You are on page 1of 5

PERBINCANGAN JAWAPAN GRAF

BAR KOMPAUN
LATIHAN 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan Keluaran Dalam Negara
Kasar Mengikut Punca Kegiatan dari tahun 2005 hingga 2007.

Dalam tempoh 50 tahun, Malaysia Berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang amat membanggakan dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memperlihatkan peningkatan 6.3 peratus setahun. Pertumbuhan bagi tahun 2007 terus mantap pada
5.1 peratus. Kadar tabungan yang terus kekal tinggi pada tahap 37.0 peratus daripada KDNK, membolehkan kita membina kemudahan
infrastruktur bagi menampung pembangunan negara.

Kegiatan pertanian, perhutanan dan perikanan telah mencatatkan peningkatan pengeluaran sebanyak RM21 626 juta pada
tahun 2005 dan terus meningkat kepada RM22 781 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2007, sektor ini meningkat lagi sebanyak
RM1065 juta dan menyumbang sebanyak 7.6 peratus kepada KDNK pada tahun 2007. Sehingga akhir Jun 2006, kawasan seluas 2 076
hektar dan telah melibatkan 319 usahawan menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti tani bagi keperluan domestik dan eksport.

Kegiatan perlombongan dan kuari mencatatkan pengeluaran sebanyak RM17 504 juta pada tahun 2005 dan meningkat
sebanyak RM418 juta atau 2.4 peratus pada tahun 2006. Kegiatan ini menyumbang sebanyak 6.0 peratus kepada KDNK pada tahun
2006. KDNK kegiatan perlombongan dan kuari terus meningkat kepada RM18 719 juta pada tahun berikutnya.

Kegiatan pembuatan menyumbang kepada KDNK kedua tertinggi dengan jumlah RM82 724 juta atau 31.4 peratus pada
tahun 2005. Jumlah ini terus meningkat sebanyak RM 6 007 juta pada tahun 2006 dan sebanyak RM5 994 juta lagi pada 2007.
Kegiatan ini menyumbang 30.0 peratus kepada KDNK pada tahun 2007.

Sektor pembinaan mencatatkan keluaran paling rendah, iaitu hanya RM7 642 juta pada tahun 2005 lalu merosot pada tahun
2006 kepada hanya RM7 181 juta atau 2.4 peratus KDNK pada tahun tersebut. Setahun kemudian kegiatan ini meningkat keluarannya
dengan menyumbang sebanyak 3.7 peratus kepada KDNK atau RM7 447 juta. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun
tersebut telah meningkat sebanyak RM17 727 juta berbanding hanya RM297 947 juta pada tahun 2006.

Kegiatan perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara untuk ketiga-tiga tahun, iaitu sebanyak 51.0
peratus pada tahun 2005. Kegiatan perkhidmatan meningkat sebanyak RM27 376 juta kepada RM161 332 juta pada tahun 2006.
Kegiatan perkhidmatan merupakan pemacu utama pertumbuhan negara dengan penekanan terhadap aktiviti nilai tambah yang tinggi
dalam subsektor teknologi maklumat dan komunikasi serta pelancongan dan pengangkutan. Kegiatan perkhidmatan yang baik sama ada
oleh sektor swasta atau kerajaan telah menggalakkan lagi kemasukan pelabur dan pelancong asing. Kemudahan dan infrastruktur
perkhidmatan yang ditawarkan ditingkatkan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong yang setakat ini mencecah 17.5 juta orang
pada tahun 2006. Sumbangannya kepada KDNK telah meningkat kepada RM170 937 juta atau 54.4 peratus pada tahun 2007.

(Dipetik diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Negara, 2008)


KEHENDAK SOALAN
• Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan Keluaran Dalam Negara
Kasar Mengikut Punca Kegiatan dari tahun
2005 hingga 2007.
JADUAL
MALAYSIA : KELUARAN NEGARA KASAR MENGIKUT
PUNCA KEGIATAN DARI TAHUN 2005 HINGGA 2007
Keluaran Dalam Negara Kasar
RM 000 juta

180
165
150
135
120
105
90
75
60
45
30
15
0
2005 2006 2007
Tahun
Skala : 1 cm = RM15,000 juta
Petunjuk (Sumber)

You might also like