You are on page 1of 8

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN
SENI VISUAL KATEGORI LELAKI DAN WANITA
Sempena
e-KARNIVAL PSKPP PERINGKAT DAERAH BARAM

ANJURAN:
PSKPP CAWANGAN PPD BARAM

Tarikh Perlaksanaan:
Perkara Tarikh

Pelaksanaan di peringkat cawangan/ Daerah 11 Okt – 11 Nov 2021

Penilaian dan pendaftaran peserta yang mewakili 12 Nov 2021


cawangan/ daerah
1.0 MATLAMAT

Kertas konsep ini bertujuan untuk memberi peluang ahli PSKPP Sarawak memupuk minat,
memperkembangkan bakat dan kepekaan terhadap nilai-nilai murni dan kesenian
disamping mencungkil bakat ahli PSKPP dalam bidang seni visual.

2.0 RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa ahli PSKPP untuk
diterjemahkan dalam hasil karya;
2.2 Memberi peluang kepada ahli PSKPP yang berbakat dalam seni visual berkarya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengalaman dan peluang kepada ahli PSKPP untuk mempersembahkan
hasil karya;
3.2 Mempertingkatkan kemahiran pemikiran kreatif;
3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni visual dalam kalangan
warga Pendidikan di negeri Sarawak;
3.4 Menambah jumlah pengiat seni visual dalam kalangan warga pendidikan di
Sarawak
3.5 Aktiviti tahunan PSKPP Sarawak.

4.0 MOD PROGRAM

4.1 Pertandingan Peringkat Cawangan / Daerah penyertaan tidak ada had.


4.2 Johan bagi setiap kategori lelaki dan wanita akan mewakili cawangan ke
peringkat negeri.

4.3 Pertandingan terbahagi kepada DUA KATEGORI:


4.3.1 Kategori Lelaki: Terbuka kepada semua Ahli PSKPP berdaftar
4.3.2 Kategori Wanita: Terbuka kepada semua Ahli PSKPP berdaftar.

4.4 1 karya seni visual dari kategori Lelaki dan Wanita yang terpilih mewakili
cawangan/Daerah masing-masing akan dihantar ke peringkat negeri.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan terbuka kepada semua ahli berdaftar dengan PSKPP.


6.2 Penyertaan adalah secara individu.
6.3 Penyertaan terbahagi kepada DUA KATEGORI:
6.3.1 Kategori Lelaki.
6.3.2 Kategori Wanita.

Kategori Lelaki

Jenis Karya Catan/Media Campuran


Bahan Campuran Media Kering & Basah contoh cat air, cat akrilik, cat
minyak dan cat poster, pensil, pensil warna, pen teknikal, pen
marker, pastel dan lain-lain media yang bersesuaian dan
mudah bagi proses penghantaran
Saiz Karya Kertas Lukisan atau Kanvas bersaiz A2 (42.0 cm x 59.4 cm)
Tema KEPELBAGAIAN BUDAYA DI BUMI KENYALANG

Kategori wanita:

Jenis Karya Catan/Media Campuran


Bahan Campuran Media Kering & Basah contoh cat air, cat
akrilik, cat minyak dan cat poster, pensil, pensil warna,
pen teknikal, pen marker, pastel dan lain-lain media yang
bersesuaian dan mudah bagi proses penghantaran
Saiz Karya Kertas Lukisan atau Kanvas bersaiz A2 (42.0 cm x 59.4
cm)
Tema PANORAMA BUMI KENYALANG

6.4 Media cetakan digital TIDAK DIBENARKAN sama sekali bagi kedua-dua kategori.

6.5 Hasil karya peserta perlu dibingkai menggunakan rangka berwarna hitam dan
bercermin perspek.

6.5.1 Rangka hitam itu TIDAK DIBENARKAN BERCORAK.


6.5.2 Peserta diminta menyediakan PERSIAPAN ASAS SEPERTI
HOOK/PENYANGKUT ATAU TALI PADA BELAKANG KARYA bagi
memudahkan urusan pengantungan karya ketika pameran untuk
penhakiman.
6.5.3 Tidak dibenarkan memasang rangka mounting board/ kertas keras di dalam
bingkai (sisi karya).
6.5.4 Tidak dibenarkan melapisi karya dengan kertas lamina (Laminating film).

6.6 Hasil karya peserta hendaklah dibungkus rapi dan padat untuk dihantar ke urus
setia. Bagi peringkat negeri, proses penghantaran diuruskan oleh cawangan
masing-masing.
6.7 Pihak cawangan perlu memastikan Borang Penyertaan (hardcopy) dilekatkan
dengan kemas di belakang karya peserta sebelum membungkus karya. (rujuk
lampiran Borang A)
6.8 Peserta berhak / dibenarkan (pilihan) untuk menginsurankan karya sepanjang
proses awal dan akhir tempoh penyertaan. Segala kos insuran dan pos adalah di
bawah tanggungjawab cawangan masing-masing.
6.9 Semua hasil karya akan menjadi hak milik pihak penganjur.
6.10 Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti,
promosi, percetakan dan terbitan.
6.11 Hasil karya hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan dan penyertaan yang
tidak mematuhi syarat akan dibatalkan.

6.0 JANGKA MASA

Perkara Tarikh

Tarikh tutup pendaftaran di peringkat negeri 25.11.2021


Hasil karya kena sampai ke urus setia pada atau sebelum

7.0 PEMARKAHAN

Markah Keseluruhan = 100 markah

PENILAIAN

Gubahan Komposisi 30 markah


Kreativiti 30 markah
Interpretasi 20 markah
Kekemasan Karya 10 markah
Keaslian 10 markah

8.0 PROSUDER PENYERTAAN

9.1 Semua pendaftaran dibuat melalui penghantaran borang bersama karya fizikal ke
alamat Urus Setia Pengelola.

Urus Setia PSKPP Sarawak


D/A Unit Pembangunan Bakat Murid,

Sektor Pembangunan Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,

Jalan Diplomatik Off Jalan Bako,


93050 Petra Jaya

Kuching

9.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.

10.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada cawangan.

11.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak, Jabatan


Pendidikan Negeri Sarawak memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang
dihasilkan.

12.0 PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari urus setia JPN
Sarawak.
12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

13.0 HADIAH/ SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Piala dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Piala dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Piala dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 hingga ke-10 Medal dan Sijil Pencapaian
5. Penyertaan Sijil Penyertaan

14.0 AM

14.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Pihak Pengelola.


14.2 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

JOHNNY ANAK RASIT


Penolong Pengarah Sukan
Merangkap Setiausaha Agung PSKPP Sarawak
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
019-8592905
Borang A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SENI VISUAL SEMPENA E-KARNIVAL


PSKPP SARAWAK TAHUN
2021

1 CAWANGAN PSKPP
o LELAKI o
2 KATEGORI
WANITA
3 NAMA PESERTA
NO PENDAFTARAN
4
KEAHLIAN PSKPP
5 NAMA SEKOLAH

6 TAJUK KARYA
MEDIA/BAHAN
7
YANG DIGUNAKAN
8 SAIZ KARYA

KETERANGAN
9 KARYA (dalam 100
patah perkataan)

Cop PSKPP
….………………………………………….. Cawangan
( )
Pengesahan
Setiausaha PSKPP
10
Cawangan

Peserta perlu melengkapkan semua maklumat dalam Borang A dalam Bahasa Melayu
dikecualikan tajuk karya sahaja.

LAMPIRAN

PANDUAN PENYEDIAAN KARYA

HADAPAN KARYA

• Bingkai/
rangka/ frame
hitam tidak
bercorak
• Tidak
dibenarkan
memasang
rangka
mounting
board
• Lapisan
lutsinar:
cermin
perspex/
cermin acrylic
• Saiz lukisan:
A2
• Sekiranya menggunakan kanvas, terus menggunakan rangka
kanvas sahaja

×
BELAKANG
KARYA

• Sediakan
hook/
penyangkut/
xxxxxxxxxxxxxxxxx penyangkut bertali
xxxxxxxxxxxxxxxxx yang boleh
xxxxxxxxxxxxxxxxx memudahkan
xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx pemasangan
xxxxxxxxxxxxxxxxx karya semasa
xxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxx pameran. •
xxxxxxxxxxxxx
Tampal
xxxxxxxxxxxxxxxxx
sesalinan
xxxxxxxxxxxxxxxxx borang
xxxxxxxxxxxxx penyertaan
dengan
kemas di
belakang
karya.

You might also like