You are on page 1of 9

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN PIDATO
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
NEGERI JOHOR

TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN PIDATO

1.0 PENDAHULUAN

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara
bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan
selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian
pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya
menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan
bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang
bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan
pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap
ditelan zaman.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Membina keyakinan diri.


2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah


menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah Rendah/Menengah
Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah
Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5

2
4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta


mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke
pertandingan di peringkat negeri.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu
diwujudkan.
4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah
menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh


Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.3.2 Seorang peserta dari setiap negeri akan mewakili negeri
masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib


bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap
bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh
Ketua Hakim di hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan.
Pengacara majlis dan peserta pidato tidak dibenarkan memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.

5.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang


telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

5.2 BAHAGIAN KEDUA

3
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan
atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan
selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama. Setelah
mendapat tajuk, peserta diberi masa satu (1) minit untuk membuat
persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.3.1 Peserta sekolah menengah diberi masa tujuh (7 minit) untuk


pidato bahagian pertama, dan empat (4 minit) untuk pidato
bahagian kedua.

5.3.2 Bagi peserta sekolah rendah diberi masa lima (5 minit) untuk
pidato bahagian pertama, dan tiga (3 minit) untuk pidato
bahagian kedua

5.3.3 Loceng akan dibunyikan sekali, satu (1 minit ) sebelum tamat,


dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.

5.3.4 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi


setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

5.3.5 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan


agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.

5.3.6 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.

5.3.7 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

5.3.8 Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam


sekolah/pakaian kebangsaan.

4
5.3.9 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar
mana-mana peraturan di atas.

5.4 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PERTANDINGAN ATAS TALIAN

5.4.1 Pidato yang dihantar dan dirakam tidak boleh menyentuh


sensitiviti kaum, tiada unsur subversif atau apa-apa yang sensitif
kepada mana-mana pihak.

5.4.2 Pemilihan tajuk pidato. Murid boleh memilih salah satu tajuk
pidato yang disediakan oleh penganjur.

5.4.3 Pidato hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI


atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam
bentuk pautan kepada negeri penganjur oleh peserta tanpa
iringan muzik.

5.4.4 Suntingan audio dan video tidak dibenarkan.

5.4.5 Durasi video (pidato pertama) adalah antara lima (5) hingga
tujuh (7) minit sahaja bagi sekolah menengah dan antara empat
(4) hingga lima minit (5 minit) sahaja bagi sekolah rendah.
Manakala bagi pidato kedua (spontan) paparan masa akan ada
pada skrin. Pengiraan detik “countdown” 5 saat sebelum
bermula.

5.4.6 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik


dalam google form dan dihantar kepada Pegawai Teknikal atau
e-melkan ke alamat yang diberikan.

5.4.7 Setiap peserta hendaklah menghantar borang penyertaan yang


lengkap bersama-sama dengan rakaman video (melalui e-mel)
atau google form. Peserta dikehendaki berpakaian sekolah yang
lengkap.

5.4.8 Tarikh penghantaran video berdasarkan arahan yang akan


ditentukan kelak.

5.4.9 Pihak JPN akan membuat penjurian selepas tarikh tutup.


Keputusan hakim adalah muktamat.

5.4.10 Sebelas (11) peserta terbaik akan dihubungi oleh JPN untuk
sesi pidato spontan di peringkat akhir. Johan akan mewakili
negeri/JPN ke peringkat kebangsaan.

5
5.4.11 Peserta yang terpilih mewakili negeri masing-masing akan
bertanding di peringkat kebangsaan juga secara atas talian bagi
pidato pertama dan kedua di JPN masing-masing.

5.5 PEMILIHAN TAJUK

5.5.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk


Pidato Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu
semasa yang tersiar dalam media massa negara.

5.5.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

5.5.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di


peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada


peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan
peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini


ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.5.2.4 Enam belas (16) peserta setiap negeri dalam


pertandingan peringkat separuh akhir kebangsaan di
bahagi kepada dua kumpulan. Tiga peserta terbaik
setiap kumpulan bagi dipilih untuk ke pertandingan
akhir peringkat kebangsaan.

5.6 PERATURAN PEMARKAHAN

5.6.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea/Isi (30 markah)


4.5.1.2 Bahasa (20 markah)
4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

6
5.6.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.2 Isi (40 markah)
4.5.2.2 Bahasa (30 markah)
4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

6.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

7.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

7
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PIDATO 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

8
PILIHAN TAJUK PIDATO BAHAGIAN PERTAMA
(SEKOLAH RENDAH)

1. COVID-19 MENYATUKAN KITA


2. JENAMA MALAYSIA KEBANGGAAN KITA
3. INOVASI PEMANGKIN NEGARA MAJU
4. SAYANG BUMI, SELAMATKAN GENERASI
5. PEMIMPIN TERBILANG NEGARA CEMERLANG
6. BUDAYA POSITIF MELALUI MEDIA SOSIAL
7. INTERGRITI MEMARTABATKAN BANGSA
8. BAHASA MELAYU PENJANA KEINTELEKTUALAN BANGSA
9. IBUBAPA PEMBENTUK PERIBADI MULIA
10. TEKNOLOGI MAKLUMAT MEMBINA MASYARAKAT BERILMU

PILIHAN TAJUK PIDATO BAHAGIAN PERTAMA


(SEKOLAH MENENGAH)

1. Rakyat Bersatu Negara Makmur.


2. Budi Bahasa Imej Kita.
3. Ilmu Dicari Kejayaan Menanti.
4. Erat Silaturahim Masyarakat Bahagia.
5. Rukun Negara Teras Identiti Nasional.
6. Pelancongan Domestik Merancakkan Ekonomi Negara.

You might also like