You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMERLANG

TAMAN DESA CEMERLANG,


81800 ULU TIRAM, JOHOR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KUALA LUMPUR
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

NAMA SEKOLAH : SK DESA CEMERLANG


TARIKH : 26 OKTOBER 2023
HARI : KHAMIS
TEMPAT : Kuala Lumpur, Malaysia
1. PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Cemerlang mempunyai sebanyak tiga buah
kelas yang menempatkan seramai 23 orang murid-murid berkeperluan khas yang terdiri dari
pelbagai jenis keupayaan seperti Autisme, Slow Learner, AttentionDeficit Hyperactive
Disorder (ADHD)
dan lain-lain.Tahap keupayaan yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai demi membantu mereka mendapat pendidikan
yang terbaik. Justeru, perancangan untuk mengadakan lawatan bermaklumat ini merupakan
salah satu kaedah pembelajaran di luar bilik darjah yang bermanfaat untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang beberapa perkara yang berkaitan dalam
kehidupan mereka.

Melalui program Lawatan Sambil Belajar ini, murid-murid berpeluang menambah


pengetahuan dan pengalaman mereka tentang pengangkutan di darat dan di udara. Murid-
murid akan mendapat pengalaman baru menaiki bas dan melawat tempat-tempat pelancongan
yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. Terdapat sebahagian murid yang tidak pernah
menaiki bas dan ini akan menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna kepada mereka dan
ia merupakan satu proses pembelajaran yang terbaik dalam kehidupan mereka melalui kaedah
pengalamian.

2. OBJEKTIF
Melalui aktiviti lawatan ini, diharap ianya dapat:
3.1 Mengeratkan hubungan antara Jabatan Pendidikan Negeri, Unit Pendidikan Khas Negeri
Johor dan negeri-negeri yang terlibat.
3.2 Memberi pengalaman istimewa kepada murid PPKI menaiki pengangkutan udara iaitu
kapal
terbang memahami fungsi dan kepentingan pengangkutan kepada manusia.
3.3 Memberi peluang murid mempelajari dan merasai pengalaman kawasan bercuaca sejuk di
kawasan tanah tinggi.
3.4 Memberi pendedahan tentang budaya kehidupan masyarakat setempat, mempelajari cara
hidup flora dan fauna serta memupuk kesedaran dalam menghargai alam sekitar.
3.5 Menanamkan sikap positif dengan menunjukkan pelakuan bersopan santun semasa ber-
interaksi sesama rakan, guru dan masyarakat sekitar.
3.6 Meningkatkan kemahiran sosial dan adaptif murid berkeperluan khas supaya dapat belajar
untuk berdikari demi persediaan masa depan mereka.
3. BUTIRAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis)

5.2 Tempat : Kuala Lumpur

5.3 Bilangan penyertaan : Murid 23 orang


: Guru/PPM 6 orang
: Ibu bapa/Lain-lain 15 orang
: Jumlah 44 orang

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN


PERBELANJAAN
(RM)
1 Pengangkutan 44 orang penumpang 1800
( Bas/Van Pesiaran )
2 Makanan dan minuman RM20 x 44 orang = 880
RM880
(Sarapan, tenghari dan
minum petang)
3 Tiket Masuk Petrosains 801
RM12.00 x 23 murid =
RM276
RM25.00 x 21 dewasa =
RM525
Jumlah Perbelanjaan 3481

6. SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER ANGGARAN PERBELANJAAN


(RM)
1. Sumbangan PIBG 200
2. Sumbangan Ibu bapa 3281
Jumlah Perbelanjaan 3481
7. TENTATIF PROGRAM

Tempat Yang Dilawati


Tarikh Masa
(Catatkan nama tempat dan negeri yang berkenaan)
 Bertolak dari sekolah
4.00 pagi  sarapan pagi di RNR atau restoran berdekatan

 lawatan ke Kilang Chocolate Bery’ls


 tayangan tentang coklat
26 8.30 pagi  lawatan ke tempat pemprosesan coklat
Oktober  penerangan sejarah coklat
2023
(Khamis)
11.30 pagi  Lawatan ke Jambatan Saloma Link

12.30 tengahari  Makan tengahari dan solat di Masjid Negara

2.30 petang  Lawatan ke Petrosains, KLCC


5.30 petang  Bertolak balik
11.00 malam  Dijangka tiba di sekolah

9. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En Mohd Arfah bin Hashim ( Tn Guru Besar )


Naib Pengerusi 1 : Pn Siti Jamilah binti Azmi ( GPK Koku )
Naib Pengerusi 2 : Pn Rita Zunika binti Lokman ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 3 : Pn Foziah binti Abdul Aziz ( GPK Hem )
Penyelaras Program : Cik Shahidatul Nur Binti Jamali
Setiausaha : En Mohd Shahrul bin Sulaiman
Bendahari : Pn Nurul ‘Afifah binti Kamal Azam
AJK : Pn Norsyaza binti Jamali
: Pn Rozilla Afikqah binti Kamarolzaman
: Cik Nur Syazana binti Bakar
10. Perakuan Guru Besar
Adalah diakui bahawa lawatan yang diuruskan oleh sekolah merupakan satu bahagian
penting di dalam kegiatan luar bilik darjah terutama para murid Pendidikan Khas.
Dalam lawatan-lawatan tersebut kerap kali didapati berlaku kemalangan yang
mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Saya selaku Guru Besar mengambil tindakan untuk mencegah dari berlakunya sesuatu
kemalangan kepada murid-murid yang mengambil bahagian di dalam lawatan sekolah
itu. Ketika menguruskan lawatan-lawatan, saya selaku Guru Besar sekolah telah
menentukan langkah-langkah seperti berikut adalah diambil:
6.1 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa/ penjaga murid telah diperolehi
sebelum lawatan itu.
6.2 Peraturan keselamatan telah diuruskan dan diterangkan kepada murid-
murid dengan teliti sebelum lawatan itu dibuat, misalnya : Jika
melawat ke tepi laut, sungai atau kolam, murid-murid tidak dibenarkan
berenang melainkan jika mendapat kebenaran guru yang menjaga.
Berenang tidak dibenarkan jika tidak ada Penyelamat Nyawa yang
berkelayakan sekurang-kurangnya mempunyai Pingat Gangsa “ The
Royal Life Saving Society”.
6.3 Sekurang-kurangnya guru atau penjaga hendaklah ada bersama bukan
sahaja menjaga tatatertib bahkan juga menentukan yang langkah-
langkah keselamatan dituruti.
6.4 Langkah-langkah lain yang difikirkan munasabah dan praktik dalam
sesuatu keadaan. (Guru-guru yang bertanggungjawab ditugaskan
menjalankan semua langkah-langkah keselamatan).
Patut ditegaskan di sini, langkah-langkah yang dicadangkan di atas itu amatlah perlu
selain daripada yang patut diadakan daripada mencegah kemalangan.
Saya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala
keterangan yang diberikan dalam borang ini adalah betul dan benar.

(Mohd Arfah Bin Hashim)


Guru Besar,
SK Desa Cemerlang
11. PENUTUP

Sebagai kesimpulan, Program Lawatan Sambil Belajar ke Kota Kinabalu dan Kundasang,
Sabah ini diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang
kemudahan pengangkutan, tempat-tempat menarik dan bersejarah yang ada di negara kita.
Melalui pembelajaran pengalamian ini juga diharapkan murid-murid memperolehi
pengalaman yang sangat berharga untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

................................................. ...........................................
SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI ( )
Penyelaras Program
Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpu 2023
SK Desa Cemerlang

Disahkan Oleh :

....................................................
( )

You might also like