You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SUMBANGAN DANA UNTUK LANGSIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) SMK TAMAN DESA 2, BANDAR

COUNTRY HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR.

1. PENGENALAN Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang ini baharu diwujudkan pada 4 Januari 2010 yang lalu. Program ini merupakan antara penempatan utama bagi pelajar kurang upaya yang mengalami masalah pembelajaran untuk mengikuti sistem persekolahan yang lengkap di kawasan Rawang, Selangor. Sehinggaa kini, masalah pembelajaran dalam program ini terdiri daripada 24 orang pelajar iaitu 19 orang pelajar slow learner, 2 orang pelajar autism/ADHD, 1 orang pelajar hiperaktif, 1 orang pelajar terencat akal dan 1 orang pelajar kecacatan fizikal. Ada antara pelajar-pelajar tersebut meghidapi penyakit lain seperti lemah jantug, asma dan sawan yang memerlukan mereka mendapatkan rawatan daripada doktor pakar dan pengambilan ubat kawalan penyakit masing-masing dari semasa ke semasa. Pelajar yang mengalami kecacatan fizikal pada kakinya tersebut terpaksa mengikuti PPKI meskipun tahap mentalnya normal kerana tiada kemudahan untuk pelajar cacat fizikal di mana jika dia mengikuti kelas aliran perdana Tingkatan 1, pelajar tersebut perlu menaiki tangga. Seramai 4 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid dalam program integrasi masalah pembelajaran ini. Secara fizikal, terdapat 3 buah bilik kelas PPKI. 2 buah bilik kelas adalah sebagai bilik guru dan kelas Lavender. Sebuah lagi bilik kelas dimuatkan dua kelas iaitu Begonia dan Orchid. Pelajar-pelajar PPKI dibahagikan kepada 3 kelas tersebut mengikut tahap keupayaan pembelajaran masing-masing iaitu Lavender (tahap tinggi), Begonia (tahap sederhana) dan Orchid (tahap rendah). Setiap kelas ditempatkan antara 7 9 orang pelajar. Ketiadaan langsir di dalam kelas menyebabkan pelajar-pelajar Pendidikan Khas mudah hilang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran kerana silauan cahaya matahari dan kedudukan bilik

kelas yang berada di laluan umum. Guru-guru hilang privasi kerana kedudukan bilik guru juga berada di laluan umum. Kehadiran langsir di dalam kelas-kelas PPKI pasti menjadikan bilik-bilik tersebut lebih selesa dan ceria.

2. OBJEKTIF rakan. Membina keyakinan diri pelajar. Membentuk fokus pelajar dan guru terhadap proses pengajaran dan Membentuk diri murid supaya lebih berdisiplin. Memberi peluang murid menunjukkan kreativiti mereka. Memberi privasi kepada guru untuk merancang pengajaran. Merapatkan hubungan antara murid dengan warga pendidikan dan rakan-

pembelajaran.

3. KUMPULAN SASARAN 3.1 Pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran. 3.2 Guru-guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2.

4. TEMPAT 3 buah bilik kelas (Lavender, Begonia+Orchid dan bilik guru)

5. CADANGAN SEBUTHARGA LANGSIR. Nama kelas Panjang kain langsir yang diukur (siap) Anggaran harga kain langsir Jumlah A (pjg kain x harga kain) (43 m x RM 4.00) Harga upah jahit (kaki) Jumlah B (pjg kain x harga upah) (38 x RM 4.50) Jumlah (A + B) Jumlah keseluruhan 6. PENUTUP Diharapkan dengan adanya bantuan dana atau sumbangan langsir dari mana-mana pihak, pelajar-pelajar khas SMK Taman Desa 2 akan lebih memberi tumpuan dalam proses pembelajaran dan masalah silauan cahaya dapat diatasi. Selain itu, sasaran objektif juga akan tercapai. Lavender 43 m @ 38 kaki Begonia + Orchid 43 m @ 38 kaki Bilik Guru PPKI 43 m @ 38 kaki

RM 4.00 semeter RM 4.00 semeter RM 4.00 semeter RM 172.00 RM 172.00 RM 172.00 RM 4.50 sekaki RM 171.00 RM 343.00 RM 4.50 sekaki RM 171.00 RM 343.00 RM 1029.00 RM 4.50 sekaki RM 171.00 RM 343.00

Disediakan oleh; .................................... . (Cik. Nadila Mohd Yusoff) Penolong Penyelaras PPKI SMK Taman Desa 2

Disemak oleh; ....................................

Disahkan oleh; ..................................

You might also like