You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR

15100 KOTA BHARU KELANTAN

KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT

MURID SK LANGGAR

TAHUN 2019

KE LANGKAWI

TARIKH:

25 – 27 SEPTEMBER 2019

TEMPAT:

KUALA PERLIS DAN LANGKAWI

ANJURAN:
KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD ) MURID-
MURID SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR

KE PULAU LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

A. PENDAHULUAN :

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi dan Negeri Perlis
Indera Kayangan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid melawat tempat-tempat
yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan.

Disamping itu tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara
pentadbir , guru dan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah.Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu
kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas ini.

B. MATLAMAT :

1. Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah
meningkatkan keyakinan diri murid dan mengembangkan semangat sosialisasi murid terhadap
persekitaran luar.

2. Melalui lawatan ini murid-murid SK Langgar akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan
pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang
pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.

3. Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara murid dan guru melalui program lawatan .

C. OBJEKTIF :

1. Semua murid yang menyertai lawatan ini akan mendapat pengetahuan mengenai dunia luar.

2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan murid
dengan suasana sebenar, berdasarkan tema pembelajaran yang disusun sepanjang tahun.

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

D. PESERTA :

Seramai 35 orang murid tahun 6 dan 5 orang guru

E. JANGKAMASA :

Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 25 hingga 27 September 2019 ( Rabu ,
Khamis dan Jumaat )
F. TEMPAT LAWATAN :

1. Sekitar Pulau Langkawi Kedah

2. Sekitar Padang Besar Perlis

G. TENTATIF PROGRAM

( Rujuk Lampiran 1 )

H. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

( Rujuk Lampiran 2 )

I. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH

1. Pakej Pengangkutan Bas dan Bas


Sebuah bas pesiaran dari
sekolah ke Kuala Perlis dan
sebuah bas persiaran di Pulau
Langkawi . RM 5200.00
2. Penginapan
Penginapan :
Penginapan di Pekan Kuah RM
Langkawi ( 2 malam ) RM 250 X 2 X RM 1000.00
2 malam

3. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak RM 26 x 35 = RM910.00


Dewasa : RM 36 X 5 = RM180.00 RM 1090.00

4. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari


Anggaran untuk 40 orang 3 hari x RM700 RM2100.00
5. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00
6. Aktiviti lawatan Harga Tiket
Makam Mahsuri RM 3.00 x 40 orang RM 120.00
Pakej Combo SkyCab + 3D ArtRM 45 x 35 ( kanak-kanak ) RM 1575.00
7 Lain-lain Perbelanjaan (Ubatan) RM 115.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM11450.00


K. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH


1. Sumbangan PIBG/Agensi Swasta RM1000.00

2. Bayaran daripada ibu/bapa/penjaga murid RM 270 x 35 orang RM9450.00

3. Bayaran daripada guru RM 200 x 5 orang RM1000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 11 450.00

L. PENUTUP

Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan yang
sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan
kerana mereka akan dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan.

Di samping itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas sebelum itu.
Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada
semua peserta lawatan.

Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi
kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak
memberi dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid.

Sekian, terima kasih.


JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Rosliza binti Ahmad


( Guru Besar )

Naib Pengerusi : En Mohd Rahimi Bin Dollah


( GPK Kokurikulum )

Penyelaras : YM TG Zuraini
( Penyelaras)

Setiausaha :

N. Setiausaha :

Bendahari :

AJK :

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras Perhubungan :
Penyelaras Pengangkutan :
Penyelaras Penginapan :
Penyelaras Makanan :
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi :
Penyelaras Pengurusan Murid :
JADUAL LAWATAN KE PULAU LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
2019

HARI RABU ( 25.09.2019 )


7.00 PAGI : Semua pelajar berkumpul di SK Langgar
8.00 PAGI : Bertolak ke Kuala Perlis
4.00 PETANG : Tiba Di Kuala Perlis
Menaiki Feri Ke Langkawi
6.00 PETANG Di Jangka Tiba Di Langkawi
Menikmati suasana malam di Pekan Kuah/Dataran Helang
Makan Malam
10.00 MALAM Bermalam di tempat Penginapan

HARI KHAMIS 26.09.2019


6.00 PAGI : Urus diri dan Solat
Sarapan pagi
8.00 PAGI : Bertolak Ke Cable Car Langkawi
Melawat sekitar Kawasan/menaiki Cable Car
3.00 PETANG Melawat Sekitar Pulau Langkawi
- Makam Mahsuri
- Beras Terbakar
- Pantai Cenang
- Membeli Belah
10.00 MALAM Bermalam di tempat penginapan

HARI JUMAAT 27 .09.2019


6.00 PG : Urus diri dan Solat
Sarapan pagi
8.00 PG : Bertolak pulang ke Jeti Langkawi
12.00 Petang : Dijangka tiba di Jeti Kuala Perlis

1.00 Tengah Hari : Bertolak Pulang Ke Kota Bharu

You might also like