You are on page 1of 8

1.

0 BUTIRAN AM
Tajuk : Lawatan Sambil Belajar ke Awana Sky, Genting
Highlands dan Aquaria, KLCC
Anjuran : Prasekolah SK Bukit Mahkota
Penasihat : En. Mohd Johari bin Muda ( Guru Besar )
Pengerusi : Pn. Sofia Aini binti Yusof ( GPK Hem )
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Aznida binti Mohd Said ( GPK 1 )
En. Noraman bin Haron ( GPK Koku )
Penyelaras : Pn. Azween Nor binti Ab Wahid
Setiausaha : Pn. Ramlah binti Paiman
Bendahari : Pn Syuaibah binti Jaafar @ Idroo
Tempat : Genting Highlands dan Kuala Lumpur
Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)

2.0 PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Awana Sky, Genting Highlands dan Aquaria,
KLCC ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid
menimba pengalaman menaiki cable car dan membina pengetahuan baru
tentang hidupan dan suasana dalam lautan. Disamping itu tujuan diadakan
program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru,
murid dan ibu bapa melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Lawatan ini juga
merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah. Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran
masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam
menyalurkan maklumat kepada murid-murid.

3.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak SK
Bukit Mahkota, Kota Tinggi mengenai Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah.
4.0 TEMA
“ Setinggi-tinggi Langit, Sedalam-dalam Lautan"

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


Objektif Program Ini adalah untuk :
5.1 Mendedahkan murid-murid tentang kepelbagaian pengangkutan
yang ada di Negara Malaysia.
5.2 Memberi pengalaman baru kepada murid menaiki cable car dan
memasuki Aquaria.
5.3 Membina keyakinan dan kekuatan mental murid untuk berada di
tempat tinggi.
5.4 Memberi pengetahuan kepada murid tentang kepelbagaian
hidupan dalam laut.
5.5 Memupuk sikap kepercayaan akan kebesaran dan keindahan
ciptaan Tuhan.

6.0 SASARAN
20 orang murid prasekolah
20 orang penjaga
2 orang guru pengiring
2 orang pembantu pengurusan murid
Jumlah : 44 orang peserta

7.0 KANDUNGAN PROGRAM


7.1 Menaiki Cable Car, Awana Sky, Genting Highlands
7.2 Mengunjungi Aquaria, KLCC
8.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
Segala sumber dan perbelanjaan adalah dibawah tanggungjawab Persatuan Ibu
Bapa dan Guru. Perbelanjaan adalah seperti lampiran.
( Sila Rujuk Lampiran 1 )

9.0 ATURCARA PROGRAM


( Sila Rujuk Lampiran 2 )

10.0 SENARAI AJK PERLAKSANA


( Sila Rujuk Lampiran 3 )

11.0 PENUTUP
Program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu daripada program
yang dianjurkan oleh pihak prasekolah. Tujuan utama agar murid-murid
didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui
lawatan dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana
mereka akan dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala
pengetahuan baru. Di samping itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan
belajar di luar berbanding di dalam kelas sebelum itu. Diharap program pada kali
ini memberi manfaat berguna dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan
kepada semua peserta lawatan.
Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk
menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak
memberi dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh ,

……………………………………
( AZWEEN NOR BINTI AB WAHID )
Ketua Unit Lawatan Prasekolah
SK Bukit Mahkota.

Disemak oleh ,

………………………………………….
( SOFIA AINI BINTI YUSOF )
GPK Hal Ehwal Murid
SK Bukit Mahkota.

Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh,

……………………………………
( MOHD JOHARI BIN MUDA )
Guru Besar
SK Bukit Mahkota.
LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG DAN
PERAK 2017
BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH

1. Pengangkutan Bas Sebuah bas pesiaran dari RM 2640.00


( 44 orang peserta ) sekolah ke Genting Highlands
dan Kuala Lumpur

3. Makan dan minum Makan tgh hari RM 660.00


RM 7.50 X 44 orang
= RM 330.00

Makan malam
RM 7.50 X 44 orang
= RM 330.00

4. Aktiviti lawatan Harga Tiket

 Cable car RM 16 x 44 orang = RM 704.00 RM1848.00


 Aquaria RM 15 x 20 murid = RM 300.00
RM 15 x 2 guru = RM 30.00
RM 37 x 22 dewasa= RM 814.00

Jumlah RM 5148.00
LAMPIRAN 2

ANGGARAN
TARIKH PERKARA/DESTINASI CATATAN
PERBELANJAAN
25 APRIL 12.00 Malam Pengangkutan Bas
2019  Bertolak dari SK Bukit RM2,640.00
Mahkota ke Genting
Highlands.

5.00 Pagi
 Solat Subuh Sarapan Masjid Jamek Genting
 Persiapan Diri (Bekal) Highlands
 Sarapan

8.00 Pagi hingga 11.00 tgh hari


 Menuju Awana Sky untuk Tiket cable car Awana Sky, Genting
RM 16.00/orang Highlands.
menaiki cable car.
 Menimpa pengalaman
menaiki cable car.
 Menikmati udara segar di
puncak Genting Highlands.
 Permainan indoor.

11.00 pagi hingga 2.00 petang Makan tengah hari RnR Gombak
 Makan tengah hari RM 7.50/orang
 Solat Zuhur/Asar

2.00 petang hingga 7.00 malam Aquaria Aquaria, KLCC


 Menuju ke KLCC RM 15/murid
 Mengunjungi Aquaria RM 15/guru
 Bersiar-siar di KLCC Park RM 37/penjaga
 Persiapan diri

7.00 malam hingga 12.00 malam Makan RnR Seremban


 Bertolak pulang RM7.50/orang
 Makan malam
 Solat Isyak/Maghrib
 Tiba di perkarangan sekolah

*Waktu dan tarikh perjalanan adalah tertakluk kepada kelulusan. Segala perbelanjaan
yang di tunjukkan adalah anggaran bagi pihak pengurusan sahaja
LAMPIRAN 3

AJK PELAKSANA PROGRAM


Penasihat : En. Mohd Johari bin Muda ( Guru Besar )
Pengerusi : Pn. Sofia Aini binti Yusof ( GPK HEM )
Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Aznida binti Mohd Said ( GPK 1 )
En. Noraman bin Haron ( GPK Koku )
Penyelaras : Pn. Azween Nor binti Ab Wahid
Setiausaha : Pn. Ramlah binti Paiman
Bendahari : Pn Syuaibah binti Jaafar @ Idroo

JAWATANKUASA

Penyelaras Perhubungan : Pn. Azween Nor binti Ab Wahid


Penyelaras Pengangkutan : Pn. Muhaini Adeella binti Adnan
Penyelaras Makanan : Pn. Marhaniza binti Marji
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi : Pn. Ramlah binti Paiman
Penyelaras Pengurusan Murid : Pn. Azween Nor binti Ab Wahid
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MAHKOTA

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


AWANA SKY, GENTING HIGHLANDS DAN AQUARIA, KLCC

TARIKH :
25 April 2019
Khamis

MASA :
Bertolak – 25 April 2019 (12.00 malam)
Pulang – 25 April 2019 (11.59 malam)

TEMPAT :
Genting Highlands dan KLCC, Kuala Lumpur

ANJURAN:
Prasekolah
SK Bukit Mahkota, Kota Tinggi

You might also like