You are on page 1of 7

KLINIK CATUR

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI


20 APRIL 2014
1. PENGENALAN
Klinik catur peringkat sekolah ini dianjurkan oleh Kelab Permainan Dalam Sekolah
Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik-teknik permainan catur di samping
menjana minat mereka terhadap sukan ini.
2. MATLAMAT
Untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik permainan catur di
samping dapat mengisi masa lapang.

3.OBJEKTIF
a)

Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai


teknik-teknik permainan catur.

b)

Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan catur


sepertimana yang diadakan di luar peringkat sekolah.

c)

Memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam pertandingan catur


peringkat kelompok, daerah dan sebagainya pada masa akan datang.

d)

Membina jati diri di kalangan murid .

e)

Membantu meningkatkan program akademik.

f)

Membina sahsiah diri membentuk disiplin murid.

4. KUMPULAN SASARAN
48 orang murid terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan
LKTP ULU PENGGELI mengikut pecahan berikut :
Rumah Sukan

Tahun 4
2 Lelaki

Bendahara ( Merah ) 2

Tahun 5
2 Lelaki

Tahun 6
2 Lelaki

Jumlah
12

Perempuan Perempuan Perempuan


2 Lelaki
2 Lelaki
2 Lelaki
Temenggung ( Biru )

Laksamana ( Kuning
)

12

Perempuan Perempuan Perempuan


2 Lelaki
2 Lelaki
2 Lelaki
2

12

Perempuan Perempuan Perempuan


2 Lelaki
2 Lelaki
2 Lelaki

Shahbandar ( Hijau ) 2

12

Perempuan Perempuan Perempuan


JUMLAH BESAR : 48 ORANG
5. TARIKH PELAKSANAAN
20 Mei 2014 (Selasa)
6. TEMPAT PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli
7. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : Pn Hjh Sharifah binti MD Ali ( Guru Besar )
PENGERUSI : Pn Hjh Zaharah binti Hashim ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
SETIAUSAHA : En Azirul bin Ali Daud

BENDAHARI : Pn Fazliana binti Ayob


8. JAWATANKUASA KECIL
URUSETIA

: En Mohammad Jamil bin Ladisma (K)


Pn. Fatimah binti Sumairi

TEKNIK & PERTANDINGAN :


YM Tengku Zainudin bin Tengku Abdullah
Pn. Norrafidah binti Yahya
HADIAH & CENDERAHATI :
Pn Asfariza binti Mostaffa
Pn Rohayati binti Malike
PERALATAN DAN SIARAYA :
En Rosli Bin Haron
En Zaidi bin Othman
9. SUMBER KEWANGAN
Bil
1

Sumber Kewangan
Peruntukan Sekolah (Ko-kurikulum)
Jumlah

Amaun (RM)
RM 216.00
RM 216.00

UNJURAN PERBELANJAAN
Bil
1
2

Perbelanjaan
Hadiah ( RM 4.00 X 48 )
Pembalut Hadiah ( RM 1.00 X 24 )
Jumlah

Amaun (RM)
RM 192.00
RM 24.00
RM 216.00

10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program pertandingan ini mendapat sokongan dan kerjasama
sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi mempastikan matlamat dan
objektif Pertandingan Catur Sekolah Kebangsaan Telaga Mas ini tercapai.

Disediakan oleh :

.
( AZIRUL BIN ALI DAUD )
Setiausaha Klinik Catur,
Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI


SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI
LAPORAN PROGRAM KLINIK CATUR 2014
1. Nama Program : Klinik Catur 2014
2. Tarikh : 20 Mei 2014
3. Hari / Masa : 12.10-1.10.
4. Tempat : SK LKTP Ulu Penggeli
5. Objektif :

a) Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai


teknik-teknik permainan catur.
b) Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan catur
sepertimana yang diadakan di luar peringkat sekolah.
c) Memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam pertandingan catur
peringkat kelompok, daerah dan sebagainya pada masa akan datang.
d) Membina jati diri di kalangan murid .
e) Membantu meningkatkan program akademik.
f) Membina sahsiah diri membentuk disiplin murid.
6. Sasaran : 48 orang murid terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah
Kebangsaan LKTP ULU PENGGELI

7. Butiran aktiviti : Latihan berfokus yang hanya menyentuh topik-topik


yang mudah.
8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan Program :
Murid-murid mempunyai asas pengetahuan tentang catur kerana catur
merupakan sukan utama sekolah dan murid telah didedahkan dengan permainan
catur.
b) Jumlah murid yang terlibat adalah kecil iaitu seramai 40 orang dan ini
memudahkan guru-guru membimbing murid-murid secara individu dengan lebih
baik dan berfokus.
c) Murid mempunyai minat yang baik terhadap sukan catur kerana ramai daripada
rakan mereka adalah merupakan wakil sekolah.
d) Pengelibatan yang proaktif daripada guru-guru Kelab Catur turut memberi impak
yang positif terhadap perjalanan program ini daripada awal sehingga ke akhir
program.
8.2 Kelemahan Program :
a) Kekurangan peralatan iaitu jam catur menyebabkan peserta kurang merasai
suasana pertandingan sebenar.
b) Kekangan masa kerana program ini dijalankan dalam tempoh satu jam iaitu
dalam masa ko kurikulum.
c) Lokasi klinik yang tidak selesa kerana terpaksa diubah daripada dewan ke kantin
berikutan dewan yang digunakan untuk program UPSR.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :
a) Pelaksanaan program perlu dilakukan dengan lebih teratur dan lebih awal
sekiranya penjadualan yang khusus boleh dibuat. Pihak pentadbiran juga boleh
memberi notis awal untuk program-program adhoc yang berkaitan dengan
peperiksaan UPSR.
9. Dokumentasi Bergambar : Lampiran.

Disediakan :

Disemak:

Disahkan:

..

(AZIRUL BIN ALI DAUD)


Setiausaha
Klinik Catur 2014

You might also like