You are on page 1of 7

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

CAWANGAN PERAK

KERTAS KERJA
KARNIVAL PANDU PUTERI TUNAS
PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN :

PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS


SK SERI ISKANDAR

Disediakan oleh

(MAGDALINA BINTI ARIFFIN)


(PJ TUNAS DAERAH/KETUA PENASIHAT PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS SKSI)

KERTAS KERJA
KARNIVAL PANDU PUTERI TUNAS
PERINGKAT SEKOLAH

1. RASIONAL

Karnival Pandu Puteri merupakan aktiviti tahunan anjuran PPT Pandu Puteri SKSI. Aktiviti ini
bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada semua ahli Pandu Puteri mengenali dan
menyertai pertandingan-pertandingan yang menjurus kepada kemahiran yang bermanfaat dalam
pembentukan sahsiah ahli-ahli . Program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada
guru-guru pemimpin tentang ilmu pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik,
pengelolaan efisen, pengarahan adil, kerjasama sepasukan, pelaporan tugas, penganggaran dan
kegunaan belanjawan yang bijak. Dengan adanya sistem pengurusan ini diharapkan karnival yang
dirancang bakal berlangsung dengan jayanya.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada guru-guru pemimpin untuk merancang dan melaksanakan satu
program.
2.2 Memberi peluang kepada ahli-ahli Pandu Puteri menunjukkan bakat dan kemahiran mereka
dalam bidang-bidang kemahiran tertentu.
2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
2.4 Memupuk semangat pertandingan sihat dalam kalangan ahli-ahli puteri.

3.CADANGAN PELAKSANAAN
Tarikh : 18 Ogos sehingga 12 September
Tempat : Dalam talian

4. SASARAN

i.Pandu Puteri Kelip-Kelip Pra Sekolah


ii.Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas
5. JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn Hj Rosli bin Maun ( GB SKSI)


Naib Pengerusi : En Zaini bin Zulkifli (PK KOKURIKULUM)
Setiausaha Kokurikulum : Pn Emma Emilia binti Khairuddin
Ketua Penasihat Pandu : Pn Magdalina binti Ariffin
Puteri Tunas

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Perkara Program Pandu Puteri Sempena Hari


Merdeka.
”Serlahkan Bakatmu”.

Tema Semarak Merdeka.


Tarikh Pelaksanaan 18 Ogos hingga 12 September 2021

Cara Pelaksanaan Secara dalam talian.


( memuat naik hasil aktiviti melalui
pautan yang diberi )
Tarikh mula memuat naik 1 Sept hingga 12 Sept 2021
hasil aktiviti / persembahan

Tarikh tutup memuat naik 12 September 2021, jam 2.00 petang.


hasil persembahan :

7. AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN

Kategori Aktiviti ( pilihan 1 ) Aktiviti ( pilihan 2 )

Pandu Puteri Tunas Menghias basikal Memperagakan


Busana Hari
( Tahun 3 hingga Tahun 6 )
Merdeka
Pandu Puteri Kelip-kelip

( Prasekolah )

8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

KATEGORI PANDU PUTERI TUNAS DAN PANDU PUTERI KELIP-KELIP (Sila pilih satu
aktiviti sahaja)
PERTANDINGAN MENGHIAS BASIKAL ( Pilihan 1)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1. Terbuka kepada semua ahli Pandu Puteri Kelip-kelip ( Prasekolah ) dan Pandu Puteri
Tunas ( tahun 4 hingga tahun 6 ), yang berdaftar pada tahun 2021.
2. Setiap peserta wajib ada nombor keahlian yang sah sahaja.
3. Hiasan basikal mestilah melambangkan Hari Kemerdekaan.
4. Aksesori tambahan dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing·
5. Sebarang aksesori atau hiasan yang berbahaya, atau yang berunsurkan politik, yang
menyentuh isu perkauman, agama dan lain-lain, dilarang sama sekali.
6. Peserta harus menunjukkan gambar sedang berada di atas basikal yang sudah siap
dihias.
7. Hasil aktiviti mestilah berbeza , ( tidak boleh sama ) jika ada adik beradik yang lain,
yang ingin menyertai pertandingan ini. ( sama kategori )
8. Sila muat naik hasil kerja mengikut format yang diberi, melalui pautan yang diberi
selewat-lewatnya 12 September 2021, jam 2.00 petang.
9. Penyertaan anda akan dibatalkan jika tidak memenuhi syarat-syarat di atas .

ATAU
PERTANDINGAN MEMPERAGAKAN BUSANA HARI MERDEKA. ( Pilihan 2)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1. Terbuka kepada semua ahli Pandu Puteri Kelip-kelip ( Prasekolah ) dan Pandu Puteri
Tunas ( tahun 4 hingga tahun 6 ), yang berdaftar pada tahun 2021.
2. Setiap peserta wajib ada nombor keahlian yang sah sahaja.
3. Busana/pakaian yang diperagakan mestilah sopan dan melambangkan Hari
Kemerdekaan.
4. Aksesori tambahan dibenarkan mengikut kreativiti masing-masing·
5. Hiasan atau aksesori yang berbahaya, atau yang menyentuh isu keagamaan, politik,
dilarang sama sekali.
6. Hasil aktiviti mestilah berbeza , ( tidak boleh sama ) jika ada adik beradik yang lain,
yang ingin menyertai pertandingan ini. ( sama kategori )
7. Peserta harus bergambar semasa dan selepas disiapkan oleh ibu/ bapa
8. Sila muat naik hasil kerja dalam pautan yang diberi selewat-lewatnya 12 September
2021, jam 2.00 petang.
9. Penyertaan anda akan dibatalkan jika tidak memenuhi syarat-syarat di atas
9. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kos Perbelanjaan

1. PERTANDINGAN MENGHIAS TEMPAT PERTAMA : 4 X RM 10 = RM 40


BASIKAL DAN TEMPAT KEDUA : 4 X RM 8= RM 32
MEMPERAGAKAN BUSANA
TEMPAT KETIGA : 4 X RM 6 =RM 24
HARI MERDEKA
SAGUHATI : 12 X RM 5 = RM 60
PRA(PANDU PUTERI KELIP-
KELIP)

2 PERTANDINGAN MENGHIAS TEMPAT PERTAMA : 3 X RM 10= RM30


BASIKAL DAN TEMPAT KEDUA : 3 X RM10 = RM30
MEMPERAGAKAN BUSANA
TEMPAT KETIGA : 3 X RM 10 = RM30
HARI MERDEKA
SAGUHATI : 9 X RM8 = RM 72
TAHUN 4,5 DAN 6

JUMLAH = RM 318

10. BENTUK HADIAH

TEMPAT PERTAMA PLUG DAN HADIAH

TEMPAT KEDUA PLUG DAN HADIAH

TEMPAT KETIGA PLUG DAN HADIAH

SAGUHATI HADIAH

6
11. PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan dan mencapai objektif
yang diharapkan.

Disediakan oleh

(MAGDALINA BINTI ARIFFINI)


Ketua Penasihat Pasukan Pandu Puteri Tunas
SK SERI ISKANDAR

....................................
( ZAINI BIN ZULKIFLI)
Penolong Kanan kokurikiulum
SK Seri Iskandar

Diluluskan oleh,

..................................................
(TUAN HAJI ROSLI BIN MAUN)
Guru Besar
SK Seri Iskandar

You might also like