You are on page 1of 4

MAKSUD BULI ?

Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah
semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar
terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong
kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang”.

FAKTOR BULI ?

Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang
kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang
profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan ,seseorang anak itu kurang
mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui
perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu
bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih
sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif
dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang
lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.

Selain daripada itu,kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong
berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang
disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil
kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli.Kelonggaran disiplin juga
menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil
peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang
mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral.Contohnya,dalam akhbar
harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes buli yang
terbanyak mengikut kajian dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin
utama gejala ini berlaku.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam
gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral
dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif.Tambahan
pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak
dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke
alam yang kurang baik kerana mengikutu pengaruh rakan sebaya.remaja yang kurang penghayatan nilai
agama dan moral juga mudah mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang
mencetuskan diri mereka untuk mencuba apa saja aktiviti .

LANGKAH BULI

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang efektif boleh
dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang
baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada
tanggapan anak mereka, perbuatan ibu

bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah
‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan

dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan
anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka
supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil
lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah
yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli
harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat
diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah
menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes
ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah
boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan perturan
sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika
peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.

Tambahan pula,pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini.
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di
sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan
Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan
serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk
mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja
dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya
untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI tyang dijalankan
di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat
dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa
yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang
ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal
ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa
depan. Bak kata peribhasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua
pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun
kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang
gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat
martabat bangsa di persada dunia.
PERANAN GURU ATASI BULI

PERANAN GURU MENANGANI MASALAH BULI Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada
penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak
sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran
tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu,
pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara
mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen
anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari
para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh
dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak
sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti
di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah
juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan
aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga
boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu
akannya. Di samping itu, para pelajar juga boleh berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa
pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah
itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang
telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes
ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah
boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak
sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

You might also like