You are on page 1of 7

SKEMA JAWAPAN P1

BAHAGIAN A
1. B 6. A 11. C
2. C 7. C 12. C
3. C 8. D 13. D
4. C 9. B 14. A
5. A 10. D 15. C

BAHAGIAN B
16. Nyatakan 3 jawatan yang pemecatannya hanya boleh dilakukan oleh Yang diPertuan Agong mengikut
alasan dan cara yang sama seperti pemecatan seorang hakim Mahkamah Persekutuan ( 3 )
i) Setiausaha Dewan Rakyat ii) Setiausaha Dewan Negara
iii) Ahli-ahli SPR iv) Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
v) Ketua Audit Negara vi) Peguam Negara

17. Nyatakan 4 hak asasi yang dilanggar dalam setiap situasi di bawah.
a)Mengadakan ceramah kepada pengikutnya tanpa mendapat permit menjelang pilihan raya. ( 1 )
- Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
b)Membunuh diri setelah gagal menyelamatkan perniagaan keluarganya. ( 1 )
- Kebebasan diri
c)Dipaksa bekerja tanpa diberikan upah oleh majikannya. ( 1 )
- Pengabdian dan kerja paksa
d)Telah ditangkap semula dan didakwa atas kesalahan yang sama ( 1 )
- Perlindungan daripada undang-undang yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan
berulang

18. Senaraikan 4 perkara yang boleh dipinda di bawah cara pindaan Perlembagaan Persekutuan Majoriti
Mudah Ahli Parlimen hadir (4)
i) Bentuk sumpah dan ikrar
ii) Persempadanan kawasan pilihan raya
iii)Tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih
iv) Pelaksanaan triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain

19. Huraikan 2 perbezaan utama antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negara. ( 4 )
i) Hanya Dewan Rakyat berkuasa memulakan Rang Undang-undang Kewangan dan bukannya Dewan
Negara
ii) Pembubaran Dewan Rakyat tidak menyebabkan Dewan Negara dibubarkan
iii) Kekosongan luar jangka hanya digunapakai untuk Dewan Rakyat dan tidak untuk Dewan Negara
iv) Speaker Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan Ahli Dewan Rakyat atau bukan Ahli Dewan
Rakyat tetapi Speaker Dewan Negara mesti dipilih dari kalangan Ahli Dewan Negara
v) Hanya di Dewan Rakyat ada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan tiada di Dewan
Negara
Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

BAHAGIAN C ESEI TARGET PENGAJIAN PENGGAL 1 2018


1. Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di
20.
negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut dan cadangkan
langkah-langkah untuk memajukannya. (3+2/2+3)

PENGENALAN
Kegiatan SENI BUDAYA TRADISIONAL kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
di negara ini.
Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

BIL IDEA HURAIAN


Faktor Tidak Mendapat Sambutan Masyarakat
1 Proses globalisasi Globalisasi mendedahkan kepada perkembangan budaya asing
secara meluas
Dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui
internet / facebook, blog dsn
Seni atau budaya asing lebih menarik minat orang ramai
Misalnya, breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih
rancak dsn
Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat
Seni budaya tradisional seperti waayng kulit, makyung, ghazal,
tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan
2. Kemajuan teknologi maklumat Kewujudan permainan maya lebih menarik
Misalnya “PSP”, “X-box”, “Nintendo” dan sebagainya
Pelbagai program permainan dapat dimuat turun daripada
internet
Pelbagai permainan dalam I-phone, Wi-Fi, 3G memberi kesan
audio visual lebih memikat
Permainan tradisional seperti congkak, wau dan gasing dikatakan
membosankan dan tidak mencabar
3. Sikap masyarakat Kehidupan yang semakin sibuk
Tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan
kemahiran – tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan
yang lain memakan masa
Hiburan tradisional dianggap tidak serasi dengan kehidupan
moden
Masyarakat cenderung ke pusat yoga, pusat tarian moden,
gymnasium bina badan dan persolekan muka serta melangsingkan
badan

4. Pusat perkembangan seni Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah
budaya tradisional yang Kekurangan pusat perkembangan seni dan budaya menyukarkan
terhad budaya seni di kembangkan.
Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang untuk
mengembangkan kemahiran.
Sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik.
Pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada
generasi muda
Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa

5. Kurang menyumbang kepada Tidak dianggap sebagai kerjaya menjamin masa hadapan
perkembangan ekonomi Kurang nilai komersial
Kraf tangan- modal dan kemahiran yang tinggi tetapi pulangannya
kurang lumayan
Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Langkah Memajukan Seni Budaya Tradisional


Memperbanyakkan Penyelidikan dan Pembangunan (Pdp)
Rekaan produk kraf baru meliputi industri batik, tenunan, tekatan,
6. Pembangunan Kraf seramik, hasil rimba dan logam
Contoh : Pusat Inovasi Seramik
Memperluas Program Satu Daerah Satu Industri bagi menarik
pelancong ke daerah tersebut.
Projek perantisan kraf warisan dan Galakan Dagangan
Promosi di peringkat domestik (RM 4.4 juta) dan antarabangsa
(RM 8.3 juta)
Latihan Kemahiran Kraf – Institut Kraf Negara melatih pelajar di
peringkat sijil dan di peringkat diploma
Pemuliharaan Kraf – mengekalkan seni kraf warisan negara,
aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan
Pameran kraf tangan dalam dan luar negara.

7. Mempergiat aktiviti seni Festival Kuala Lumpur- mengetengahkan keindahan dan unsur-
unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum
Mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa
Menjadikan KL sebagai bandaraya moden dan progresif, tetapi
kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan –
“Kuala Lumpur is a city with a soul”

8. Skim Bantuan Kebudayaan Masalah kewangan membantutkan usaha Badan Bukan Kerajaan
untuk memperkembangkan bidang seni
Bantuan kewangan dapat membantu Badan Bukan Kerajaan
(NGO) melaksanakan aktiviti seni budaya tradisional.
Meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan Badan
Bukan Kerajaan dalam bidang masing-masing.
Contoh Bidang Tarian, Bidang Kraftangan, Bidang teater dan
sebagainya.

9. Pementasan Seni Istana Budaya berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6


produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722
orang
Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Li Po
berjaya menarik khalayak pelbagai kaum
Pementasan oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan) juga banyak menarik minat pengiat seni untuk
berkarya.

10. Anugerah Seni Negara Pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan
dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan
ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air
Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan
Anugerah Pendukung Seni
Contoh penerima seperti A.Samad Said, P.Ramlee

KESIMPULAN
Kegiatan seni budaya tradisional perlu diteruskan
Pertingkatkan imej negara; keistimewaan budaya Malaysia

SKEMA JAWAPAN : 2+3 / 3+2


Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

21. Perkembangan dan aplikasi teknologi robotik telah mencapai kemajuan yang membanggakan di
Malaysia. Bincangkan kepentingan teknologi robotik terhadap pembangunan negara dan keburukannya.

PENGENALAN

Robot adalah mesin canggih yang boleh melakukan kerja secara automatik dengan kawalan computer. Ciptaan
sains ini telah mempermudahkan pekerjaan manusia dan manusia semakin memerlukan teknologi robot untuk
menjalankan tugas- tugas tertentu dalam pelbagai bidang.

BIL IDEA HURAIAN


Kepentingan Teknologi Robotik kepada Pembangunan Negara

1 Alternatif kepada tenaga Mengganti tenaga manusia dalam kerja-kerja berat, rumit, berisiko
manusia dan kerja-kerja yang tidak mampu dilaksanakan oleh manusia.
Menggunakan teknologi robotik bagi mengelakkan kecuaian
manusia semasa menjalankan penyelidikan.
Menjadi pembantu kepada golongan OKU. Contoh robot Meldog
membantu orang buta (mempunyai alat deria ultrasonik); kaki dan
tangan yang berteknologi robot dapat dihasilkan.
Jabatan Bomba Jepun menggunakan robot untuk menyelamatkan
mangsa kebakaran / Pasukan PBB menggunakan robot untuk
membersihkan periuk api.

2. Meningkatkan penyelidikan Pelbagai penyelidikan dibuat untuk menghasilkan penemuan


dan pembangunan (P&P) baharu dan mengembangkan teknologi robotik.
Hasil penyelidikan akan digunakan dalam pelbagai sektor seperti
industri automobil / industri penerokaan angkasa lepas - planet
Marikh.

3. Membantu bidang Membantu doktor menjalankan pembedahan yang serius dan


perubatan mendiagnosis penyakit kronik / pembedahan organ kecil yang
memerlukan gerakan yang terhad - pembedahan mata, jantung dan
otak.
Pembedahan robotik jauh lebih tepat dan teliti selain
mengurangkan pendarahan dan kerosakan tisu.
Hasil yang diperoleh lebih tepat kerana kaedahnya boleh
diprogramkan.
Boleh mempercepat proses rawatan seperti penyakit kanser.

4. Meningkatkan kualiti dan Penggunaan robot dalam bidang perindustrian dapat


produktiviti produk / meningkatkan kualiti pengeluaran.
mencapai piawaian Produk yang dikeluarkan mencapai tahap piawaian yang telah
ditetapkan.
Hasil pengeluaran lebih selamat digunakan.
Sebagai contoh: industri pemasangan kereta (Robot Unimate 2003)
digunakan di kilang kereta Proton.

5. Meningkatkan industri Teknologi robotik digunakan secara meluas dalam pembuatan


perfileman negara filem yang berunsurkan sains fiksyen
Dapat menggantikan tenaga manusia dalam adegan aksi yang
berisiko tinggi
Masa penerbitan filem dapat disingkatkan.
Sebagai contoh: 'Star Wars','Terminator' dan 'Robocop'
Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

Keburukan Teknologi Robotik

6. Manusia menjadi malas, Manusia terlalu bergantung kepada robot untuk melakukan tugas
kurang berfikir dan tidak dan kerja.
berinisiatif Manusia menjadi semakin malas dan pasif untuk berfikir. Hanya
tahu mengendalikan robot tetapi tidak tahu cara mencipta robot

7. Robot tidak fleksibel Hanya melaksanakan kerja yang diprogramkan sahaja.


Kos yang tinggi diperlukan untuk memasukkan program yang baru.
Tidak mempunyai otak seperti manusia yang boleh berfikir atau
melakukan sesuatu yang abstrak dan kreatif (seperti tugas-tugas
yang melibatkan hubungan sesama manusia, perasaan, emosi dan
psikologi)

8. Menutup peluang pekerjaan Apabila semua kerja di kilang telah diambil alih oleh teknologi
robot
Peluang pekerjaan menjadi terhad, kadar pengangguran meningkat

9. Kos yang tinggi Penghasilan robot memerlukan kos yang tinggi


Terpaksa mengimport teknologi robot daripada negara-negara
maju - Jepun, Amerika Syarikat

KESIMPULAN
Teknologi robotik mempunyai pelbagai manfaat kepada pembangunan negara. Namun kita tidak seharusnya
terlalu bergantung kepada teknologi ini.

SKEMA JAWAPAN: 2 + 3 / 3 + 2
Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

22. Teknologi Hijau dalam usaha untuk mengurangkan pemanasan global demi kelestarian manusia dan alam
sekitar. Bincangkan langkah-langkah membangunkan Teknologi Hijau.

PENGENALAN
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara
alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia

BIL IDEA HURAIAN


Langkah-Langkah Membangunkan Teknologi Hijau
1. Pembangunan sumber tenaga Penggunaan sumber fosil sebagai sumber tenaga menyebabkan
alternatif berlakunya pencemaran melalui pelepasan gas karbon monoksida
oleh kenderaan dan sektor perkilangan
Pembangunan sumber tenaga alternatif seperti biodiesel dan
biogas di samping tenaga hidro, tenaga angin serta tenaga solar
dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil
Penggunaan sumber tenaga alternatif yang dibangunkan dapat
mengelakkan berlakunya pembebasan karbon monoksida yang
membawa kepada pencemaran dan pemanasan global

2. Membangunkan konsep Menumpukan kepada penjimatan tenaga, air dan bahan


bangunan hijau (green pernbuatan dalam pembinaan bangunan dan rumah kediaman
building) Penjimatan tenaga di bangunan hijau banyak berdasarkan kepada
reka bentuk dan penggunaan bahan binaan yang mesra alam.
Diterima di beberapa negara maju seperti Jerman, Amerika
Syarikat dan Britain.

3. Mengembangkan penggunaan Contoh kenderaan hibrid dan kenderaan solar.


kenderaan mesra alam Kenderaan tidak lagi digerakkan oleh bahan bakar fosil yang
mencemarkan sebaliknya menggunakan tenaga solar dan biogas
Dapat menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan
pencemaran
Digunakan di negara Jepun

4. Mempertingkat Penyelidikan Tumpuan kepada aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau
dan pembangunan membangunkan teknologi hijau
(P&P) Penghasilan produk yang mesra alam serta praktikal
Para penyelidik boleh menghasilkan teknologi yang dapat
menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber
seperti tenaga dan air
Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boreh dikomersilkan
Contohnya syarikat Malaysia seperti Top Glove, pengeluar sarung
tangan getah terkemuka dunia memanfaatkan teknologi hijau
dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan
sistemnya
Sarung-sarung tangan getah yang dihasilkan merupakan produk
terbiodegradasikan (biodegradable) dan mesra persekitaran,
menggunakan bahan mentah atau sumber semula jadi yang
mampan
Memulihara persekitaran semula jadi untuk mengurangkan kesan
negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia

5. Aplikasikan dalam amalan Penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam
hidup seharian melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian
Membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli
botol-botol air yang diperbuat daripada plastik
Menggunakan bekas sendiri ketika membeli makanan untuk
mengurangkan penggunaan bekas styrofoam atau plastik yang
Salmiah binti Ramli (rasahati), Penggal 1, 2018

tidak mesra alam.


Membawa beg sendiri ketika membeli-belah untuk mengurangkan
penggunaan beg plastik yang mencemarkan alam sekitar

6. Penggunaan peralatan mesra Penggunaan barangan elektrik yang jimat tenaga dan tidak
alam mencemarkan alam sekitar
Penggunaan lampu dan barangan elektrik seperti pendingin hawa,
ketuhar dan peti sejuk yang cekap tenaga
Dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan
pencemaran alam

7. Penggunaan teknologi nano Merupakan pengeluaran atom pada skala nanometer atau satu per
hijau billion meter yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan
pelbagai produk
Contohnya penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi
berkecekapan tinggi akan menjimatkan penggunaan tenaga

8. Kitar semula bahan buangan Menggunakan bahan buangan seperti kertas, kaca, plastik dan
sebagainya untuk dikitar semula
Dapat menjimatkan sumber dan mengelakkan pembuangan
sampah Mengelakkan pencemaran

KESIMPULAN
Pengguna secara keseluruhan wajar mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi hijau dan bukan
semata-mata ingin menyelamatkan alam sekitar. Oleh itu, Malaysia perlu mewujudkan suasana ekonomi dan
kewangan yang menggalakkan semua bentuk pelaburan dalam bidang teknologi hijau.

SKEMA JAWAPAN: 5 + 0

You might also like