You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

TARIKH:

23-25 September 2019

HARI:

KHAMIS- SABTU

ANJURAN:
UNIT LAWATAN
1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan
pelajar. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Kokurikulum
sekolah yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keunikan alam
semulajadi. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan, menikmati
keindahan alam dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga
tidak keluar daripada standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai
aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

i. Diharapkan program ini dapat dijadikan landasan kepada pelajar-pelajar membina


kenyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.

ii. Menyedari keunikan alam semulajadi.

iii. Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana dan pengalaman yang baru.

iv. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke
arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

4.0 PELAKSANAAN

Tarikh Pelaksanaan : 23-25 Mei 2019

Tempoh Pelaksanaan : 3 hari 2 malam

Tempat Lawatan : Langkawi, Kedah Darul Aman

Pengangkutan : Kapal terbang, bas

1
5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
Murid – murid Tahap 2

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En.G.Bala Subramaniam (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. V.Pushpalata (PK Tadbir dan Kurikulum)
Pn. T.Umadevi (PK HEM)
En.S.Selvamani (PK KoKu)
Penyelaras Program : Cik.S.Mangleswary
Setiausaha : Pn. A.Tamil selvi

Ahli Jawatankuasa : Pn. S.Janaki


Pn. K.Sumathi

7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (23/5/2019)

10.00 am Bertolah ke Lapangan Terbang Senai


1.55pm Bertolak ke Langkawi
3.30pm Tiba di Lapangan Terbang Langkawi
4.30pm Naik bas untuk lawatan
Aktiviti ke tempat ilmiah
• Batik art village
• Galeria Perdana
• Bird Paradise
7.00pm Makan malam
Check in hotel

HARI KEDUA (24/5/2019)

8.00 am Island Hoping


Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Eagle Feeding
2.30 pm Makan tengahari
3.00 pm Start Tour
Cable car
Kilang Gamat
Kilang Batik
Makam Mahsuri
7.30 pm Makan malam
8.30 pm Rehat

2
HARI KETIGA (25/5/2019)

7.30 am Sarapan pagi


8.00 am Shopping
12.00pm Makan tengah hari
2.50pm Bertolak balik dari Lapangan Terbang Senai
4.30pm Tiba di Lapangan Terbang Se4nai
6.00pm Dijangka sampai ke SJK(Tamil) Jln Tajul

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pelajar / Peserta   : 35 orang


Guru pembimbing : 7 orang

JUMLAH
BIL BUTIRAN JUMLAH (RM) KESELURUHAN
(RM)
1 Kos kapal terbang RM250 x 42 10 500
2 Pakej E 198.00 x 42 8316
Bas ‘Transfer In/Out Island
Hoping’
Bas Sepenuh Hari (Island Tour)
Pemandu Pelancong
Penginapan (Hotel)
2x Sarapan Pagi
2x Makan Malam (Dinner Pack)
1x Makan Tengahari (Lunch Pack)
Tiket Cable Car Gunung Mat
Chincang
Island Hoping
(Tasik Dayang Bunting, Pulau
Beras Basah, Pulau Singan Besar)

3 Penginapan RM200x 7 bilik 1400

Jumlah 20, 216

Sumber Kewangan
 Kutipan dari peserta dan Sumbangan

3
9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, program ini diharapkan dapat memberi
manfaat kepada semua murid.

Disediakan oleh

…………………………….
(MANGLESWARY SALBARAJA)
Penyelaras Program

Diluluskan / Tidak diluluskan


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

…………………….……………….
(BALA SUBRAMANIAAM)
Guru Besar
SJK(TAMIL) JLN TAJUL

4
LAWATAN KE LANGKAWI
SOALAN UNTUK PESERTA

Nama : ………………………………………………………………..

Bil Soalan Jawapan


1 Langkawi terletak di negeri…………………………

2 Nyatakan tiga tempat pelancongan yang menarik di


Langkawi

3 Apakah mercu tanda Langkawi?

4 Apakah nama lapangan terbang yang terdapat di Langkawi

5 Nyatakan serba sedikit sejarah:


a) Mahsuri

6 b) Telani dan Telanai

7 c) Telaga Tujuh

8 d) Beras Terbakar

9 Pada tahun berapakah Langkawi diberi status Bebas Cukai?

10 Namakan laut yang mengelilingi Pulau Langkawi.

5
SENARAI NAMA MURID YANG MENGIKUTI LAWATAN KE LANGKAWI, KEDAH
BIL NAMA MURID NO. K/P TING. NO.TELEFON ALAMAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35

You might also like