You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN TARIAN
SEKOLAH ASRAMA HARIAN
PERINGKAT NEGERI
SEMBILAN 2022

1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

1 MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada murid asrama harian serta meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat
berbudaya.

2 OBJEKTIF

2.1 Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas seni
tari.

2.2 Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tarian etnik Melaka
Dondang Sayang, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis.

2.3 Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.

2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid sekolah
asrama harian.

2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid di asrama.

2.6 Sebagai satu penilaian PAJSK untuk setiap murid yang terlibat.

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

3 PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA


HARIAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022.

3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah


mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar tidak luput
ditelan zaman.

3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari.

3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan


kebangsaan.

4 PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid asrama harian Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai 10 orang peserta

( minimum 8 orang ).

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.

5 KONSEP TARIAN

5.1 TARIAN ETNIK MELAKA

i. Dondang Sayang
ii. Baba Nyonya
iii. Chitty
iv. Portugis

5.2 Setiap kumpulan WAJIB mempersembahkan SATU TARIAN SAHAJA;

5.2.1 Dondang Sayang atau


5.2.2 Baba Nyonya atau
5.2.3 Chitty atau
5.2.4 Portugis.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

5.3 Persembahan hendaklah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit
(5.00).

5.4 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang
telah ditetapkan. ( 5 markah )

5.5 Karya yang dihasilkan mesti mengandungi sinopsis yang ringkas yang
menggambarkan tarian yang dipersembahkan.

5.6 Persembahan mestilah merangkumi keaslian 70% dan kreativiti 30%.

5.7 Kreativiti disini membawa pengertian tarian yang bebas diolah dari segi gerak tari,
struktur, pola lantai, muzik, props dan busananya, akan tetapi masih perlu
mengekalkan nilai estetika tarian atau budaya tersebut;

5.8 Penggunaan unsur atau teknik kontemporari DIBENARKAN selagi mana ianya
tidak menjejaskan konsep asal tarian yang dipertandingkan iaitu TARIAN ETNIK
MELAKA.

5.7 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama.

6 LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama
atau baharu yang sedia ada atau digubah tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu
yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan. ( Dondang Sayang, Baba
Nyonya, Chitty dan Portugis )

6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan pemacu
pena ( pendrive ) dalam format MP3 sahaja (Instrumental atau muzik yang
mengandungi suara dibenarkan).

6.3 Lagu hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan 7 ( tujuh ) hari


sebelum tarikh pertandingan dijalankan melalui link yang akan dimaklumkan kelak.

6.4 Susunan lagu boleh digubah mengikut kreativiti berdasarkan jenis tarian yang
dipilih.

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

6.5 Contoh-contoh lagu ;

6.5.1 Dondang Sayang

- Asli
- Inang
- Joget
- Mambo

6.5.2 Baba Nyonya

- Nona Nona
-Trila Lila
- Nyonya Pakai Bunga
- Dayung Sampan

6.5.2 Chitty

- Chinna Mamiyer
- Jing Jingale
- Rombang Chitty

6.5.3 Portugis

- Tia Anica
- Maliao
- Jing Ling Nona
- Bon Bon Vila

7 PAKAIAN / AKSESORI

7.1 Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dengan lagu yang

ditarikan dan sopan.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

8 CARA PEMARKAHAN

8.1

o Teknik tari dan koordinasi muzik 30 markah

o Koreografi dan kreativiti 20 markah

o Kesantunan dan keseragaman 20 markah

o Pecahan tari dan pola lantai 15 markah

o Busana dan tatarias 15 markah

MARKAH PENUH 100 markah

9 KEPUTUSAN

9.1 3 orang juri akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

9.2 Keputusan juri yang dilantik adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat
menyurat tidak dibenarkan.

10 HADIAH

10.1 Tempat Pertama : Sijil dan Trofi


10.2 Tempat ke-2 : Sijil dan Trofi
10.3 Tempat ke-3 : Sijil dan Trofi
10.4 Tempat ke-4 : Sijil Pencapaian
10.5 Tempat ke-5 : Sijil Pancapaian

11 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

3 OKTOBER 2022 ( ISNIN – 11.59 MALAM )

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

12 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 PENYESUAIAN PENTAS ( Tarian dan Bintang Irama Malaysia )

TARIKH : 7 OKTOBER 2022 ( JUMAAT )

TEMPAT : SMK DATUK ABDULLAH

MASA : 10.30 PAGI – 9.30 MALAM

13 PERTANDINGAN

TARIKH : 12 OKTOBER 2022

TEMPAT ( JUMAAT ) : SMK DATUK

MASA ABDULLAH

: 9.00 PG – 5.30 PTG

14 MAKLUMAT TAMBAHAN

14.1 Setiap peserta yang mengambil bahagian perlulah mengemukakan salinan


APDM dan kad Pengenalan yang telah disahkan oleh guru besar/pengetua
semasa pendaftaran.

7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

LAMPIRAN 1

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Nama Negeri & Pasukan :

No. Tel. / No. Fax :

Nama Pengurus Pasukan :

Nama Jurulatih :

Nama Guru Pengiring :

NO. MY KID/

BIL NAMA MURID KAD PENGENALAN

10

Pengesahan : Cop rasmi :

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

LAMPIRAN 2

BORANG PENCALONAN
ANUGERAH PENARI LELAKI DAN WANITA TERBAIK

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN


PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Nama Negeri & Pasukan :

Nama Pengurus Pasukan :

No. Tel. Pengurus Pasukan :

BIL NAMA NO. MY KID / K/P JANTINA

( *Calon akan diberikan pelekat sebelum pertandingan dan diminta memakai pelekat semasa
pertandingan untuk sesi penilaian )

Pengesahan : Cop rasmi :

1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN 2022

LAMPIRAN 3

SINOPSIS TARIAN

NAMA TARIAN :

NAMA PASUKAN & NEGERI :

Pengesahan : Cop rasmi:

You might also like