You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK,

08000 SG.PETANI, KEDAH.

KERTAS KERJA
KEMPEN JOM MENABUNG

1. Pendahuluan.
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok bersama
Panitia Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni akan menjalankan Kempen Jom
Menabung bagi memupuk kesedaran menyimpan dan perbelanjaan berhemah.

2. Matlamat.
Menggalakkan murid menabung dan menyimpan kerana melalaui
menabung, masa hadapan mereka lebih terjamin.

3. Objektif
 Memberi kesedaran kepada murid mengenai kepentingan
menabung,
 Memupuk budaya menabung dalam kalangan murid,
 Memberi pendedahan tentang cara menabung yang berkesan dan
berbelanja dengan bijak,
 Memberi pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang tepat
dan betul,
 Memupuk belanjawan peribadi yang bijak, dan
 Mencungkil bakat dan kreativiti dalam menabung.

4. Sasaran : Semua Murid SKLM

5. Ringkasan program.
Menabung dan berjimat cermat merupakan satu amalan yang mulia. Oleh
itu, satu kempen menabung akan dijalankan selama sebulan di peringkat
sekolah. Kempen ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan
kepada murid-murid tentang kepentingan menabung dan cara berbelanja
dengan bijak melalui ceramah yang akan disampaikan oleh pihak RHB Bank
Berhad. Selain itu, pihak sekolah juga akan membantu menyediakan kaunter
pembukaan akaun bagi murid-murid yang berminat. Antara aktiviti lain yang
akan dijalankan dalam tempoh tersebut adalah, Pertandingan Merekacipta
Tabung daripada bahan terbuang dan juga Pertandingan Mewarna Poster, JOM
MENABUNG.

6. Cadangan aktiviti:

a. Ceramah Dan Pelancaran Kempen Menabung.


Pelancaran peringkat sekolah akan diadakan di Dataran SKLM. Pihak RHB
Bank Berhad akan dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepentingan
Menabung dan seterusnya melancarkan kempen tersebut.

b. Menabung Bersama RHB Bank.


Pembukaan akaun simpanan bersama pihak RHB Bank kepada murid yang
berminat.

c. Pertandingan Merekacipta Tabung daripada bahan terbuang.


Terbuka kepada semua murid tahap 2, dimana murid perlu menghasilkan tabung
yang menarik dan kreatif dengan menggunakan pelbagai medium daripada
bahan terbuang. Pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga akan dipilih
berdasarkan kepada kreativiti, kekemasan,penggunaan dan juga fungsi tabung
yang dihasilkan.

d. Mewarna Poster Kesedaran Menabung.


Terbuka kepada semua murid tahap 1 yang berminat dengan penyertaan yang
terhad.
7. Kewangan. - Cadangan peruntukan perbelanjaan:
Sumber kewangan dari dana Panitia Kemahiran Hidup Dan Pendidikan Seni.
Bil Aktiviti Anggaran perbelanjaan Jumlah
1. Pertandingan Merekacipta 3 x RM10.00 RM30.00
Tabung Daripada Bahan
Terbuang.
2. Pertandingan Mewarna 3 x RM5.00 RM15.00
Poster Jom Menabung
3. Sepanduk Kempen 12” x RM3.00 RM36.00

4. Tabung Pelancaran Sumbangan RHB Bank

Jumlah keseluruhan RM81.00


.
8. Tempoh perlaksanaan : 16 November 2014.
Pelancaran KempenJom Menabung Peringkat
Sekolah.
19 Oktober – 10 November 2014.
Pertandingan MerekaciptaTabung Daripada Bahan
Terbuang.
Pertandingan Mewarna Poster Jom Menabung

9. Jawatankuasa kerja :
Penasihat = En. Ghazali Bin Said.
Guru Besar SKLM.
Pengerusi = Pn Muaini Bt Abdul Rasib
PK HEM
N. Pengerusi = Pn Rosnah Bt Kassim.
PK Pentadbiran
En. Sharim Shah Bin Saad – PK KK
Setiausaha = Pn Sakdah Bt Zakaria
AJK = Pn Nurul Azyan Bt Usul Ghafli.
En. Abdul Rahman Bin Yaakob
Pn Saniyah Bt Abdullah
Pn Noor Apifah Bt Hassan
9. PENUTUP

Dengan terlaksananya Kempen Jom Menabung ini, diharapkan dapat menyemai


sikap amalan suka manabung dan berbelanja secara berhemah dalam kalangan
murid-murid SKLM.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………………… …………………………….
SAKDAH BT ZAKARIA. MUAINI BT ABDUL RASIB.
PK HEM
SKLM.

Diluluskan oleh;

……………………….
GHAZALI BIN SAID.
Guru Besar,
SKLM.
SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN.
TEL: 04-4470118
FAX : 044430093.
Email: sklagunamerbok.ppdkmy@gmail.com
…………………………………………….………………………………………………………
“1 Malaysia: Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Rujukan: SKLM/30/003/2/6(5)
Tarikh: 30 Mac 2014

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
SK Laguna Merbok.

Tuan,

Program 1 Keluarga 1 Buku

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Pusat Sumber Kesidang, SKLM akan


mengadakan Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat sekolah. Antara aktiviti
yang akan dijalankan ialah Program 1 Keluarga 1 Buku. Program ini merupakan
satu usaha untuk mengumpul buku bacaan daripada waris untuk ditempatkan di
Zon NILAM bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap pihak tuan dapat memberi
kebenaran dan sokongan terhadap program yang telah dirancang, serta
mengeluarkan surat makluman kepada waris tentang pelaksaanaan ini.

4. Bersama surat ini dilampirkan salinan kertas kerja Sambutan Hari Buku
Sedunia untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………
(GHAZALI BIN SAID)
Guru Besar,
SK Laguna Merbok.

s.k : 1. Fail PSS


SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN.
TEL: 04-4470118
FAX : 044430093.
Email: sklagunamerbok.ppdkmy@gmail.com
…………………………………………….………………………………………………………
“1 Malaysia: Murid Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Rujukan: SKLM/30/003/2/6(6)
Tarikh: 30 Mac 2014
Pengarah Urusan,
Paramount Property (Utara) Sdn Bhd
Wisma Paramount,
Lorong BLM 1/1, Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Jemputan Merasmikan Sambutan Hari Buku Sedunia

Perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput wakil daripada syarikat
tuan hadir ke sekolah untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia
peringkat sekolah kami.

3. Sambutan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan di bawah:


Hari : Ahad
Tarikh : 27 April 2014
Tempat : Tapak Perhimpunan, SKLM.
Masa : 7.40 pagi.

4. Sehubungan itu, kami juga ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan
berupa kelengkapan 6 set almari dan 2 papan kenyataan untuk mewujudkan
Kiosk NILAM yang menempatkan bahan-bahan bacaan dan maklumat bacaan
pelajar.

5. Semoga pihak tuan dapat menghadirkan diri menyerikan majlis kami.


Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………
(GHAZALI BIN SAID)
Guru Besar,
SK Laguna Merbok.
s.k : 1. Fail PSS

You might also like