat laporan daripada mangsa.i. Memastikan sesi kaunseling
kesedaran gangguan diteruskan sekurang-
seksual kepada murid dan ii. Mengenal pasti klien yang kurangnya sekali seminggu.
guru.(Modul Saya Selamat) mempunyai tanda-tanda awal dan
ii. Ceramah perubahan tingkah laku, perubahan ii. Sentiasa
kesihatan penjagaan sistem emosi luar biasa ataupun maklumat berhubung/ mendapatka
reproduksi remaja. daripada pihak ketiga. n maklum balas daripada ibu
iii. Pameran dan sudut maklumat bapa/ penjaga dan guru
undang-undang jenayah iii. Berjumpa dengan klien dan sesi tingkatan.
seksual (brosur, poster, carta kaunseling dijalankan.
alir dan sebagainya) iii. Memastikan kebajikan klien
iv. Meningkatkan persekitaran yangiv. Siasatan mula dijalankan dengan dijaga dan kerahsiaan klien
selamat, stabil, diyakini dan mengambil kira pelbagai aspek terpelihara.
selesa. seperti rakan-rakan, bentuk fizikal
v. Menyediakan kemudahan – mangsa, dan lain-lain lagi. .
kemudahan aduan seperti peti-
peti aduan, email dan laman v. Jika siasatan menunjukkan tiada asas
sosial. maka kes digugurkan/ tutup.
Sekiranya ada kes, pihak sekolah
perlu meneruskan dan menghubungi:-
a. Ibu bapa/ penjaga akan diberi
konsultasi untuk menghadapi kes ini.
b) Ibu bapa/ penjaga akan melaporkan
kes ini kepada pihak polis.
c) Pihak sekolah melalui pengetua akan
membuat laporan kepada PPD
dan JPN untuk memaklum kes dan
meminta pandangan.
d) Pengetua akan membuat laporan
kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
e) Sesi kaunseling masih terus
dijalankan. Laporan penuh sesi
kaunseling disediakan.

2. PROSEDUR KERJA MENANGANI KES MURID HAMIL


2.1 PENDAHULUAN
Remaja ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 14 hingga 21 tahun.
Mereka merupakan aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa
remaja, kesinambungan zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia
golongan remaja merupakan majoriti daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu,
dari sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk
menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.
Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naïf terhadap perkara-perkara
yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan
kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Hakikatnya para remaja di Malaysia
pada hari ini sedang melalui satu kemelut psikologi dan kecelaruan hidup akibat
daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.
Isu yang hangat diperkatakan hari ini adalah perlakuan seks bebas ataupun
zina (menurut Islam) manakala dari istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang
dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di
sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi
masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya kepada perkembangan
remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkah laku negatif
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang
berleluasa, minum arak, lari dari rumah, penagihan dadah dan pembunuhan.
Perhubungan seks secara bebas ataupun zina dalam kalangan murid sekolah
merupakan satu gejala yang amat membimbangkan.

2.2 OBJEKTIF
i. Menyediakan prosedur kerja dalam menangani isu murid hamil.
ii. Memberikan penyelesaian yang adil kepada murid.
iii. Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada murid yang melakukan
kesalahan supaya tidak berulang lagi.
iv. Memberi bimbingan dan sokongan kepada murid dan keluarga.
v. Menangani gejala buang bayi.
vi. Menangani kes hamil luar nikah daripada berulang.

2.3 KES-KES KEHAMILAN


a. Kes muridperempuan dengan murid lelaki berlaku di kawasan sekolah.
b. Kes murid perempuan dengan murid lelaki berlaku di luar kawasan sekolah.
c. Kes murid perempuan dengan bukan murid sekolah berlaku di luar kawasan
sekolah.

2.4 PANDUAN PENCEGAHAN

PERANAN MURID
a) Kepada mangsa yang terlibat hendaklah berjumpa dengan guru-guru atau sesiapa
yang dipercayai untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.
b) Kepada murid (bukan mangsa) yang mengetahui adanya kes kehamilan, hendaklah
memaklumkan kepada guru dan merahsiakan kes tersebut.

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


a) Melaporkan kepada pengetua/ guru besar jika berlaku kes kehamilan.
b) Mengenal pasti kesahihan kes tersebut/ menjalankan siasatan.
c) Jika benar, tindakan-tindakan berikut perlu diambil :-
i. Berbincang dengan murid.
ii. Menjalankan sesi kaunseling bersama murid dan ibu bapa/ penjaga.

PERANAN GURU
a) Terima aduan dan rahsiakan identiti murid.
b) Melaporkan kepada pengetua/ guru besar.

PERANAN PENTADBIR SEKOLAH


a) Menjalankan siasatan kes.
b) Menubuhkan jawatankuasa bertindak.
c) Sekiranya ada kes, makumkan kepada ibu bapa/ penjaga.
d) Laporkan kepada PPD/ JPN.
e) Memastikan prosedur kerja menangani isu kes kehamilan dilaksanakan.
f) Memastikan penyelesaian yang adil terhadap murid

PERANAN IBU BAPA/ PENJAGA


a) Sentiasa mengawasi pergerakan dan peka kepada perubahan tingkah laku anak-
anak.
b) Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
c) Membuat pemeriksaan doktor dan laporan polis jika perlu.
d) Memberi pendidikan keagamaan dan moral kepada anak-anak.

2.3 TATACARA MENANGANI KES MURID HAMIL DI SEKOLAH


Menerima Rujukan Kes Kehamilan /Menerima Aduan
Jalankan siasatan mengikut tatacara seperti Lampiran 5.

SENARAI SEMAK MENANGANI KES ROGOL


TINDAKAN
BIL PROSES KERJA CATATAN
(/)
1 Mendapat laporan daripada klien/ mangsa/
saksi.
2 Perubahan fizikal
Mengenal pasti Perubahan tingkah laku
klien yang
mempunyai tanda- Perubahan emosi luar
tanda awal biasa
Maklumat rakan-rakan
mangsa
3 Berjumpa dengan klien dan sesi kaunseling
dijalankan.
4 Siasatan mula dijalankan.
5 Jika siasatan menunjukkan tiada asas maka kes
digugurkan/ tutup. Sekiranya ada kes, pihak
sekolah perlu meneruskan dan menghubungi:-
5.1) Ibu bapa/ penjaga akan diberi konsultasi
untuk
menghadapi kes ini.
5.2) Ibu bapa/ penjaga boleh melaporkan kes
ini ke
pihak polis.
6 Jika pihak ibu bapa/ penjaga enggan membuat
laporan polis:-
6.1) Pihak sekolah melalui pengetua akan
membuat
laporan kepada PPD dan JPN untuk
memaklum
kes dan meminta pandangan.
6.2) Pengetua akan membuat laporan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7 Sesi kaunseling masih terus dijalankan.
8 Laporan penuh sesi kaunseling disediakan.

LAMPIRAN 3

Akta Berkaitan
1. Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574), melakukan
persetubuhan dengan gadis dibawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah
di sisi undang-undang serta boleh didakwa.
2. Mengikut Akta Pendidikan 1966 pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak
boleh dibuang dari sekolah tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka
bersalin.
3. Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan
merogol
kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun
dan sebatan.
LAMPIRAN 4
SULIT

LAPORAN MAKLUM BALAS KES

* ROGOL/ HAMIL/ BUNUH DIRI

SEKOLAH :
___________________________________________________________
NO TELEFON (SEKOLAH): ______________________ (FAKS) :
________________
NO. RUJUKAN :_______________________
TARIKH KEJADIAN :________________ HARI: ___________ MASA:
________
TEMPAT (Lokasi) :________________

A. MAKLUMAT MURID:

1. Nama: __________

- -

2. No. Kad Pengenalan : *Jantina : L / P

3. Tingkatan : _________________________

4. Alamat Email : _______________________

5. Nama Ibu/Bapa atau Penjaga *: _____________________________________

6. Pertalian dengan Penjaga: __________________________________________

7. Alamat rumah : __________________________________________________

________________________________________________________________

8. No.Telefon Ibu/Bapa atau Penjaga: ___________________________________

*Sila potong yang tidak berkenaan


SULIT

B. ISU : Nyatakan:
C. DAPATAN :
FIZIKAL (Physical) :
Kecederaan, kecacatan, kesakitan, kesan
kelar/cubit/lebam
TINGKAH LAKU( Behaviour):
Agresif, pendiam, memberontak, ragu-ragu/was-was

EMOSI (Emotion) :
Sedih, murung, panas baran,

DERIA (Sensory) :
Sensitif terhadap sentuhan/ pandangan/ pendengaran

KHAYALAN( Imagery) :
Mengelamun, hilang fokus

FIKIRAN ( Cognitive) :
Ghairah menceritakan sesuatu kepada rakan, hilang
keyakinan diri, takut

HUBUNGANPERSEORANGAN(Interpersona)l:
Menyendiri dan tidak suka bergaul atau sebaliknya

DADAH / UBAT / DIET (Drug) :


Tanda-tanda ketagihan ubat, hilang selera
makan
KEUPAYAAN BEKERJA (Ability):
Suka tidur, ponteng, tidak menyiapkan kerja, kerap
keluar kelas, prestasi akademik merosot.

D. RUMUSAN(Maklum Balas)

Nama dan tandatangan pelapor: Disahkan Oleh :


Pengetua/Guru Besar

________________________________
( )
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN 6 :
SENARAI SEMAK MENANGANI KES MURID HAMIL
BIL PROSES KERJA TANDAKAN (/) CATATAN

Mengenal pasti murid yang mempunyai tanda-tanda


awal kehamilan melalui tingkah laku, ekspresi muka
1
dan perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat
rakan-rakan mangsa dan warga sekolah.

Sesi Kaunseling
- Berjumpa dengan klien berkenaan untuk mendapatkan
2
kesahihan kes yang dilaporkan.
- Mendapatkan akuan bertulis daripada klien.

3 Laporkan kes kepada Pengetua/ Guru Besar

4 Sekolah membuat laporan kepada pihak PPD dan JPN

5 Berbincang dengan ibu bapa / penjaga.

Melibatkan klien dengan program-program intervensi,


6
kerohanian dan keibubapaan

7 Menyediakan rekod dan laporan

You might also like