You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM MURID TAHUN AKHIR

ANJURAN
PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

TARIKH
01 – 10 FEBRUARI 2023
1. PENGENALAN

PPKI SK Danau Kota akan menganjurkan beberapa aktiviti kepada murid tahun akhir (
tahun 6 ) sebelum mereka kealam menengah. Ini merupakan usaha murni yang di
cadangkan oleh pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan PPM PPKI.

2. RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran
daripada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Danau Kota bagi menjalankan aktiviti
bersama murid tahun akhir (tahun 6) Program Pendidikan Khas Integrasi. Program ini
merupakan program yang julung kali diadakan bagi mewujudkan kenangan dan
suasana yang harmoni serta sebagai kenangan kepada mereka sebelum berpindah ke
sekolah menengah. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan jalinan
persahabatan antara warga sekolah dan dapat melahirkan masyarakat penyayang
untuk membentuk modal insan yang berkualiti.
3. OBJEKTIF

3.1. Memberi pendedahan kepada warga sekolah khususnya tentang program dan
aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru PPKI.

3.2. Memberi peluang kepada murid-murid PPKI menunjukkan kebolehan mereka di


dalam semua bidang seperti bersukan, membuat dekorasi pastri dan membuat
kraftangan.

3.3. Melahirkan warga PPKI SK Danau Kota yang kreatif dan inovatif.

3.4. Mengeratkan tali silaturahim dan muhibah sesama warga SKDK.

3.5. Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga PPKI SKDK dalam


melaksanakan sesuatu program.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1. Semua murid tahun akhir seramai 19 Orang

4.2. Murid tahap 2 seramai 27 Orang


5. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BIL. PERKARA
PERBELANJAAN
1. Permainan Rakyat Rm 100
2. Dekorasi Pastri Rm 100
3. Projek Kraftangan Rm 100
Cenderahati
4. Rm 300
Rm 10 x 30 orang murid
JUMLAH RM 600

6. SUMBER KEWANGAN

6.1. LPBT PPKI


6.2. Kutipan Sumbangan Perseorangan

7. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Zaimunah binti Hj Muhamed ( Guru Besar )


T. Pengerusi : Pn. Nora binti Isa@Ibrahim ( GPK PPKI )
Pn. Mazziah binti Othman ( GPK Pentadbiran )
Tn. Haji Rozlan bin Mohamed ( GPK Hal Ehwal Murid )
Pn. Siti Nurdiana biti Ariffin ( GPK Kokurikulum )
Pn. Hani Azlin binti Hamdan ( GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Siti Nabihah binti Mohammad
AJK Kerja :

1. Siti Syahirah Binti Samsury


2. Nurul Ain Bt Hasan
3. Noraisah Bt Mohamad
4. Sarinah Bt Abdullah
5. Nur Hanis Binti Hashim
6. Norhamidah Binti Azizan
7. Liza Ramli
8. Za Khairiah Bt Kauzi
9. Nazri Bin Mat Noor
10. Arifah Farhani Bt Abd Rahim
11. Norhaida Bt Mohamad
12. Ridzuan Bt Azmi
13. Faizal Bin Nordin
14. Semua PPM PPKI
8. PELAKSANAAN AKTIVITI

BIL. PERKARA TARIKH PELAKSANAAN

1. Permainan Rakyat
01 – 10
2. Dekorasi Pastri
FEBRUARI 2023
3. Projek Kraftangan

9. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang diharapkan. Keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan
diharapkan dapat merealisasikan aturcara yang dirancang sepanjang program ini
dijalankan. Semua warga PPKI memain peranan dalam meningkatkan kualiti sistem
pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak-anak istimewa
ini yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Segala sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sumbangan baik
dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan bagi menjayakan program
ini.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
__________________________ __________________________
( SITI NABIHAH BT MOHAMMAD ) ( ZAIMUNAH BT HAJI MUHAMED)
Penyelaras Program Tahun 6 Guru Besar,
PPKI SK Danau Kota. SK Danau Kota.

Disemak oleh,
___________________________
( NORA BT ISA@IBRAHIM )
GPK Pendidikan Khas
SK Danau Kota.

You might also like