You are on page 1of 22

KERTAS DASAR

PERTANDINGAN BAHAS
PIALA KETUA MENTERI 2005
MUKADIMAH

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri ialah pertandingan tahunan yang dibuka kepada
para pelajar Sekolah Menengah. Bagaimanapun bagi sekolah-sekolah yang tidak
mempunyai Tingkatan 4 ke atas tidak layak menyertai pertandingan ini. Projek ini
merupakan salah satu projek sumbangan murni RTM kepada pelaksanaan Dasar Bahasa
Kebangsaan di Sarawak yang dijadikan dasar rasmi mulai tahun1985.

Pertandingan dalam bentuk yang ada sekarang telah dipelapori oleh RTM dalam
tahun1986. Pada tahun ini pertandingan ini hanya diadakan untuk sekolah-sekolah di
Bahagian Kuching/Samarahan. Mulai tahun 1987 pertandingan ini diperluas ke seluruh
negeri. Jumlah penyertaannya meningkat daripada 14 buah sekolah dalam tahun 1986
kepada 131 buah sekolah tahun 2000 dan 141 buah sekolah dalam tahun 2003
(bertambah 10 buah sekolah)

Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, beberapa perubahan dan


penyesuaian telah dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur. Perubahan format bahas,
pembahagian zon dan kelompok serta sistem pertandingan dilakukan sesuai dengan
kehendak semasa. Pada tahun ini ada sedikit perubahan dalam pembahagian zon, iaitu
pembahgian zon mengikut bahagian (8 zon) kecuali Bahagian/Zon Miri dan Bintulu masih
lagi digabung. Apa yang ada pada hari ini adalah yang terbaik untuk mencapai
matlamat asal pertandingan ini.

Di samping prestasinya yang semakin meningkat setiap tahun projek ini juga
mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar khasnya dan masyarakat umum amnya.
Y.A.B. Ketua Menteri sendiri mecadangkan kegiatan ini dijadikan aktiviti tahunan dengan
mendapat peruntukan khas dari Jabatan Ketua Menteri. Keperihatinan dan pandangan
jauh Y.A.B. Ketua Menteri Sarawak telah menjadikan projek ini amat berprestij, berjaya
dan sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan
masyarakat.

Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak yang telah dipelapori oleh Jabatan Penyiaran Malaysia
Sarawak ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi-agensi lain seperti
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dan
Pejabat Residen dan Daerah. Panduan agensi-agensi ini menjadi ramuan penting dalam
memastikan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak ini berjalan dengan licin serta telah
berjaya mencapai matlamatnya.

TUJUAN

Projek ini bertujuan:

i. Mengasah dan mencungkil bakat pelajar-pelajar yang berpotensi dalam


perbahasan

ii. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai tajuk-tajuk yang


berkaitan isu-isu semasa.

iii. Meningkatkan mutu dan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu.

iv. Mendedahkan para pelajar sekolah kepada suasana berbahas yang seluas
mungkin

MATLAMAT
1
Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar di sekolah Menengah Kerajaan, Bantuan dan
Maktab-maktab Rendah di seluruh Negeri Sarawak. Setiap sekolah hanya dibenarkan
menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang (3 orang peserta bahas dan
seorang peserta simpanan)

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam, pasukan sekolah berkenaan


tidak boleh mengandungi lebih daripada seorang pelajar dari Tingkatan tersebut.

Perubahan atau pertukaran ahli pasukan boleh dibuat dengan memberitahu pihak
penganjur secara lisan sekurang-kurangnya seminggu dan secara bertulis sekurang-
kurangnya dua hari sebelum diadakan sesi pertandingan yang berkaitan. Dua kali
perubahan dalam satu musim saja dibenarkan.

STRATEGI PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan dalam tiga peringkat iaitu:-

i. Peringkat Kelompok (Awal)


ii. Peirngkat Zon (Bahagian)
iii. Peringkat Negeri

Dua sistem digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan peringkat, iaitu secara sistem
kalah mati (knock out) di peringkat zon dan peringkat awal antara zon dan kalah setelah
dua perlawanan (double knock out) di pusingan kedua peringkat antara zon.

Mulai tahun 2001 pembahagian zon adalah mengikut Bahagian (kecuali Bahagian
Miri/Bintulu) seperti berikut:

ZON A : Sekolah-Sekolah di Bahagian Kuching


ZON B : Sekolah-Sekolah di Bahagian Samarahan
ZON C : Sekolah-Sekolah di Bahagian Sri Aman
ZON D : Sekolah-Sekolah di Bahagian Betong
ZON E : Sekolah-Sekolah di Bahagian Sibu
ZON F : Sekolah-Sekolah di Bahagian Mukah
ZON G : Sekolah-Sekolah di Bahagian Miri
ZON H : Sekolah-Sekolah di Bahagian Bintulu
ZON I : Sekolah-Sekolah di Bahagian Limbang
ZON J : Sekolah-Sekolah di Bahagian Sarikei
ZON K : Sekolah-Sekolah di Bahagian Kapit

Setiap zon pula dibahagikan kepada maksimum empat kelompok berdasarkan faktor
geografi dan wibawa. Pembahagian kelompok adalah terserah kepada Jawatankuasa
peringkat zon.

PERTANDINGAN PERINGKAT KELOMPOK DAN ZON

Pengelola pertandingan peringkat zon ialah Jawatankuasa Pertandingan Bahas di Zon


masing-masing, kecuali Zon A dan E akan dikendalikan langsung oleh Jawatankuasa
Induk.

Pertandingan Peringkat Kelompok dan Zon akan bermula dalam bulan ____________ 2005
dan mesti selesai pada atau sebelum _________ 2005

PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARA ZON/BAHAGIAN

2
Pasukan yang menjadi juar a setiap zon/bahagian layak ke pertanidngan antara zon
yang akan diadakan selama 4 minggu dalam bulan Jun. Pengundian akan dilakukan
untuk menentukan kedudukan dan rakan perlawanan.

PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

Dua pasukan yang menang diperingkat antara zon akan memasuki pertandingan
akhirnegeri yang akan diadakan pada bulan Ogos sempena Hari Kebangsaan (tarikh,
masa dan tempat akan ditentukan oleh Pejabat Y.A.B. Menteri Sarawak)

Jawatankuasa Induk
Pertandingan Bahasa Piala Ketua Menteri 2005

Penaung
Y.A.B. Pehin Sri Dr. HJaji Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak

Pengerusi Bersama:

Hajah Norhayati Haji Ismail


Pengerah Penyiaran Kawasan Sarawak

Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah


Pengarah Pelajaran Sarawak

Pengerusi Pengelola : Hajah Siam Haji Ali (Tim. Pengarah Rancangan)


Timbalan Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah
Pengelola I Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Timbalan Pengerusi II : Pengarah Dewan Bahsa Dan Pustaka
Pengurus Projek : Encik Saiee Dris
Setiausaha Bersama: : Encik Montgomery Montahar
: Encik Mohadi Mobin
Penolong Setiausaha : Encik Afandy Haji Julaihi
Bendahari : Puan Habsah Abdullah
Ahli-Ahli : Encik Wilson Eddie Gaong
: Encik Abang Sulaiman Abang Joh
: Encik Nicholas Boyok Pura
: Encik Ali Haji Ngasio
: Encik Isamudin Ahmad
: Encik Leng Pek Chau
: Encik Tan Lip Khoon
: Wakil dari PSPN
: Wakil dari DBP

PERATURAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2005

3
1. Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Melayu

2. Peruntukan masa berbahas adalah seperti berikut:

Pembahas I - 5 minit
Pembahas II - 5 minit
Pembahas III - 5 minit
Penggulung bahas - 7 minit

Masa dikira dari perkataan pertama diucapkan oleh peserta.

3. Loceng/Buzer akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali
apabila masa tamat. Markah tidak akan diberikan oleh jemaah hakim setelah
loceng penamat (loceng/buzer kedua) dibunyikan. Pengerusi berhak mencelah
dan meminta pembahas menamatkan hujahnya jika pembahas masih
meneruskan hujahnya selepas loceng penamat dibunyikan.

4. Pembahas pertama ditetapkan sebagai penggulung perbahasan bagi kedua-dua


pasukan.

5. Pembahas adalah diadili dari segi ketetapan isi termasuk penghuraian dan
penyusunan idea dan lojik, kelancaran bahasa dengan sebutan baku,
penyampaian yang meyakinkan dan keupayaan membidas hujah-hujah pihak
lawan.

6. Markah akan dipotong jika pembahas membaca nota atau skrip lima ayat atau
lebih secara bersambung-sambung.

7. Apa-apa kritikan yang menyentuh peribadi seseorang dan isu-isu sentisif atau
politik yang berlawanan dengan agama, bangsa dan kebudayaan dilarang sama
sekali. Pengerusi pertanidngan berhak menegur atau memberhentikan peserta
yang melanggar peraturan ini dan markah akan dipotong.

8. Peserta tidak dibenarkan menghentak meja, menuding jari atau menunjukkan


genggaman tangan mereka aksi-aksi lain yang kurang sopan kepada penonton
atau pihak lawan atau menimbulkan gangguan terhadai perjalanan sesi
perbahasan.

9. Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan tidak dibenarkan.

10. Keputusan hakim adalah muktamad.

4
PANDUAN PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN BAHAS PEIALA KETUA MENTERI 2005

1. Kriteria Penghakiman:

Pertandingan Bahas ini akan dihakimi dan dinilai berlandaskan kriteria


pertandingan bahas sedunia. Tiga aspek penting yang akan diberi perhatian oleh
para hakim ialah:

I. Hujah 50 markah
II. Struktur / Pendekatan 20 markah
III. Gaya/Bahasa 30 markah

2. Hujah (matter):

Penilaian oleh hakim dibuat berdasarkan mutu hujah yang disampaikan serta cara
hujah-hujah itu disusun dengan baik dan seterusnya disampaikan dengan
berkesan dan menarik.

Setiap hujah perlu mempunyai ciri-ciri berikut:-

2.1 Tema (case-line)


2.2 Logik dan tepat
2.3 Menggunakan contoh-contoh yang berkesan untuk membuktikan
kebenaran hujah.
2.4 Mendefinasikan frasa-frasa, perkataaan-perkataan dan ayat-ayat penting
berlandaskan sudut pandangan dan pendirian pembahas sendiri yang
boleh diterima oleh orang lain.

3. Struktur

Hakim akan memberi tumpuan dari segi mutu pengurusan dan penyusunan idea
dan hujah serta kerja berpasukan setiap pembahas dalam pasukan.

3.1 Setiap pembahas dari pencadang atau pembangkang perlu menunjukkan


kaitan kerja berpasukan memalui pelbagai eleman semasa menyampaikan
hujah-hujah dan bidasan masing-masing.
3.2 Mengemukakan tema yang tepat dan menghuraikannya dengan konsisten.
3.3 Terdapat pertalian yang rapat di antara hujah-hujah yang dikemukakan
oleh setiap pembahas dalam pasukan masing-masing.
3.4 Setiap pembahas menunjukkan strukturn dan originsasi hujah yang
berkesan dalam memperjelas dan memperkukuh pendirian pasukan
terhadap tajuk yang dibahaskan.
3.5 Hakim juga akan melihat kemampuan pembahas setiap pasukan
memberikan reaksi yang sesuai terhadap perkembangan situasi
perbahasan

4. Gaya/Bahasa:
Hakim akan menilai aspek-aspek berikut:

4.1 Stail vokal


4.2 Penggunaan bahasa yang betul dan menarik
4.3 Penggunaan nota rujukan yang sesuai dan tepat
4.4 Penggunaan gerak-geri badan yang sesuai dan berkesan
4.5 Cara berpakaian
4.6 Penampilan keikhlasan (Impression of sincerity)

5
4.7 Cara membahas dan membidas hujah pasukan lawan
4.8 Terdapat unsur-unsur kecindan (jenaka) yang menarik dan sesuai

5. Tugas Setiap Pembahas:

5.1 Pembahas pertama pasukan pencadang:

- Definisikan tajuk perbahasan


- Jelaskan isu-isu penting yang berkaitan
- Berikatn garis kasar struktur pasukan
- Nyatakan aspek-aspek penting yang berkaitan pendirian pasukan yang
akan dibahaaskanoleh rakan sepasukan
- Jelas dan buktikan pendirian dengan memberikan hujah-hujah yang
mantap terhadap tema yang dikemukakan

5.2 Pembahas pertama pasukan pembangkang

- Jelaskan perkara-perkara yang tidak disetujui dengan hujah yang


dikemukakan oleh pihak pencadang.
- Perdebatkan setiap perkara yang tidak disetujui dengan pendirian
pencadang termasuk definisi pihak pencadang (jika perlu).
- Nyatakan garis kasar atau struktur pasukan pembangkang.
- Berikan hujah-hujah yang boleh meyakinkan untuk memperkukuh
pendirian pembangkang.

5.3 Pembahas kedua pihak pencadang:

- Nyatakan perkara-perkara pokok yang tidak disetujui dengan hujah-


hujah yang diberikan oleh pihak pembangkang yang pertama.
Perdebatan definasi dan perkukuh pendirian pasukan pencadang.
- Bidas satu atau beberapa hujah penting pasukan pembangkang.
- Jika perlu berdebatkan segala hujah atas dasar mempertahankan
pendirian pencadang terhadap segala bidasan yang diberikan oleh
pihak lawan.
- Berikan hujah-hujah tambahan bagi memperkukuh pendirian pasukan
pencadang.

5.4 Pembahas kedua pasukan pembangkang:

- Bidas aspek-aspek penting yang dikemukakan oleh pihak pencadang.


- Jika perlu, perdebatkan isu-isu definisi jika masih memerlukan
penjelasan untuk meneguhkan pendirian pembangkan.
- Berikan hujah-hujah tambahan untuk memperkukuhkan pendirian
pembangkang mengikut bidang atau bahagian yang diberikan
kepadanya sebagai pembahas kedua.

5.5 Pembahas ketiga pihak pencadang:


- Bidas dan cuba musnahkan segala hujah pihak pembangkang secara
keseluruhan.
- Rujuk semula kepada tema asal pasukan pencadang dan perkukuh
dengan beberapa penjelasan dan isi serta contoh-contoh.
- Simpulkan segala hujah dan pendirian pencadang.
- Boleh mengemukakan beberapa rujukan yang baharu atau bukti-bukti
baharu jika perlu untuk memperkukuhkan pendirian pasukan
pencadang.

6
5.6 Pembahas ketiga pasukan pembangkang:
- Perjelas pendirian pihak pembangkang.
- Berikan definisi yang terbaharu jika dicabar oleh pencadang yang
kedua.
- Bidas semua hujah pencadang yang belum dibidas.
- Pembangkang ketiga tidak perlu mengemukakan hujah-hujah yang
terbaharu.

6. Penggulungan Perbahasan:

6.1 Penggulungan dilakukan oleh pembahas pertama setiap pasukan.


6.2 Penggulungan dilakukan oleh pembahas hendaklah membuat
penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pembahas pertama
pasukan pencadang.
6.3 Penggulungan perbahasan ialah rumusan umum terhadap keseluruhan
perbahasan meliputin kesimpulan hujah dan bidasan yang dikemukakan.
6.4 Penggulungan seharusnya mempunyai ciri-ciri analisis terhadap dua atau
tiga isu pokok yang diperdebatkan.
6.5 Penggulungan hendaklah mampu menunjukkan bahawa pendekatan yang
dibawa oleh pasukan lawan terhadap tajuk yang dibahasakan kurang tepat
dan pendekatan pasukan penggulung tersebut yang paling tepat.

7
PANDUAN ASAS PENGHAKIMAN

Aspek Pemarkahan Mengikut Peserta :

PENCADANG PEMBANGKANG
Pencadang Pertama Pembangkang Pertama

1. Definisi 1 Membidas definisi /temah/hujah


.
2. Tema 2 Definisi/Tema
.
3. Hujah 1 pasukan 3 Hujah 1
.
4. Hujah 2 pasukan 4 Hujah 2
.
5. Rumusan 5 Rumusan
.
Pencadang Kedua Pembangkang Kedua

1. Membetulkan Definisi/tema 1 Membidas


.
2. Membidas 2 Hujah 3 pasukan
.
3. Hujan 3 pasukan 3 Hujah 4 pasukan
.
4. Hujah 4 pasukan 4 Rumusan
.
5. Rumusan

Pencadang Kedua Pembangkang Kedua

1. Membetulkan Definisi/tema 1 Membidas


.
2. Membidas 2 Hujah 3 pasukan
.
3. Hujan 3 pasukan 3 Hujah 4 pasukan
.
4. Hujah 4 pasukan 4 Rumusan
.
5. Rumusan

Pencadang Ketiga Pembangkang Ketiga

1. Mempertahankan kes bidasan 1 Mempertahankan kes bidasan


kumpulan . kumpulan
2. Pengkukuhkan secara keseluruhan 2 Pengkukuhan secara keseluruhan
.
3. Mengenal pasti yang tidak disejui 3 Mengenalpasti yang tidak disetujui
daripada pihak lawan . daripada pihak lawan
4. Bidas 4 Bidas
.
5. Rumusan 5 Rumusan
.

Penggulung (Pembahas Pertama) Penggulung (Pembahas Pertama)

1. Menggulung dan tiada bidasan. 1 Menggulung dan tiada bidasan.


.

8
(CONTOH KERTAS PENGHAKIMAN SEPERTI DI LAMPIRAN A1)

Tugas Pengerusi Perbahasan

1. Memperkenalkan para pembahas, hakim dan penjaga masa.

2. Pengerusi hendaklah memberikan amaran kepada para penonton jika


terdapat sebarang gangguan seperti membuat bising dan sebagainya.

3. Pengerusi boleh menegur mana-mana pembahas yang menunjukkan


tingkah laku yang melanggar peraturan perbahasan

4. Pengerusi tidak boleh memberikan komen-komen terhadap tajuk dan


hujah-hujah yang diberikan semasa perbahasan sedang berjalan.

5. Pengerusi boleh menghentikan perbahasan jika keadaan memerlukan atas


sebab-sebab yang dijelaskan di dalam peraturan perbahasan.

6. Pengerusi hendaklah memberikan ruang senyap selama satu minit kepada


para hakim untuk menentukan markah bagi pembahas yang telah
berhujah sebelum mempersilakan pembahas berikutnya berhujah.

9
SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK MENYERTAI
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2005

Zon A
[ Bahagian Kuching ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon B
[ Bahagian Samarahan ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.

10
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon C
[ Bahagian Sri Aman ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon D
[ Bahagian Betong]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.

11
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon E
[ Bahagian Sibu ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

12
Zon F
[ Bahagian Mukah ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon G
[ Bahagian Miri ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.

13
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon H
[ Bahagian Bintulu ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
14
13. 27
.
14.

Zon I
Bahagian Limbang

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon J
[ Bahagian Sarikei ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17

15
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

Zon K
[ Bahagian Kapit ]

1. 15
.
2. 16
.
3. 17
.
4. 18
.
5. 19
.
6. 20
.
7. 21
.
8. 22
.
9. 23
.
10. 24
16
.
11. 25
.
12. 26
.
13. 27
.
14.

17
HADIAH-HADIAH

Hadiah-hadiah ditawarkan adalah seperti berikut:

PERINGKAT AKHIR ZON

JOHAN
Piala (untuk setiap peserta dan sekolah
Wang Tunai RM 500.00
Sijil

NAIB JOHAN
Piala (untuk setiap peserta dan sekolah
Wang Tunai RM 300.00
Sijil

PEMBAHAS TERBAIK
Piala
Wang Tunai RM 500.00
Sijil

PERINGKAT AKHIR NEGERI

JOHAN
Piala Pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak
Piala Iringan (untuk setiap peserta dan sekolah)
Wang Tunai RM 3,000.00
Sijil ditandatangani oleh YAB Ketua Mnteri

NAIB JOHAN
Piala (untuk setiap peserta dan sekolah
Wang Tunai RM 2,000.00
Sijil ditandatangani oleh YAB Ketua Meneri

PEMBAHAS TERBAIK
Piala
Wang Tunai RM 500.00
Sijil ditandatangani oleh YAB Ketua Meneri

NB: Mulai tahun ini tiada hadiah untuk peringkat kelompok

18
CADANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2005

BUKU CENDERAMATA RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Negeri RM

CENDERAMATA VIP RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Negeri RM

HADIAH (PIALA) RM

Peringkat Zon

Johan RM
Naib Johan RM
Pembahas Terbaik Zon RM

Peringkat Zon

Johan RM
Naib Johan RM
Pembahas Terbaik Zon RM

SIJIL PENYERTAAN RM

Sijil (untuk semua peserta dan petugas RM

HIASAN PENTAS / BACK DROP RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Antara Zon RM
Peringkat Negeri RM

KAIN RENTANG RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Negeri RM

19
JAMUAN RM

Peringkat Akhir Zon RM


Peringkat Akhir Zon RM
Peringkat Negeri

PENGANGKUTAN (Tambang) RM

Peringkat Zon
Guru Pengiring (Tuntutan) RM
Hakim (Tuntutan) RM
AJK Zon (Tuntutan)
Peserta Zon (teksi/bas)

Peringkat Antara Zon


Guru Pengiring (MAS) RM
AJK Antara Zon RM
Hakim
Peserta

Peringkat Negeri
Guru Pengiring (MAS) RM
AJK Zon RM
Hakim
Peserta

HAKIM (Saguhati) RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Antara Zon RM
Peringkat Negeri RM

PENGERUSI (Saguhati) RM

Peringkat Akhir Zon RM


Peringkat Akhir Zon RM
Peringkat Negeri

PENJAGA MASA (Saguhati) RM

Peringkat Akhir Zon RM


Peringkat Akhir Zon RM
Peringkat Negeri

PENGINAPAN (Pasukan Bermalam) RM

20
Peringkat Zon
Guru Pengiring RM
Peserta RM
AJK RM

Peringkat Antara Zon


Guru Pengiring RM
AJK RM
Hakim RM
Peserta RM

Peringkat Negeri
Guru Pengiring (MAS) RM
AJK Zon RM
Hakim
Peserta

HAKIM (Saguhati) RM
(2 zon dari luar pusat pertandingan)
Guru Pengiring RM
AJK Pengiring RM
Peserta RM
Hakim RM

ELAUN SARA HIDUP RM

Peringkat Zon
Guru Pengiring RM
AJK Pengiring RM
Peserta RM

Peringkat Antara Zon


Guru Pengiring RM
AJK RM
Peserta RM

Peringkat Negeri
Guru Pengiring RM
AJK Pengiring RM
Hakim RM
Peserta RM

21
URUSETIA (RENCAM) RM

Peringkat Zon RM
Peringkat Antara Zon RM
Peringkat Negeri RM

PIALA PUSINGAN (BARU) RM

Justifikasi:

Piala Pusingan yang baru wajar dibeli atas sebab-sebab berikut:

i. piala yang ada sekarang dalam keadaan yang tidak begitu baik; telah berapa kali
patah dan dibaiki (rosak)

ii. dengan memasuki alaf baru dan era baru serta sistem pertandingan yang juga
berubah dan semakin mencabar dan canggih serta menjadi pertandingan ini amat
berprestij maka amat wajarlah sebuah Piala Pusingan yangbaru dibeli.

HP EXTERNAL CD - WRITER RM

Justifikasi:

JUMLAH BESAR RM

RINGGIT
:

22

You might also like