You are on page 1of 19

Dewan Rakyat dan Dewan Negara

1) Huraikan proses penggubalan undang-undang di parlimen dan

keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen.

Pengenalan

Konsep parlimen secara umum ialah jarak masa sesuatu kerajaan terbentuk mulai
tarikh pilihanraya hingga ke suatu pilihanraya seterusnya.Manakala konsep
parlimen secara khusus pula ialah parlimen merupakan badan perundangan
tertinggi yang diberi kuasa menggubal dan meluluskan undang undang pada
peringkat persekutuan. Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang di-
Pertuan Agong. Persidangan Parlimen tidak boleh ditangguhkan enam bulan
berselang diantara mesyuarat akhir bagi satu penggal dengan mesyuarat pertama
bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal untuk selama lima tahun dari
tarikh mesyuaratnya yang pertama. Apabila genap lima tahun, Parlimen akan bubar
dengan sendirinya melainkan sebelum cukup tempoh ia dibubarkan oleh Yang di-
Pertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan, pilihanraya umum akan diadakan
dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi semenanjung dan 90 hari bagi
Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat dari 120
hari selepas tarikh pembubarannya. Semua mesyuarat Parlimen disusun dalam satu
kalendar yang dinamakan Takwin Parlimen. Kalendar ini dibahagi kepada lima
bahagian dan setiap penggal mengambil masa selama satu tahun. Parlimen tidak
bersidang di sepanjang penggal tetapi mengadakan mesyuarat sebanyak tiga atau
empat kali dalam satu penggal. Setiap satu mesyuarat mengambil masa selama dua
minggu bagi Dewan Rakyat, manakala Dewan Negara pula memakan masa selama
satu minggu, kecuali mesyuarat belanjawan yang mengambil masa selama lima
atau enam minggu. Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen utama iaitu
Yang di-Pertuan Agong(YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong adalah komponen pertama dan merupakan komponen

paling utama dalam Parlimen Malaysia. Baginda tidak menghadiri diri dalam
Persidangan Parlimen. Yang di-Pertuan Agong hanya bertitah di pembukaan rasmi
penggal Parlimen. Baginda memiliki kuasa memanggil, membatal dan
membubarkan Parlimen. Dalam Melaksanakan kuasa-kuasa ini, baginda mendapat
nasihat daripada Jemaah Menteri.

Dewan Negara

Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia. Ia juga

merupakan Majlis Tertinggi atau Senat. Fungsi utama Dewan Negara ialah
membahaskan rang undang undang dengan lebih halus dan terperinci. Disamping
itu, Dewan Negara membincangkan perkara perkara yang berkaitan dengan
kepentingan umum.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara hendaklah

dianggotai 70 orang ahli. Keanggotaan ini hendaklah terdiri 26 orang ahli yang
dipilih dari 13 negeri iaitu dua orang wakil dari setiap negeri dan dicalonkan oleh
Dewan Undangan Negeri daripada bukan kalangan ahli Dewan.Manakala 44 orang
ahli lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong(YDPA) termasuk dua dari wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, satu dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu dari
Wilayah Persekutuan Labuan. Mereka yang dilantik biasanya merupakan orang
yang telah membuat jasa yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah
mencapai tahap kepujian dalam lapangan professional, perundangan, perusahan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili
kaum-kaum minoriti atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang
asli.

Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun iaitu satu
penggal dan tidak terbatal keahlian dengan pembubaran Parlimen. Tempoh
maksimum jawatan ahli Dewan Negara berkhidmat bagi seseorang ahli adalah
selama enam tahun iaitu dua penggal. Ahli Dewan Negara digelar Senator.
Kelayakkan bagi seseorang ahli Dewan Negara mestilah warganegara Malaysia.
Mereka mesti berumur 30 tahun keatas dan dicalon oleh Dewan Undangan Negeri
atau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang ahli itu boleh berhenti
daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada Yang diPertua Dewan Negara.
Sekiranya seseorang ahli tidak hadir dalam setiap mesyuarat Dewan Negara maka
Dewan mengistiharkan tempat ahli tersebut sebagai kosong. Jika ahli tidak hadir
dalam tempoh tiga bulan selepas dipilih maka terhentilah beliau daripada menjadi
ahli Dewan. Jika berlaku kekosongan, ia hendaklah diisi mengikut syarat-syarat
yang terkandung dalam Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan. Tiap ahli Dewan
Negara akan mengangkat sumpah sebelum mengambil tempatnya di Dewan
Negara.

Bagi mengendalikan perjalanan persidangan atau Mesyuarat Dewan Negara,

seorang Yang diPertua atau Timbalan Yang diPertua dipilih dari kalangan ahli-ahli
Dewan itu sendiri. Tugas utama Yang diPertua adalah mempengerusikan sidang
Dewan, menjaga tatatertib Dewan dan peraturan dipatuhi, sebagai jurucakap
Dewan dan memastikan bilangan mencukupi untuk sidang dijalankan sekurang
kurangnya 10 orang. Jika seseorang ahli Dewan telah terpilih maka beliau
hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Negeri. Jika Yang diPertua atau Timbalan
Yang diPertua tidak hadir dalam persidangan Dewan Negara maka tugas Yang
diPertua boleh dilaksanakan oleh seorang ahli Dewan lain yang dipilih mengikut
peraturan Dewan Negara. Dewan Negara juga mempunyai Setiausaha yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Mengikut Perkara 68 Perlembagaan
Persekutuan,Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan. Namun begitu, Dewan Negara
mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu rang undang- undang
sebagaimana yang tercatat dibawah perlembagaan tersebut.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ia merupakan

satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan
pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih
menerusi sistem pilihanraya pelbagai parti. Setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau kawasan Parlimen.
Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang
dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya. Pensempadanan semula kawasan ini hanya boleh diluluskan di Dewan
Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang kurang dua pertiga ahli
ahli dewan. Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
atau menjadi ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh waktu
yang sama, atau menjadi ahli Dewan Negara mewakili dua negeri atau menjadi ahli
Dewan Negara secara perlantikan dan pilihan dalam tempoh waktu yang sama.

Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hendaklah

dianggotai oleh 209 ahli daripada 13 buah negeri dalam Persekutuan, 11 ahli
daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli daripada Wilayah
Persekuan Labuan dan seorang ahli Wilayah Persekutuan Putrajaya. Setiap
warganegara yang bermastautin di Persekutuan Malaysia adalah layak menjadi ahli
Dewan Rakyat. Mereka hendaklah berumur tidak kurang daripada 21 tahun,
hendaklah waras fikiran, bukan seorang muflis, tidak memegang sebarang jawatan
berpendapatan, tidak mempunyai rekod jenayah dan telah menyerahkan apa apa
penyata perbelanjaan pilihanraya sebelum ini jika pernah bertanding. Melainkan
seseorang itu hilang kelayakkan menjadi ahli menurut perlembagaan itu atau
mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat mengikut Perkara 48
Perlembagaan tersebut. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen,
setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah dihadapan Yang di Pertua Dewan
Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan. Tempoh ahli Dewan Rakyat atau ahli Parlimen akan tamat apabila
Parlimen dibubar. Tetapi, mereka boleh berhenti dengan menulis surat kepada
Yang Dipertua Dewan Rakyat. Seseorang ahli Dewan Rakyat dianggap berhenti
menjadi ahli jika beliau hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan
Persekutuan.Seseorang ahli mana-mana Majlis Parlimen boleh berhenti daripada
menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani oleh ahli itu sendiri
kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Jika seseorang ahli Parlimen tidak hadir
pada setiap persidangan Majlis selama tempoh enam bulan dengan tiada kebenaran
Majlis maka Majlis hendaklah mengistaharkan kerusinya kosong. Seseorang ahli
mana-mana Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran tidak hadir dalam
persidangan Majlis Parlimen yang ianya menjadi ahli maka ahli itu tidak boleh
selama tempoh kebenaran itu menyertai dengan apa juga cara,hal -ehwal dan
urusan Majlis berkenaan.Setiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah taat
setia kepada negara ini dan juga perlembagaannya sebelum mengambil tempatnya
di Parlimen. Sebelum mengangkat sumpah, seseorang ahli Dewan Rakyat layak
mengambil bahagian dalam pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dipilih sama ada dikalangan ahli-ahli Dewan
Rakyat ataupun seorang lain yang layak dipilih. Tugas bagi Yang Dipertua adalah
mempengerusikan Dewan Rakyat, menjadi jurucakap Dewan, memastikan
peraturan dan tatatertib dewan dipatuhi oleh ahli-ahli Dewan Rakyat,
memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya jika mempunyai kekosongan
kerusi dan memastikan sidang Dewan cukup untuk bersidang iaitu sekurang-
kurangnya 26 orang ahli Dewan tidak termasuk beliau. Jika Yang Dipertua itu
dipilih daripada orang yang bukan ahli Dewan Rakyat maka beliau dianggap
sebagai ahli tambahan Dewan. Namun demikian, beliau tidak layak dilantik
menjadi Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha
Parlimen. Beliau juga tidak boleh mengundi sebarang perbahasan di dalam Dewan
Rakyat kecuali jika undi penentu diperlukan sekiranya undi menyokong dan
membantah sama banyak. Seorang Timbalan Yang Dipertua juga perlu dilantik dan
beliau perlu dipilih dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat itu sendiri. Jika kedua-dua
Yang Diprtua dan Timbalan Yang Dipertua tidak hadir dalam persidangan Dewan
Rakyat maka tugas-tugas mereka boleh dijalankan oleh seorang ahli lain yang
dipilih mengikut Peraturan Dewan Rakyat. Seperti juga Dewan Negara,Dewan
Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di- Pertuan
Agong. Setiausaha Dewan Rakyat menguruskan kelicinan pentadbiran Dewan.
Beliau memegang jawatan sehingga usia 60 tahun. Hanya penubuhan tribunal
boleh memecat Setiausaha Dewan Rakyat.

Proses Penggubalan undang-undang di Parlimen

Menjalankan Kuasa Perundangan

Kedua-dua Majlis Parlimen memainkan peranan penting dalam proses

perundangan. Parlimen membuat undang-undang mengikut peraturan tertentu yang
telah ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang dibuat melalui beberapa peringkat tertentu. Jika seseorang Menteri
bercadang hendak membentangkan rang undang-undang di Parlimen maka beliau
hendaklah merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan rang undang-undang
tersebut dan kemudian mengadakan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara,
Perbendaharaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan. Jabatan Peguam
Negara bertanggungjawab menyediakan draf rang undang-undang tersebut.
Apabila draf rang undang-undang diluluskan oleh Jemaah Menteri maka ia akan
dibentangkan oleh Menteri berkenaan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen. Rang
undang-undang tersebut akan melalui empat peringkat sebelum ia diluluskan iaitu
Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan
Kali Ketiga. Kebanyakkan undang undang hanya memerlukan sokongan majority
mudah untuk diluluskan.Namun , dalam beberapa keadaan, majority dua pertiga
adalah diperlukan seperti dalam hal hal berkaitan meminda
perlembagaan.Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undang undang itu
kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan
sebelum ini akan dilakukan sekali lagi.

Bacaan Kali Pertama

Bacaan Kali Pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang undang

tersebut. Di peringkat ini ,Menteri akan mengemukakan rang undang-undang yang
berkenaan kepada semua ahli Dewan Rakyat.Setiausaha Dewan Rakyat akan
membacakan tajuk ringkas rang undang-undang tersebut. Selepas itu, Menteri akan
mengumumkan masa untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga kepada
ahli Dewan Rakyat.

Bacaan Kali Kedua

Bacaan Kali Kedua adalah untuk dibincang dan dibahas oleh ahli ahli yang
berhormat. Peringkat ini merupakan yang sangat penting dalam proses membuat
undang-undang. Diperingkat ini, rang undang-undang akan dibahaskan secara
terperinci oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Perbahasan ini akan ditumpukan kepada
aspek kebaikan ,keburukan, kesan dan pengaruh undang-undang berkenaan kepada
rakyat dan negara. Menteri bertanggungjawab untuk menerangkan dan
menjelaskan ke atas sebarang pertanyaan yang diajukan oleh Wakil-Wakil Rakyat
mengenai rang undang-undang yang diperbahaskan. Suara majority 2/3 Dewan
perlu untuk meluluskan rang undang-undang ini. Selepas peringkat ini, rang
undang-undang berkenaan akan dibincang di Peringkat Jawatankuasa.

Peringkat Jawatankuasa

Fasal-fasal yang terkandung dalam rang undang-undang akan disemak secara

terperinci mengikut urutan dan susunannya oleh satu jawatankuasa.Dalam
peringkat ini,jawatankuasa berkuasa untuk membuat pindaan ke atas rang undang-
undang jika didapati rang undang-undang perlu dipinda.

Bacaan Kali Ketiga

Rang undang-undang yang telah disemak oleh Jawatankuasa akan dibaca semula
oleh Menteri yang berkenaan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mendapatkan
kelulusan Dewan tersebut. Rang undang-undang akan dibentangkan di Dewan
Negara selepas ia diluluskan oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini
kemudiannya akan dibahas oleh Dewan Negara. Rang undang-undang akan dibaca
untuk kali pertama, kedua dan ketiga di Dewan Negara kemudian diluluskan. Rang
undang-undang akan dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas ia diluluskan oleh kedua-dua
Majlis Parlimen untuk persetujuan Baginda. Rang undang-undang secara rasminya
menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Semua undang-undang perlu diwartakan kepada masyarakat umum sebelum
berkuatkuasa dalam Persekutuan.Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila
diwartakan. Namun begitu, tarikh penguatkuasaannya ditentukan oleh undang-
undang itu sendiri. Proses yang dilaksanakan ini membuktikan bahawa sesuatu
rang undang-undang perlu dibahas secara terperinci supaya ia dapat
dikuatkuasakan dengan adil dan saksama.

Penutup

Parlimen mempunyai tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA),
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di Pertuan Agong (YDPA) merupakan
komponen tertinggi di dalam Parlimen dikuti oleh Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Yang di Pertuan Agong ( YDPA) mempunyai kuasa merasmi,
memanggil dan membubarkan Parlimen mengikut budi bicara Baginda. Selain itu ,
Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik ahli Dewan. Dewan Negara dan
Dewan Rakyat boleh dianggotai dengan memenuhi syarat dan peruntukan yang
telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya syarat dan
peruntukan yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipatuhi
maka seseorang itu akan hilang kelayakkan menjadi ahli menurut Perlembagaan itu
atau mengikut mana mana undang undang yang dibuat mengikut Perkara 48
Perlembagaan Persekutuan tersebut. Kedua dua Majlis Parlimen memainkan
peranan penting dalam proses perundangan. Parlimen membuat undang undang
mengikut peraturan tertentu yang telah ditetap dalam Bab 5 Acara Perundangan
Perlembagaan Persekutuan. Sesebuah undang undang yang ingin dicadangkan
mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu menteri berkenaan dan dibantu oleh
Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut dikenali sebagai rang undang undang
dan dibahas oleh ahli ahli Dewan Rakyat kemudian Dewan Negara.Rang undang
undang ini perlu melalui beberapa peringkat dalam persidangan Dewan iaitu
Bacaan Kali Pertama untuk memperkenalkan rang undang undang tersebut,
Bacaan Kali Kedua untuk membincangkan dan membahas rang undang undang
dari segi dasar oleh ahli ahli Yang Berhormat, Peringkat Jawatankuasa untuk
membincangkan secara mendalam dan Bacaan Kali Ketiga untuk membahaskan
semula rang undang undang tersebut dengan pindaan terperinci oleh
Jawatankuasa Dewan. Sekiranya diluluskan, Dewan Negara akan mengulang
kembali proses proses seperti di Dewan Rakyat. Kemudian rang undang undang
tersebut akan dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong
untuk mendapat perkenaan Baginda dan rang tersebut akan diwartakan dalam
Warta Kerajaan untuk ditandatangani kerajaan dan dikuatkuasakan.
Kesimpulannya, sesebuah rang undang undang itu perlu melalui banyak
peringkat sebelum diluluskan dan dikuatkuasaka.

Rujukan

1. Buku Kenegaraan Malaysia, Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti, Ruslan

Zainudin, Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman.

Labels: Pengajian Malaysia

Newer Post Older Post Home

Follow by Email

Google Translate

Powered by Translate

Search

Labels
Anatomi (13) Asas Sains Gunaan (4) Biokimia (28) Biostatistik (6) Diagnostik Hematologi
(60) English (2) Imunohematologi (38) Kenal Faham Komputer (2) Mikrobiologi (37)
Parasitologi (42) Patologi (5) Pengajian Islam (2) Pengajian Malaysia (5) Pengenalan
Teknologi Makmal Perubatan (5) Sitologi (16) Sosiologi (1) Teknik histologi (7)

Popular Posts
Pengajian Malaysia - Proses Pembentukan Malaysia
Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Pengajian Malaysia - Parlimen

Followers
Kunjungan
655565

Traffic Feed
Koleksi
2013 (111)
o October (13)
o April (29)
o March (66)
Urinalisis
Media agar
RENJATAN DAN EDEMA
PENGENALAN KEPADA PARASIT MALARIA
MORFOLOGI P. falciparum, P. vivax, P. malariae, & ...
JENIS JENIS UJIAN ASAS BIOKIMIA
Teknik Ujian Penyaringan Antibodi Hemolisin
JENIS-JENIS PEWARNAAN
SISTEM KARDIOVASKULAR
Penwarnaan Leishman
METHAMPHETAMINE (SYABU)
HIPERGLISEMIA
Ancylostoma ceylanium ( Hookworm )
MULTI-CHANNEL
Penganalisaan enzim Alkaline phosphatase (ALP) dal...
PENGALISIAN SAMPEL FESES SECARA MAKROKOPIK
SEL EPITELIUM & BUKAN EPITELIUM
UJIAN-UJIAN PENYARINGAN
UJIAN SEROLOGI ( TEKNIK IMUNOFLUORESEN )
Ujian kerapuhan osmosis ( Osmotic Fragility Test )...
Ujian Denaturasi Alkali
Ujian Anti-Human Globulin ( Ujian Coomb ).
UJIAN COOMBS CONTROL (CCC)
Ujian Du
PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Myasthenia gravis (MG) dengan Plasmapheresis
Penaksiran Aras Kreatinin Dalam Urin
Menaksir Kolesterol Bebas dalam Darah.
Menaksir Aras Glukosa Darah.
Tekanan Darah
Penyediaan Hemolysate.
Pembilang Sel Platlet.
Mengkaji Peralatan Pembilang SDM, SDP, dan Platlet...
JAUNDIS
JADUAL BERKALA MODEN
Coombs test
Pungutan Dan Pemprosesan Contoh Darah.
PROSES HEMATOPOEISIS
JENIS-JENIS DARAH
KUMPULAN DARAH SCIANNA
KUMPULAN DARAH KIDD
KUMPULAN ABO DAN RHESUS (TEKNIK TIDAK LANGSUNG)
Kumpulan ABO dan RHESUS (TEKNIK LANGSUNG)
KETAKNORMALAN PEREDARAN DARAH
LEUKEMIA KRONIK
LEUKEMIA AKUT
LEUKEMIA
KONSEP ASAS LEUKEMIA
DIAGNOSIS LEUKEMIA MIELOID KRONIK MENGGUNAKAN
KAED...
Apa itu Leukemia?
ANEMIA PENYAKIT KRONIK
ANEMIA KEKEKURANGAN FERUM (IRON DEFICIENCY
ANAEMIA...
KRITERIA PENDERMA YANG SESUAI DAN SIHAT
KRITERIA MENDERMA DARAH
Dewan Rakyat dan Dewan Negara
THALASSEMIA
WESTER BLOT IMMUNOASSAY & PCR ( POLYMERASE
CHAIN R...
Virus Measles ( Campak )
Keselamatan Makmal dan Kewaspadaan Universal.
KESELAMATAN DAN PERALATAN MAKMAL
ALAT RADAS DI DALAM MAKMAL BIOKIMIA
KAJIAN KES HEPATITIS A
KAJIAN KES MENGENAI Clostridium Perfringens YANG M...
KAJIAN KES PENYAKIT CHAGAS
HEMOLYTIC DISEASES OF NEWBORN ( HDN )
ABNORMALITI MORFOLOGI SEL DARAH MERAH
o February (1)
o January (2)

2012 (129)

koleksitugasan.blogspot.com

ISTILAH UNDANG-UNDANG MUDAH

1. istilah umum kehakiman

Istilah Makna
- Alibi - Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika
sesuatu jenayah dilakukan
- Afidavit - Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang
sesuatu hal ( dalam kes jenayah atau sivil )sebarang penipuan dalam afidavit boleh
menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara , dokumen ini akan dikemukakan di
mahkamah
- Certiorari - Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh
mahkamah yang lebih rendah
- Habeas corpus - Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan
yang tidak mengikut undang-undang
- injuksi - Perintah bertulis mehkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu
tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu
- mandamus - Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam
yang tertentu
- Sine die -Menangguhkan sesuatu kes sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan
- Prima facie- Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes
- Saman - Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang
disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Sapina - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk
menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan
- Waran - Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain untuk
menangkap orang yang dinamakan dalam waran
- Writ- Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak yang
kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang
ditetapkan .
- Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yg perlu dipatuhi
sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil

You might also like