You are on page 1of 2

Antara punca dalam perubahan sosial ialah wujudnya sikap materialistik dikalangan

masyarakat.materialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat kini yang
mengutamakan keinginan untuk mengejar hal kebendaan lantas merosakkan sistem kehiudpan
sesebuah masyarakat.Dalam era yang serba canggih ini,obsesi terhadap keduniaan seperti barah yang
semakin parah apabila seseorang individu tidak mempedulikan aspek kerohanian sehingga mewujudkan
komuniti yang hanya berfokuskan keinginan semata mata.

Kemajuan teknologi yang pesat juga menyebabkan sistem kehidupan sesebuah masyarakat
terganggu. Perkembangan teknologi telah mengubah teknik berfikir masyarakat dan budaya setempat.
Sebagai contoh perkembangan telekomunikasi,penghasilan telefon pintar dan sebagainya telah
mengubah norma kehidupan masyarakat pada masa kini.Lantas wujudkan satu sifat yang negatif dimana
masyarakat tidak lagi suka bergaul seperti budaya kunjung mengunjungi,aktiviti riadah dan beramah
mesra antara jiran tetangga .Budaya yang murni ini semakin terhakis kerana masyarakat terjebak dalam
arus perkembangan teknologi.

Selain itu ,kesibukan yang dikalangan masyarakat juga merupakan elemen yang menyumbang
kepada perubahan kehidupan masyarakat.Perkerjaan merupakan satu kepentingan yang tidak boleh
dipisahkan sejak azali lagi.Manusia bekerja untuk memasitkan kelangsungan hidup.Tidak dinafikan
status quo yang berbeza diantara kaum menyebabkan jurang perbezaan kesibukan diantara
masyarakat.Hal ini mewujudkan benteng antara kaum yang merosakkan sistem kehidupan masyarakat
yang harmonis.

Oleh itu dalam memastikan sistem kehidupan masyarakat sentiasa harmonis perpaduan dalam masyarakat harus
dipupuk.sebagai contoh, aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi
kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah
komuniti untuk mengeratkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan
boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal .Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat
mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga.Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat
mengeratkan
Aktiviti rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan
perpaduan kaum dikalangan masyarakat. Amalan kunjung-mengunjungi ketika
merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat
memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa
menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap
kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan
saling menghormati antara satu sama lain. status quo yang wujud diantara
masyarakat dapat dikikis dan perpaduan kaum dapat dipelihara.

You might also like