You are on page 1of 19

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SYARAHAN DAN

UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU SJKC DAN SJKT


PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

ANJURAN

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANDINGAN SYARAHAN
1.0 PENGENALAN
Hasrat untuk mengadakan Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa
Melayu ini datangnya daripada segolongan warga pendidik sekolah jenis
kebangsaan yang merasakan bahawa penggunaan dan penguasaan bahasa
Malaysia pada dulunya dan kini ialah bahasa Melayu dalam kalangan murid kaum
bukan Melayu yang bersekolah di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) masih cuba untuk
dikuasai dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, pada tahun 1983 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memenuhi
hasrat ini yang diberi nama Jawatankuasa Kempen Bahasa Melayu atau
singkatannya KBM dan Peringkat Kebangsaan Piala Perpaduan kali yang pertama
telah berjaya diadakan pada 17 November 1983, bertempat di SJK (C) Kuen Cheng,
Kuala Lumpur. Upacara perasmian itu telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dr. Tan
Tiong Hong, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu. Penaung pertandingan
ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang turut menghadiahkan sebuah piala
pusingan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil bertutur, menguasai
serta mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.

2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina dan SJK Tamil di
Malaysia.

2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa


Melayu’’.

2.4 Membiasakan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan


syarahan.

2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap


menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik.
Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada
suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tegas dan bersemangat untuk
menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk. Selain itu, gaya
persembahan yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang menarik,
dapat difahami, memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik.

3.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

3.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua,
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu.

3.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar empat (4) penyertaan terbaik
bagi syarahan dan sepuluh (10) penyertaan terbaik bagi ujian bertulis.

3.4 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan


berkaitan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak.

3.5 Rakaman video yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. Pihak
KPM berhak menyiarkan rakaman video di mana-mana platform bagi tujuan
hebahan atau pendidikan.

3.6 Pertukaran dan penambahbaikkan rakaman dan skrip syarahan tidak


dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang telah ditetapkan oleh
pihak pegelola pertandingan.

3.7 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan,


menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat,
sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal
perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.

3.8 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks.

4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan syarahan dilaksanakan dalam DUA bahagian iaitu bahagian


pertama rakaman video syarahan berdurasi tidak melebihi lima (5) minit dan
bahagian kedua syarahan spontan berdurasi tidak melebihi tiga (3) minit
persembahan langsung secara dalam talian.
4.2 Syarahan yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan
diperluas kepada isu - isu semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang
berkaitan dengan:

a) Perpaduan dan muhibah


b) Kesopanan dan kesusilaan
c) Integrasi kaum
d) Patriotisme
e) Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Rakaman dan skrip
syarahan perlu:

5.1.1 dimuat naik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada


penganjur.

5.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video


persembahan melalui google form yang disediakan oleh penganjur
peringkat negeri atau kebangsaan.

5.1.3 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri


pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.

5.2 Format rakaman video syarahan

5.2.2 Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam secara


melintang. Saiz video: FHD 1920 X 1080 (30fps). Rakaman video penuh
yang menampakkan peserta dari bahagian kepala hingga ke kasut.

5.2.3 Persembahan peserta dalam video sahaja tidak boleh diedit dan
tiada sokongan latar belakang seperti gambar, muzik dan sebagainya.
Tiada halangan untuk penggunaan mikrofon. Namun mestilah tidak
menjejaskan audio persembahan peserta. Latar belakang yang
digalakkan warna hijau epal (apple green), merah darah/pekat, putih,
atau biru langit (sky blue).

5.2.4 Rakaman dimulakan dengan paparan nama penuh dan tajuk syarahan
sahaja. Seterusnya persembahan syarahan pusingan pertama
berdurasi tidak melebihi lima (5) minit.

5.2.5 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia


sebagai imej perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah
khas.
5.3 Format skrip pertandingan
a) Jenis font: Arial,
b) Saiz font, dan
c) Spacing 1.15

5.4 Format persembahan syarahan spontan

5.4.2 Persembahan syarahan spontan berdurasi tidak melebihi 3 minit.


Peserta akan membuat persembahan spontan berpandukan jadual
yang akan diberikan oleh pihak pengelola.

4.5.2 Tajuk syarahan spontan akan diberikan secara langsung kepada


peserta mengikut jadual yang ditetapkan. Kegagalan peserta hadir
mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan peserta tidak
dibenarkan membuat persembahan.

4.5.3 Tajuk syarahan spontan akan disediakan oleh pihak teknikal


kebangsaan. Tajuk syarahan spontan berdasarkan tema yang
terkandung dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu SJKC dan SJKT.

4.5.4 Tajuk bertemakan perpaduan tidak akan dikemukakan lagi pada


syarahan bahagian kedua spontan.

6.0 PROSES PENILAIAN

6.1 Proses penilaian peringkat negeri

6.1.1 Saringan dan penilaian persembahan akan dilaksanakan oleh pengelola


peringkat negeri.

6.1.2 Semua rakaman video dan skrip syarahan yang mewakili negeri perlu
disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk
memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan
prosedur pendaftaran.

6.2 Proses penilaian peringkat kebangsaan

6.1.1 Penilaian rakaman video dan skrip syarahan akan dilaksanakan oleh tiga
(3) orang panel hakim bagi setiap kategori pertandingan.

6.1.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.1.3 Penilaian di peringkat kebangsaan akan menggunakan sistem markah


bersepadu, secara dalam talian.
7.0 KRITERIA PENILAIAN

7.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-aluan
sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya
peserta tidak memberikan ucap selamat terlebih dahulu.

7.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak jika peserta menyentuh isu sensitif/
menunjukkan perlakuan/tutur kata yang kurang sopan.

7.3 Peserta yang membaca nota atau teks jumlah markah maksimum yang boleh
diberikan ialah 20 sahaja.
7.4 Untuk syarahan bahagian pertama (rakaman video), setiap peserta akan dinilai
berdasarkan kriteria yang berikut;

i) Idea/Isi : 20 markah
ii) Bahasa : 30 markah
iii) Penyampain : 50 markah
Jumlah : 100 markah

7.5 Untuk syarahan bahagian kedua (syarahan spontan), setiap peserta akan dinilai
berdasarkan kriteria yang berikut;

iv) Idea/Isi : 40 markah


v) Bahasa : 30 markah
vi) Penyampain : 30 markah
Jumlah : 100 markah

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.

8.1 Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap


kategori:

Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan


Naib Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

*Sijil pencapaian untuk kedudukan pertama hingga kelima akan diberikan


kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai pengiktirafan.

8.2 Juara keseluruhan turut dinamakan sebagai Juara Perpaduan.

.
9.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN

Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan berhubung


keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan Panel
Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

9.1 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan


Kokurikulum, BSKK
9.2 Pegawai BSKK
9.3 Wakil Pengelola Kebangsaan Pertandingan Pertandingan Syarahan dan Ujian
Bertulis
9.4 Ketua Teknikal Kebangsaan Pertandingan Pertandingan Syarahan dan Ujian
Bertulis
9.5 Pegawai Teknikal Pertandingan

10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka
atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk


kepada BSKK, KPM.
Rubrik pemarkahan pertandingan syarahan bahagian pertama (rakaman video)
TAHAP
ITEM CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
PENILAIAN
20-15 markah 14-10 markah 9-5 markah 4-1 markah
 Menyampaikan 3 isi  Menyampaikan 3 isi  Menyampaikan 3 isi  Menyampaikan hanya 1 isi
 Pengutaraan isi-isi yang sangat  Pengutaraan isi-isi yang bernas  Pengutaraan isi-isi yang  Pengutaraan isi-isi yang
IDEA/ISI bernas  Mengemukakan data- data, dan kurang bernas tidak bernas
(20 MARKAH)  Mengemukakan data- data, dan bahan-bahan yang tepat serta  Mengemukakan data-data, Mengemukakan data-data, dan
bahan-bahan yang sangat logik termasuk huraiannya dan bahan-bahan yang bahan-bahan yang tidak tepat
tepat, terkini, tersusun serta kurang tepat serta kurang serta tidak logik termasuk
sangat logik termasuk logik termasuk huraiannya huraiannya
huraiannya
30-25 markah 24-19 markah 18-10markah 9-1 markah
 Tatabahasa sangat tepat  Tatabahasa tepat  Tatabahasa kurang tepat  Tatabahasa tidak tepat
 Penguasaan bahasa sangat  Penguasaan bahasa baik, jelas,  Penguasaan bahasa kurang  Penguasaan bahasa tidak baik,
BAHASA baik, sangat jelas, dan sangat dan tepat serta baku baik, kurang jelas, dan kurang tidak jelas, dan tidak tepat serta
(30 MARKAH) tepat serta sangat baku  Gaya bahasa yang berkesan tepat serta kurang baku. tiada baku
 Gaya bahasa yang sangat (menepati maksud yang hendak  Gaya bahasa yang kurang  Gaya bahasa yang tidak
berkesan (sangat menepati disampaikan) berkesan (kurang menepati berkesan (tidak menepati
maksud yang hendak maksud yang hendak maksud yang hendak
disampaikan) disampaikan) disampaikan)
50-35 markah 34-20 markah 19-10 markah 9-1 markah

- Sangat petah dan - Petah dan penyampaian -Kurang petah dan -Tidak petah dan
penyampaian persembahan yang lancar penyampaian penyampaian
persembahan yang secara keseluruhan persembahan yang kurang persembahan yang tidak
sangat lancar secara - Persembahan meyakinkan lancar secara keseluruhan lancar secara keseluruhan
keseluruhan penonton - Persembahan kurang - Persembahan tidak
PENYAMPAIAN - Persembahan sangat - Gaya penyampaian meyakinkan penonton meyakinkan penonton
meyakinkan penonton (Body Language) yang - Gaya penyampaian (Body - Gaya penyampaian (Body
(50 MARKAH) - Gaya penyampaian (Body menarik Language) yang kurang Language) tidak ada.
Language) yang sangat - Intonasi suara menarik dan menarik - Intonasi tidak menarik
menarik pelbagai - Intonasi suara kurang - Susunan idea yang tidak
- Intonasi suara sangat - Susunan idea yang tertib menarik tertib
menarik dan pelbagai - berketerampilan imej dan - Susunan idea yang kurang -Tidak berketerampilan imej
- Susunan idea yang beradab tertib dan tidak beradab
sangat tertib - kurang berketerampilan imej
- Sangat berketerampilan dan kurang beradab
imej dan beradab
Rubrik pemarkahan pertandingan syarahan bahagian kedua (syarahan spontan)

TAHAP CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH


ITEM
PENILAIAN
40-30 markah 29-20 markah 19-10 markah 9-1 markah
 Menyampaikan 2 isi  Menyampaikan 2 isi  Menyampaikan 2 isi  Menyampaikan hanya 1 Idea/isi
 Pengutaraan isi-isi sangat bernas  Pengutaraan isi-isi bernas  Pengutaraan isi-isi kurang  Pengutaraan isi-isi yang tidak
IDEA/ISI  Mengemukakan data-data dan  Mengemukakan data-data dan bernas bernas
(40 MARKAH) bahan-bahan yang sangat tepat, bahan-bahan yang tepat serta  Mengemukakan data-data,  Mengemukakan data- data dan
terkini, tersusun serta sangat logik termasuk huraiannya dan bahan-bahan yang bahan-bahan tidak tepat serta
logik termasuk huraiannya sangat menarik kurang tepat serta kurang tidak logik termasuk huraian
menarik logik termasuk huraiannya
30-25 markah 24-20 markah 19-10 markah 9-1 markah
 Tatabahasa sangat baik  Tatabahasa baik  Tatabahasa kurang baik  Tatabahasa tidak baik
 Penguasaan bahasa sangat baik,  Penguasaan bahasa baik, jelas  Penguasaan bahasa kurang  Penguasaan bahasa tidak
BAHASA sangat jelas dan sangat tepat dan tepat serta baku baik, kurang jelas dan kurang baik, tidak jelas dan tidak
(30 MARKAH) serta sangat baku  Gaya bahasa yang berkesan tepat serta kurang baku. tepat serta tiada baku
 Gaya bahasa yang sangat (menepati maksud yang hendak  Gaya bahasa yang kurang  Gaya bahasa yang tidak
berkesan (sangat menepati disampaikan) berkesan (kurang menepati berkesan (tidak menepati
maksud yang hendak maksud yang hendak maksud yang hendak
diisampaikan) disampaikan) disampaikan)
30-25 markah 24-20 markah 19-10 markah 9-1 markah
 Sangat petah dan penyampaian  Petah dan penyampaian  Kurang petah dan  Tidak petah dan penyampaian
persembahan yang sangat lancar persembahan yang lancar secara penyampaian persembahan persembahan yang tidak lancar
secara keseluruhan keseluruhan yang kurang lancar secara secara keseluruhan
 persembahan sangat meyakinkan  Persembahan meyakinkan keseluruhan  Persembahan tidak meyakinkan
penonton penonton  Persembahan kurang penonton
PENYAMPAIAN  Gaya penyampaian (Body  Gaya penyampaian meyakinkan penonton  Gaya penyampaian (Body
(30 MARKAH) Language) yang sangat menarik (Body Language) menarik  Gaya penyampaian (Body Language) tidak ada.
 Intonasi suara sangat menarik  Intonasi suara menarik dan Language) kurang menarik  Intonasi tidak menarik
dan pelbagai pelbagai  Intonasi suara kurang menarik  Susunan idea yang tidak tertib
 Susunan idea yang sangat tertib  Susunan idea yang tertib  Susunan idea kurang tertib  Imej dan adab yang tidak
 Imej dan adab sangat  imej dan adab berketerampilan  imej dan adab kurang berketerampilan
berketerampilan berketerampilan
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
BORANG PE

BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN (SJK C/T) 2022
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pertama: 5 minit Peserta : ..................


Idea/ Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
Bilangan Idea/Isi
(20 markah) (2 markah) (3 markah) (1 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Idea/ Isi 1


-idea/ isi yang bernas
-huraian yang jelas Idea/Isi 2
-data / contoh yang tepat/logik
-Maksimum 3 idea/isi Idea/Isi 3
Takrifan tajuk Markah maksimum 2

Jumlah markah idea/isi dan takrifan


Bahasa
(30 markah)
Tatabahasa (10 markah)
Peserta akan diadili dari segi:
- bahasa yang jelas & kemas Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
- sebutan baku
Sebutan baku (10 markah)
- gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Jumlah markah bahasa
Penyampaian , persembahan , adab dan bonus.
(50 markah)
Peserta akan diadili dari segi:
-kepetahan Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara ( 11 markah)
-kelancaran
-intonasi suara
-gaya yang menarik/berkeyakinan Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens
-susunan idea/isi Susunan idea/isi (10 markah)
Adab Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika :- (10 markah)
- menyentuh isu sensitif
- menggunakan bahasa yang kurang sopan Adab (5 markah)
- tidak sempat membuat kesimpulan
Keterampilan imej & nilai budaya (4 markah)
Bonus: Keterampilan imej
Peserta akan diadili dari segi nilai budaya dan keterampilan imej Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan
(busana tradsional) keterampilan imej

Jumlah markah keseluruhan : 100 %


Disahkan oleh:
Tandatangan:……………………………………….

Nama Hakim :................................................................ Tarikh :...........................


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Borang pemarkahan pertandingan syarahan bahagian kedua (syarahan spontan)
BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN (SJK C/T)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Kedua: 3 minit Peserta: ................
Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
Bilangan Idea/isi
(40 markah) (5 markah) (10markah) (4markah)
Isi 1
Peserta akan diadili dari segi:
-idea/ isi yang bernas Isi 2
-huraian yang jelas
-data / contoh yang tepat/logik Takrifan tajuk (2m) Markah maksimum 2
-Maksimum 2 idea/isi
Jumlah markah idea/isi

Bahasa
(30 markah)

Tatabahasa (10 markah)


Peserta akan diadili dari segi:
- bahasa yang jelas & kemas Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
- sebutan baku
- gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Sebutan bahasa (10 markah)
Jumlah markah bahasa
Penyampaian ,persembahan , adab dan bonus.
(30 markah)
Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara meyakinkan ( 5 markah)
-kepetahan
-kelancaran Gaya yang menarik (5 markah)
-intonasi suara Isi yang tertib (5 markah)
-gaya yang menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)
-susunan idea/isi
Adab . Adab (5 markah)
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika :-
- menyentuh isu sensitif Istimewa (5 markah)
- menggunakan bahasa yang kurang sopan
- tidak sempat membuat kesimpulan
Istimewa . Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan istimewa
Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan,
kesopanan dan penampilan diri
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Disahkan oleh:
Tandatangan:………………………………………. Nama Hakim:....................................................... Tarikh :.............................
PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS
1.0 PENGENALAN

Pertandingan Ujian Bertulis ini diperkenalkan sejak 1983. Ujian Bertulis telah
mengalami perkembangan dan perubahan bentuk kandungan pertandingan. Kini,
ujian bertulis berbentuk soalan beraneka pilihan yang melibatkan aspek tatabahasa,
pemahaman dan pengetahuan am berkaitan bahasa Melayu dan perpaduan yang
bertujuan meningkatkan penyertaan dan galakan murid-murid SJKC dan SJKT
terhadap bahasa Melayu dan memberikan peluang memantapkan penguasaan
bahasa Melayu melalui pertandingan ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil bertutur, menguasai
serta mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.

2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina dan SJK Tamil di
Malaysia.

2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa


Melayu’’.

2.4 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

3.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua,
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu.

3.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar sepuluh (10) peserta terbaik
bagi ujian bertulis.

3.4 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang
telah ditetapkan oleh pihak pegelola pertandingan.

4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Soalan-soalan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Sekolah Rendah Bahasa Melayu yang melibatkan petikan,
sistem bahasa dan pengetahuan am berkaitan bahasa kebangsaan serta
perpaduan.

4.2 Diperuntukkan 60 minit untuk menjawab 100 jenis soalan beraneka pilihan.
4.3 Berikut ialah susunan perkara yang akan diuji;

i. Pemahaman
ii. Peribahasa termasuk simpulan Bahasa dan bandingan semacam
iii. Sinonim
iv. Antonim
v. Kata adjektif
vi. Kata kerja
vii. Penjodoh bilangan
viii. Kata sendi
ix. Kata ganti nama
x. Kata ganda
xi. Pengetahuan Am berkaitan bahasa dan perpaduan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Ujian bertulis dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan google
form.

5.2 Peserta perlu menggunakan emel moe digital learning (@moe-dl.edu.my)


untuk log in dan menjawab ujian bertulis tersebut.

5.3 Pengelola akan memaklumkan tarikh dan masa sebenar untuk menjawab
ujian bertulis seminggu sebelum tarikh sebenar kepada pengurus pasukan
negeri.

6.0 PROSES PENILAIAN

6.1 Kedudukan peserta akan diambil daripada analisis google form, jika
terdapat markah yang sama maka masa paling terpantas menjawab
soalan akan diberikan keutamaan. Keputusan panel hakim adalah
MUKTAMAD.

7.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut bagi setiap


kategori:
Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Naib Johan :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima :Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

*Sijil pencapaian untuk kedudukan pertama hingga kelima akan


diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai
pengiktirafan.
8.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN

Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan


berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan.
Keanggotaan Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

8.1 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum


(UPKK), BSKK
8.2 Penolong Pengarah, UPKK, BSKK
8.3 Wakil Pengelola Kebangsaan Pertandingan Ujian Bertulis SJKC & SJKT
8.4 Ketua Teknikal Kebangsaan Pertandingan Ujian Bertulis SJKC & SJKT
8.5 Pegawai Teknikal Pertandingan

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka
atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk


kepada BSKK, KPM.

You might also like