You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT DAERAH TAHUN 2 0 2 3

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI
SAJAK
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH
TAHUN 2023

(EDISI DALAM TALIAN)


Anjuran:
ZON SUNDAR

Kelolaan:
Pejabat Pendidikan Daerah Lawas

dengan Kerjasama:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT D A E R A H
TAHUN2023

1.0 PENGENALAN

1.1 Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan
tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima
dan sebagainya.

1.2 Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk
puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan
ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjalinkan
kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Zon Sundar dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tiga (3) pemenang peringkat daerah
akan mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri Sarawak bagi setiap
kategori. Hanya pemenang (johan) peringkat negeri bagi setiap kategori akan
bertanding ke peringkat kebangsaan.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada 1 kategori secara individu seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan
kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT D A E R A H
TAHUN2023

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias
dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut:

5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja

5.5 Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.

5.6 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu
menepati tema yang ditetapkan.

5.7 Tema di peringkat daerah adalah Wira Anti Rasuah (WAR).

5.8 Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepanduan (teleprompter)


adalah tidak dibenarkan.

5.9 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi tidak melebihi 5 minit
untuk sekolah rendah. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan
dipotong lima (5) markah daripada markah keseluruhan.

5.10 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera (komputer,


telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio.
Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun (single shoot) dan
tidak boleh melalui proses suntingan. Video tersebut hendaklah memperlihatkan
sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan hendaklah dirakam secara melintang
dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam
bentuk pautan.

5.11 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video dilakukan.

5.12 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan atau grafik
yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT D A E R A H
TAHUN2023

5.13 Penggunaan latar belakang (layar hijau) dalam video rakaman adalah dibenarkan
tetapi mestilah imej statik (tidak bergerak) sahaja dan tiada membawa sebarang
markah.

5.14 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada Pengelola mengikut tarikh yang
ditetapkan.

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak yang
bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh JPN (peringkat negeri) atau KPM
(peringkat kebangsaan).

6.2 Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan.

6.3 Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis sajak semasa persembahan.

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT D A E R A H
TAHUN2023

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:

7.1.1 Vokal 20 markah


7.1.2 Intonasi 15 markah
7.1.3 Nada 10 markah
7.1.4 Artikulasi 15 markah
7.1.5 Kelancaran 10 markah
7.1.6 Penghayatan 10 markah
7.1.7 Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah
7.1.8 Ketertiban 5 markah
7.1.9 Keterampilan 5 markah
Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua
hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dilaksanakan secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi dan sijil
pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Tempat Ketiga
9.4 Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan

10.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kertas konsep.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT D A E R A H
TAHUN2023

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar
bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara
di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan.

12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh JPN.

12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran
terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk sajak :
Pautan teks sajak/ bahan :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru
:
Besar/Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI


SAJAK PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Vokal 20
Intonasi (Peralihan Suara) 15
Suara Nada 10
(70%) Artikulasi 15
Kelancaran 10
Penghayatan 10
Gaya dan Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10
Teknik Ketertiban 5
(30%) Keterampilan 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah peserta Kedudukan Catatan
peserta
1

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
Agregat/ Keputusan
peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

10

You might also like