You are on page 1of 34

TOPIK 4 :

DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA


Amalan Demokrasi di Malaysia
1. Kerajaan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
umum.
2. Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat itu pula
boleh terdiri daripada
◦ anggota parti politik yang berlainan atau
◦ calon bebas, iaitu calon yang tidak mewakili
mana-mana parti politik.
3. Parti politik yang memenangi majoriti mudah
bilangan kerusi dalam pilihan raya umum akan
berkuasa untuk membentuk kerajaan.
4. Berteraskan konsep “kerajaan rakyat, oleh
rakyat, dan untuk rakyat”.
5. Malaysia mengamalkan
◦ doktrin pengasingan kuasa
◦ bentuk pemerintahan berdasarkan sistem
raja berperlembagaan.
SISTEM PILIHAN RAYA DI
MALAYSIA
Malaysia mengamalkan Demorasi
Berparlimen disamping mengekalkan
sistem Raja Berperlembagaan
Di peringkat negeri, Raja/Sultan @ Yang
di-Pertua Negeri merupakan Pemerintah
Berperlembagaan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
bertanggungjawab mengadakan pilihan
raya
Pilihan Raya Umum
1. Mengikut Perlembagaan Persekutuan,
pilihan raya umum diadakan sekali
dalam tempoh lima tahun.
2. Pilihan raya umum boleh diadakan
lebih awal daripada tempoh lima tahun
itu jika Parlimen dibubarkan oleh Yang
di-Pertuan Agong
3. Dewan Undangan Negeri dibubarkan
oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri
lebih awal daripada tempohnya.
4. Pilihan raya umum dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.
5. Pilihan raya umum terbahagi kepada
pilihan raya kawasan Parlimen dan
pilihan raya kawasan Dewan Undangan
Negeri.
6. Pilihan raya umum untuk kawasan
Parlimen dan kawasan Dewan Undangan
Negeri tidak semestinya diadakan
serentak.
Perbezaan antara Pilihan Raya
Kawasan Parlimen dengan Pilihan
Raya Kawasan Dewan Undangan
Negeri
1. Setiap negeri di Malaysia terbahagi kepada
kawasan Parlimen dan kawasan Dewan
Undangan Negeri.
2. Dalam sesebuah kawasan Parlimen pula,
terdapat beberapa buah kawasan Dewan
Undangan Negeri.
3. Calon yang bertanding di kawasan Parlimen
akan dipilih untuk menjadi ahli Dewan
Rakyat.
4. Calon yang bertanding di kawasan Dewan Undangan
Negeri akan dipilih untuk menjadi ahli Dewan
Undangan Negeri.
5. Setiap pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan raya
akan diberi dua keping kertas undi: sekeping kertas
undi untuk mengundi ahli Dewan Rakyat dan
sekeping kertas undi untuk mengundi ahli Dewan
Undangan Negeri.
6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan
Putrajaya, terdapat kawasan Parlimen sahaja. Oleh itu,
pengundi akan memilih ahli Dewan Rakyat sahaja.
Perbezaan antara Pilihan Raya Umum
dengan Pilihan Raya Kecil
1. Pilihan Raya Umum
a) Melibatkan semua kawasan Parlimen dan
kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh
negara
b) Diadakan apabila:
i. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri terbubar
secara automatik apabila cukup tempoh lima tahun,
atau
ii. Parlimen dibubarkan lebih awal oleh Yang di-
Pertuan Agong dan Dewan Undangan Negeri
dibubarkan lebih awal oleh raja atau Yang di-Pertua
Negeri
2. Pilihan Raya Kecil
a) Melibatkan sesebuah kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri
b) Berlaku kekosongan luar jangka kerusi Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
c) Sebab;
i. Didapati hilang kelayakan, atau
ii. Meletakkan jawatan, atau
iii. Meninggal dunia, atau
iv. Dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah
pilihan raya.
3. Jika kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri itu berlaku dalam dua
tahun terakhir daripada tempoh lima tahun Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, pilihan raya
kecil tidak perlu diadakan.
4. Namun demikian, jika kekosongan luar jangka kerusi
Dewan rakyat atau Dewan Undangan Negeri itu
menyebabkan parti yang memerintah kehilangan
majoriti, Speaker Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri akan meminta Suruhanjaya Pilihan
Raya mengadakan pilihan raya kecil untuk mengisi
kekosongan kerusi tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Keanggotaan
1. Suruhanjaya Pilihan Raya ialah badan yang bebas
daripada kawalan politik.
2. Menurut Perkara 114 Fasal (1), anggota-anggota
Suruhanjaya Pilihan Raya terdiri daripada :
a) Seorang Pengerusi
b) Seorang Timbalan Pengerusi
c) Lima orang anggota yang lain
3. Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis raja-raja.
4. Syarat-syarat untuk menjadi anggota
SPR:
i. Tidak melebihi umur 66 tahun
ii. Bukan seorang yang muflis
iii. Tidak memegang pekerjaan bergaji(tetapi
boleh memegang jawatan kebajikan sosial)
iv. Bukan ahli politik seperti ahli parlimen atau
ahli DUN
6. Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
dengan mengutus surat yang
ditandatanganinya kepada Yang di-Pertuan
Agong.
7. Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
yang boleh dipecat daripada jawatannya oleh
Yang di-Pertuan Agong atas alasan-alasan dan
dengan cara yang sama seperti hakim
Mahkamah Persekutuan, iaitu melalui tribunal.
8. Namun demkian, menurut Perkara 114 Fasal (4),
Yang di-Pertuan Agong boleh memecat seseorang
anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tanpa melalui
tribunal jika dia
a) Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan, atau
b) Mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau
pekerjaan bergaji di luar tugas jawatannya, atau
c) Menjadi ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri.
9. Saraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
ditanggung oleh Kumpilan Wang Persekutuan
Disatukan.
Tugas-tugas
Suruhanjaya Pilihan Raya
1. Menentukan tarikh pilihan raya (penamaan calon
dan hari pengundian) untuk pilihan raya umum dan
pilihan raya kecil.
2. Menjalankan pilihan raya umum untuk memilih
wakil-wakil bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri.
3. Menjalankan pilihan raya kecil untuk mengisi
kekosongan luar jangka dalam kerusi Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri.
4. Mendaftarkan pemilih baharu serta menyemak daftar
pemilih dan urusan ini dijalankan setiap tahun.
5. Mendaftarkan dan memastikan calon-calon yang
bertanding memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan.
6. Melantik pegawai-pegawai untuk menjalankan pilihan raya.
7. Mengurus pengundian melalui pos.
8. Mengisytiharkan pihak yang layak membentuk kerajaan
selepas mengetahui keputusan pilihan raya.
9. Mewartakan keputusan pilihan raya.
10. Menyampaikan keputusan pilihan raya kawasan Parlimen
kepada Yang di-Pertuan Agong dan keputusan pilihan raya
kawasan Dewan Undangan Negeri kepada raja atau Yang
di-Pertua Negeri.
11. Menerima rayuan-rayuan tentang perjalanan
sesuatu pilihan raya,
12. Memastikan setiap calon yang bertanding
menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya
dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan
raya diwartakan.
13. Mengkaji hal-hal tentang persempadanan
kawasan pilihan raya sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh 8-10 tahun (dilakukan dengan
majoriti 2/3 Majlis Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri).
Persempadanan Semula bahagian-
Bahagian Pilihan Raya
Mengkaji semula sempadan Bahagian-
Bahagian Pilihan raya Parlimen dan
Negeri
Syor awal persempadanan bahagian
pilihan raya hendaklah dimaklumkan
kepada Yang diPertua Dewan Rakyat dan
Perdana Menteri dan disiarkan dalam
Warta Kerajaan.
Kelayakan Pemilih (Pengundi)
a) Mendaftar dengan SPR
b) Warganegara Malaysia
c) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
pada tarikh kelayakan;
d) Seorang penduduk di mana-mana
bahagian pilihan raya di Malaysia
e) Tidak hilang kelayakan
Hilang kelayakan menjadi
pemilih
a) Tidak waras
b) Menjadi banduan
c) Dijatuhi hukuman gantung sampai mati
d) Didapati bersalah di bawah Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954
e) Telah memperoleh kewarganegaraan
asing
Kelayakan Calon (Bertanding)
Warganegara Malaysia dan bermastautin
di negara ini
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun
pada hari penamaan calon
Tinggal di negeri dimana dia akan
bertanding
Hilang Kelayakan Menjadi
Calon
Tidak siuman
Didapati bankrap
Memegang jawatan berkepentingan “office of profit”
Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan
raya
Didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan
dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun
atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum
mendapat pengampunan
Memperoleh kewarganegaraan asing
Tempoh Pilihan Raya
Diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun
Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan
dalam tempoh 60 hari selepas tarikh
pembubaran
Pilihan Raya Kecil (PRK)
◦ 60 hari (Semenanjung) dan 90 hari (Sabah &
Sarawak) dari tarikh kekosongan
◦ Tarikh kekosongan ditentukan oleh SPR
Proses Pilihan Raya
1. Semakan Daftar Pemilih yang Sedia Ada
2. Pendaftaran Pemilih Baru
3. Semakan Semula Daftar Pemilih
4. Pembubaran Parlimen
5. Penetapan Tarikh Pilihan Raya Umum (dalam tempoh 60 hari/90
hari)
6. Hari Penamaan Calon
7. Hari Pengundian (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
8. Pengiraan Undi (pada malam hari mengundi)
9. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
10. Kerajaan Dibentuk (Perdana Menteri dilantik dan Kabinet
dibentuk)
11. Parlimen Bersidang (dalam tempoh 120 hari daripada tarikh
pembubaran Parlimen)
Pengundi Tidak Hadir / Pengundi Pos
a) Ahli panel dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
b) Petugas pilihan raya
c) Anggota polis
d) Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang
bertugas (termasuk suami/isteri)
e) Anggota mana-mana perkhidmatan awam yang
sedang berkhidmat di luar negara (termasuk
suami/isteri)
f) Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara
(termasuk suami/isteri)
Deposit
Berjumlah RM10, 000 bagi kerusi
Parlimen dan RM5, 000 bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri
Calon hilang wang deposit sekiranya
gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah
undi yang diperoleh oleh semua calon
yang bertanding di dalam sesuatu
bahagian pilihan raya berkenaan.
Petisyen Pilihan Raya
Keputusanpilihan raya boleh dicabar di
mahakmah.
◦ Dibuat atas sebab ketidakpatuhan undang-
undang dan peraturan pilihan raya.
Dikemukakan ke Mahkamah Tinggi
dalam masa 21 hari selepas tarikh pilihan
raya disiarkan dalam Warta Kerajaan
Keputusan Mahkamah Tinggi boleh
dirayu ke Mahkamah Persekutuan
Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Perbelanjaan Pilihan Raya tidak boleh
melebihi RM200, 000 bagi Dewan Rakyat
dan RM100, 000 bagi Dewan Undangan
Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar
kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri
dalam tempoh 31 hari selepas tarikh
keputusan pilihan raya disiarkan dalam
Warta Kerajaan
Elemen Penting Pilihan raya
Bahagian Pilihan Raya
Pemilih
Calon
Proses Pilihan Raya
Tamat…

You might also like