You are on page 1of 5

PERTANDINGAN

STORYTELLING SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT DAERAH MANJUNG
2020

KERTAS KERJA
PENGELOLAAN

SJK (T) MUKIM PUNDUT,


32200 LUMUT,
PERAK DARUL RIDZUAN

1
1. PENDAHULUAN
Pertandingan ‘Storytelling’ merupakan satu pertandingan koakademik
yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, PPD Manjung setiap tahun. Ia
dibuka kepada sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis
kebangsaan yang terdapat di Daerah Manjung. Pertandingan tahun
ini dijalankan atas talian (online).

2. MATLAMAT
Pertandingan ini bertujuan untuk menanam minat murid untuk
menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa sejak dari
sekolah rendah lagi.

3. OBJEKTIF
i) Melahirkan murid yang petah Bahasa Inggeris.
ii) Meningkatkan kemahiran mengingat dan melahirkan idea
secara spontan.
iii) Menyediakan ruang untuk belajar sambil menikmati
kegembiraan dan keseronokan.

4. ANJURAN
Unit Kokurikulum, PPD Manjung

5. PENGERUSI PERTANDINGAN
SJK (T) Mukim Pundut

6. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : En. Pakeanathan a/l Ponnuchamy
(Guru Besar SJKT Mukim Pundut)
Penyelaras : Pn. Mariammah a/p Krishnan
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Bawani a/p Shagaran
(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Pegawai Teknikal : Pn. Dalina binti Zainal Abidin
BI Sekolah Rendah (SK Sungai Wangi)

2
7. SASARAN

Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang murid sahaja. Terbuka kepada


murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga 6) dari sekolah kebangsaan
atau sekolah jenis kebangsaan. Sekolah kurang murid (SKM) boleh
disertai oleh murid Tahun 3.

8. TARIKH

Tarikh tutup adalah pada 6 Ogos 2020 (Khamis). Video hendaklah


dihantar kepada pengerusi pertandingan melalui Google Drive Link
yang akan disediakan. Persembahan perlu dirakam dan disimpan
dalam format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV. Semua video harus
dihantar pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Video yang
dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

9. BORANG PENYERTAAN

Borang Penyertaan pelu dihantar melalui Google Form yang disediakan


oleh pengerusi pertandingan pada atau sebelum 3 Ogos 2020 (Isnin).

10. HAKIM
Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

11. YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan adalah RM5.00 bagi setiap sekolah yang mengambil
bahagian. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada pengerusi
pertandingan.

12. SIJIL DAN HADIAH

Sijil kepujian dan hadiah akan diberikan kepada para pemenang. Sijil
penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan sijil
penghargaan kepada guru pembimbing serta para hakim.

13. SYARAT-SYARAT (disertakan untuk rujukan)


3
14. MAKLUMAT TAMBAHAN

i) Cerita Fairy tales / myths dan legends tidak dibenarkan seperti


tahun-tahun lepas.

ii) Murid perlu mereka cerita berkaitan dengan persekitaran diri


mereka sendiri.

Contoh: ‘My Best Friend and I’


‘My Experience During Covid 19 Pandemic’

iii) Soft copy skrip cerita perlu dihantar kepada pengerusi


pertandingan melalui Whatsapp atau Telegram.

iv) Backdrop / muzik / kesan bunyi / prop tidak dibenarkan untuk


diguna. Penggunaan kostum dibenakan.

v) Dalam sesi Penghakiman 1, para hakim akan memilih 5 video


terbaik untuk bahagian pertama pertandingan iaitu Prepared.

vi) Dalam sesi Penghakiman 2 pula, para hakim akan menjalankan


bahagian kedua pertandingan iaitu Impromthu secara
besemuka dengan 5 orang peserta yang terpilih.

vii) Daripada bahagian 2 iaitu Impromthu 3 orang peserta terbaik


akan diumumkan sebagai pemenang peringat daerah.

viii) Hanya Johan akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

viiii) Dalam bahagian 2 iaitu Impromthu perkataan tidak akan


diberikan seperti tahun-tahun lepas. Murid akan diberi rangkai
kata (Phrase) atau ayat (Sentence) pada tahun ini.

x) Murid akan diminta menggunakan rangkai kata atau ayat


tersebut di awal, di pertengahan atau di akhir cerita mereka.

xi) Hakim adalah sama bagi kedua-dua bahagian pertandingan.

xii) Sekiranya ada pertanyaan mengenai tajuk cerita dan juga


syarat pertandingan boleh menghubungi Pegawai Teknikal
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Pn. Dalina binti Zainal Abidin
(012- 4485144).
4
15. PENUTUP

Semoga program yang dirancang dan bakal terlaksana ini akan


memberi impak yang berguna dan berfaedah kepada semua
terutamanya kepada murid, guru dan pentadbir samaada di
peringkat sekolah dan PPD. Semoga dengan adanya sokongan padu
daripada semua pihak, pertandingan ini dapat direalisasikan demi
mencapai matlamat dan objektif bersama.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Pn. Mariammah a/p Krishnan


(PK Kokurikulum SJKT Mukim Pundut)

disahkan oleh,

En. Pakeanathan a/l Ponnuchamy


(Guru Besar SJKT Mukim Pundut)

You might also like