You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR / PENDEDAHAN LUAR


MURID SK DATARAN MUDA
KE MUZIUM NEGERI KEDAH DARULAMAN

1. PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar / Pendedahan Luar untuk murid-murid SK
Dataran Muda ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada mereka
terhadap keadaan persekitaran bandaraya Alor Setar dan tentang sejarah serta
kebudayaan negeri Kedah. Pendedahan ini diharapkan dapat memberi
motivasi dan membuka minda mereka untuk meningkatkan pencapaian
mereka di dalam pelajaran.

2. TEMPAT DILAWATI

Muzium Negeri Kedah dan Menara Alor Setar

3. TARIKH LAWATAN

28 September 2017 (Khamis)

4. RASIONAL

4.1 Murid Pemulihan dapat diberi pendedahan keadaan luar bagi


membuka minda mereka.
4.2 Mereka juga dapat melihat kesan-kesan peninggalan sejarah dan
pemandangan bandaraya Alor Setar untuk mendalami pengetahuan
dan menambahkan pengalaman
4.3 Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak
langsung dalam membentuk dan membantu memperkayakan
pengetahuan murid.
4.4 Murid-murid dapat didedahkan dengan persamaan dan perbezaan
yang terdapat di dalam dan di luar sekolah.

5. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

5.1 Memberi pendedahan keadaan luar bagi membuka minda murid .


5.2 Memperluaskan pengetahuan murid-murid tentang persekitaran
dan pembangunan negeri Kedah.
5.3 Memberi pendedahan tentang bidang kerjaya yang pelbagai
sebagai motivasi untuk mereka belajar.
5.4 Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati
peninggalan sejarah negeri Kedah.
5.5 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap
kebudayaan yang berbeza dalam negeri Kedah.
6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Murid : 40 orang


Guru : 4 orang
Jumlah : 44 orang

7. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


( Rujuk Lampiran )

8. JADUAL LAWATAN ( Rujuk Lampiran )

10. PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran


kerana ia dapat memberi motivasi kepada mereka dalam usaha untuk
meningkatkan pencapain di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:

( EN R. Saravanan )
Setiausaha
Lawatan Sambil Belajar .
JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE MUZIUM NEGERI DAN MENARA ALOR SETAR
( 28 September 2017 )
- Khamis -

Tarikh Masa Aktiviti


7.15 pagi - Berkumpul Di Dataran Perhimpunan Sekolah.
28 9.00 pagi - tiba di Muzium.
Septembe 11.00 pagi - Bergerak ke Menara Alor Setar.
r 12.30 tgh - Makan Tengahari di Stadium Darul Aman.
2017 2.00 ptg - Bertolak pulang ke SKDM
KHAMIS 3.30 tgh - Dijangka sampai ke SKDM.

# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk pada keadaan


semasa Program dilaksanakan.
# Sebarang masalah / Pertanyaan semasa lawatan boleh di maklumkan
kepada Ketua Program di talian 013-3419046.

ANGGARAN SUMBER KEWANGAN PROGRAM

A ) WANG SEKOLAH DARI BIMBINGAN DAN KAUNSELING = RM 500.00

JUMLAH = RM 500.00

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

A) Bas RM 500.00 X sebuah = RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 500.00

You might also like