You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI


SARAWAK TAHUN 2023

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan Peringkat Negeri.


1.2 Pertandingan secara berperingkat iaitu pemilihan ke peringkat negeri
melalui pemilihan di peringkat daerah.
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman).
1.4 Penghantaran penyertaan di peringkat negeri adalah melalui pautan
Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola.
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Ting. Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
2.2 Jumlah penyertaan setiap pasukan adalah 9 orang sahaja iaitu dengan
pecahan:
2.2.1 Murid
• 7 orang murid terdiri daripada deklamator, penyanyi dan
pemuzik
2.2.2 Guru Pengiring/Jurulatih
• 2 orang
2.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran.
2.4 Pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
2.5 Setiap PPD layak menghantar satu (1) penyertaan sahaja untuk
bertanding di peringkat negeri.

3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT


AM PERTANDINGAN

3.1 Rakaman hendaklah dilakukan secara ‘live’. ‘Miming’ tidak dibenarkan.


Sekiranya terdapat unsur suntingan penyertaan akan dibatalkan.
3.2 Penyertaan peserta adalah melalui pautan Google Form yang
disediakan oleh pengelola.
3.3 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu sudut
(pegun/statik) sahaja mengikut kesesuaian pasukan masing-masing.
3.4 Rakaman adalah dalam mod landskap.
2
3.5 Penghantaran hasil karya video hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang
dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan
menggunakan resolusi 1080HD.
3.6 Dilarang meletakkan nama sekolah atau negeri dalam video
persembahan. Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh
diletakkan.

3.7 Puisi
3.7.1 Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli peserta yang terlibat
dengan menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
3.7.2 Tema puisi ialah “MALAYSIA MADANI” dan isinya mestilah
bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif
seperti agama, budaya dan kaum.
3.7.3 Karya puisi yang dicipta perlu dideklamasikan oleh seorang
peserta (1) dan bagi nyanyian lagu puisi boleh dinyanyikan secara
solo atau berkumpulan.
3.7.4 Hanya sedikit effect echo atau reverb dibenarkan untuk vokal
manakala bagi alat muzik juga boleh digunakan dalam kadar yang
rendah tanpa menghilangkan keaslian bunyi akustik alat-alat
tersebut.

3.8 Ciptaan lagu puisi


3.8.1 Melodi lagu hendaklah ciptaan asal murid dengan bantuan guru.
Keaslian ciptaan adalah diutamakan.
3.8.2 Ciptaan lagu tidak boleh diciplak dari mana-mana pertandingan
yang telah dijalankan sebelum ini.

3.9 Instrumentasi
3.9.1 Instrumentasi adalah bebas (sesuai dengan konsep puisi dan
lagu).

4. MASA PERSEMBAHAN

Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap pasukan ialah minimum


5 minit dan maksimum 8 minit.

5. ETIKA PAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
3
6. PEMARKAHAN

6.1 Pemberatan Markah

Puisi : 45 %
Lagu : 45 %
Penghasilan Video : 10%

6.1.1 Puisi (45%)


Ciptaan : 50 markah (keindahan bahasa, diksi, tema)
Deklamasi : 40 markah (sebutan, keterampilan, penghayatan)
Muzik iringan : 10 markah (keseimbangan bunyi, kesesuaian lagu)

6.1.2 Lagu Puisi (45%)


Keaslian Melodi : 40 markah (Susunan, gubahan Melodi)
Nyanyian : 30 markah (Pic, ton suara, tempo, harmoni, imbangan)
Muzik Iringan : 30 markah (Tempo, kesesuaian rentak, imbangan)

6.1.3 Penghasilan Video (10%)


Kualiti video dan audio : 100 markah

7. PENGHAKIMAN

7.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPN Sarawak.
7.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

8. HADIAH / SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat Keempat Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat Kelima Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Anugerah Ciptaan Puisi Terbaik Sijil Pencapaian
7. Anugerah Susunan Lagu Terbaik Sijil Pencapaian
8. Anugerah Deklamator Terbaik Sijil Pencapaian
9. Anugerah Persembahan Terbaik Sijil Pencapaian
10. Penyertaan Sijil Penyertaan
4
9. PROSEDUR PENYERTAAN

9.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.


9.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.
9.3 Video yang terpilih bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang
disediakan oleh PPD pengelola.

Fail video pertandingan dinamakan dengan format


NamaPPD_TajukPuisi
(Contoh : PPDSaratok_MalaysiaMadani)

9.4 Senarai bahan/borang yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke


Google Forms pendaftaran:
9.4.1 Borang Penyertaan- Lampiran A
9.4.2 Borang penyertaan Excel (softcopy)- Muat turun dari Google
Forms pendaftaran, kemudian muat naik semula Borang Excel
yang lengkap diisi ke dalam Google Form pendaftaran.
9.4.3 Surat iringan PPD (Surat rasmi penyertaan PPD, bukan surat
sekolah)
9.4.4 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (sediakan dalam satu file
PDF sahaja untuk kesemua peserta)- lampiran C
9.4.5 Borang Karya Puisi/Lirik Lagu - Lampiran B
9.4.6 Video Pertandingan
9.4.7 Gambar Kumpulan (JPG/PNG)

10. PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada


PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google forms
pendaftaran.
5
11. TARIKH PERTANDINGAN/ GARIS MASA

Pendaftaran pertandingan peringkat negeri: 24-26 Julai 2023

Perkara Tarikh
Pendaftaran Peringkat Negeri 24-26 Julai 2023
Penjurian Peringkat Negeri 1-3 Ogos 2023
Hebahan Keputusan Peringkat Negeri 4 Ogos 2023
Tarikh JPN Hantar Penyertaan Peringkat Kebangsaan Belum ditetapkan
Penjurian Video Rakaman Peringkat Kebangsaan Belum ditetapkan
(Separuh Akhir)
Pengumuman Keputusan Lima Pasukan Terbaik Yang Belum ditetapkan
Layak ke Peringkat Akhir Kebangsaan
Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan Belum ditetapkan
(Bersemuka lima pasukan terbaik)

12. AM

12.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan kertas
konsep pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2023.
12.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
12.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui page Facebook Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan page Facebook Unit Koku JPN Sarawak.
12.4 Penyertaan peringkat kebangsaan akan melibatkan penyertaan 16 JPN
dan 1 buah sekolah BSKK (sekolah Seni Malaysia / Sekolah Sukan
Malaysia) bagi peringkat separuh akhir secara video rakaman.
Lima (5) penyertaan terbaik yang terpilih akan terus ke peringkat akhir
setiap kategori secara bersemuka.
12.5 Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
adalah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
12.6 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621
6
JUNI BIN NOR
Ketua Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Teater)
013-8450777

Pertanyaan mengenai pendaftaran peringkat negeri boleh hubungi:


MOHAMAD TARMIMIE BIN ALI
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Kokurikulum)
PPD Saratok
083-436109/ 013-8311652

7
LAMPIRAN A

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2023

BORANG PENYERTAAN

NAMA PPD
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH


E-MEL SEKOLAH
MAKLUMAT PESERTA
DEKLAMATOR/
JANTINA
KAUM PENYANYI/
BIL. NAMA PESERTA NO.KP (L/P)
PEMUZIK

4
5

7
MAKLUMAT GURU PENGIRING

BIL. NAMA GURU NO.KP KAUM NO. TEL

Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/ kami.
Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Nama Guru) Tarikh :
8

Pengesahan Pengetua: ________________________ Cop rasmi sekolah


LAMPIRAN B

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KARYA PUISI / LIRIK LAGU

NAMA SEKOLAH/PPD :
TAJUK :

9
LAMPIRAN C

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya __________________________________________ ( ibu/bapa/ penjaga*)


No. Kad Pengenalan ______________________________membenarkan anak /
anak jagaan saya ___________________________________________________
No. Kad. Pengenalan ________________________________ menyertai
Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak
Tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...........................................
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : ..............

Diisi oleh setiap peserta (murid yang mengambil bahagian)

*Potong mana yang tidak berkenaan.


10

You might also like