You are on page 1of 1

Meningkatkan imej sektor awam negara bukanlah satu-satunya kesan amalan tadbir urus baik

negara. Terdapat pelbagai kesan baik yang akan timbul kepada pembangunan negara jika amalan tadbir
urus baik ini diamalkan sepenuhnya dalam sektor awam.

Kesan amalan tadbir urus baik negara adalah meningkatkan imej sektor awam negara.
Perkhidmatan yang diberikan jika berteraskan ciri tadbir urus baik menyebabkan sektor awam negara
mendapat kepercayaan anggota masyarakat dan pelabur asing untuk berurusan. Negara juga dapat
berkongsi amalan tadbir urus baik dengan sektor awan negara luar.

Kesan amalan tabdir urus baik negara adalah menambah baik prestasi penyampaian
perkhidmatan awam. Hal ini dikatakan demikian kerana prestasi penyampaian perkhidmatan awam
akan lebih efektif dan efisien. Pelbagai urusan di kaunter perkhidmatan awam akan lebih sistematik,
cepat, telus dan mesra pelanggan. Prosedur dan polisi yang jelas juga dapat digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan rakyat.

Kesan amalan tadbir urus baik negara juga dapat menambahkan keyakinan rakyat terhadap
sektor awam. Hal ini dikatakan demikian kerana tadbir urus baik sentiasa memberikan keutamaan
kepada pelanggan. Usaha ke arah meningkatkan kepuasan hati pelanggan sentiasa diutamakan dapat
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan sektor awam mengamalkan akauntabiliti,
ketelusan dan integriti dalam sistem penyampaian awam.

Kesan amalan tadbir urus baik negara yang terakhir adalah mengelakkan pembaziran dan
pemborosan. Melalui amalan tadbir urus baik sektor awam akan dapat mencapai ‘value of money” bagi
semua perbelanjaan yang telah diperuntukkan. Pembaziran dan pemborosan dapat dielakkan melalui
pengurusan kewangan sektor awam yang baik.

Kesimpulannya, amalan tadbir urus baik negara memainkan peranan yang penting bagi memacu
kemajuan Malaysia. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama dalam memastikan sistem penyampaian
awam ini dapat mengamalkan tadbir urus baik setiap masa.

You might also like